Followers

Monday, 16 May 2016

Politik itu TIDAK suku, Islam itu TIDAK suku

Selamat Hari Guru

Secara Amnya kepada adik beradik, anak-anak saudara, sepupu sepapat, ipar duai, biras, besan dan sahabat handai dan secara KHUSUSNYA.......

Guru ku yg pertama sudah tentu Almarhum Ayah dan Almarhummah ibu ku. Mereka mentarbiyah ku menjadi orang.
Guru ku yg kedua ialah Bang Wook (Almahummah anak Tok Fakir, Pondok Tok Fakir) guru Al-Quran ku yg memahami karenah anak2 yg suka monteng, tidak lupa Almarhum Ayah Ngah Che Abas juga guru Al-Quran ku.
Guruku yg ketiga ialah Almarhum Cik Gu Abdul Wahab, Almarhum Cik Gu Abdullah, Almarhum Mr. Rashid, Cik Gu Roslan Kee dan yang lain-lain yang tak dapat disebut satu persatu di sini.
Guru ku yg keempat, Ibu Maimunah yg mengajar aku apa itu cantilever serta analisis strukture.
Guruku yg kelima ialah mentor aku dalam politik iaitu Prof. Dr. Hamirdin Ithnin dan TG Haji Abdul Hadi Awang yang dengan keikhlasannya berjuang samada melalui karya kitab-kitabnya atau ceramahnya berjaya menarik diri ini mengenali bahawa Poliutik itu tidak suku dan Agama itu tidak suku
Guruku yg keenam ialah guru perubatan ku TG Dr. Haron Din
dan
yang paling tidak ku lupakan ialah Guru yang paling Mulia di sisi Allah SWT iaitu Nabi Muhmmad SAW yg membimbing umat ini jauh dari Neraka dan mendekati Syurga melalui cara hidup Islam berpandukan Al-Quran dan Sunnahnya, Baginda membawa obor Islam dan mewaqafkan diri Baginda kepada Islam agar Umat ini keluar dari kegelapan jahiliah menuju ke Nur Islam.
Ya Allah Ampunkan dosa mereka, berilah ganjaran yang setimpal kepada mereka, tempatkanlah mereka di dalam Syurga mu yang mengalir ni'mat abadan abada.
Aameen, ya Rabbal 'aalameen.

al-brangionline; Beralirnya amal jariah mereka yang ikhlas mengajar

Thursday, 12 May 2016

Kenapa mesti PAS?.....PAS bukan kereta "driving school"

Semalam saya seharian di Shah Alam. Ada. Sorang penyokong PAS diketika Khalid Samad masih di 
dalam PAS (belum masuk kuali), tetiba dengan nada kesal dan tak puashati memulakan perbualan., 
"PAS tak nak mengalah ke? Takkan 3 penjuru lagi?(dia merujuk kepada PRK Kuala Kangsar dan Sg. Besar yang bakal diadakan)

Saya jawab, "Di Sarawak, PAS menamakan calon2 yg bertanding awal2 lagi. Kenapa masih 3 penjuru?"

Dia semacam tak puashati lalu angkat punggung dan beredar bila saya sambung,"DAP dan PKR pun sama2 tak nak mengalah...3 penjuru jugak di PRN Sarawak baru-baru ni."

Anda boleh teka dia tu sekarang sokong masih sokong PAS atau terperlus kaki masuk dalam Kuali.?

Kesungguhan PAS nak bertanding kita serah kepada bacaan dan perkiraan politik saf pimpinan.

Kita hanya petugas parti yang memerlukan kesunggugan bekerja.

albrangionline; Ayuh PAS, selangkah ke depan, InsyaAllah tak lagi akan gostan. PAS bukan kereta driving school...sekali ke depan sekali ke belakang...sekali naik bukit...sekali turun bukit

Monday, 9 May 2016

DAP......bukan parti "Roket", tapi parti "Pahat"?

Dah terhantuk baru nak mengadah.
Sebelum PRN, bukan main lagi dengan lagak samsengnya....arrogantnya....egonya....tak mengalah walaupun bertanding bertindih kawasan itu memberi "sepakan percuma" kalau pun tak "tendangan penalty" kepada BN.

Kepada pulak tak nak terima hakikat, bahawa kaum Cina sudah ber"balik-air" menerima semula dengan mengundi BN?......tak yah lah....main isu kaum......dah letihlah, asyik-asyik dengan isu kaum itu tak undi ini....kaum ini tak undi itu.



al-brangionline: tak boleh ke terima hakikat parti kamu tu kuatnya bicara pasal kaum?......memang berat pun......kakakakaka