Followers

Monday, 16 May 2016

Politik itu TIDAK suku, Islam itu TIDAK suku

Selamat Hari Guru

Secara Amnya kepada adik beradik, anak-anak saudara, sepupu sepapat, ipar duai, biras, besan dan sahabat handai dan secara KHUSUSNYA.......

Guru ku yg pertama sudah tentu Almarhum Ayah dan Almarhummah ibu ku. Mereka mentarbiyah ku menjadi orang.
Guru ku yg kedua ialah Bang Wook (Almahummah anak Tok Fakir, Pondok Tok Fakir) guru Al-Quran ku yg memahami karenah anak2 yg suka monteng, tidak lupa Almarhum Ayah Ngah Che Abas juga guru Al-Quran ku.
Guruku yg ketiga ialah Almarhum Cik Gu Abdul Wahab, Almarhum Cik Gu Abdullah, Almarhum Mr. Rashid, Cik Gu Roslan Kee dan yang lain-lain yang tak dapat disebut satu persatu di sini.
Guru ku yg keempat, Ibu Maimunah yg mengajar aku apa itu cantilever serta analisis strukture.
Guruku yg kelima ialah mentor aku dalam politik iaitu Prof. Dr. Hamirdin Ithnin dan TG Haji Abdul Hadi Awang yang dengan keikhlasannya berjuang samada melalui karya kitab-kitabnya atau ceramahnya berjaya menarik diri ini mengenali bahawa Poliutik itu tidak suku dan Agama itu tidak suku
Guruku yg keenam ialah guru perubatan ku TG Dr. Haron Din
dan
yang paling tidak ku lupakan ialah Guru yang paling Mulia di sisi Allah SWT iaitu Nabi Muhmmad SAW yg membimbing umat ini jauh dari Neraka dan mendekati Syurga melalui cara hidup Islam berpandukan Al-Quran dan Sunnahnya, Baginda membawa obor Islam dan mewaqafkan diri Baginda kepada Islam agar Umat ini keluar dari kegelapan jahiliah menuju ke Nur Islam.
Ya Allah Ampunkan dosa mereka, berilah ganjaran yang setimpal kepada mereka, tempatkanlah mereka di dalam Syurga mu yang mengalir ni'mat abadan abada.
Aameen, ya Rabbal 'aalameen.

al-brangionline; Beralirnya amal jariah mereka yang ikhlas mengajar