Followers

Tuesday, 26 April 2016

Kemelut Terengganu: Pilihanraya pulak kita weh.....ke guaner?



albrangionline:

Ada orang 'Hulu' beritahu malah mengharap sesangat bahawa MB baru akan dilantik dari Adun dari 'Hulu'.

Bunyinya macam sejarah lama berulang seorang Adun dari 'Hulu' dilantik menjadi MB satu ketika dahulu.

Saya langsung tidak terkesima mahupun terkejut, malah tidak mengharap apa2 dengan berita itu, walaupun saya juga orang 'Hulu'.

Saya bukan orangnya nak berasa bangga, kalaulah betul orang 'Hulu' dilantik, kerana samada orang 'Hulu' ke atau orang 'Kuala' ke dilantik menjadi MB menggantikan YAB Cik Gu Ahmad Razif, dasarnya, colournya tetap sama.

Jalan terbaik, serah mandat kepada rakyat......biar rakyat menjadi Hakim.....ke guaner?