Followers

Monday, 25 April 2016

Apa nak jadi dengan Terengganu nih?

MB Terengganu Enggan Ulas Isu Istana Tarik Pingat Datuk Seri



Foto:PMO

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini enggan mengulas spekulasi berhubung penarikan balik darjah kebesaran termasuk ‘Datuk Seri’ oleh pihak istana.
Desas-desus perkara itu menjadi viral di laman sosial sejak kelmarin.
Malah tiga majlis yang dihadiri Ahmad Razif semalam dan hari ini pula hanya menyebut beliau sebagai menteri besar tanpa menyebut nama atau gelarannya.
Pihak media bagaimanapun tidak menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung penarikan balik darjah kebesaran itu.
Ahmad Razif ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016 di sebuah hotel di sini semalam hanya mengucapkan “terima kasih” sebelum menaiki kenderaan rasminya.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan berangkat ke majlis hari ini. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda juga enggan mengulas mengenai perkara itu.
Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 serta Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.
Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negei (Adun) Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.
Sementara itu di KUALA LUMPUR, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika diminta mengulas spekulasi itu meminta semua pihak bertenang dan tidak beremosi mengenai perkembangan terbaru di Terengganu.
Naib presiden Umno itu berkata perkara itu masih belum jelas, namun beliau yakin isu itu dapat diselesaikan.
“Sebagai mantan pengerusi badan perhubungan Umno negeri Terengganu, ini bukan perkara yang tidak pernah kita lalui.
“Yang penting sekarang ialah untuk kita pastikan bahawa apa dia perkara yang boleh memecah-belahkan kita, kita kurangkan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Latihan Khidmat Negara 2.0 di Esplanade, KLCC di sini semalam.
Hishammuddin berkata fokus terhadap isu itu kini adalah untuk memastikan kepentingan negeri dan badan perhubungan Umno negeri melebihi daripada kepentingan individu.
Katanya, jika kepentingan negeri dan parti diletakkan mengatasi kepentingan individu seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, perkembangan di Terengganu kali ini bulanlah satu perkara yang membimbangkan.
albrangionline:
Ribut di Kuala Lumpur macam nak pecah langit.....tup...tup....hujan batu di Terengganu.....senyum sang penyu....barutahu sapa nelang.