Followers

Wednesday, 3 February 2016

Alahai......bukannya susah nak jadi senang


Mukhriz Letak Jawatan, Ahmad Bashah MB Kedah Baharu

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 10:24 AM


Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ketika mengadakan sidang media di Wisma Darulaman, Rabu. -fotoBERNAMA


  (Ubah saiz teks)
DIKEMASKINI
ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu mengumum melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kedah. 
Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Mukhriz berkata, beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah. 
"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya pada sidang media.
Mukhriz berkata, jawatan menteri besar diambil oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Bagaimanapun beliau menegaskan tetap setia kepada Umno walaupun tanpa sebarang jawatan.
Mengenai jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, beliau menyerahkan perkara itu kepada presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya beliau juga telah menolak tawaran untuk menjadi timbalan menteri yang ditawarkan oleh Najib.

"Saya akan terus lantang bersuara. Umno perlu menjalani transformasi drastik," katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz turut mengumumkan perletakan beliau sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
Mukhriz berkata beliau tidak memaklumkan kepada bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai keputusannya untuk meletak jawatan. 
Berikut merupakan kenyataan akhbar Mukhriz -
[sumber .]

albrangionline:
Begitulah kisah sang Umno/BN bila tidak sehaluan sudah pasti ter"tendang" keluar. Dalam politik Umno, kelayakan, kelulusan, kebolehan, kepintaran boleh campak ke laut. Yang akan terlonjak naik bila ada yang pandai, pintar dalam "jolok menjolok".
Pesanan untuk adik-adik yang sedang belajar terutama yang baru naik Menengah satu, jangan rasa terkesima atau berputus asa dengan pandangan sesetengah orang yang berkata tanpa SRP pun boleh jadi 'senang'.....teruskan belajar...dan belajar...dan belajar. Pedulikan mereka.....alahai.....