Followers

Monday, 16 May 2016

Politik itu TIDAK suku, Islam itu TIDAK suku

Selamat Hari Guru

Secara Amnya kepada adik beradik, anak-anak saudara, sepupu sepapat, ipar duai, biras, besan dan sahabat handai dan secara KHUSUSNYA.......

Guru ku yg pertama sudah tentu Almarhum Ayah dan Almarhummah ibu ku. Mereka mentarbiyah ku menjadi orang.
Guru ku yg kedua ialah Bang Wook (Almahummah anak Tok Fakir, Pondok Tok Fakir) guru Al-Quran ku yg memahami karenah anak2 yg suka monteng, tidak lupa Almarhum Ayah Ngah Che Abas juga guru Al-Quran ku.
Guruku yg ketiga ialah Almarhum Cik Gu Abdul Wahab, Almarhum Cik Gu Abdullah, Almarhum Mr. Rashid, Cik Gu Roslan Kee dan yang lain-lain yang tak dapat disebut satu persatu di sini.
Guru ku yg keempat, Ibu Maimunah yg mengajar aku apa itu cantilever serta analisis strukture.
Guruku yg kelima ialah mentor aku dalam politik iaitu Prof. Dr. Hamirdin Ithnin dan TG Haji Abdul Hadi Awang yang dengan keikhlasannya berjuang samada melalui karya kitab-kitabnya atau ceramahnya berjaya menarik diri ini mengenali bahawa Poliutik itu tidak suku dan Agama itu tidak suku
Guruku yg keenam ialah guru perubatan ku TG Dr. Haron Din
dan
yang paling tidak ku lupakan ialah Guru yang paling Mulia di sisi Allah SWT iaitu Nabi Muhmmad SAW yg membimbing umat ini jauh dari Neraka dan mendekati Syurga melalui cara hidup Islam berpandukan Al-Quran dan Sunnahnya, Baginda membawa obor Islam dan mewaqafkan diri Baginda kepada Islam agar Umat ini keluar dari kegelapan jahiliah menuju ke Nur Islam.
Ya Allah Ampunkan dosa mereka, berilah ganjaran yang setimpal kepada mereka, tempatkanlah mereka di dalam Syurga mu yang mengalir ni'mat abadan abada.
Aameen, ya Rabbal 'aalameen.

al-brangionline; Beralirnya amal jariah mereka yang ikhlas mengajar

Thursday, 12 May 2016

Kenapa mesti PAS?.....PAS bukan kereta "driving school"

Semalam saya seharian di Shah Alam. Ada. Sorang penyokong PAS diketika Khalid Samad masih di 
dalam PAS (belum masuk kuali), tetiba dengan nada kesal dan tak puashati memulakan perbualan., 
"PAS tak nak mengalah ke? Takkan 3 penjuru lagi?(dia merujuk kepada PRK Kuala Kangsar dan Sg. Besar yang bakal diadakan)

Saya jawab, "Di Sarawak, PAS menamakan calon2 yg bertanding awal2 lagi. Kenapa masih 3 penjuru?"

Dia semacam tak puashati lalu angkat punggung dan beredar bila saya sambung,"DAP dan PKR pun sama2 tak nak mengalah...3 penjuru jugak di PRN Sarawak baru-baru ni."

Anda boleh teka dia tu sekarang sokong masih sokong PAS atau terperlus kaki masuk dalam Kuali.?

Kesungguhan PAS nak bertanding kita serah kepada bacaan dan perkiraan politik saf pimpinan.

Kita hanya petugas parti yang memerlukan kesunggugan bekerja.

albrangionline; Ayuh PAS, selangkah ke depan, InsyaAllah tak lagi akan gostan. PAS bukan kereta driving school...sekali ke depan sekali ke belakang...sekali naik bukit...sekali turun bukit

Monday, 9 May 2016

DAP......bukan parti "Roket", tapi parti "Pahat"?

Dah terhantuk baru nak mengadah.
Sebelum PRN, bukan main lagi dengan lagak samsengnya....arrogantnya....egonya....tak mengalah walaupun bertanding bertindih kawasan itu memberi "sepakan percuma" kalau pun tak "tendangan penalty" kepada BN.

Kepada pulak tak nak terima hakikat, bahawa kaum Cina sudah ber"balik-air" menerima semula dengan mengundi BN?......tak yah lah....main isu kaum......dah letihlah, asyik-asyik dengan isu kaum itu tak undi ini....kaum ini tak undi itu.



al-brangionline: tak boleh ke terima hakikat parti kamu tu kuatnya bicara pasal kaum?......memang berat pun......kakakakaka


Tuesday, 26 April 2016

Kemelut Terengganu: Pilihanraya pulak kita weh.....ke guaner?



albrangionline:

Ada orang 'Hulu' beritahu malah mengharap sesangat bahawa MB baru akan dilantik dari Adun dari 'Hulu'.

Bunyinya macam sejarah lama berulang seorang Adun dari 'Hulu' dilantik menjadi MB satu ketika dahulu.

Saya langsung tidak terkesima mahupun terkejut, malah tidak mengharap apa2 dengan berita itu, walaupun saya juga orang 'Hulu'.

Saya bukan orangnya nak berasa bangga, kalaulah betul orang 'Hulu' dilantik, kerana samada orang 'Hulu' ke atau orang 'Kuala' ke dilantik menjadi MB menggantikan YAB Cik Gu Ahmad Razif, dasarnya, colournya tetap sama.

Jalan terbaik, serah mandat kepada rakyat......biar rakyat menjadi Hakim.....ke guaner?



Monday, 25 April 2016

Apa nak jadi dengan Terengganu nih?

MB Terengganu Enggan Ulas Isu Istana Tarik Pingat Datuk Seri



Foto:PMO

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini enggan mengulas spekulasi berhubung penarikan balik darjah kebesaran termasuk ‘Datuk Seri’ oleh pihak istana.
Desas-desus perkara itu menjadi viral di laman sosial sejak kelmarin.
Malah tiga majlis yang dihadiri Ahmad Razif semalam dan hari ini pula hanya menyebut beliau sebagai menteri besar tanpa menyebut nama atau gelarannya.
Pihak media bagaimanapun tidak menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung penarikan balik darjah kebesaran itu.
Ahmad Razif ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016 di sebuah hotel di sini semalam hanya mengucapkan “terima kasih” sebelum menaiki kenderaan rasminya.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan berangkat ke majlis hari ini. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda juga enggan mengulas mengenai perkara itu.
Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 serta Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.
Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negei (Adun) Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.
Sementara itu di KUALA LUMPUR, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika diminta mengulas spekulasi itu meminta semua pihak bertenang dan tidak beremosi mengenai perkembangan terbaru di Terengganu.
Naib presiden Umno itu berkata perkara itu masih belum jelas, namun beliau yakin isu itu dapat diselesaikan.
“Sebagai mantan pengerusi badan perhubungan Umno negeri Terengganu, ini bukan perkara yang tidak pernah kita lalui.
“Yang penting sekarang ialah untuk kita pastikan bahawa apa dia perkara yang boleh memecah-belahkan kita, kita kurangkan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Latihan Khidmat Negara 2.0 di Esplanade, KLCC di sini semalam.
Hishammuddin berkata fokus terhadap isu itu kini adalah untuk memastikan kepentingan negeri dan badan perhubungan Umno negeri melebihi daripada kepentingan individu.
Katanya, jika kepentingan negeri dan parti diletakkan mengatasi kepentingan individu seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, perkembangan di Terengganu kali ini bulanlah satu perkara yang membimbangkan.
albrangionline:
Ribut di Kuala Lumpur macam nak pecah langit.....tup...tup....hujan batu di Terengganu.....senyum sang penyu....barutahu sapa nelang.

Friday, 22 April 2016

PKR-DAP.....Retak seribu di Sarawak.....berita baik untuk BN?



Haritu Presiden PKR dengan penuh hormat dan takzimnya berkata yang PAS adalah sebuah parti tidak terkenal di Sarawak.

Itu cakap orang baru masuk politik, memang baru pun malah bukan saja baru.....dek kerana baru itulah tangan dan kaki beliau terpaksalah di'ikat' dengan benang ajaib......di mana rentak dan tarinya digerakkan oleh sepasang tangan 'ghaib'.

Sekarang macamana dengan sahabat dan tokeh paling baik?
Aman? Nyaman?......berbahagialah hendaknya.

al-brangionline:

Selamat maju jaya in all your undertakings

Friday, 15 April 2016

Kodukut......taik hidung masin.....


Kami tak mahu didik kanak-kanak dengan wang ringgit.
Betulllah tu, nanti bila besar diminta berbagai-bagai, botak kepala bapak.

Lagi pun memang budak-budak tak reti nak belanja, lainlah orang tua2, berbillion henget pun mana nak cukup.....hahahaha

albragionline: taik hidung masin

Friday, 19 February 2016

Apa yang Mahfuz cari dengan Mahathir?

Mahfuz mengadakan pertemuan dengan Mahathir di Yayasan Al-Bukhari, Kuala Lumpur, hari ini.


Apa yang Mahfuz cuba tunjukkan atau mencari sesuatu dengan Mahathir? 
Ia hanyalah mencari 'cheap publicity'. [sumber]

albrangionline: UG ala2 'harumanis'


Wednesday, 3 February 2016

Alahai......bukannya susah nak jadi senang


Mukhriz Letak Jawatan, Ahmad Bashah MB Kedah Baharu

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 10:24 AM


Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ketika mengadakan sidang media di Wisma Darulaman, Rabu. -fotoBERNAMA


  (Ubah saiz teks)
DIKEMASKINI
ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu mengumum melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kedah. 
Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Mukhriz berkata, beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah. 
"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya pada sidang media.
Mukhriz berkata, jawatan menteri besar diambil oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Bagaimanapun beliau menegaskan tetap setia kepada Umno walaupun tanpa sebarang jawatan.
Mengenai jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, beliau menyerahkan perkara itu kepada presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya beliau juga telah menolak tawaran untuk menjadi timbalan menteri yang ditawarkan oleh Najib.

"Saya akan terus lantang bersuara. Umno perlu menjalani transformasi drastik," katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz turut mengumumkan perletakan beliau sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
Mukhriz berkata beliau tidak memaklumkan kepada bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai keputusannya untuk meletak jawatan. 
Berikut merupakan kenyataan akhbar Mukhriz -
[sumber .]

albrangionline:
Begitulah kisah sang Umno/BN bila tidak sehaluan sudah pasti ter"tendang" keluar. Dalam politik Umno, kelayakan, kelulusan, kebolehan, kepintaran boleh campak ke laut. Yang akan terlonjak naik bila ada yang pandai, pintar dalam "jolok menjolok".
Pesanan untuk adik-adik yang sedang belajar terutama yang baru naik Menengah satu, jangan rasa terkesima atau berputus asa dengan pandangan sesetengah orang yang berkata tanpa SRP pun boleh jadi 'senang'.....teruskan belajar...dan belajar...dan belajar. Pedulikan mereka.....alahai.....

Wednesday, 6 January 2016

Eight is enough?......oh tidak, bahkan PAN terkedu dan bila "mati" mata terbeliak


Walaupun PAN dah dapat LAPAN (sila klik) kerusi PBT, namun PAN tetap terkilan, terkedu dan 'frust nonggeng' dengan tajuk di atas.

PAN sifat dia kembar seiras denan Umno tetap meratibkan UG...UG...UG...kerana itu saja yang depa tahu, fitnah, spin ngadu domba demi survival politiknya.

PAN bergantung kepada persepsi karut marut untuk menyakini pengundi atas pagar kononnya PAS dah jadi mesra dan sebati dengan Umno.

Tolong sikit hangpa, pengundi tidak se'manqaq' seperti hangpa.

PAS sesekali tidak akan masuk BN (sila klik). PAS hanya bekerjasama dengan Umno atas perkara-perkara kebaikan dan hal Islam. (sila klik)

al-brangionline: PAN, bila "mati" mata jegil ke atas.

Saturday, 2 January 2016

Husam: Satu kisah sang badut dengan sang PANdir?.....ntahlah


Saya hanya ikut jejak presiden, alasan Husam hadir majlis Amanah

Datuk Husam Musa berucap pada majlis makan malam Parti Amanah Negara Kelantan di Petaling Jaya malam tadi. Beliau mempertahankan kehadirannya di majlis itu dengan alasan hanya mencontohi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menasihati musuh parti. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Januari, 2016.Datuk Husam Musa berucap pada majlis makan malam Parti Amanah Negara Kelantan di Petaling Jaya malam tadi. Beliau mempertahankan kehadirannya di majlis itu dengan alasan hanya mencontohi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menasihati musuh parti. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Januari, 2016.Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa yakin partinya tidak akan memecat beliau kerana menyertai majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) yang menjadi musuh parti Islam itu kerana beliau hanya mencontohi jejak langkah presiden."Saya yakin parti saya parti yang baik. Parti saya tidak akan pecat saya sebab hadir untuk nasihat Amanah."Saya hanya mencontohi presiden yang pergi ke majlis bersama presiden Umno.
_____________________________________________________________________________

al-brangionline:

Husam selaku bekas Naib Presiden PAS tentu maklum majlis yang dihadiri TGHH dan Datuk Najib adalah majlis yang dianjurkan oleh alumni Al-Azhar.

TGHH dijemput hadir adalah atas kapasiti beliau selaku bekas siswa Al-Azhar. Beliau menamatkan Sarjana dalam bidang Siasah Syariah pada tahun 1974 hingga 1976 di Universiti Al-azhar, Mesir. Sebelum itu beliau mendapat tajaan biasiswa Kerajaan Arab Saudi untuk membuat pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Islam Madinah. TGHH diberi penghormatan untuk menyampaikan Ucaptama atas kapasiti beliau sebagai  Naib Ketua Ulama Sedunia di bawah pimpinan Sheikh Dr Yusof Qardhawi.

Manakala Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dijemput untuk menyempurkan majlis itu. Saya rasa penganjur tentu maklum, malam Husam sendiri tentu lebih maklum, kemunasabahan seorang Presiden parti dijemput untuk merasmikan majlis sebesar itu.

Jikalau Datuk Seri Najib itu seorang alumni Al-azhar, sudah tentu beliau dijemput selaku seorang Perdana Mentiri dan diberi penghormatan menyampaika Ucaptama.

Takkan itu pun seorang mantan Naib Presiden PAS dan orang yang disebut-sebut sebagai pengganti kepada TGNA sebaga Menteri Besar Kelantan, tetapi sehingga sekarang tidak kesampaian, walaupun dikatakan beliau seorang yang komited kepada parti malah berazam mahu menghabiskan usianya di dalam PAS.

Kehadiran Husam dalam Majlis PAN, malah memberi ucaptama, betul-betul mahu menunjukkan "kegedebelan" beliau walaupun umum melihat itu hanyalah satu aksi gimik kebudak2kan, kalau pun tidak menyamai seorang dua kegeladangan yang separa normal. {Bukan semua geladangan berperangai macam Husam, mereka hanya bergeladangan kerana menjadi mangsa himpitan hidup di Kota Raya.

Beliau kelihatan mencabar pimpinan tertinggi PAS agar memecatnya. Beliau bersangkaan jika beliau dipecat, maka beliau akan memperolehi 'mileage' politik yang tinggi. Saya tidak menjangkakan begitu. Sebenarnya beliau amat takut akan 'baiah' yang dibuat sebelum sesuatu PRU. Beliau belum memiliki kejantan yang hakiki seperti Mad Sabu, Salahuddin Ayub dan yang keciwa yang sekabilah dengan mereka.

Secara peribadi, saya tidak setuju Husam dipecat. Bukan kerana takut PAS akan dicemuh oleh pengundi Salor, tapi biarkan orang yang dahulunya disanjung oleh anak-anak muda kononnya, "kekerasan" di "cold storage".

Biarkan "hotak"nya terus membeku kerana beliau amat sinonim dengan buah fikiran yang bernas kononnya tapi yang sebenar hanya buah pemikiran yang "kerdas" sedap dimakan sebagai ulam tapi amat busuk hasil buangan 'air kecil'nya. 

Teruskan gimik dan aksi badut, lama kelamaan perut mem'buncit' gastrik, sambil berhujah terkentut-kentut.

PRU14 pun sudah tak lama lagi, episod sang badut dengan sang pandir akan terjun dengan labu-labunya, InsyaAllah.