Followers

Monday, 28 December 2015

3 dalam 1 satu cadangan PAN - - r?




 1 1 0 14

Ahmad Maslan: Saya sendiri buat tiga kerja

 | December 28, 2015


ahamd maslan 2
PETALING JAYA: Selepas teruk dikritik netizen kerana mencadangkan 
supaya rakyat Malaysia melakukan dua kerja untuk menambah pendapatan, 
Datuk Ahmad Maslan akhirnya membuat penjelasan lanjut berkenaan cadangan itu.

Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa itu menerusi twitter 
menjelaskan, saranan itu hanya melibatkan kepada perniagaan atas talian atau 
e-commerce.

Katanya, rakyat Malaysia boleh meneruskan pekerjaan sedia ada 
pada siang manakala sebelah malam atau hujung minggu boleh menjalankan 
perniagaan secara atas talian untuk menambahkan pendapatan.

Katanya, kerja-kerja sampingan itu boleh dilakukan tanpa menjejaskan prestasi 
pekerjaan utama setiap hari.

“Saya sebut lakukan dua kerja bukan luar biasa ketika ditanya wartawan dalam 
konteks bussines online/ perniagaan atas talian atau e-commerce.

“Jika kerja sedia ada waktu siang, boleh business online waktu malam dan hujung 
minggu asal tak jejas prestasi, boleh tambah pendapatan,” tulisnya.

Ahmad Maslan memberi contoh beliau sendiri melakukan tiga kerja iaitu sebagai 
Ahli Parlimen Pontian, Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan UMNO.

Katanya, ramai rakyat Malaysia melakukan dua kerja dan berusaha gigih untuk 
mencari rezeki halal.

“Saya ada tiga kerja: Ahli Parlimen, Timbalan Menteri, Ketua Penerangan UMNO. 

Ramai dah di Malaysia yang buat #2kerja. 
Berusaha gigih cari rezeki yang halal,” jelasnya.[sumber }
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

albrangionline :

Ada seorang tu pun buat 3 kerja dalam satu hari.

Petang, petik kelapa


Malam hari jual nasi lemak


Keesokannya, ni hasilnya di pejabat


atau  keesokkannya dia akan bertindak seperti ini......kakakakaka


Walau bagaimanapun cadangan 'brilliant' dari Timbalan Menteri yang 'genius' itu diambil maklum......
kikikikiki




Friday, 25 December 2015

DAP dan PAN pun "setuju" Umno ber"satu" dengan PAS?......tak caya sila baca

Seperti sedia maklum, Umno/BN perintah Malaysia sudah sekian lama. Umno sudah sedia maklum lawan atau saingan politiknya ialah PAS.

Bila PAS bergabung dengan PKR dan DAP, maka terjadilah Pakatan Rakyat.

Bila Pakatan Rakyat ter'bentuk', Umno sudah mula resah gelisah sehingga hilang kuasa "2/3 majoriti" setelah 2 kali PRU.

Umno tahu, kalau undi Melayu berterusan merosot yakni pergi ke PAS, maka suatu nanti hari Umno hanya tinggal dalam lipatan sejarah yang menjurus kepada simpanan di Arkib Negara dan Muzium Negara.

Umno amat galak "merai"kan kegembiraannya bila PAS ditendang keluar oleh DAP dari Pakatan Rakyat. Bertambah pula segelitir ahli PAS yang KECIWA yang terkecundang dalam pemilihan PAS bersama-sama pengikut yang sekepala gelojoh mahu kemenangan yang pantas telah keluar parti dan membentuk parti baru, PAN.

Umno sangka PAS akan terus ranap dan lenyap bila PAN, terbentuk. Rupa-rupanya PAN yang bersifat "splash in the PAN" hanya lebih sudu dari kuah, gegak gempita guruh di langit air di tempayan dicurah-curah, PAS tetap kekal uth dan kukuh.

Umno mula naik gusar bertambah pulak didalam Umno sendiri berlaku 'pusaran air' dan hanya menunggu 'kepala air' meluncur membaham ahlinya bertaburan. Umno cuak undi Melayu akan berpindah kepada PAS, lagi pun Umno tahu ramai Melayu tidak suka kepada DAP hasil dari ajaran rasisnya sendiri, akan mengundi PAS kerana protes kepada Umno, lagi pun PAS sudah bersendirian yakni tidak lagi bersama-sama dengan DAP.

Maka dengan itu Umno mengambil sikap "mengalah", menghulurkan tali persaudaraan tapi saya nampak Umnolah yang minta talian hayat dari PAS. Walau apapun "perdamaian" ini, saya nampak ada 2 keadaan, iaitu ikhlas mahu berdamai atau telunjuk lurus kelingking berkait.

Bab ikhlas ini adalah bab hati, benda di dalam susah nak lihat. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

Yang saya nampak adalah pada kes kedua, iaitu telunjuk lurus kelingking berkait. Umno menghulurkan tali persaudaraan adalah semata-mata untuk memacah belahkan PAS. Media massa turut membantu menghangatkan keadaan seolah-olah PAS sudah mencampak jauh dasar Islamnya ke laut Cina Selatan.

DAP pun sama juga, begitu juga dengan PAN dan segelintir PKR memainkan lagu lama iaitu UG...UG...UG. Yang sebenarnya DAP, PAN dan segelintir PKR "suka" gimik yang Umno buat, kerana ini memudahkan kerja dalam PRU apabila PAS sudah lemah.

Yang anihnya segelintir ahli boleh terikut-ikut dengan rentak lagu pemecahan itu dan rupa-rupanya masih ada lagi saki baki 'agen pemusanah' dalam PAS yang wujudnya seperti buah harumanis, hijau di luar, oren di dalam.

Insyaallah PAS sudah beberapa kali menegaskan, bersatu hanya dalam perkara kebaikan, bukannya dalam kemaksiatan, selagi Umno bersikap degilnya, semuanya boleh tanpa memikirkan kehendak syariat bagi mereka, selagi itu PAS tidak akan ber'sama'.

al-brangionline: .......kalau mende baik, takkan nak bangkang memanjang....kalau mende buruk takkan nak sokong.....Ustaz Umno. ostad PAN, takkan tak faham, lainlah kalu deme tu jenis liberal...ooopppssss nanti PAN marah pulak......cittt.

Friday, 18 December 2015

Bahayanya kalau termakan "dedak" walaupun hanya menghidu.....


Apa isunya berbaju sedondon?

Di mana-mana majlis yang besar-besar seperti MaulidurRasul SAW, Musabaqah Al-Quran, Sukan Sea, Kooperasi, lazimnya panitia sambutan akan mengesyorkan VVIP yang datang terutama yang terlibat dengan perasmian akan memakai baju sedondon samada berpakaian batik, baju Melayu dan sebagainya.

Bagi mereka yang kepala otak berserabut, kepala otak sudah tepu dek termakan dedak Dapig akan melihat perkara remeh temeh sebegi sebagai satu isu untuk menjustifikasi ratib mereka selama ini iatu UG...UG...UG...kononnya kalau ratib 1000 kali pagi dan petang akan cepat ke Putrajaya. Lebih malang lagi kalau mereka bangun malam meratib Ug 10,000 kali maka hasilnya akan bertambah cepat, seolah-olah PAS akan hancur bila-bila masa.

Kehadiran DS Najib untuk merasmikan majlis alumni Al-Azhar itu serta TGHH memberi Ucaptama menambah lagi bukti bahawa Umno akan bergabung dengan PAS. Begitulah ceteknya pemkiran PAN, nama lagi PAN @ Kuali sebuah bekas berkarat hitam kotor dan jijik jika tidak dibasuh dengan sabun pencuci (dalam konteks orang, mesti dibasuh dengan Nur Islam)

Takkan penganjur nak menemput Apek Tanjung buat perasmian dan Ostad Pandap beri Ucaptama.....apa kelas.
Sudah semestinya pemimpin tertinggi Negara yakni PM dan Ulamak tertinggi Negara dijemput untuk merasmi dan memberi ucaptama.


Soal penganjur mahu menggunakan peluang memberi 'pelampung' atau talian hayat kepada Umno agar mileage politiknya naik menjelang PRU ini, itu soal lain. Saya yakin PAS sudah membuat antisipasi dari awal-awal lagi. Tapi sekurangnya PAS dapat berucap dan menyampaikan mesej dakwahnya secara live seperti di bawah :

PERPADUAN UMMAH MERENTASI IDEALOGI

Oleh
DATO SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS


Allah Maha Mengetahui, dunia akhir zaman dikurniakan dengan sedikit ilmu,

kamu tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (surah al-Isra': 85)

Manusia dapat mencipta alat-alat yang canggih, untuk berpindah ke penjuru dunia dengan cepat, mendapat maklumat dalam masa yang segera, (maka) cukup bagi akhir zaman ini seorang Rasul sahaja, dengan mukjizat ilmu Al-Quranul Karim, membawa ajaran yang sama, iaitulah Islam. Firman Allah Taala:

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan. (surah Ali-Imran: 83)

Islam adalah petunjuk Allah merentasi tujuh petala langit dan bumi, merentasi segala makhluk, bukan sahaja manusia, bahkan makhluk yang ghaib, makhluk yang nyata, makhluk yang tidak bergerak, alam dunia sehingga alam akhirat.

Rub'ie bin Amir, duta yang dihantar menemui Empayar Parsi, menegaskan:

Allah yang menghantar kami (iaitulah mesej Islam) untuk mengajak siapa yang mahu tanpa paksaan. Daripada memperhambakan diri kepada sesama makhluk, kepada memperhambakan diri kepada Allah. Daripada kezaliman (daripada) berbagai ajaran, kepada Islam yang adil. Daripada wawasan dunia yang sempit, kepada wawasan yang sangat luas (daripada dunia sehingga hari akhirat).

Menunjukkan Islam,  yang disebut Ad-Din, tidak boleh ditakrifkan dengan agama dalam bahasa lain, ataupun religion dalam bahasa Barat. Buka dalam Ensiklopedia Barat, Britanicca dan sebagainya. Mereka mentakrifkan religion, mentakrifkan agama, tidak tepat dengan ad-Din yang dimaksudkan oleh bahasa Al-Quranul Karim. Kerana Islam khusus bagi manusia, di samping makhluk-makhluk yang lain, khusus bagi manusia, merangkumi fitrah, merangkumi naluri manusia itu, jasad, roh, akal, individu, masyarakat, dan hubungan manusia dengan makhluk-makhluk yang lain, menjadikan Islam merentasi seluruh alam ini.

Al-Quran menegaskan kepada kita, Islam adalah agama asal, agama-agama lain teori dan ideologi datang kemudian, Firman Allah Taala: 

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. (surah al-Baqarah: 213) 

Ibnu Abbas RA menegaskan, ayat ini bermaksud manusia bermula dengan Adam AS, bukannya dengan monyet, bukan dengan zaman batu. Adam membawa ajaran Islam, agama yang asal. Setelah seribu tahun, wafatnya Nabi Adam AS, terdapat kalangan manusia mengadakan ajaran sendiri, agama sendiri, melantik tuhan sendiri, lain daripada Allah. Manusia yang mulia menyembah batu, binatang, dan sebagainya, mengadakan peraturan mengikut hawa nafsu.

Allah mengutuskan setiap zaman Rasul yang silih berganti, berakhir dengan Nabi Muhammad SAW, yang diutuskan untuk merentasi seluruh dunia. Rasul akhir zaman yang saya maksudkan tadi, menjadi hikmat yang menakjubkan. Allah memilih Rasul itu di bumi Makkah, bumi yang kering, terpencil daripada tamadun, terpencil daripada kemajuan, dan ajaran-ajaran agama samawi dan tidak samawi yang besar. Untuk menyatakan bahawa, manusia tidak boleh menjalankan tugas di atas muka bumi, melainkan dengan membangun mengikut agenda dan peraturan Allah. 

Tamadun China berbangga dengan Tembok Besarnya, Tamadun Mesir dengan Piramidnya, Tamadun Babylon dengan bangunannya. Semua tamadun berbangga dengan bangunan-bangunan yang dibina. Maka Allah membina Tamadun Islam di akhir zaman dengan membangun insan, membangun manusia. Membangun manusia dahulu mengikut fitrahnya, membangun rohnya, membangun jasadnya, membangun akalnya, membangun individunya, dan dia bangun masyarakat dan negaranya. 

Sila lihat ayat-ayat yang pertama yang diwahyukan: 

Bacalah dengan nama tuhanmu yang telah menciptakan manusia. (surah al-Alaq: 1) Menyatakan ilmu membangun manusia dengan ilmu. 

Firman Allah Taala: 

Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah). (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam), Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan. (surah Quraisy: 1-4)

Menjalinkan roh jasad, politik dan ekonomi, mengikut acuan Allah SWT. Quraisy yang hidup di bumi kering, tidak ada tanaman, tidak ada air, terpaksa musafir ke Timur dan Barat mencari sumber ekonomi. Dalam masa yang sama kecintaan kepada Kaabah, dia betulkan akidah yang benar,  melalui bumi yang kering ini dibangun manusia, mengikut acuan Allah.

Ilmu, iman, akhlak, ekonomi, politik dan segala-galanya, setelah tarbiyyah dalam masa 13 tahun, berhijrah ke al-Madinatul Munawwarah, dan membina masyarakat Madani. Banyak kita bercakap tentang masyarakat Madani, tanpa kita menjadi perkataan Madani, mesti diambil daripada Bahasa Arab. Madani ad-Din ataupun Tamadun, yang dihurai oleh Ibnu Khaldun, di dalam al-Muqaddimah. Allah menjadikan manusia satu keluarga, maka Islam merentasi Kaum dan bangsa, 

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (surah al-Hujurat:13)

Maka risalah Nabi Muhammad SAW akhir zaman itu, membahagikan manusia kepada dua kumpulan. Yang pertama Ummah Dakwah, yang kedua Ummah Ijabah. Ummah Dakwah ialah seluruh manusia, Islam dan bukan Islam. Ummah Ijabah ialah manusia yang sudah masuk Islam.

Semuanya adalah Ummat Muhammad SAW. Maka didirikan negara masyarakat majmuk. Bukan sahaja berbagai kaum, termasuk berbagai agama, di Madinah itu ada Arab, ada Yahudi, ada Parsi, ada macam-macam. Walaupun tidak besar, ada benihnya, berbagai kaum. Kerana Allah menjadikan manusia itu pada dasarnya, satu keluarga, walaupun mereka berbagai bangsa, mereka mesti bermasyarakat Madani.

Ibnu Khaldun mengatakan, Al-Insan, Madaniyyun Bit Tabii. Manusia tidak boleh hidup sendirian, tidak mungkin hidup seorang diri, tidak mungkin hidup satu bangsa, tidak mungkin hidup satu negara, mesti digabungkan hasil-hasil negeri, dengan negeri yang lain, kebolehan dengan kebolehan yang lain.

Sehelai baju yang dipakai, memerlukan kapas yang ditanam. Pertanian, memerlukan traktor, galian, besi. Memerlukan Petroleum, memerlukan berbagai-bagai alat. Perlu digabungkan (sebagai) masyarakat madani.

Maka Nabi Muhammad SAW membina Madinah itu membina masyarakat madani. Dengan mengajak manusia kepada Islam tanpa paksaan. Yang Islam, wajib patuh kepada ajaran Islam, yang tidak Islam, tidak dipaksa. Dan membuktikan bahawa Islam berjaya, menyatukan umat yang tidak mampu disatukan agama dengan ideologi yang lain. Quran menegaskan:

Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (surah al-Hajj: 40-41)
  
Islam dan penganutnya mesti berkuasa. Sejarah menunjukkan, kalau Kristian yang berkuasa, bunuh Yahudi. Yahudi berkuasa bunuh Kristian. Majusi berkuasa bunuh penganut agama lain. Bila Islam memerintah dengan Islam menunjukkan adil untuk semua. Apa yang disebut Islamophobia hari ini adalah fitnah terhadap Islam. Bercanggah dengan hakikat yang ada dalam ajaran Islam. Bagaimana Nabi kita Muhammad SAW melarang membunuh paderi, membunuh diplomat, membunuh utusan, membunuh rahib. Tiba-tiba bukan paderi yang dibunuh, gereja yang dibom, masjid yang dibom, di mana ajaran ini? 

Hadis-hadis Nabi menunjukkan tidak boleh membunuh perempuan, kanak-kanak, orang awam. Disebut di dalam hadis, seorang wanita dimasuk ke dalam neraka kerana mengurung seekor kucing tidak diberi minum. Allah memberi rahmat kepada seorang yang memberi minum anjing yang najis mukhallazah, dapat Rahmat Allah. Bagaimana Islamophobia? Tidak menepati hakikat yang ada dalam ajaran Islam. 

Ketika Islam dilaksanakan, Islam telah berjaya membina Tamadun Islam. Negeri yang orang Islam masuk, orang bukan Islam masuk Islam berduyun-duyun. Berduyun-duyun orang masuk Islam. Lihat Jalan Sutera dari Negeri Arab sehingga sempadan China, ranap ajaran lain dan Islam. Lihat di Asia Tenggara, pedagang yang datang ke sini, ranap ajaran agama lain, kerana rahmat dan kebaikan yang ada dalam ajaran Islam. Yang pertama, Islam mengajak kepada Islam. Yang kedua, Islam menggalakkan ilmu,  

Hadis Nabi, Orang yang (menjadi) pilihan dia masa jahiliyyah, (menjadi)pilihan dia masa Islam.

Kalangan ilmuwan, sebelum kedatangan Islam dibunuh, ahli falsafah dibunuh. Arkitek dipotong tangan, kerana takut orang bikin istana macam Istana yang dibuat. Dalam sejarah Melayu, pemuda yang menunjukkan guna batang pisang untuk menentang todak yang menentang Singapura, walaupun itu cerita dongeng, itulah hakikatnya, dibunuhnya orang yang bijak. 

Islam mengambil orang yang bijak. Orang yang bijak, yang pintar di zaman jahiliyyah, bila bersama dengan Islam, dia disanjung tinggi bila dia seorang yang faham. Amar bin Asr, Khalid bin Walid, dan lain-lain lagi, adalah tokoh-tokoh di zaman jahiliyyah, disanjung bila dia bersama dengan Islam. 

Ada yang tak masuk Islam, Nabi bersabda, Kebijaksanaan barang tercicir kepunyaan orang Islam. Di mana dijumpa dipungut. 

Maka Islam mengambil ilmu-ilmu tamadun lain yang memberi faedah. Tamadun India, China, Parsi, Rom, Mesir dan lain-lain. Ada ilmuwan yang tak masuk Islam, disanjung dalam masyarakat Islam. Ilmu yang diambil dan diIslamkan ilmu itu, maka lahirlah Tamadun Islam. Dan Islam telah berjaya memerintah negara yang besar, dari Timur ke Barat, Utara dan Selatan. Dalam masa yang singkat, masa tak mengizinkan. Itulah kehebatan Islam. Zaman tidak ada hubungan yang cepat, Islam boleh memerintah negara yang besar dan juga berbagai kaum dan agama. 

Maka Barat tertarik dengan Tamadun Islam. Malangnya Barat ini mengambil tamadun kebendaan, tamadun duniawi, tidak mengambil akidah dan akhlaknya. Maka berlakulah kecelaruan pada hari ini. Betapa telah berjayanya Islam merentasi kaum. Ayat yang dibaca dalam muqaddimah,

Berpegang dengan tali agama Allah, jangan bercerai berai. (surah Ali-Imran: 103)

Sebab nuzul ayat ini, apabila orang Yahudi menghasut Aus dan Khazraj, hampir berperang. Allah menurunkan ayat, dengan ayat al-Quran dengan akidah yang betul. Hilang semangat perkauman. Tak halang cinta kepada kaum, tak halang cinta kepada bangsa. Tetapi kecintaan kepada kaum dan bangsa dijadikan akidah, dijadikan akidah, Ini  yang salah, sehingga hilang nilai yang betul dan salah, ini yang salah. Islam membetulkan hubungan kaum.

Dalam Islam, lahir berbagai-bagai mazhab, sama ada mazhab politik, mazhab fekah, mazhab akidah, mazhab tasauf yang disebut tarekat. Orang Islam tidak berpecah di zaman dahulu, tidak bergaduh, kerana mereka berpegang dengan tali Allah, dengan tali Allah. Kerana para ulamak memainkan peranan yang sangat penting, yang sangat besar dalam masyarakat, mereka bukan sahaja berilmu, mereka adalah fakeh, memahami bagaimana nak menterjemahkan ilmu itu dalam menyelesaikan masalah. Walaupun berlaku peperangan zaman dan Siffin.

Di zaman para Sahabat RA, tetapi para pemimpin sama ada di kalangan ulamak di zaman itu dapat menenangkan keadaan. Dakwah tidak terhalang, Tamadun Islam tidak terhalang. Orang Islam boleh menangani mazhab. Malangnya zaman mutakhir orang Islam, menghadapi cabaran ideologi yang dibawa oleh Barat, dimasukkan ke dalam pemikiran orang Islam. Apabila fahaman sekularisma yang memisahkan agama dengan cara hidup, menyebabkan teori-teori politik, teori-teori ekonomi dianut oleh orang Islam. Kerana mereka menyangka, itu tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam. Padahal, semua ajaran politik dan ekonomi sudah ada dalam Quran, ada dalam ajaran Islam. Mahu hendak atau tidak balik kepada Islam sahaja. 

Bahkan pembaharuan di dalam politik dan ekonomi baru ciplak daripada ajaran Islam. Contonya dalam politik, terdapat diktatorship, teokrasi, dan demokrasi Barat. Quran, menentang sekeras-kerasnya diktatorship, pemimpin yang berlagak jadi tuhan. Begitu juga teokrasi, ahli-ahli agama yang berkuasa penuh, ahli agama, ulamak yang berlagak, paderi-paderi berlagak macam Tuhan. Islam menentang sekeras-kerasnya.

Barangkali demokrasi lebih dekat dengan Islam, hak rakyat, kebebasan mengkritik pemerintah, pemimpin boleh ditegur, pemimpin yang bersikap terbuka, ini ada dalam Islam. Tetapi malangnya demokrasi tidak ada akidah, masukkan akidah sahaja. Perlu disedari demokrasi Barat itu mengalami perubahan setelah orientalis mengkaji kitab-kitab yang dikarang oleh ulamak-ulamak Islam. 

Di England, di Perancis, di German, sebelumnya mereka mengenali demokrasi purba yang diamalkan di Athen. Mereka tidak tahu nak membuat perubahan dalam negara, melainkan revolusi England, revolusi Perancis, revolusi German, revolusi Rusia dan Amerika yang mengorbankan beribu-ribu dan mungkin berjuta rakyat. Setelah mereka mengkaji kitab-kitab fekah yang dikarang oleh ulamak Islam, setelah wafatnya Nabi SAW, para Sahabat bermesyuarat memilih siapa yang menjadi ketua negara. Golongan Ansar mencalonkan Saad bin Ubadah, ahlil bait mencalonkan Ali bin Abi Talib. Kalangan Muhajirin mencalonkan Abu Bakar As-Siddiq RA.

Setelah dibincang, Abu Bakar adalah majoriti, Quraisy. Ibnu Khaldun menghuraikan di dalam Muqaddimahnya, bahawa Quraisy adalah Qabilah yang paling besar di zaman itu, yang paling berpengaruh, maka Quraisy layak menjadi Khalifah. Bila Quraisy tidak ada pengaruh lagi, maka bukan Quraisy menjadi Khalifah, bangsa lain silih berganti dalam masyarakat Islam.

Abu Bakar yang dipilih menjadi pemimpin menyampaikan ucapan sebaik sahaja saya menjadi pemimpin, apa ucapan Abu Bakar? 
 Wahai tuan-tuan, saya dipilih menjadi pemimpin kamu. Saya bukan orang yang terbaik, kalau saya betul, tolong saya, kalau saya salah, perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. (Jangan mengampu saya, kalau saya betul, kata betul, saya salah, kata salah. Kalau saya betul, saya kata salah, saya salah kata betul, itu bohong, tidak boleh, merosakkan pemimpin, merosakkan rakyat.)

Taat kepada saya, kalau saya mentaati Allah dan Rasul, kalau saya tak taat pada Allah dan Rasul, jangan taat kepada saya.

Ini ucapan Abu Bakar. Maka Barat melalui Orientalis melakukan reformasi di dalam demokrasi Barat. Berbeza di antara satu negara dengan negara yang lain. Mereka pandai mengolah demokrasi. Malangnya, negara Barat tidak izin orang Islam pulih menjadi negara yang maju demokrasinya. Barat sengaja, tidak mengizin orang Islam membina kekuatan mereka sendiri. 
 Dalam aspek ekonomi, dunia hanya mengenali Teori Liberal, Kapitalisma, Komunisma, Sosialisma, tidak mengenal Islam ada peranan dalam aspek ekonomi. Semua teori-teori dan ideologi itu tidak ada akidah, tidak ada roh, tidak menepati fitrah sama ada sosialisma, komunisma, yang menekan masyarakat, mengorbankan individu, ataupun liberal, kapitalisma, membina individu melupai masyarakat.

Islam mengambil kira semuanya, kita kembali kepada Islam sahaja. Malangnya kalau dahulu orang Islam bergaduh kepada mazhab, Sunni dan Syiah, Khawarij. Hari ini kerana perbezaan ideologi, Sunni dengan Sunni berperang, Syiah dengan Syiah berperang. Berlaku peperangan secara proksi. Yang berlaku di Asia Barat pada hari ini, Sunni dengan Sunni berperang, Syiah dengan Syiah berperang. Kerana perbezaan ideologi, berperang dengan senjata yang diberi oleh Barat, oleh Timur, sama ada Amerika, Rusia, China, berniaga senjata, kita berperang dengan senjata mereka, bunuh kita, bayar dengan duit kita. Apa jenis macam ini? 

Insya-Allah, Melayu tidak akan jadi macam Arab, Indonesia tidak akan jadi macam Arab. Kita berbeza pendapat, kita berbalah, kita berkelahi, tetapi tak macam, tidak menjadi peperangan proksi. Saya minta, Pak Dr Muhammad Quraish Shihab, Indonesia pun sama, jangan rantau kita ini, macam rantau Asia Barat. Hindarkan pertembungan, kerana perbezaan Ideologi, berlaku pergaduhan secara proksi, orang menggunakan kita, mengaut hasil kita dan membunuh kita.

Zaman penjajahan sudah tidak ada lagi, mari kita merdekakan diri dengan benar-benar merdeka. Tafsirkan Islam di dalam Perlembagaan (Negara) mengikut ad-Din, bukan mengikut religion. Penjajah sudah tidak ada lagi, kita sendiri, ustaz-ustaz kita, ulamak-ulamak Al-Azhar, ilmuwan-ilmuwan yang belajar Ilmu daripada Timur dan Barat, yang belajar agama, banyak di negara kita ini. 

Bina kekuatan secara jama'ie, secara berkumpulan. Kita tidak perlu penasihat-penasihat dari Timur dan Barat, kita boleh ambil ilmu mereka, ilmu mereka boleh ambil, nasihat mereka tidak boleh ambil. Yang ada di dalam majlis ini bercambah, boleh jadi penasihat, boleh beri pandangan.


(*Transkrip suntingan Wartawan Harakah, Izwan Abdul Halim dari Ucaptama Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada Khamis, 17 Disember 2015)

Walau apapun, yang pasti Apek Tanjung, PANdir dan CaiPan sedang mengelupur dan tak lena tidur memerah kepala otak yang dah tepu untuk buat fitnah dan mencipta ratib baru.

al-brangionline: Bahayanya termakan dedak dapig walaupun hanya menghidu

Saturday, 12 December 2015

Platelet Pan dan Dap 'turun' mendadak minggu depan?.....kesian


Tajuk berita theStar "Najib Temui Abdul Hadi Minggu Depan" cukup menggerunkan dan memberi mimpi ngeri kepada seteru politik PAS terutama DAP dan PAN.

Semenjak PAN berada di dalam PAS sehingga kalah dalam pemilihan lantas membawa hati yang lara kononnya disisih dari PAS, maka siang malam meratap lagu UG yang senikatanya hanya Ug...UG...UG...UG sambil jari jemari bermain dengan 'tasbih-digital' (keyboard).

DAP pun senada dan seirama sambil menggentel kayu bulat sebesar ibu jari yang mirip2 tasbih sambil menyanyi ala-ala muzik mengiringi kaum kerabat mereka ke tempat 'istirehat' lagu serupa dengan lagu UG, cuma ditambah korus..."Ahli PAS meninggalkan parti".

Cara tajuk akhbar itu ditulis menggambarkan seolah-olah apa yang Najib berucapdi PAU baru-baru ini menjadi kenyataan, pada hal tajuk itu hanya semata-mata bersifat 'telunjuk lurus kelinking berkait' yakni untuk mensensasikan keadaan agar umum melihat Umno serius dalam ber'damai', pada hal ia hanya ingin melumpuhkan PAS kerana akhbar itu tahu, malah Umno pun tahu PAS tidak akan sesekali menggadaikan prinsip perjuangan parti iatu berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadith..

Secara kebetulan TGHH akan memberi ucaptama dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar dan dalam masa yang sama Najib merasmikan majlis itu. Itu saja. Takkan dalam majlis itu orang yang merasmi dengan orang yang memberi ucaptama tidak bertegur sapa atau bersalaman. Kebiasaannya orang yang merasmi, lazimnya akan menyampaikan ucaptama, tetapi oleh kerana Najib bukan kelulusan al-Azhar atau paling kurang 4 senawi atau Pasti, makaseorang Perdana Menteri diberi penghormatan merasmikan majlis. lagipun ia mungkin di'sengaja-atur' agar ucapannya semasa PAU memang ikhlas...

Walau apapun PAN, DAP serta cybertroopers, caipan, pandap dan yang sebangsa dengannya akan terus menggelumpur kepanasan. Benci sungguh depa pada Umno seolah-olah terpijak bayan Umno pun akan turun mendadap platelet mereka. Mereka ni lebih dari budak tadika, seolah-olah saudara mara, adik berdik, sahabat handai mereka tiada orang Umno, tak tahulah kalau-kalau kehidupan mereka hanya bergelumang dengan DAP sahaja. Itulah sifat munafiq politik mereka.

al-brangionline: Ziarah menziarah orang sakit pun dikata UG.....imayam betoilah hangpa...cittt

Friday, 11 December 2015

Pan dengan 'maqosid' dan 'good governance'nya.....berpuluh wanita udah kena rogol......

Setiap 35 Minit, Seorang Wanita Dirogol Di Malaysia. Mana Jalan Penyelesaian?

Gambar hiasanGambar hiasan
SEJAK kebelakangan ini, kes rogol membabitkan golongan remaja, wanita mahupun warga emas semakin membimbangkan.
Namun, penyelesaian berhubung kes jenayah ini seakan masih kabur. Adakah kerana mangsa lebih memilih untuk ‘berdiam diri’ dengan membiarkan sahaja pelaku bebas membuat perkara terkutuk itu atau sistem undang-undang negara yang terlalu ‘berlembut’ terhadap pesalah?
Sebelum ini, kisah membabitkan seorang kerani wanita yang dijerut, sebelum dirogol di rumahnya antara yang menjadi perhatian ramai dalam kalangan masyarakat. Rata-rata meluahkan rasa simpati, selain marah dengan kejadian yang disifatkan sebagai sangat kejam.
Belum lagi diambil kira, kejadian rogol membabitkan kanak-kanak belasan tahun. Semua itu seakan masih menjadi 'kudis' kepada negara dalam mencari jalan penyelesaian terbaik.
Terbaharu, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) Yap Soo Huey memaklumkan sebanyak 31,685 kes rogol dan 24,939 kes cabul dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2013, selain kes keganasan rumah tangga (42,449).
Menurut beliau, statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC) menunjukkan secara purata 3,000 kes rogol dilaporkan di Malaysia setiap tahun.
"Ini bermakna setiap 35 minit terdapat seorang gadis atau wanita dirogol. Kebanyakan kes rogol melibatkan mangsa berumur bawah 16 tahun, Pada 2013, jumlah kes melibatkan remaja bawah umur adalah sebanyak 2,111 kes," katanya seperti dilapor Bernama ketika berucap pada majlis penutupan Kempen Penang Goes Orange 2015, semalam.
Hadir sama merasmikan majlis tersebut, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Yap menambah, menurut Kementerian Dalam Negeri, sebanyak 28,741 kes rogol dilaporkan dari tahun 2005 hingga 2014 dengan 16 peratus (4,514 kes) dibawa ke mahkamah dan 2.7 peratus (765 kes) didapati bersalah.
Persoalannya, dimana jalan penyelesaian? [sumber .]

al-brangionline: Persoalannya, dimana jalan penyelesaian?......hahaha kenapa tanya begitu? Jawapannya ialah HUDUD. Kenapa sebagai seorang Islam yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat berdadolak dalih dengan hukum alQuran ini?
Pan dengan maqosid dan good governancenya....tak kemana komer. komer semacam lebih handal dari Pencipta manusia, kononnya pesalah perlu didakwah....tak sempat nak berdakwah komer, kalau dah setiap 35 minit, seorang wanita dirogol. Mana komer nak berminyak rambut dekat setengah botol. dengan kaki kena gout lagi....the moment komer sampak ke tapak udah berpuluh2 wanita kena rogol.

Wednesday, 9 December 2015

KISAH MAK CIK PAN BEROTAK 'KETAT'

Ada sorang Mak Cik seorang pesara, kata tak perlu ada undang-undang khalwat kerana katanya pelaku hanya berdosa pada Allah. (alhamdulillah masih percaya adanya Allah).

Habis tu si penkhalwat ni tak bersalah ke, kepada masyarakat.? Jika berlaku khalwat, sumbang muhrim, seks sesama sejenis, seks bersama binatang,asalkan berlaku dalam premis sendiri, ok?

Habis tu bila keluar anak haram, apa terjadi pada nasab keturunan?

Habis tu jika keluar berbagai penyakit, tak ke tempias juga kepada masyarakat?

Tapi aku tak marahkan Mak Cik ni, kerana bila tengok dari zahir Mak Cik ni, kelihatan ia dalam keadaan otaknya terlalu KETAT.

Yang aku marah, ada seorang Ostad PAN, katanya seorang Al-Hafiz dan mantan Adun (tak tahu, masih lagi jadi Ostad, kalau masih, amat malanglah anak muridnya) bercakap berbelit2 semacam mengiakan kata Mak cik tu. Dan dulu pernah ada sepasang 'Terompah Kayu' juga marah2 bila pihak berkuasa Agama buat rush kat Hotel pasal kes khalwat. (Mungkin Terompah Kayunya KETAT atau otaknya pun KETAT)

Yang peliknya semua 'mangkuk' dalam PAN diam seribu bahasa pada hal didalamnya ada 2 orang bekas orang kuat PUM atau memang PAN ni jenis suka melayan puak2 kaki khalwat dan LGBT ke?

Atau adakah mem'biar' kaki khalwat itu termasuk dalam buku 'good governance' (pinjam istilah seorang mangkuk dalam PAN) atau memang otak mereka semuanya sudah KETAT?

aduhai.....PAN...PUM...PAN...PUM....habuk pun tarak......pigiiiiii dah.

al-brangionline: Biar poket KETAT, jangan otak KETAT

Tuesday, 8 December 2015

Umno nyawa-nyawa ikan?

Umno kelihatan seperti nyawa-nyawa ikan sekarang. Presidennya dihimpit kiri dan kanan, tapi masih belum dihimpit hingga rapat ke 'dinding' walaupun Timbalannya secara 'sah' sudah bergabung dengan bekas Presidennya yang sedari dulu lantang mengkritiknya. (sumber .)

Tun Mahathir dan TSMY nampaknya hanya mahu Najib berundur. Selagi Najib tidak berundur selagi itu Umno kelihatan seperti tenat. Mereka tetap menyayangi Umno, hinggakan jika diambil 'blood test' terpancut darah Umno kemerahan.

Sama juga ketika zaman penghujung Tun berkuasa,beliau dikatakan menjadi liabiliti kepada Umno. Untuk mengelakkan Umno/BN kalah teruk dalam pilihanraya, Tun ter'paksa-rela' berundur dan Pak Lah menerajui Umno/BN dengan jayanya dalam pilihanraya.

Selepas itu Pak Lah dikritik teruk oleh Tun. akhirnya beliau berundur dan Datuk Seri Najib mengambil alih.

Begitulah kitaran roda kekuatan Umno....kuat...lemah....kuat lemah.

Saya tidak berminat dengan wang RM2.6 billion, juga saya tidak berminat adakah Tun dan terutamanya Muhyiddin dipecat dari Umno. Sebelum ini pun berapa orang sudah Timbalan mereka dipecat dari Kerajaan atau pun parti, Umno tetap Umno kerana 'fixed deposit'nya di Sabah dan Sarawak masih tidak terguggat ditambah pula aset yang tidak kurang berharga yakni, 'Felda'.

Yang saya amat berminat adakah Umno berani mengambil risiko dalam PRU nanti jika Datuk seri Najib masih memimpin Umno?

Dikatakan jika Datuk Seri Najib masih dikekalkan sehingga PRU, maka Umno akan turut menggelusur kuasanya?

Atau jika Datuk Seri Najib sanggup melepaskan 'takhta'nya, Umno kembali bergegar di pesada politik tanah air?

Sama-sama kita tunggu dan lihat, tapi yang pastinya Muhyiddin sudah beransur tenggelam panji politiknya, kerana itulah 'badi' dalam Umno, Timbalannya sentiasa 'pendek' usia.

PRU kali menjanjikan kejutan. Apa nasib PAN, DAP dan Pakatan Harapan

al-brangionline: Ini masanya PAS kembali buat gegaran.