Followers

Thursday, 12 November 2015

Kisah macai dengan Apek

Dulu Apek @ Pak Cik Tua mencadang agar PAS hanya bertanding di negeri2 ramai orang Melayu seperti Kelantan dan Terengganu.
Negeri2 seperti P.Pinang, Perak, Johor, N.S, Melaka dll seolah-olah diserahkan kepadanya dan kuncu2nya.
Saranan itu adalah gerak bahasa badan untuk mengerhanakan PAS dallam lanskap politik tanahair. Begitulah mabuk dan kemaruknya kuasauntuk menguasai persada politik tanahair.
Umum sudah mengetahui, kewujudan PAN hanyalah semata-mata takut kehilangan peluang untuk bertanding dalam PRU akan datang. Bila tidak bertanding bermakna hilanglah kuasa dan nama mereka akan akhirnya terdelete dari peta politik Malaysia. Kenapa takut nama tidak tercalon dalam PRU?.....Semua sudah tahu mereka terlalu men'derhaka' kepada pimpinan dengan pelbagai fitanah dan caci maki.
Dendam kesumat Apek tidak berakhir dengan penubuhan PAN, mereka dengan rakus mendesak PAS disingkirkan dari Kerajaan Negeri Selangor. Setelah MB memberi kata putus bahawa PAS dan Kerajaan pimpinannya saling bantu dan memerlukan (untuk kekuatan menentang Umno) dan selepas Apek @ Pak Cik Tua terasa gagal menyingkirkan PAS dari Selangor.....tup tup Atok Mesra Amoi membuat kenyataan bahawa PAN akan bertanding di Kelantan dalam PRU nanti kononnya mempertahankan Kerajaan Islam di Kelantan..
Sekarang jelaslah sudah terang lagi bersuluh permainanan politik mereka....tamak...rakus...licik...mereka cuba dan "akan" meng"hapus"kan PAS dari peta politik Malaysia....itulah perencanaannya...itulah hasrat jijik mereka.
Itulah kisah sang Barua dengan Tokehnya.
al-brangionline:
Taktik lama agar mereka yang anti -Umno diluar sana terpengaruh lantas membenci PAS ialah ungkapan UG yakni ber'sengkokol' dengan Umno...phuiiiiii.

Sunday, 1 November 2015

Singkatnya Masa....Corak sudah berubah

Selamat berjumpa semula sahabat2 sekelian yang sudi membaca celoteh albrangi.
Kurang lebih 2 bulan blog ini berehat.

Dalam masa 2 bulan berbagai perkembangan berlaku, pertama kepada diri albrangi sendiri dan keduanya kepada landskap politik negara.

Sungguh pantas masa berlaku.

Kepada diri saya, syukur Alhamdulillah saya telah sihat setelah diuji dengan pelbagai penyakit. Penyakit yang paling akhir ialah baru sembuh dari bengkak kaki kaki kanan semalam.

Kepada landskap politik tanahair, DAPlah yang banyak mencorak dan "merubah" lanskap dan meng"hangat"kan suhu politik negara.

Bermula dari "Langkah Kajang" yang diiniate oleh PKR, khususnya DSAI, DAP sudah mulamemandang serong kepada PAS sehingga memutuskan hubungan politik dengan PAS.

Memendekkan cerita selepas Muktamar PAS, mereka yang kalah dalam pertandingan akibat terlalu keciwa dan terpengaruh dengan kata-kata manis tapi amat berbisa dari DAP, mereka sanggup berpatah arang hingga terbentuk parti baru.

Pada mulanya PAS menjangkakan parti baru itu, Parti Amanah (?) Negara (PAN) akan bertanding disetiap kerusi yang PAS akan bertanding, khususnya di negeri Selangor, tup tup DAP umumkan akan bertanding di lapan kerusi yang PAS akan bertanding.

Masa akan menentukan ke'akraban' PAN, DAP dan PKR dan ketika itu rakyat akan perhatikan gerak silat PAN yang memang sudah sumbang melawan ;kungtau' DAP dengan gendan silat dipalu oleh PKR.

albrangionline: PAS sudah 'masak' dengan kerenah dan rencah politik sebegini.