Followers

Monday, 15 June 2015

DAP Kemaruk

DAP SESEKALI tidak akan dapat perintah Malaysia kerana kependudukan rakyat Malaysia mengikut taburan kaum sudah sebegitu rupa, kaum Cina padat di Bandar manakala Melayu di pinggiran bandar, FELDA dan kampong.
DAP mungkin boleh menguasai P.Pinang, itu pun memerlukan juga undi Melayu.
Dek mabuk kuasa DAP mahu pilihanraya Kerajaan Tempatan kerana yakin dapat menguasainya kerana taburan seperti yang dikatakan tadi.
DAP HANYA dapat perintah Malaysia melalui penguasaannya dalam Pakatan melalui political bargaining power. Tapi secara BERSENDIRIAN, jangan haraplah kemaruknya tercapai.
Sebab itu sekarang DAP terlalu desperate membuat "talent scout" mencari kaum Melayu beragama Islam untuk ditonjolkan sebagai Menteri Besar kerana hanya P.Pinang,Melaka, Sabah dan Sarawak sahaja yang tidak mewajibkan calon Ketua Menteri dari orang Melayu beragama Islam.
Kesimpulannya DAP wajib terima "penkongsian" kuasa dan saling menghormati dan saling memerlukan undi pelbagai kaum dan yang penting tidak mencampuri dasar parti rakan dalam PR.

al-brangionline

Selepas ini amat sukar untuk pengundi menerima DAP kalaupun DAP boleh berdamai semula dengan PAS

Wednesday, 10 June 2015

DAP sebenarnya sudahlah "Singa Pondan", tidak bertaring dan kuku pulak tu

Pakatan Rakyat di anggotai secara "haram" (RoS belum lulus) oleh 3 parti yakni PAS, PKR dan DAP.

Negeri-negeri yang PR perintah sekarang ialah Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

Mana-mana negeri yang dikuasa oleh parti majoriti secara lazimnya akan ber"Menteri Besar"kan dari Adun Partinya seperti Kelantan dan Pulau Pinang kecuali Selangor.

Di Selangor pada asalnya komposisi ADUN adalah seperti berikut:

PAS : 15
DAP : 15
PKR : 14
BN   :  12

Mengikut "Hukum" lazimnya, PAS dapat jawatan MB kerana DAP tidak layak dapat jawatan MB kerana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menghendaki calon yang berbangsa Melayu serta berAgama Islam.

Tapi PAS berbesar hati bersetuju MB dilantik dari PKR, lagipun DAP "tidak" sesekali bersetuju PAS berada di"atas".

Selepas LANGKAH KAJANG komposisi ADUN sudah berubah seperti berikut :

PAS : 15 - 2= 13 (2 Adun sudah "belot" dan jadi mesra PKR)
DAP : 15
PKR : 14-1+2 = 15 (1 Adun dipecat)
BN   : 12

PR sebulat suara memilih Adun dari PKR menjadi MB, tapi PAS tidak bersetuju dengan WAWI kerana akur kepada Istana dan mengesyorkan Azmin Ali.

Di sini bermulalah dendam kesumat DAP dan PKR kepada PAS.

Sekarang berlaku pula percakaran yang jelas tanpa disembunyikan lagi di antara DAP dan PAS kerana DAP secara terang-terang mencampuri urusan dalaman PAS termasuk dalam hal-hal Dasar Parti dan pemilihan calon pimpinan PAS.

DAP pula kerana terlampau arrogant sudah keliru di antara parti dengan Kerajaan.

Kelihatan DAP mengarahkan Azmin samada memilih PAS atau DAP di Selangor pula.

Hendak dinyatakan di sini, PR di dalamnya ada Majlis Presiden. Kenapa Majlis Presiden tidak bermesyuarat untuk menyelesaikan hasrat tersembunyi DAP untuk menyingkirkan PAS keluar dari PR tapi "u have no guts" tidak mempunyai sakit lemah kelakian untuk bertyerus-terang.

Sudah jelas sekarang "belang" dan "warna" DAP sebenar.

al-brangionline: Disyorkan agar PAS buat "donno dan sardin"....biarkan demer nak "cold-storage"kan atau apa-apa pun, namun jangan sesekali keluar dari PR. Biarkan mereka yang menendang PAS keluar, biar pengundi dan rakyat jelata yang jadi hakim (itu pun slogan demer selama ke ni, kononnya suara rakyat suara keramat, rakyat menjadi hakim negara...ceh wah....)

Tuesday, 9 June 2015

PASMA hanya tunggu gerak terakhir dari PAS untuk bertindak?

Ada beberapa 'pimpinan' yang tersingkir masih ber'dendam', mengeluarkan kata-kata sinis serta 'buah' provokasi pada 'pimpinan baru'. Ada juga yang masih mendiamkan diri dengan beberapa strategi tentu.

Mereka seolah-olah mencabar agar PAS 'betul-betul' berpatah arang dengan DAP dan men'jolok' serta meng'geletek' pimpinan PAS agar melatah dan terus keluar dari Pakatan Rakyat.

DAP pun sama, masih bermain 'kung-taw' seolah-olah mencabar PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Yang hairannya DAP terlalu bacul untuk mengarah atau berpakat dengan PKR agar menendang PAS keluar dari Pakatan.

Kenapa?

Kerana implikasinya amat besar. Tak boleh dinafikan, PR masih memerlukan PAS untuk menjatuhkan Umno/BN.

Juga DAP masih bermain silap mata kepada pengundi, agar pengundi tidak nampak bahawa DAPlah yang mahu mencampakkan PAS keluar. Bagi mereka biar pengundi nampak atau baca bahawa PASlah yang mahu keluar.

PASMA hanya menunggu 'buah' terakhir dari PAS, yakni PAS yang keluar dari Pakatan bukannya PAS ditendang keluar.

Sebaik saja PAS bertindak keluar, maka PASMA akan berdaftar sebagai parti politik dan menanggotai PR sebagai ganti kepada PAS.

Jadinya 'pimpinan' yang tersingkir akan berterusan buat provokasi kepada PAS agar senang mereka meninggalkan PAS lantas masuk PASMA, diketika itu mereka dilihat tidak melakukan apa-apa 'dosa' kepada PAS mahupun pengundi.

Dalam ketika yang sama, PAS perlu menzahirkan niat, masih bersama Pakatan Rakyat sebagai meredakan beberapa ahli yang masih pening-pening lalat dan saya yakin PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan keluar dari PAS walaupun ada usul ber'putus' hubungan dengan DAP.

LGE pun pernah keluar kenyataan ber'putus' hubungan dengan TGHH dan bukannya dengan PAS.

Hahaha, yang tersepit dan pening serta 'bengkak' hulu hati ialah DAP dan 'pimpinan' yang tersingkir dalam Muktamar baru-baru ini.

al-brangionline:

Aku telah bertekad, tidak akan menjadi PACA pada DAP lagi dalam PRU akan datang.