Followers

Friday, 27 February 2015

Siapa calon Presiden PAS menentang penyandang?

Gambar sebagai hiasan: TGHH menjamu selera, nasi berlaukkan ikan bilis dan sardin

LEMBUT TAPI LICIK
Makin dekat dengan Muktamar PAS, suhu politik PAS khasnya dan Malaysia amnya semakin naik walapun ianya tidak sampai ke tahap suhu mendidih, tetapi sediki sebanyak bahangnya sudah terasa di kalangan ahli.
Perlembagaan PAS meraikan pertandingan dalam apa jua jawatan samada dalam Cawangan, Kawasan membawalah kepada PAS Pusat.
Kebanyakan Cawangan telah pun mengadakan Mesyuarat Agung. Saya menjangkakan bayang-bayang siapa bertanding Presiden, Timbalan Presiden, AJK PAS Pusat, Pengerusi Tetap, Timbala Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan sebagainya mula nampak jalurnya apabila Kawasan menjemput pimpinan PAS peringkat tertinggi merasmikan Mesyuarat Agung Kawasan masing-masing.
Pencalunan untuk jawatan tertinggi dalam PAS akan lebih jelas apabila Kawasan membuat pencalunan dan beruntunglah nama-nama yang naik menjadi perwakilan ke Muktamar PAS Pusat kerana undi berada di tangan mereka.
"Perang saraf" telah lama berlaku dalam mencari kaedah untuk menurunkan TGHH dari kerusi Presiden.
Ianya sudah tidak mengambil perkiraan samada secara berhemah, secara halus tetapi racun yang ditusuk akan meresap ke dalam sanubari penyokong dan pendokong, secara kurang ajar, secara kasar dengan secara menyentap, menanduk dan sebagainya.
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden menjadi tumpuan penganalisa politik tanahair samada musuh PAS atau dikalangan pendokong dan penyokong PAS sendiri.
Kedua-dua jawatan itu akan menentukan halatuju PAS selepas ini dengan dibantu dengan saf kepimpinan dari AJK PAS Pusat.
Kalau dulu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden bergerak seperti aur dengan tebing, akrab seperti isi dengan kuku, berhujah saling 'compliment' yakni saling cukup-mencukupi di antara satu sama lain dengan sumbangan dari saf AJK PAS Pusat, tetapi sekarang ia sudah tidak menjadi rahsia lagi, ia sudah terang dalam limpahan cahaya lampu limpah sehingga kilauannya menjadi silau kepada ahli akar umbi.
Ini bukan masalah perselisihan pendapat, ini bukan masalah demokrasi dalam parti, ini bukan isu meraikan pertandingan, ini sudah menjadi isu lebih dari 'personal grudge' di antara mereka yang mem'benci' Presiden, yakni secara directnya, mereka sudah "benci" dan "tawar" hati untuk berjuang mengakkan Islam, samada mereka itu sememangnya 'munafik haraki' yang ditanam oleh musuh PAS atau mereka bercita-cita besar untuk kepentingan diri sendiri kerana kilauan 'ghanimah' yang menunggu mereka atau pun mendapat 'suntik'kan semangat dari rakan-rakan kongsi lain.
Mereka mendapati sosok Presiden PAS sekarang yakni TGHH sudah menjadi 'stumbling-block' laksana yang merencatkan 'Langkah Putrajaya', yakni yang membantutkan perjalan ke Putrajaya kerana 'kilauan -emas' 'ghanimah' yang perlu di'faraid'kan segera.
Maka berbagai-bagai cara akan dilontarkan, akan ditembak bak machine-gun, akan di panah dengan panahan arjuna beracun, akan di'santau'kan secara lembut agar penyokong dan pendokong tegar akan berfikir 'betul jugak nih'....'lojik jugak nih'....apabila perasaan itu sudah wujud, maka apabila calon baru Presiden di jelmakan, maka perwakilan sudah berbelah bagi.
Saya menjangkakan mereka akan meletakan calon 'proksi' seorang Ulamak yang boleh diterima oleh perwakilan sebagai calon. Mereka akan menggunakan Ulamak ini sebagai 'kuda tunggangan untuk melempiaskan nafsu serakah mereka. Figura yang tersangat menginginkan jawatan Presiden saya percaya dia tiada 'guts' untuk melawan atau berlawan kerana khuatiri karier politiknya mati dan tenggelam seperti Firaun tenggelam di laut merah.
Apabila ini berlaku maka corak dan halatuju PAS akan bertukar rupa, Perlembagaan PAS akan bertukar corak, percayalah kemudian daripada itu jenama PAS hanya pada kulit, tetapi isinya sudah menyamai dengan parti-parti politik yang lain seperti UMNO, PKR, DAP dan sebagainya.

al-brangionline:
Ini bukan dongeng "Penyamun Tarbus"......
[sumber .] [sumber .]

Sunday, 22 February 2015

Umno hanya takut dengan sosok ini dalam PAS?

Sahabat : Syeikh, agak2 sapa calon sesuai di PRK Permatang Pauh? 
Saya : Tak nak campur, tu kawasan PKR kan.
Sahabat : Takkan tak boleh beri pandangan
Saya : Ramai orang suh letak Mad Sabu kerana dia jaguh demo, dia raja pidato,
dia banyak bantu Presiden mentarbiah ahli dan membantu Presiden ketika Presiden bercuti sakit dengan menerangkan dasar-dasar parti kepada ahli dan rakan PR,
dia banyak menarik bantuan Kerajaan Pulau Pinang ke Misi Bantuan banjir ke Kelantan,
beliau boleh menyelesai banyak masalah air, bukan ke dia 'duk' dalam Majlis Air Pulau Pinang?
dia petah bercakap banyak bahasa, contoh, bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
dan yang penting Umno BANYAK TAKUT dengan dia.....kan banyak penggal dia jadi MP.
Sahabat : Umno takut dengan dia? Bukan ke dia banyak menang ketika bertanding di Kelantan, tapi di Kedah, Umno kat situ udah tak takut ke dia lagi sebab tu dia kalah.
Saya : Tapi di Pulau Pinang, Umno tersangat takut dengan dia, malah DAP dan PKR akan ikut kata dia.
Calon terbaik di Permatang Pauh, kalau PKR tak setuju, boleh jugak pakai 'baju' PKR atau DAP......

al-brangionline:
Mana mungkin PAS selaku gerakan Islam terbesar di Malaysia Presiden dan Timbalan Presiden berlainan arah!!!

Monday, 16 February 2015

Lilin men'cair'kan 'aqal' manusia.....pulak?


Teringat semasa zaman kanak2, kami membakar lilin sambil berkejaran terutama di malam 7 likur. Kami menyalakan lilin keliling rumah kononnya untuk mendapat keberkatan di Malam Lailatulqadr
Bila sudah dewasa, kami masih menyimpan lilin untuk di"nyala"kan menerangi rumah ketika blackout.
Rupa2nya "kerja" membakar lilin ini berterusan. Ia dibakar beramai2 untuk mengumpul "semangat" serta membina "kekuatan" agar seseorang yang dikatakan ter"kurung" agar terlepas bebas.
Rupa2nya pemikiran cetek zaman kanak2 menjadi warisan ke generasi tua.....singkatnya aqal manusia terdesak.

Ada sesetengah orang hidupnya seperti sebatang 'kandil', membakar diri menerangi yang lain,
TETAPI membakar 'kandil' untuk menerangi orang lain, ini satu fenomena 'karut wal marut'.

al-brangionline:

Kalaulah lilin boleh berkata-kata....."Pendeknya langkah manusia yang ber'aqal'"

Monday, 9 February 2015

MB Johor selepas PRU14?....Khalid Samad, Salahudin Ayub dan Hanipa Maidin bakal ber'saing' sengit dalam "Johor Move"


Sekarang ramai orang memperkatakan tentang pemerkasaan Pakatan Rakyat.

PAS masih berada dan memainkan peranannya dalam pemerkasaan Pakatan Rakyat selama dan selagi mana mendapat kepercayaan dari rakan kongsi DAP dan PKR.

Semua ahli PAS dari segenap lapisan masyarakat, dari buruh kasar, nelayan, petani, Ustaz, Cik Gu, Ulamak dan Profesional berganding bahu menjulangkan PAS serta memberi sokongan dan dokongan padu kepada Pakatan Rakyat untuk merubah landskap politik Malaysia setelah dapat bertahan di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor dalam PRU13 yang lalu.

Tidak cukup dengan gerakan berasaskan parti politik, beberapa NGO turut membantu memperkasakan Pakatan Rakyat seperti PASMA, Yayasan Darul Hijrah, R-Royalti, GIK dan lain-lain, ini memberi petanda bertapa seriusnya impian rakyat Malaysia untuk memperkasakan PR ke arah merubah corak serta melakarkan landskap politik Malaysia yang baru.

Walaupun PR hanya mempunyai 3 buah parti berbanding dengan BN yang ber'syarikat' dengan berbelas-belas parti, namun PR berjaya memberi mimpi ngeri kepada BN setelah dua kali PRU berturut-turut, BN masih lagi terkial-kial untuk merampas kembali 2/3 majoriti di Parlimen dari PR.

Di dalam PRU14 akan datang, dijangka PR masih dapat bertahan untuk menafikan BN, 2/3 majoriti kalau pun masih tidak berupaya menawan Putrajaya.

Potensi yang besar bagi Pakatan Rakyat sebelum dapat menawan Putrajaya ialah me"luaskan penguasaannya" ke Johor sebagai satu 'accolade' tambahan pemerintahan Pakatan Rakyat di samping dapat mengekalkan Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

DAP dengan "testing market"nya berjaya menapakkan batang tubuh Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah (sebelum itu di Parlimen Ipoh Timur) begitu juga dengan Teo Nie Ching di Parlimen Kulai (sebelum itu di Parlimen Serdang).

PKR dengan 'Kajang Move'nya yang telah berjaya memperkasakan Pakatan Rakyat Selangor daripada disambar kembali oleh BN. Walaupun Anwar dan isterinnya gagal "meluaskan penguasaan di Selangor" tetapi dengan ternobatnya Azmin Ali sebagai Menteri Besar, malah mendapat jolokan Jokomin sinonim dengan Presiden baru Indonesia, Jokowi, Selangor menjadi kebal untuk Umno/BN menembusinya.

Kenapa tidak dengan PAS?

PAS berpotensi membuat "Johore Move" selepas DAP melalui Lim Kit Siang dan Teo Nie Ching berjaya di Parlimen Gelang Patah dan Parlimen Kulai pada PRU13 dahulu.

Figura-figura seperti Khalid Samad, Hanipa Maidin dan Salahudin Ayub (telah pun mendahului rakannya dalam PRU13 yang lalu bertanding di Parlimen Pulai) mampu menggerakkan "Johore Move". Figura ini adalah semuanya 'heavyweight'' yang bakal menggerunkan UMNO/BN dalam PRU14 nanti dan dibantu dengan beberapa tokoh profesional dan ilmuan Islam dari beberapa Universiti yang terdiri dari anak-anak jati Johor.

Hanipa Maidin yang memang berasal dari Batu Pahat dan menetap di Selangor sejak 1990 lagi memang berjiwa kental pernah bertanding di Tanjung Karang tetapi kalah kepada Noh Omar pada PRU, 2008 tetapi menang di Parlimen Sepang pada PRU 2013 yang lalu.

Beliau mampu memenagi Parlimen Batu Bahat dalam PRU14 akan datang.

Khalid Samad seorang yang berlatarbelakangkan kejuruteraan dan juga sangat kental semangat keIslamannya (beliau pernah menubuhkan Parti Negara Islam sekembali dari luar negara) merupakan 'singa politikus' di Selangor yang sentiasa memberi mimpi ngeri kepada Umno khususnya calon mesra BN, Zulkifli Nordin dalam PRU13 yang lalu. Khalid Samad juga merupakan seorang veteran pilihanraya pernah bertanding di Kuala Krai pada 1986 (kalah), di Arau pada 1990 (kalah), di Shah Alam pada tahun 2004 (kalah), tetapi Khalid telah berjaya menonjolkan kewibawaanya sehingga menang dua kali pilihanraya berturut-turut iaitu pada tahun pada tahun 2008 dan 2013 di Shah Alam.

Manakala Salahuddin Ayub seorang yang petah berpidato, figura penting dalam PAS menjadi Ahli Parlimen di perantauan yakni di Kelantan selama dua penggal berturut-turut iaitu di Parlimen Kubang Kerian pada tahun 2004 dan 2008.

Beliau mengambil langkah berani kerana beliau mempuyai jiwa yang besar walaupun berisiko tinggi, beliau kembali ke Johor dan bertanding di Parlimen Pulai, kalah kepada Nur Jazlan Mohamed dengan hanya 3,226 undi. (Jazlan memperolehi 43,751, Salahuddin memperolehi 40,525 undi.)

Saya yakin ketiga-tiga tokoh ini mampu 'strike' dengan 'Johore Move' dalam PRU14 nanti.

Amatlah rugi kalau Hanipa, Khalid asyik menjadi 'jaguh kampong', Kita meraikan perbezaan pendapat hatta dengan Ulamak atau pun Presiden sekalipun, tetapi natijahnya tidak ke mana-mana. Akhirnya anda rugi, ahli rugi, penyokong dan pendokong turut rugi. Campakkan ego anda nun jauh di perairan Tanjung Piai, titik palik hujung benua Asia.

Ayuh keluarlah dari 'kepompong politik selamat', ciptakan satu 'move' baru, anda mampu melebarkan penguasaan ke Selatan.

Tidak ada faedahnya menjawat pelabagai jawatan tertinggi parti dan bercakap tentang pemerkasaan Pakatan Rakyat, tapi Umno/BN tidak terusik apatah lagi tercuit khusunya di Johor.

Insyaa Allah, jawatan Menteri Besar menggamit Hanipa, Khalid mahupun Salahuddin. Jika Hanipa dan Khalid merasakan cuak dengan jenama PAS, anda boleh menyarung 'jersey' PKR mahupun DAP, anda masih layak menjadi Menteri Besar walaupun ditakdirkan anda berdua menyarung 'jersey' PKR atau DAP kerana anda berdua adalah Melayu Islam.

Khalid yang mempunyai saudara kandung yang terkenal di Johor iaitu Sharir Samad (Umno) dan keluarga yang besar, begitu juga dengan Hanipa yang mempunyai talian keluarga yang besar di Batu Pahat dan tidak ketinggalan Salahuddin Ayub yang memang terkenal di Pontian, anda bertiga mampu mengorak langkah di Johor.

Pastinya anda akan dikenang dalam lipatan sejarah nanti dengan "Johor Move" yang bisa menggegarkan bilik-bilik kuliah Sains Politik.

Selamat Berjuang duhai 'Singa PAS'

al-brangionline:

Singa PAS akan mem'baham' Harimau Selatan.

p/s Hatta boleh le mikior "Perak Move" pulak.....bior Umno yang terguling jangan sesama sendiri yang tertungging yeop.

Thursday, 5 February 2015

Mana boleh jalan-jalan tunjuk 'barang'.....bikin orang takut woh.

Sketsa I

Jejaka A : Wow besarnya tebuan......

Jejaka B : Cittt....mana ada besar. tebuan kat kampong saya lagilah besar, ada yang sebesar bapak ayam.

Jejaka A : Cittt.....jangan cakap banyak, kalau berani tangkaplah.....kecik aja kan?

Jejaka B : Dengan lagak angkuh terus di tampar lalu di tangkapnya.....dengan secepat kilat di hempasnya tebuan itu lalu berkata, Ciiittt berak (tapak tanganya kena sengat tapi lagak sombongnya dikatakan berak sambil mengipas2 kesakitan)

Sketsa II

Jejaka A : Hey kawan saya ada tanam kobis, pheeeewww besar oh, sebesar rumah setinggan. Awak mahu tengok?

Jejaka B : Tak payah tengok, saya sudah tahu dan banyak percaya sama awak.

Jejaka A : Dalam hatinya, kali ni mamad ni boleh mengalah kat aku.

Jejaka B : Boleh saya tolong masak untuk awak?

Jejaka A : Mana mahu cari periuk mahu masak itu sayur. Itu kobis banyak besar.....habislah ego mamad ni.

Jejaka B : Saya mahu cari lain punya sayur, mahu masak mixed vege sebab saya punya periuk ada besar itu rumah teres jugak nanti kalau masak itu kobis, banyak membazir itu gas.

Sketsa III

Jejaka A : Woit kawan, takdak baik woh jalan-jalan, awak tunjuk awak punya 'barang', bukan itu orang perempuan saja takut, itu pak cik, mak cik, satu estet jugak takut.

Jejaka B : Woit geng, mana ada saya tunjuk semua saya punyai 'barang', saya pun tahu itu 'barang' banyak bahaya pada semua orang, bukan perempuan saja sambil gelak-gelak. Saya hanya tunjuk siiikit saja .

al-brangionline:

Biar jatuh (tergolek jatuh motor), tapi itu misai jugak tarak cecah tanah......