Followers

Tuesday, 8 December 2015

Umno nyawa-nyawa ikan?

Umno kelihatan seperti nyawa-nyawa ikan sekarang. Presidennya dihimpit kiri dan kanan, tapi masih belum dihimpit hingga rapat ke 'dinding' walaupun Timbalannya secara 'sah' sudah bergabung dengan bekas Presidennya yang sedari dulu lantang mengkritiknya. (sumber .)

Tun Mahathir dan TSMY nampaknya hanya mahu Najib berundur. Selagi Najib tidak berundur selagi itu Umno kelihatan seperti tenat. Mereka tetap menyayangi Umno, hinggakan jika diambil 'blood test' terpancut darah Umno kemerahan.

Sama juga ketika zaman penghujung Tun berkuasa,beliau dikatakan menjadi liabiliti kepada Umno. Untuk mengelakkan Umno/BN kalah teruk dalam pilihanraya, Tun ter'paksa-rela' berundur dan Pak Lah menerajui Umno/BN dengan jayanya dalam pilihanraya.

Selepas itu Pak Lah dikritik teruk oleh Tun. akhirnya beliau berundur dan Datuk Seri Najib mengambil alih.

Begitulah kitaran roda kekuatan Umno....kuat...lemah....kuat lemah.

Saya tidak berminat dengan wang RM2.6 billion, juga saya tidak berminat adakah Tun dan terutamanya Muhyiddin dipecat dari Umno. Sebelum ini pun berapa orang sudah Timbalan mereka dipecat dari Kerajaan atau pun parti, Umno tetap Umno kerana 'fixed deposit'nya di Sabah dan Sarawak masih tidak terguggat ditambah pula aset yang tidak kurang berharga yakni, 'Felda'.

Yang saya amat berminat adakah Umno berani mengambil risiko dalam PRU nanti jika Datuk seri Najib masih memimpin Umno?

Dikatakan jika Datuk Seri Najib masih dikekalkan sehingga PRU, maka Umno akan turut menggelusur kuasanya?

Atau jika Datuk Seri Najib sanggup melepaskan 'takhta'nya, Umno kembali bergegar di pesada politik tanah air?

Sama-sama kita tunggu dan lihat, tapi yang pastinya Muhyiddin sudah beransur tenggelam panji politiknya, kerana itulah 'badi' dalam Umno, Timbalannya sentiasa 'pendek' usia.

PRU kali menjanjikan kejutan. Apa nasib PAN, DAP dan Pakatan Harapan

al-brangionline: Ini masanya PAS kembali buat gegaran.