Followers

Sunday, 1 November 2015

Singkatnya Masa....Corak sudah berubah

Selamat berjumpa semula sahabat2 sekelian yang sudi membaca celoteh albrangi.
Kurang lebih 2 bulan blog ini berehat.

Dalam masa 2 bulan berbagai perkembangan berlaku, pertama kepada diri albrangi sendiri dan keduanya kepada landskap politik negara.

Sungguh pantas masa berlaku.

Kepada diri saya, syukur Alhamdulillah saya telah sihat setelah diuji dengan pelbagai penyakit. Penyakit yang paling akhir ialah baru sembuh dari bengkak kaki kaki kanan semalam.

Kepada landskap politik tanahair, DAPlah yang banyak mencorak dan "merubah" lanskap dan meng"hangat"kan suhu politik negara.

Bermula dari "Langkah Kajang" yang diiniate oleh PKR, khususnya DSAI, DAP sudah mulamemandang serong kepada PAS sehingga memutuskan hubungan politik dengan PAS.

Memendekkan cerita selepas Muktamar PAS, mereka yang kalah dalam pertandingan akibat terlalu keciwa dan terpengaruh dengan kata-kata manis tapi amat berbisa dari DAP, mereka sanggup berpatah arang hingga terbentuk parti baru.

Pada mulanya PAS menjangkakan parti baru itu, Parti Amanah (?) Negara (PAN) akan bertanding disetiap kerusi yang PAS akan bertanding, khususnya di negeri Selangor, tup tup DAP umumkan akan bertanding di lapan kerusi yang PAS akan bertanding.

Masa akan menentukan ke'akraban' PAN, DAP dan PKR dan ketika itu rakyat akan perhatikan gerak silat PAN yang memang sudah sumbang melawan ;kungtau' DAP dengan gendan silat dipalu oleh PKR.

albrangionline: PAS sudah 'masak' dengan kerenah dan rencah politik sebegini.