Followers

Tuesday, 9 June 2015

PASMA hanya tunggu gerak terakhir dari PAS untuk bertindak?

Ada beberapa 'pimpinan' yang tersingkir masih ber'dendam', mengeluarkan kata-kata sinis serta 'buah' provokasi pada 'pimpinan baru'. Ada juga yang masih mendiamkan diri dengan beberapa strategi tentu.

Mereka seolah-olah mencabar agar PAS 'betul-betul' berpatah arang dengan DAP dan men'jolok' serta meng'geletek' pimpinan PAS agar melatah dan terus keluar dari Pakatan Rakyat.

DAP pun sama, masih bermain 'kung-taw' seolah-olah mencabar PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Yang hairannya DAP terlalu bacul untuk mengarah atau berpakat dengan PKR agar menendang PAS keluar dari Pakatan.

Kenapa?

Kerana implikasinya amat besar. Tak boleh dinafikan, PR masih memerlukan PAS untuk menjatuhkan Umno/BN.

Juga DAP masih bermain silap mata kepada pengundi, agar pengundi tidak nampak bahawa DAPlah yang mahu mencampakkan PAS keluar. Bagi mereka biar pengundi nampak atau baca bahawa PASlah yang mahu keluar.

PASMA hanya menunggu 'buah' terakhir dari PAS, yakni PAS yang keluar dari Pakatan bukannya PAS ditendang keluar.

Sebaik saja PAS bertindak keluar, maka PASMA akan berdaftar sebagai parti politik dan menanggotai PR sebagai ganti kepada PAS.

Jadinya 'pimpinan' yang tersingkir akan berterusan buat provokasi kepada PAS agar senang mereka meninggalkan PAS lantas masuk PASMA, diketika itu mereka dilihat tidak melakukan apa-apa 'dosa' kepada PAS mahupun pengundi.

Dalam ketika yang sama, PAS perlu menzahirkan niat, masih bersama Pakatan Rakyat sebagai meredakan beberapa ahli yang masih pening-pening lalat dan saya yakin PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan keluar dari PAS walaupun ada usul ber'putus' hubungan dengan DAP.

LGE pun pernah keluar kenyataan ber'putus' hubungan dengan TGHH dan bukannya dengan PAS.

Hahaha, yang tersepit dan pening serta 'bengkak' hulu hati ialah DAP dan 'pimpinan' yang tersingkir dalam Muktamar baru-baru ini.

al-brangionline:

Aku telah bertekad, tidak akan menjadi PACA pada DAP lagi dalam PRU akan datang.