Followers

Sunday, 24 May 2015

Ratib UG dan Perkukuhkan PR - Baru ku Faham


Satu dua minggu sebelum Mesyuarat Agung Kawasan, PAS Kawasan Serdang ada menganjurkan majlis "Tanyalah Pemimpin". Pemimpin tersebut ialah mantan Ketua Urusan Ulamak Selangor dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Kedua2 pimpinan tersebut tidak semena2 bercakap pasal kepentingan PR, kebaikannya,keuntungan yg PAS kecap bersama2 dgn PR...blaaa...blaaa...blaa...
Aku cuba bersangka baik walaupun ketika itu banyak isu forum terbuka yg menghina Presiden, isu Hawaii 5'- O dan banyak lagi
Aku bangun dan beritahu ada 4 soalan tapi hanya satu soalan di bawa pusing "roundabout"..tidak menjawab soalan...berbelit2...3 soalan lagi disuruh tangguh.
Harini LGE pulak kata TGHH hilang akal...nak bergabung sangat pergilah..... http://mmy.malaysiakini.com/news/299375
Sekarang baru aku faham kenapa mereka meratibkan UG dan kepentingan PR....dari dulu hingga sekarang.. ..daripada pimpinan tertinggi PAS sendiri hinggalah ke pimpinan tertinggi DAP dan PKR menyerang Presiden PAS...
Untuk apa mereka menyerang?
Dalam bahasa mudah mereka mahu mengubah dasar PAS semata2 nak jaga undi kaum Cina kononnya itu saja jalan pintas ke Putrajaya.
DAP amat yakin mereka akan kalah teruk pada MCA jika PAS bawa HUDUD. Manakala beberapa pimpinan tertinggi PAS yang menang di kawasan bandar terhutang budi kepada undi kaum Cina konon, tapi mereka lupa kenapa undi kaum Cina tidak beri kepada beberapa pimpinan PAS seperti Salahuddin Ayub di Pulai dan Nusajaya, Dzulkifli Ahmad di Kuala Selangor, Mat Sabu dan gerombolannya di Kedah?
Adakah LKS lupa kemenangannya di Gelang Patah sedikit sebanyak kesan dari undi orang2 PAS?..(Aku amat yakin LKS akan berpindah kawasan lagi)
Aku amat yakin dalam seminggu dua menjelang Muktamar ini MEREKA akan "GO for BROKE) berkempen untuk menjatuhkan mereka yang membawa mesej Islam....samada membunuh karakter atau sebagainya..

al-brangionline:
Jangan sangat arrogant kawan.....nanti kena backfire