Followers

Tuesday, 19 May 2015

Rahsia sebenar BR1M dan GST?

Maka marahlah memanda Menteri.
Dikatakan, bila hangpa dapat BR1M, hampa semua diam, tetapi bila hangpa dikenakan GST, hangpa hari-hari bising.
Kenapa bila hangpa dapat BR1M, hangpa tak hari-hari memuji-muji si-pemberi BR1M?.....haha
Sudah bukan menjadi rahsia negara lagi bahawa BR1M hanya diberikan kepada orang-orang totok Umno dan yang sewaktu dengannya, dengan satu tujuan agar penyokong tegar Umno tidak lari memberi undi. kepada mereka di setiap kali pilihanraya
Sesiapa yang faham akan industri ayam daging, memang sifat "ayam daging" sebegitu rupa, bila beri makan, ayam akan makan dan nak makan lagi dan lagi....beri makan nak makan...beri makan, nak makan.....sekali makanan dicukai/dicatu, sudah semestinya ayam-ayam akan membising satu reban. Depa sudah seronok diberi makan, walaupun hanya segenggam padi hampa atau gandum hapak.

Manakala GST pula, giliran tokeh2 besar/kroni perniagaan diberi makan pula.....sudah tentu senyap sebab masyuuuuukkkkk. Maka setiap kali pilihanraya depa semestinya akan membalas budi memberi sokongan dan 'derma ikhlas' untuk mereka yang bertanding.....dok gitu?
Yang melopong adalah golongan mustadh'afin yang tidak menyokong Umno, BR1M tercicir, GST pulak kena kikir dan sifir.
al-brangionline:

Apa diharap padi seberang, hangpa semua kena temberang.

p/s "tang mmalang kena ke dier sokmo"......cer translate bahasa ibunda ni ke lorat Kay El......