Followers

Sunday, 17 May 2015

PAS kembali dagang?

PASMA tengah berkira2 nak tubuh parti politik.
Senang cakaplah, kemungkinan yang kalah bertanding dalam Muktamar nanti akan ikut serta PASMA menubuh parti baru, maka dengan sendirinya Pakatan Rakyat jadi kuat, gitu?

Habis tu kalau PASMA tubuh parti politik dan masuk PR, kedudukan PAS dalam PR bagaimana?

Kalau tengok kepada rentak PKR dan DAP menari, mereka senang2 akan menerima PASMA dengan sendirinya mereka akan meng"gantung-tak bertali"kan PAS.

Kalau mereka tendang keluar PAS, PR akan dilihat sebagai satu pakatan yang jahat yang tak mengenang budi kerana PAS banyak juga tolong memenangkan calon PKR dan DAP, kalau mereka membiarkan PAS "menetap" dalam PR, DAP akan kecut perut menghadapi PRU14 nanti kerana penyokong DAP terang2 menolak HUDUD.

Jadi jalan terbaik, PR akan membiarkan PAS memendam rasa sehingga PAS akan keluar sendiri, di ketika itu PAS akan dilihat sebagai parti "pengkhianat".

Penyokong dan pendokong PAS telah matang untuk menglihat, siapa pengkhianat, siapa ikhlas berjuang. 

Penyokong PKR dan DAP juga harus akur, bahawa PAS dan pejuangnya banyak juga berjasa kepada mereka. Ini tidak dapat dinafikan, kecuali hanya segelintir "singa" yang membaham jejaka yang mencabut duri di kakinya, kebanyakannya sedar akan hati-budi walaupun 'ngaum'nya masih kuat.

PAS tidak "mati" sejuk membeku jika PR meng'cold-storage'kan mereka, tapi kesabaran PAS ada had, cuma jangan cuba di'paksa-bertindak', nescaya PAS akan menentukan haluannya sendiri seperti sebelumnya, yakni, PAS kembali "dagang".

al-brangionline:

Tidaklah PAS kalau tidak memperjuangkan Islam