Followers

Friday, 17 April 2015

Belang Kian Nampak,


Kes 1
Dicalonkan DTITM agar ahli nampak gerakan mereka bukan anti ulamak. Tidak menjadi kerana awal2 lagi TITM menarik diri.
Kes 2
Dicalonkan UAA untuk mengambarkan keseriusan menonjolkan Ulamak. Pun kurang mendapatan sambutan dari kawasan.
Kes 3
Pencalonan DHM menyerlah sebenarnya belang mereka kononnya calon ini sangat popular di kalangan anak muda. Barang diingat, ini bukan pertandingan 'reality show'. Ini pertandingan untuk kemenangan Islam agar umat ini mendapat keadilan dalam kehidupan.
Besar kemungkinan apabila tamat Mesyuarat Agung Kawasan UAA akan berkompromi dengan kem DHM untuk memberi laluan DHM tentang satu lawan satu dengan TGHH.
Media 'Pok Yet' akan memberi ruang seluas2nya untuk memenangkan DHM kerana congak mereka jika DHM menang, maka jalan ke Putrajaya akan menjadi senang sesenang bermain 'DOMINO'.
Perjuangan airmata, darah dan keringat para petani dan nelayan, para penoreh dan buruh kasar untuk memertabatkan PAS sehingga tahap kini, mereka datang dengan jalan pintas mendabik dada.....para pejuang PAS sudah kebelakang, kami mahu progresif , kamu mahu memakai 'jaket' Islam tapi ajarannya biarlah umat ini senang lenang dahulu.....semudah itu teman?
al-brangionline:
Perjuangan jalan pintas?