Followers

Monday, 16 March 2015

PAS berubah wajah setelah di"make-up" dan di"makover" selepas Muktamar?????

PAS AKAN DI"MAKE-UP" dan DI "MAKEOVER" OLEH GENG ALERGIK ULAMA' SELEPAS MUKTAMAR NANTI?????
Sebarang pertandingan dalam apa jua jawatan dalam PAS adalah diraikan dalam konteks demokrasi.
Tetapi tidak semua tindakan yang bersandarkan demokrasi diraikan.
Maka beruntunglah mereka yang pandai berhujah dan bermain dengan kata-kata kononnya atas fakta walaupun jelas nampak autanya.
Mereka menggunakan forum untuk membuat 'character assassination' pada Presiden.
Mereka cuba membuat SENSASI dengan melepaskan jawatan beramai-ramai (walhal mereka boleh menunggu mensyuarat agung kawasan untuk tidak bertanding.....atau sudah dapat menghidu akan kalah atau pun tidak dicalonkan langsung). [sumber ]
Inilah gimik yang selari dengan amalan Umno, yang kononnya mereka tersangat benci pada Umno, tetapi terikut-ikut dengan rentak Umno.
Tindakan serta gerakkerja mereka amat licik, mereka akan mencalonkan beberapa nama yang agak-agak ahli boleh terpengaruh dan terkesima dengan strategi licik mereka.
Bagi saya, mereka berkemungkinan sudah dapat agak tidak boleh "makan cekak" nak 'rampas' atau nak tumbangkan TGHH, jadi mereka akan 'all-out' memastikan AJK PAS Pusat akan menjadi milik mereka yang dengan demikian samaada mereka akan meng"GULING"kan Presiden kemudiannya nanti atau akan mem"BONEKA"kan Presiden agar ikut selera mereka yang berlandaskan nafsu serakah.
Maka ketika itu mereka akan menjadikan PAS hanya berkulitkan Islam tetapi ber"HATI"kan sekular....semua boleh, cuma make-up dan 'make-over' sedikit sebanyak agar ia kelihatan Islamik. [sumber .]
al-brangionline:
Mereka merancang, Allah jua merancang, perancangan Allah jua yang terbaik
Ada satu kata-kata..."Perkara bathil yang yang dirancang dengan penuh sitematik lagi licik bisa mengalahkan yang Haq.