Followers

Tuesday, 10 March 2015

Perjanjian Air Selangor, tidak dilanjutkan.....ter'salah' tekan 'remote control' kot

Putrajaya tunggu penjelasan Azmin tidak lanjut perjanjian air Selangor


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (kanan) di lobi Parlimen semalam berkata perjanjian penstrukturan air dengan kerajaan persekutuan tidak dilanjutkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Mac, 2015.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (kanan) di lobi Parlimen semalam berkata perjanjian penstrukturan air dengan kerajaan persekutuan tidak dilanjutkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Mac, 2015.

Putrajaya mahu Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberikan penjelasan berhubung keputusan tidak melanjutkan perbincangan mengenai perjanjian penstrukturan semula air negeri terkaya Malaysia itu.Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, Putrajaya kini sedang menunggu surat rasmi daripada Azmin sebelum sebarang hujahan balas dapat diberikan.“Kita tunggu surat rasmi daripada kerajaan Selangor dan penjelasan yang akan diberikan mereka berhubung keengganan melanjutkan tarikh bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.