Followers

Friday, 20 March 2015

Perangai Burung Ostrich?


Ada bijak pandai serta pijak pandai kata Islam bukan hanya tertumpu kepada HUDUD semata2, banyak lagi kerja buat yang perlu dibuat seperti, masalah berkaitan dengan banjir, kemiskinan, good governance, keadilan sosial dan sebagainya.

Aku hanya mampu tersenyum betapa mereka itu tidak suka berjimat cermat dengan keBODOHan mereka. Cer simpan sikit dalam tempayan ke atau dalam bantal ke atau dalam timbunan BATU.

Pembentangannya hanya mengambil masa 2-3 hari di Dewan Undangan Negeri dan beberapa hari di Parlimen.

Bukannya hari-hari,bulan ke bulan, tahun ke tahun asyik membentang dan berbahas pasal HUDUD di Dewan Undangan Negeri mahupun di Parlimen.

Bila sudah lulus nanti, bukannya setiap saat...setiap minit...setiap jam...setiap hari...setiap minggu...setiap bulan...setiap tahun asyik potong tangan, asyik merejam batu dan sebagainya.

ADUN dan Ahli Parlimen pun banyak kerja lain lagi, tukan sebat dan tukang rejam pun banyak kerja lain lagi...tak ada akai ke komer?

Di dalam tempoh penyiapan deraf enakmen, tempoh pembentangan di DUN dan di Parlimen, komer ingat kerja-kerja bantuan mangsa banjir dan kerja-kerja lain di Pejabat oleh semua Penjawat Awam TERHENTI begitu sahaja, dek bercakap pasal HUDUD.

Hangpa ingat semasa duk buat perbentangan HUDUD kerja lain terHENTI? Hangpa ingat kerja-kerja 'cebok-berak', makan-minum, ijab dan qabul, pencegahan rasuah, menjaga keselamatan, berjual beli dan sebagainya terHENTI dek kerana HUDUD?

Kehidupan dan penghidupan berjalan serentak komer...jangan buat komanlah tahap pemikiran tu.

Umpama seorang yang sakit. Solat hendaklah diteruskan mengikut kadar kemampuan dan dalam masa yang sama sakitnya perlu dirawat. Bukannya ia dirawat sepanjang masa hingga lupa bersolat atau bersolat tapi tidak berubat.

al-brangionline:

Jangan samakan dalihnya dengan puak DAP dan PKR wahai sahabat ku yang disayangi dalam PAS