Followers

Saturday, 28 March 2015

Menjelang Muktamar Agung PAS Kawasan dan Pusat...kejadian 'anih' berlaku

Dalam pemerhatian saya selepas Muktamar PAS di Johor tak berapa lama dulu, keadaan "Jemaah Buat Onar" atau dalam istilah singkatnya "Jebon seperti "gajah naik minyak".

Mereka terasa pedas dan pedih, mana taknya, kena "belasah" diperwakilan. Ini bukan kerana perwakilan sesaja suka-suka mem"belasah", mereka juga ada mata dan telinga. Ini semua kerana "Songkok Pesok Dek Lonjak Awak".

Penglihatan dan pendengaran merupakan salah satu nikmat yang besar untuk menilai sesuatu perkara. Jadi bagi mereka yang kena "belasah", usahlah menegak benang yang basah, campakkan ego jauh-jauh.

Rupa-rupanya ini tidak berlaku, usahkan nak cuba labuhkan benang yang sudah basah, jangan diharap nak 'tohok' ke laut ego yang sudah lama menjadi perhiasan diri, mereka menjadi semakin meta tak ubah seperti 'gajah naik minyak'.

Mereka menyambung kutukan demi kutukan melalui Forum atau Wacana terbuka atas alasan, "pemimpin tidak maksum, pemimpin tidak perlu di wala', meraikan perbezaan pandangan tidak salah.....bla...bla...".

Apabila menyedari 'perahu sudah jauh terlajak' maka ada sekerat dua yang rasa tersentak (bagi yang mahu tersentak) lalu cuba kendur keadaan. Maka di adakan pragram "tanyalah pemimpin", bagi saya, ini hanya semata-mata untuk mengikis 'persepsi' yang telah terlekat di hati ahli akar umbi.

Mana mungkin dalam satu malam boleh menghilangkan 'barang bukti'. Ahli sekarang sudah celik IT, maklumat di hujung jari dalam 'kawasan (usah cakap dunia) tanpa sempadan'.

Menyedari bahawa 'kedudukan' dalam hiraki parti terjejas kalau pun tak bergoyang atau pun goyah, maka saya perhatikan ada sekerat dua sudah buat 'courtesy visit' pada pimpinan, sesetengahnya bercakap pun sudah mula 'playsafe', yang tak suka pakai kopiah kerana 'taksub' kepada ke'profesinoal'an (konon) sudah mula mengenakan kopiah apabila turun berjumpa ahli dan pimpinan, sudah mula respond melalui komen-komen dalam media sosial dan beberapa 'lakunan' lagi.

Mengapa mereka menjadi 'berani' sebegini? Ini tak lain dan tak bukan kerana terperangkap di dalam gelombang DUA 'remote control' berkuasa tinggi.

Adakah SAF akan bertaut semula selepas Muktamar Agung PAS Pusat nanti?

Sama-samalah kita saksikan dan berharap begitu.

albrangionline: Krisis di antara IMAN dan EGO.