Followers

Friday, 27 February 2015

Siapa calon Presiden PAS menentang penyandang?

Gambar sebagai hiasan: TGHH menjamu selera, nasi berlaukkan ikan bilis dan sardin

LEMBUT TAPI LICIK
Makin dekat dengan Muktamar PAS, suhu politik PAS khasnya dan Malaysia amnya semakin naik walapun ianya tidak sampai ke tahap suhu mendidih, tetapi sediki sebanyak bahangnya sudah terasa di kalangan ahli.
Perlembagaan PAS meraikan pertandingan dalam apa jua jawatan samada dalam Cawangan, Kawasan membawalah kepada PAS Pusat.
Kebanyakan Cawangan telah pun mengadakan Mesyuarat Agung. Saya menjangkakan bayang-bayang siapa bertanding Presiden, Timbalan Presiden, AJK PAS Pusat, Pengerusi Tetap, Timbala Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan sebagainya mula nampak jalurnya apabila Kawasan menjemput pimpinan PAS peringkat tertinggi merasmikan Mesyuarat Agung Kawasan masing-masing.
Pencalunan untuk jawatan tertinggi dalam PAS akan lebih jelas apabila Kawasan membuat pencalunan dan beruntunglah nama-nama yang naik menjadi perwakilan ke Muktamar PAS Pusat kerana undi berada di tangan mereka.
"Perang saraf" telah lama berlaku dalam mencari kaedah untuk menurunkan TGHH dari kerusi Presiden.
Ianya sudah tidak mengambil perkiraan samada secara berhemah, secara halus tetapi racun yang ditusuk akan meresap ke dalam sanubari penyokong dan pendokong, secara kurang ajar, secara kasar dengan secara menyentap, menanduk dan sebagainya.
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden menjadi tumpuan penganalisa politik tanahair samada musuh PAS atau dikalangan pendokong dan penyokong PAS sendiri.
Kedua-dua jawatan itu akan menentukan halatuju PAS selepas ini dengan dibantu dengan saf kepimpinan dari AJK PAS Pusat.
Kalau dulu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden bergerak seperti aur dengan tebing, akrab seperti isi dengan kuku, berhujah saling 'compliment' yakni saling cukup-mencukupi di antara satu sama lain dengan sumbangan dari saf AJK PAS Pusat, tetapi sekarang ia sudah tidak menjadi rahsia lagi, ia sudah terang dalam limpahan cahaya lampu limpah sehingga kilauannya menjadi silau kepada ahli akar umbi.
Ini bukan masalah perselisihan pendapat, ini bukan masalah demokrasi dalam parti, ini bukan isu meraikan pertandingan, ini sudah menjadi isu lebih dari 'personal grudge' di antara mereka yang mem'benci' Presiden, yakni secara directnya, mereka sudah "benci" dan "tawar" hati untuk berjuang mengakkan Islam, samada mereka itu sememangnya 'munafik haraki' yang ditanam oleh musuh PAS atau mereka bercita-cita besar untuk kepentingan diri sendiri kerana kilauan 'ghanimah' yang menunggu mereka atau pun mendapat 'suntik'kan semangat dari rakan-rakan kongsi lain.
Mereka mendapati sosok Presiden PAS sekarang yakni TGHH sudah menjadi 'stumbling-block' laksana yang merencatkan 'Langkah Putrajaya', yakni yang membantutkan perjalan ke Putrajaya kerana 'kilauan -emas' 'ghanimah' yang perlu di'faraid'kan segera.
Maka berbagai-bagai cara akan dilontarkan, akan ditembak bak machine-gun, akan di panah dengan panahan arjuna beracun, akan di'santau'kan secara lembut agar penyokong dan pendokong tegar akan berfikir 'betul jugak nih'....'lojik jugak nih'....apabila perasaan itu sudah wujud, maka apabila calon baru Presiden di jelmakan, maka perwakilan sudah berbelah bagi.
Saya menjangkakan mereka akan meletakan calon 'proksi' seorang Ulamak yang boleh diterima oleh perwakilan sebagai calon. Mereka akan menggunakan Ulamak ini sebagai 'kuda tunggangan untuk melempiaskan nafsu serakah mereka. Figura yang tersangat menginginkan jawatan Presiden saya percaya dia tiada 'guts' untuk melawan atau berlawan kerana khuatiri karier politiknya mati dan tenggelam seperti Firaun tenggelam di laut merah.
Apabila ini berlaku maka corak dan halatuju PAS akan bertukar rupa, Perlembagaan PAS akan bertukar corak, percayalah kemudian daripada itu jenama PAS hanya pada kulit, tetapi isinya sudah menyamai dengan parti-parti politik yang lain seperti UMNO, PKR, DAP dan sebagainya.

al-brangionline:
Ini bukan dongeng "Penyamun Tarbus"......
[sumber .] [sumber .]