Followers

Monday, 9 February 2015

MB Johor selepas PRU14?....Khalid Samad, Salahudin Ayub dan Hanipa Maidin bakal ber'saing' sengit dalam "Johor Move"


Sekarang ramai orang memperkatakan tentang pemerkasaan Pakatan Rakyat.

PAS masih berada dan memainkan peranannya dalam pemerkasaan Pakatan Rakyat selama dan selagi mana mendapat kepercayaan dari rakan kongsi DAP dan PKR.

Semua ahli PAS dari segenap lapisan masyarakat, dari buruh kasar, nelayan, petani, Ustaz, Cik Gu, Ulamak dan Profesional berganding bahu menjulangkan PAS serta memberi sokongan dan dokongan padu kepada Pakatan Rakyat untuk merubah landskap politik Malaysia setelah dapat bertahan di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor dalam PRU13 yang lalu.

Tidak cukup dengan gerakan berasaskan parti politik, beberapa NGO turut membantu memperkasakan Pakatan Rakyat seperti PASMA, Yayasan Darul Hijrah, R-Royalti, GIK dan lain-lain, ini memberi petanda bertapa seriusnya impian rakyat Malaysia untuk memperkasakan PR ke arah merubah corak serta melakarkan landskap politik Malaysia yang baru.

Walaupun PR hanya mempunyai 3 buah parti berbanding dengan BN yang ber'syarikat' dengan berbelas-belas parti, namun PR berjaya memberi mimpi ngeri kepada BN setelah dua kali PRU berturut-turut, BN masih lagi terkial-kial untuk merampas kembali 2/3 majoriti di Parlimen dari PR.

Di dalam PRU14 akan datang, dijangka PR masih dapat bertahan untuk menafikan BN, 2/3 majoriti kalau pun masih tidak berupaya menawan Putrajaya.

Potensi yang besar bagi Pakatan Rakyat sebelum dapat menawan Putrajaya ialah me"luaskan penguasaannya" ke Johor sebagai satu 'accolade' tambahan pemerintahan Pakatan Rakyat di samping dapat mengekalkan Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

DAP dengan "testing market"nya berjaya menapakkan batang tubuh Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah (sebelum itu di Parlimen Ipoh Timur) begitu juga dengan Teo Nie Ching di Parlimen Kulai (sebelum itu di Parlimen Serdang).

PKR dengan 'Kajang Move'nya yang telah berjaya memperkasakan Pakatan Rakyat Selangor daripada disambar kembali oleh BN. Walaupun Anwar dan isterinnya gagal "meluaskan penguasaan di Selangor" tetapi dengan ternobatnya Azmin Ali sebagai Menteri Besar, malah mendapat jolokan Jokomin sinonim dengan Presiden baru Indonesia, Jokowi, Selangor menjadi kebal untuk Umno/BN menembusinya.

Kenapa tidak dengan PAS?

PAS berpotensi membuat "Johore Move" selepas DAP melalui Lim Kit Siang dan Teo Nie Ching berjaya di Parlimen Gelang Patah dan Parlimen Kulai pada PRU13 dahulu.

Figura-figura seperti Khalid Samad, Hanipa Maidin dan Salahudin Ayub (telah pun mendahului rakannya dalam PRU13 yang lalu bertanding di Parlimen Pulai) mampu menggerakkan "Johore Move". Figura ini adalah semuanya 'heavyweight'' yang bakal menggerunkan UMNO/BN dalam PRU14 nanti dan dibantu dengan beberapa tokoh profesional dan ilmuan Islam dari beberapa Universiti yang terdiri dari anak-anak jati Johor.

Hanipa Maidin yang memang berasal dari Batu Pahat dan menetap di Selangor sejak 1990 lagi memang berjiwa kental pernah bertanding di Tanjung Karang tetapi kalah kepada Noh Omar pada PRU, 2008 tetapi menang di Parlimen Sepang pada PRU 2013 yang lalu.

Beliau mampu memenagi Parlimen Batu Bahat dalam PRU14 akan datang.

Khalid Samad seorang yang berlatarbelakangkan kejuruteraan dan juga sangat kental semangat keIslamannya (beliau pernah menubuhkan Parti Negara Islam sekembali dari luar negara) merupakan 'singa politikus' di Selangor yang sentiasa memberi mimpi ngeri kepada Umno khususnya calon mesra BN, Zulkifli Nordin dalam PRU13 yang lalu. Khalid Samad juga merupakan seorang veteran pilihanraya pernah bertanding di Kuala Krai pada 1986 (kalah), di Arau pada 1990 (kalah), di Shah Alam pada tahun 2004 (kalah), tetapi Khalid telah berjaya menonjolkan kewibawaanya sehingga menang dua kali pilihanraya berturut-turut iaitu pada tahun pada tahun 2008 dan 2013 di Shah Alam.

Manakala Salahuddin Ayub seorang yang petah berpidato, figura penting dalam PAS menjadi Ahli Parlimen di perantauan yakni di Kelantan selama dua penggal berturut-turut iaitu di Parlimen Kubang Kerian pada tahun 2004 dan 2008.

Beliau mengambil langkah berani kerana beliau mempuyai jiwa yang besar walaupun berisiko tinggi, beliau kembali ke Johor dan bertanding di Parlimen Pulai, kalah kepada Nur Jazlan Mohamed dengan hanya 3,226 undi. (Jazlan memperolehi 43,751, Salahuddin memperolehi 40,525 undi.)

Saya yakin ketiga-tiga tokoh ini mampu 'strike' dengan 'Johore Move' dalam PRU14 nanti.

Amatlah rugi kalau Hanipa, Khalid asyik menjadi 'jaguh kampong', Kita meraikan perbezaan pendapat hatta dengan Ulamak atau pun Presiden sekalipun, tetapi natijahnya tidak ke mana-mana. Akhirnya anda rugi, ahli rugi, penyokong dan pendokong turut rugi. Campakkan ego anda nun jauh di perairan Tanjung Piai, titik palik hujung benua Asia.

Ayuh keluarlah dari 'kepompong politik selamat', ciptakan satu 'move' baru, anda mampu melebarkan penguasaan ke Selatan.

Tidak ada faedahnya menjawat pelabagai jawatan tertinggi parti dan bercakap tentang pemerkasaan Pakatan Rakyat, tapi Umno/BN tidak terusik apatah lagi tercuit khusunya di Johor.

Insyaa Allah, jawatan Menteri Besar menggamit Hanipa, Khalid mahupun Salahuddin. Jika Hanipa dan Khalid merasakan cuak dengan jenama PAS, anda boleh menyarung 'jersey' PKR mahupun DAP, anda masih layak menjadi Menteri Besar walaupun ditakdirkan anda berdua menyarung 'jersey' PKR atau DAP kerana anda berdua adalah Melayu Islam.

Khalid yang mempunyai saudara kandung yang terkenal di Johor iaitu Sharir Samad (Umno) dan keluarga yang besar, begitu juga dengan Hanipa yang mempunyai talian keluarga yang besar di Batu Pahat dan tidak ketinggalan Salahuddin Ayub yang memang terkenal di Pontian, anda bertiga mampu mengorak langkah di Johor.

Pastinya anda akan dikenang dalam lipatan sejarah nanti dengan "Johor Move" yang bisa menggegarkan bilik-bilik kuliah Sains Politik.

Selamat Berjuang duhai 'Singa PAS'

al-brangionline:

Singa PAS akan mem'baham' Harimau Selatan.

p/s Hatta boleh le mikior "Perak Move" pulak.....bior Umno yang terguling jangan sesama sendiri yang tertungging yeop.