Followers

Wednesday, 21 January 2015

Gajah sama gajah ber'hogoh', kancil mati tersepit?

Gajah sama gajah ber'hogoh', kancil mati tersepit?

Umno berkecamuk. Orang 'besar' ini di'hogoh', orang 'besar' itu di'hogeh'.

Begitulah adat 'turun-temurun' dalam Umno......

Hanya yang cerdik lagi licik akan jadi juara.

Persoalan: Apakah "si dia" yang 'gege' satu kampong suruh perkukuhkan PR akan berenang kegirangan meninggalkan rakan terkapai?

Oh tidak, PAS bila-bila masa bersedia apa jua kemungkinan.

al-brangionline: 'Survival of the fittest'
________________________________________________________________________

Bila lagi Tun Daim akan dipanggil? – Shamsul Iskandar


PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin
menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
memanggil bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin untuk disoal siasat.

Menurutya, hasratnya itu turut disampaikan kepada pihak SPRM setelah beliau
pada tengah hari ini dipanggil oleh SPRM bagi memberikan keterangan.

“Oleh kerana saya orang pertama yang membuat laporan kepada SPRM,
maka saya dipanggil. Tetapi rakyat sebenarnya ingin tahu,
bilakah Tun Daim akan dipanggil bagi memberikan keterangan,” katanya
kepada pemberita di Ibu Pejabat SPRM.
Ujar Shamsul, SPRM juga telah berjanji akan memanggil Daim
selepas mendapatkan keterangan daripada beberapa individu.

“Selepas ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula
akan dipanggil dan saya percaya Anwar akan memberikan kerjasama yang
baik kepada pihak SPRM. Selepas itu, barulah Tun Daim akan dipanggil,” jelas beliau.

Bagaimanapun, Shamsul tidak mendedahkan perincian dan butiran hasil
pertemuannya dengan pihak SPRM.
“Saya hanya menyerahkan beberapa analisis daripada majalah perniagaan
supaya dapat membantu siasatan. Kita tahu kes ini kes yang lama, tetapi
laporan daripada analisis itu bersifat terkini selain berharap dapat membantu
siasatan serta kes ini dapat dibuka semula,” katanya.

Semalam, kesungguhan Anwar memberikan maklumat dalam siasatan
kes rasuah Daim menjadi tanda tanya ahli Parlimen DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Beliau mempertikaikan sama ada wujud perjanjian di antara ketua
pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tun Daim sebelum ini dilaporkan mempunyai sebuah bank di Tanzania
namun menafikan salah guna kuasa. [sumber .]