Followers

Tuesday, 30 December 2014

Kepala hotak Anwar masih mem'beku' akibat cuaca sejuk di New Zealand



12:43PM - 30 Dec 2014

Gambar percutian di New Zealand semasa banjir melanda beberapa negeri di Malaysia


Dalam sama diharungi, cetek sama diredahi, rakyat perlu disantuni





Yang capek datang bertongkat, yang mampu meredahi awan bertingkat


Paduka Al-Sultan Kelantan bersama merasai keresahan mangsa banjir




Anwar: Sedia rancangan lepas banjir


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak bertindak dalam satu pasukan dan menyokong langkah kerajaan membantu lebih 200,000 mangsa banjir di lima negeri yang terjejas.

“Saya menggesa agar semua pihak bertindak sebagai satu pasukan, dan menyokong langkah Kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani bencana ini.

“(Saya turut) menggesa agar diluluskan peruntukan segera untuk makanan dan ubat-ubatan, terutama untuk kawasan-kawasan kritikal,” katanya.

Beliau juga mengusulkan supaya kerajaan Pusat menyediakan satu rancangan menyeluruh untuk memperbaiki atau membangunkan semula rumah-rumah yang musnah akibat banjir besar ini.[sumber .][sumber .]
al-brangionline;
Kalau itulah cadangan dari bakal seorang Perdana Menteri, rasanya ia setaraf dengan Pasukan Debat Tingkatan Tiga punya buah fikiran...biasa saja, tiada yang luarbiasa almaklum kedinginan cuaca di Nrw Zealand masih mem'beku' kepala hotaknya.
Berlakunya sesuatu musibah, terlalu banyak hikmah untuk kita tekuni. Di waktu inilah kita dapat membeza mana satu pemimpin yang hanya 25-jam (macam kedai mamaklah pulak) berpolitik, ada pemimpin yang pandai berlakon, ada pemimpin yang benar-benar memikirkan amanat berat di batu jemala mereka.
Hanya rakyat yang mahu mengerti akan melihat dengan mata hati, biarkan Allah membalas mereka yang ikhlas berjuang untuk rakyat.

 

Thursday, 25 December 2014

Mimpi 'negeri' DAP dan PKR

Semua orang tahu dasar PAS.

DAP dan PKR lebih daripada tahu dasar PAS.

PAS pun tahu apa dasar DAP dan PKR.

Tetapi kenapa PAS sanggup buat 'political agreement' ataupun 'Tahaluff Syiasi' bersama menjadi Pakatan Rakyat? Habis tu, kenapa DAP dan PKR masih sanggup menerima PAS sebagai 'rakan kongsi' untuk menghadapi PRU walaupun mereka tahu dasar PAS akan 'menembak belakang' mereka?

PAS sanggup menjadi 'rakan kongsi' PKR dan DAP atas satu sebab kerana mempunyai titik persamaan iatu menggunakan kaedah demokrasi menjatuhkan UMNO/BN melalui PRU yang sah kerana pengundi di luar sana sudah maklum akan kebejatan parti yang telah mendominasi pemerintahan negara semenjak sebelum dan selepas Merdeka lagi.

Kenapa setiap kali PAS mengutarakan kewajaran HUDUD, DAP akan melenting sambil meroyan bagaikan digigit polong atau hantu raya?

PKR serta sekerat dua ahli PAS masih mampu bersilat walaupun kelihatan sumbang dan canggung dalam menangani HUDUD.

Apakah PAS sanggup mengorbankan prinsip semata-mata kepingin menakluki Putrajaya?

Kalaulah PAS sanggup men'Korban'kan Hudud, apakah DAP dan PKR yakin boleh menakluki Putrajaya dalam PRU14 nanti?

[sumber .]

al-brangionline:

Kenapa perlu menghalang kami melaksanakan kehendak Agama kami?. Bukankah kami sentiasa menghormati cara hidup kamu?

Friday, 19 December 2014

Di manakah titik pertemuan persamaan di antara kita?......

[[[ .....Pemimpin Wanita DAP ajak pemimpin PAS pula debat tentang rasuah
Setiausaha DAPSY Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid percaya keutamaan perlu diletakkan dengan isu rasuah berbanding hukum hudud. – Gambar fail  The Malaysian Insider, 19 Disember, 2014. Setiausaha DAPSY Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid percaya keutamaan perlu diletakkan dengan isu rasuah berbanding hukum hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Disember, 2014.Susulan cabaran pemimpin PAS Zaharudin Muhammad (gambar) terhadap Lim Guan Eng supaya berdialog dengannya berhubung isu hudud, seorang pimpinan wanita DAP peringkat belia DAP hari ini mengajak ahli Majlis Syura Ulama itu berdebat pula dengannya.Setiausaha DAPSY Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid berkata, beliau sedia berbincang dengan PAS mengenai sebab kenapa membanteras rasuah lebih penting berbanding memaksa pelaksanaan hudud di Malaysia."Sebagai seorang rakyat Malaysia beragama Islam, saya sesungguhnya percaya keutamaan kita seharusnya diletakkan kepada usaha membanteras rasuah dalam negara, lagipun rasuah merupakan akar segala kejahatan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini."Oleh yang demikian, saya ingin melontarkan cabaran ini kembali kepada Zaharudin, biar sahaja kita berdua berdebat tentang hal ini."Kita sewajarnya berbincang tentang hal ini berasaskan fakta dan bukan emosi mentah mahupun sebarang bentuk ancaman, supaya seluruh Malaysia dapat memahami betapa seriusnya isu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau yang juga Pengarah Pendidikan Politik Wanita DAP Bukit Bendera itu menyifatkan cabaran dialog mengenai hudud yang dibuat Zaharudin terhadap Lim itu "sesuatu yang agak pelik.""Nampaknya Zaharudin, yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, benar-benar serius mahu mengetahui pendirian DAP mengenai hudud," katanya.Syerleena berkata, pendirian DAP mengenai hudud dan pelaksanaannya, seperti yang disebut penasihat parti Lim Kit Siang, sama dengan pendirian tiga Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn."Undang-undang hudud bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan asas sebuah negara sekular, dengan Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan dan kebebasan beragama yang dijamin buat agama-agama lain."Katanya, Zaharudin harus faham yang garis pemisah di antara negara sekular dan negara Islam di Malaysia ini seringkali diabaikan, akibatnya, kebanyakan rakyat terlupa yang Perlembagaan Persekutuan itu bersifat sekular."Sekular tidak bermakna DAP menentang Islam, atau apa jua agama lain. Maksud sekular ialah supaya kita dapat bertoleransi, bermesra dan menghormati semua agama. Kami percaya semua orang dilihat sama di mata undang-undang," katanya.Syerleena mendakwa, PAS sekali lagi menunjukkan sisinya yang sebenar melalui berahinya melaksanakan hudud, walaupun jika ia hanya akan dilaksanakan di Kelantan."Tidak kisahlah kalau Malaysia ini negara yang berbilang kaum dan berbilang budaya di mana undang-undang sedia ada dirangka para leluhur melindungi setiap seorang warganegara dengan pengadilan moral yang sebaiknya secara adil."Tidak kisahlah jika ini akan dengan sendirinya menjahanamkan apa yang diusahakan Pakatan Rakyat – tepikan perbezaan dan bersatu sebagai sebuah perikatan politik demi perubahan yang sangat diperlukan di negara ini."Tidak kisah jugalah jika hal ini akan merosakkan semangat pengundi, terutamanya saudara senegara yang bukan beragama Islam yang setulus hati mempercayai slogan ‘PAS-4-All’."Katanya, DAP ialah parti yang percaya dengan usaha mempertahankan hak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan gender, usaha mendaulatkan kesaksamaan dan solidariti dan kepentingan mengekalkan keharmonian hubungan antara kaum dengan sesama warga Malaysia dari setiap lapisan."Mungkin Zaharudin patut bertanya dirinya, adakah beliau menentang demokrasi, kebebasan, keadilan sosial, hak asasi manusia, kesaksamaan gender dan peluang saksama?" soalnya. – 19 Disember, 2014. [themalaysianinsider .].....]]]al-brangionline:Baca dan hayati betul-betul. Kita bertahaluff syiasi bukan bermakna kita mengadai dasar parti.Membasmi rasuah serta menegakkan keadilan sosial, ekonomi dll adalah seiring dengan kerja-kerja menegakkan amar maaruf dan nahi mungkar.Wahai rakan PR..tak ramai pun, hanya PKR dan DAP, tetapi nun di luar sana ramai yang mengharapkan perjuangan kamiTolong hormatilah pegangan kami......

Sunday, 7 December 2014

Rakusnya MPKj......di'rongkas'nya bersekali dengan akar......alahai

GAZA yang hanya berukuran lebih kuran 11+ kilometer x 50+ klometer di khianati Zionis, dibedil, di bom, Masjid, Hospital, Sekolah dll hancur musnah dan ramai rakyatnya mati.
Rezab 'monsoon drain' di sebelah rumah saya yang hanya berukuran 80 kaki x 5 kaki dimana saya ada tanam 3-4 perdu pokok pisang, satu pokok belimbing buluh yang sedang rancak berbuah, 2 pokok rambutan yang sedang membesar (baru 3 kaki tinggi) dan 3 pokok durian belanda.
Tujuan saya tanam itu adalah semata-mata memanfaatkan tanah kosong tidak terlintas dihati menjadi jutawan segera sebagai petani mithali. Usaha itu adalah semata-mata untuk mengukuhkan tebing kerana di Bangi hujan nya boleh tahan lebat.
Pada Khamis lepas datang beberapa orang pegwai MPKj memaklumkan pokok-pokok itu akan di'nyah' keluar. Maka berlakulah omputeh kata 'some heated arguments' antara saya dengan mereka.
Mereka mengatakan proses 'maintain' 'monsoon drain' dibuat setahun sekali dan kontraktornya susah mengambil gambar sesudah siap bekerja.
Saya jawab kalaulah diguna machine yang besar seperti RB, Hydraulic Excavator atau paling koman 'backhoe' silakan, tapi ini hanya mengunakan cangkul, parang kontot dan mesin memotong rumput. Pokok itu tidak menggangu flow atau aliran air malah ia menambah kestabilan tebing.
Tetapi pegawai MPKj itu dengan bangga dan megahnya akan memanggil polis kalau saya menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Saya mengaku memang ada me'maki' mereka dengan bahasa yang sinis kerana kerja-kerja pengurusan kontrak dan perkara yang melibatkan rezab parit dan sungai, aliran dan kestabilan cerun adalah bidang saya.
Nasib baik ketika itu kaki saya sakit membengkak, itulah hikmah bila sakit, kalau tidak mungkin saya menginap satu malam dalam lokap kot.
Tak sampai beberapa minit selepas itu datanglah pekerjanya me'rongkas' poko-pokok itu bersekali dengan akar-akar tunjangnya, agaknya mereka tak mahu sebarang 'zuriat' akan muncul kemudian nanti. Ironinya, mereka lambak 'debris' itu dihadapan rumah jiran. Cantik dan kemas kerja kamu.
Kenapa tak dirobohkan segala warung-warung dan kilang haram disepanjang sungai-sungai yang berada di daerah Hulu Langat ini? Kenapa tak selesaikan masalah banjir di Kajang?Jawab mereka, oh itu di bawah unit lain, agak-agak cerdik tak jawapan itu kalau kita menjadi Ahli Majlis MPKj, hatta sebagai seorang 'Lawmaker' sekalipun.?
albrangionline: 
Wahai mereka yang mempunyai kuasa samada MPKj ataupun 'Lawmaker' yang berkaitan, jangan terlalu 'complacent' ketika berada di atas, kerana 'roda-roda' itu sentiasa berpusing.
p/s segi 'dollar and cents' bukan menjadi ukurannya, tetapi 'kerakusan' itu yang sangat-sangat dikesali

Monday, 1 December 2014

Azmin yang bijak, DAP yang cerdik.....alahai 'Machiavelli'

Jelas DAP mempunyai sikap tamak dan tidak boleh bertolak ansur, sentiasa hendak menghimpit PAS atau bahasa brutalnya hendak membuli PAS.

Komposisi kerusi mengikut parti dalam Pakatan Rakyat ialah PKR (13), DAP (15) dan PAS (13+2) +1 Bebas (mesra PR).

PKR dipersetujui mendapat jawatan Menteri Besar untuk memimpin Selangor setelah 'Langkah Kajang' berjaya 'menendang' Tan Sri Khali Ibrahimndari kerusi Menteri Besar walaupun GAGAL me'nobat'kan Datin Seri Wan Azizah isteri kepada Ketua Umum PKR yakni Anwar Ibrahim.

Setelah Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Besar, beliau telah melantik 4 orang EXCO dari PKR yang menjadikan jumlah 5 orang dari PKR.

DAP mendapat peruntukan 3 jawatan EXCO, manakala PAS mendapat 3 EXCO dan Timbalan Speaker.

DAP tidak berpuashati kerana jumlah kerusi mereka sejumlah 15 kerusi hanya diberi 3 EXCO (walaupun kerusi Speaker adalah dari DAP). Mereka mahukan jawatan Timbalan Speaker tetapi kalah dalam undi sulit kepada ADUN PAS, mereka tidak berpuashati lalu 'demand' kerusi Timbalan Speaker diwujudkan 2 orang dan inginkan kerusi Timbalan Speaker ke2 diberi kepada mereka.

Sebelum 'pertukaran' jawatan Menteri Besar, PAS mempunyai 4 orang EXCO.' tetapi selepas pertukaran, Azmin hanya memberi PAS 3 kerusi EXCO walaupun PAS mempunyai 15 kerusi kerana berkemungkinan Azmin memikirkan 2 ADUN PAS sudah tidak kententuan serta kecelaruan 'gender' mereka, samada mesra PKR atau pun masih dalam PAS.

Manakala PKR, Azmin meng'hadiah'kan 4 orang EXCO, walaupun Azmin sedar mereka hanya mempunyai hanya 12 kerusi setelah Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dari PKR. Azmin yakin PAS dan DAP tidak membantah kerana 2 ADUN PAS yang berada di dalam dilema' tahap akut.

Tetapi Azmin dengan bijak meng'hadiah'kan jawatan Timbalan Speaker kepada PAS sebagai 'gantirugi' ke'hilangan satu kerusi EXCO.

Di sini terserlahnya hati budi dan isi perut DAP, mereka tidak berpuashati lalu mencalonkan seorang ADUNnya, tetapi kalah dalam undi sulit yang diadakan.

Kalau mengikut asasnya, semacam DAP layak demand kerusi Timbalan Speaker ke2 kerana mereka yang mempunyai 15 kerusi ADUN, tetapi hanya mendapat 3 kerusi EXCO + 1 kerusi Speaker menjadikan 5, manakala PKR yang hanya mempunyai 12 kerusi ADUN mendapat 1 MB+ 4 EXCO menjadikan 5.

Saya nampak pertembungan ini adalah di antara DAP dan PKR kerana jelas kedua-duanya bersikap 'TAMAK' dan sekarang sudah terserlah segala 'titik-tik-hitam' dalam hati mereka.

Berpegang kepada slogan "Rakyat Hakim Negara", biarlah kemelut ini di'selesai'kan oleh Rakyat Selangor.

PKR dan DAP tentu menyedari, kemelut ini men'celik'kan mata pengundi, namun ia akan hilang ditelan masa kerana PRU masih jauh lagi......itulah agaknya tanggapan mereka.

albrangionline: Itulah politik ala2 'Machiavelli'......"the employment of cunning and duplicity in statecraft or in general conduct"
___________________________________________________________________________

DAP berkeras mahu timbalan speaker II S'gor


ADUN DAP Ng Suee Lim berkata, DAP akan tetap meminta jawatan timbalan speaker kedua daripada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Ini kerana, beliau berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini pernah menjanjikan jawatan itu kepada DAP.

Bagaimanapun, katanya, beliau menyerahkan perkara itu kepada Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut bersama Azmin.

"Ya (Majlis Pimpinan Pakatan janji jawatan timbalan speaker). Bagi dia (Tony) bincang dululah.

“Kita tengok macam mana. Kita akan bincang dalam keadaan yang baik," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Annex, Shah Alam.

"Semasa tamatnya kemelut menteri besar, Majlis Pimpinan Pakatan telah bersetuju untuk melantik satu lagi timbalan speaker.


Ng berkata, untuk melantik timbalan speaker baru hanya memerlukan pindaan dalam enakmen sahaja selepas persetujuan dicapai di kalangan komponen Pakatan.

'PKR dapat MB, tambah exco'
Beliau menegaskan, sejak kemelut menteri besar Selangor yang lalu, DAP tetap dengan pendirian untuk bersama dengan Pakatan.
“Kita tidak berganjak pendirian kita. Tetap istiqamah walaupun kita diserang pelbagai pihak.
"Persoalan sekarang ialah kenapa PKR boleh dapat menteri besar, tambah exco. Itu persoalan yang timbul," katanya lagi.
Ditanya bilakah pertemuan bersama Azmin akan dibuat bagi membincangkan perkara itu, Ng berkata ia akan dibuat dalam masa terdekat.
"Selepas ini, mungkin selepas sidang DUN," katanya lagi.
Semalam, Tony berkata, DAP tetap akan melobi agar satu lagi jawatan timbalan speaker diwujudkan selepas ia dimenangi PAS melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN sebelum ini.
Tony menyatakan hasrat parti itu dalam konvensyen DAP Selangor semalam. 
[sumber .]