Followers

Sunday, 30 November 2014

Antara PASMA dan Rakan Tunggangannya Dengan UMNO Berpisah Tiada

Apabila Umno/BN hilang 2/3 majoriti untuk 2 penggal berturut2, mereka menjadi resah gelisah, mengelabah beruk, hidup bagai banduan dalam buruan. Saling salah menyalahi sesama sendiri, dengan musuh politiknya sementelahlah lagi diumpat keji memfitnah tidak berhenti.
Tak terlawan dengan pengundi yang sudah makin celik setelah 60 tahun lebih hilang deria penglihatan maka senjata paling ampuh untuk mengembalikan kekuatan ialah mengekalkan AKTA HASUTAN.
PR menentang keras AKTA tersebut, yang CEROInya, rakan parti sendiri mengHASUT pendokong dan penyokong membenci dan memperlekehkan PAS dan PASMA menjadi 'pelapik punggung' untuk rakan dalam PR ber'simpuh' dengan selesa me'ratib' seharian beriringan dengan Umno/BN ....."PAS perlu berubah...PAS perlu berubah...PAS perlu berubah...perlu kehadapan....perlu lupuskan kepimpinan ulamak walaupun kata mereka Dasar PAS tetap tidak berubah"....kan kerja gila namanya tu.....Ceroi betullah.....faham liberalis nih...

Tuesday, 18 November 2014

Jangan jadikan PR ala-ala 'COCHISE COUNTY COWBOYS'


Puak2 "Tajdid (?) konon, nama yang lembut bagi 'Jebon' " dalam PAS tidak sesekali keluar dari PAS kecuali mereka dipecat kerana JENAMA PAS itu sendiri yang sudah mendapat tempat di hati pengundi.
Mereka seboleh2nya mahu pimpinan yang berpegang pada dasar Islam dan MSU itu sendiri di'nyah'kan, lantas memudahkan mereka menukar dasar PAS tapi masih sayang kepada JENAMA PAS itu sendiri kerana bukan senang hendak meng'established'kan JENAMA baru.
Samada secara tersurat atau tersirat mereka merasakan sepertimana 'comrade' mereka dalam PR juga merasakan, dasar PAS menjadi 'stumbling block' atau batu penghalang kepada kelancaran 'road-map' ke Putrajaya.

Sesiapa saja yang akan memegang tampuk tertinggi PAS, selagimana PAS berpegang kepada dasar Islamnya dan selama mana ia tidak bertukar menjadi liberal dengan mem'bogel'kan dasar sedia ada, selagi itulah mereka akan menentang, walaupun pimpinan hari-hari datang mesyuarat kerana bukan kehadiran mesyuarat itu yang dipentingkan sangat (gimik kehadiran mesyuarat itu hanya 'camouflage' semata-mata) tetapi ketetapan yang bersesuaian dengan 'selera' 'comrade' mereka itu yang penting, (contoh yang paling tersohor ialah 'Langkah Kajang' yang menjuruskan kepada 'MB' untuk 'BA'-take it or leave it. p/s 'MB' untuk 'BA' ialah singkatan kepada Menteri Besar untuk Bini Aku).

Bermesyuarat yang ala-ala 'Cochise County Cowboys', Arizona yang menjuruskan kepada 'ketetapan-sediada-hanya-menunggu-pengesahan' sebelum bermesyuarat lagi, lantas memberi keuntungan di sebelah pihak.

Kalau begitulah jadinya, apa maknanya bermesyuarat?

Jika mereka berjaya memegang tampuk pimpinan tertinggi, PAS akan hanya tinggal 'kulit', maka pengundi akan tertipu dek kepetahan mereka berhujah dan berbelit dan membelit kata-kata.
Oleh al-brangionline: 3.38 pm 18 November 2014

Thursday, 13 November 2014

DAP hanya sebagai 'rubber-stamp', manakala PAS dijadikan 'kambing-hitam'

PAKATAN RAKYAT adalah satu pakatan politik yang masih lagi 'HARAM' sifatnya. Ia belum disah-terima oleh ROS, tidak seperti BN.
Ia didominasi oleh PKR. 
DAP hanya sebagai 'rubber-stamp' untuk menyokong apa-apa keputusan oleh KeTum, manakala PAS hanya digunakan sebagai 'kambing hitam' jika berlaku apa-apa 'trajedi' kepada PR.
Pokoknya, 'Pakatan' ini hanyalah sebagai satu platform untuk mengesahkan apa-apa keputusan yang sudah lama diputuskan dalam kepala Ketum.

Jadi, apanya yang PKR dan DAP berlagak macam pengawas sekolah kalau pun tak berlagak macam 'gangster'? 
Kenapa sudah hilang rasa hormat menghormati antara satu sama lain?
Politik cara 'samseng' begitu adalah politik zaman batu.
Kalau beginilah caranya. jangan harap pengundi boleh terima sikap besar kepala yang ditunjukkan.

al-brangionline: 
Kalau aku pegang apa2 jawatan dalam PR, dah lama kena 'penyepak' mereka yang nampak macam baik tapi mulut longkang
________________________________________________________________________

DAP gesa Hadi jangan 'ponteng' mesyuarat lagi

Jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Hadi perlu hadir bagi memastikan gabungan PKR-DAP-PAS berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.

“Atas pandangan bahawa kehadiran Hadi dalam mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan penting, kerana beliau mempunyai autoriti tunggal dalam PAS untuk membuat keputusan, DAP akan akan menunggu sehingga beliau boleh hadir ke mesyuarat sebegitu,” kata Lim.

Minggu lalu, Lim secara terbuka menggesa Hadi hadir.

Ini kerana, katanya, tanpa kehadirannya dan dalam keadaan wakil PAS tidak boleh membuat keputusan bagi pihak parti Islam itu, Pakatan tidak boleh mencari kata sepakat untuk meluluskan sesebuah resolusi.

Hadi dilapor sudah beberapa bulan tidak hadir ke mesyuarat Pakatan.

Ia dikatakan berpunca daripada tindakan Ketua Umum PKR yang berkali-kali membuat keputusan berbeza dengan apa yang diputuskan oleh jawatankuasa Pusat PAS.

Harakahdaily kelmarin melaporkan Hadi sebagai menjelaskan, beliau tiada dalam pentas politik negara sejak September lalu kerana masalah kesihatan.

Beliau berkata “tidak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini” sehingga “suara pun tak berapa nak keluar”. [malaysiakini.]

Wednesday, 12 November 2014

Senandung Semalam......oh PasMa...oh PasMa


Terbang rendah si Rama-Rama
Merdu bunyinya kicauan unggas,
Dalam gundah ditubuhnya PasMa
Sendu hati terubat puas
Mengkhianati Parti, keringnya hati,
Kononnya realiti bukannya fiksyen
Lantaklah mereka nak umpat keji,
Aku sekarang sudah bergelar Presiden

al-brangionline:

Rakan PR pun sokongnya......ada pelik ka?

Wednesday, 5 November 2014

Oh patut pun PKR dan DAP sentiasa 'buli' PAS......

Maaf cakaplah, bila PKR dan DAP yang perasan sudah kuat dan sentiasa mendominasikan PR (bahasa pasarnya ialah membuli PAS) maka mereka nampak PAS umpama melukut di tepi gantang. Wujudnya tidak menambah sukatan, terkeluarnya tidak mengurangkan timbangan.
Cuma, PKR dan DAP ni, ada jugaklah malu-malu kucing, mungkin terasa terhutang budi jugak di atas keterlibatan dalam pilihanraya dengan petugasnya dari segi logistik dan seumpamanya. Mereka terasa segan silunya nak meng'halau' PAS keluar dari PR, kalau boleh biarlah PAS sendiri yang mengambil jalan atau langkah dahulu. Bahasa badannya memang nampak begitu. Malah adik-adik di PASTI pun boleh baca silat politik PKR dan DAP.
Kenyataan Lim Guang Eng akhir-akhir ini semacam memberi kata dua kepada PAS, kekal atau keluar dari PR dan memang mereka mengharap sangat agar PAS mengambil jalan 'nekad' agar agar pengundi nampak PKR dan DAP di'tikam belakang' oleh PAS.
Kelaku segelintir pimpinan PAS yang semacam dirasuk hantu, tidur malam meracau-racau nampak Putrajaya sudah hampir sangat sementelah lagi termakan 'hasutan berapi' dari 'seberang' sana membuat mereka sudah hilang pertimbangan sanggup menonggeng belakang pada pimpinan tertinggi malah sanggup melutut sambil bergayut-gayut tak ingin berpisah dengan pimpinan sebelah sana. Kelaku sebegi memberi mesej, 'hang keluar, aku tak dak masalah pergi seberang sana.....hang pecat, lagi le senang aku ke sana..'
Inilah provokasi-provokasi oleh mereka yang khianat pada perjuangan PAS yang diasaskan dari darah dan air mata pejuang-pejuan dahulu. Masa akan menentukan nasib mereka selepas ini.
al-brangionline;
Dasar perjuangan PAS tiada galang ganti, kalau hanya setakat menang pilihanraya, perjuangan PAS penghujung 'sut'nya ialah berakhrnya cahaya bulan dan matahari dan penghujung usia alam ini

Tuesday, 4 November 2014

PasMa itu 'Halal'?

PaSMA itu 'HALAL'?

Di antara lain penubuhan PasMA ialah seperti berikut, selebihnya hanya Allah dah Ketuanya saja yang mengetahui.

i. Menjadi platform selaku "NGO" untuk ber'semenda' dengan PKR dan DAP bertujuan menyanggah Presiden PAS dan Majlis Syura Ulamak.
ii. Mencalarkan integriti 'batangtubuh' TGHH dan MSU ke arah persediaan pemilihan jawatan di Muktamar tahun hadapan agar bila wujud pertandingan, ahli diperingkat akar umbi akan terpengaruh dan terpedaya.
iii. Membuat persediaan konon-kononnya jika PAS keluar dari PR, PasMa bila-bila masa menjadi galang ganti
iv. Menliberalisasi PAS agar dasar Islam yang dibawa akan menjadi 'pembuka selera' dan 'pencuci mulut' rakan-rakan di dalam PR kerana kononnya dasar Islam yang dibawa oleh PAS menjadi batu penghalang kepada keselesaan 'rakan-rakan' parti di dalam PR khasnya dan kononnya kepada pengundi berbilang bangsa
v. Mempersiapkan diri setelah ber'lumuih' membuat onar dalam parti dengan menyerang TGHH dan MSU takut kalau-kalau tidak terpilih lagi menjadi calon pilihanraya.

PENGGERAK

i. Penggeraknya terdiri daripada mereka yang memang ber'masalah' dalam parti, mereka yang sudah tiada tempat dan berjawatan lagi dalam parti tetapi masih bernafsu besar ingin mendapat tempat dan jawatan kerana telah nampak sekarang ialah musim 'ghanimah' difaraidkan setelah PR berada di dalam kemenangan dan menjangkakan akan menang lagi seterusnya di dalam PRU akan datang.
ii. Dibantu oleh mereka yang sudah berjawatan tinggi dalam parti tetapi berasa akan di'pinggir'kan setelah ter'lajak' cakap di dalam PRU akan datang
iii. Kehadiran 'veteran' dalam PAS hanya sebagai 'ulam' dan 'icing' untuk menarik ramai ahli akar umbi menyokong PasMa (berkemungkinan akan didaftar sebagai parti politik) bercampur dengan nafsu besar mereka yang sudah tiada memegang apa-apa jawatan lagi di dalam PAS.

p/s Hanya iman dan Taqwa yang dapat mengistiqomahkan sesorang ahli di dalam PAS. PAS tertegak di atas air mata dan darah pejuang terdahulu. Pengorbanan mereka yang terdahulu menrealisasikan PAS yang berada sekarang.
Insyaallah mereka yang terdetik untuk mengkhianati atau mempunyai nawaitu yang lain, balasan yang setimpal dari Allah SWT yang layak diterima oleh mereka.

al-brangionline:

PasMa hanyalah seperti seekor ular yang tidak berupaya mematuk, sama ia meng'gelupur'di'patuk' atau 'mati' sendirian, badan melilit-lilit di banir POKOK.

Monday, 3 November 2014

Anwar ber'belit-belit' cakapnya.....harap-harap Dr.Yusuf al-Qaradawi tahu 'belitan' itu

Ber'belit-belit' cakapnya...... "Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan mengharamkan badan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam dan mengatakan pihak berkuasa agama seharusnya membenarkan perbezaan pandangan.
Anwar berkata, walaupun Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berhak untuk tidak bersetuju dengan SIS akan tetapi NGO itu tidak seharusnya diharamkan.
“Pendirian saya adalah seharusnya rakyat bersetuju untuk tidak bersetuju dan terus mengadakan perbincangan dan forum,” kata Anwar kepada pemberita selepas memberikan ucapan di majlis makan malam persidangan demokrat Islam (Muslim democrats' conference) di Petaling Jaya malam ini. 

“Tentang fatwa, saya ada keraguan. Mereka boleh tidak bersetuju akan tetapi saya rasa mereka tidak seharusnya mengharamkan perbincangan.”
Anwar turut mempertahankan pendirian Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengenai fatwa tentang SIS dan berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu hanya mengatakan beliau menghormati fatwa tersebut.

Azmin memberitahu pemberita pada majlis sama Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan bertemu dengan SIS berhubung fatwa mengharamkan NGO itu.
Azmin berkata, pertemuan tersebut membenarkan Mais mendengar penjelasan SIS mengenai organisasi mereka.
SIS minggu lalu memfailkan semakan kehakiman dan menamakan tiga responden, Jawatankuasa Fatwa‎ Negeri Selangor, Mais dan kerajaan Selangor kerana menuduh mereka mempromosikan liberalisme agama dan pluralisme yang bercanggah dengan Islam.
Fatwa Selangor pada Julai 2014 menggazetkan SIS dan mana-maana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman "liberalisme" dan "pluralisme" agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Selain itu, mana-mana terbitan yang berunsur pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas.
Fatwa itu juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.
Manakala individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam, menurut fatwa tersebut.
Pengarah Eksekutif SIS Ratna Othman berkata, pihaknya juga mahu mahkamah mengiktiraf NGO itu terjamin kedudukannya mengikut Perlembagaan.
"SIS mahu jaminan supaya hak kami perlu ‎dihormati mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Fatwa itu digazetkan mengikut Bahagian III Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. – 2 November, 2014." [sumber .]
albrangionline:

Harap2 Dr.Yusuf al-Qaradawi tahu apa yang di'belit'nya