Followers

Tuesday, 30 September 2014

'Latok' Lim pun 'mabuk' ketum.....kena itu 'tayik kilibau' maa


DAP :        Jika fenomena Pengkalan Kubur berlaku di semua tempat, Pakatan hanya akan dapat 20 kerusi.
Jawapan :  Jika fenomena PRK Teluk Intan berlaku semua kawasan Parlimen yang DAP bertanding, Lim Kit Siang pun boleh balik awal di Gelang Patah.
Ni serius ni......dont play play with emotionlah latok......

albrangionline;

Lu pun tarak berani punyer mau 'tendang' keluar wa punyer parti maa [sumber .]

Monday, 29 September 2014

Baru 6 hari angkat sumpah, rupa-rupanya 'frequency'nya amat 'tinggi'

Kira-kira baru 6 hari angkat sumpah, rupa-rupanya 'remote-control' sudah berfungsi seperti DI SINI .

Kalau Azmin sentiasa di ganggu oleh 'frequency' itu, maka hayat beliau sebagai MB dijangka tidak akan dapat bertahan lama, paling lama pun sehingga habis tempoh penggal ini atau tidak mustahil sebelumnya.

Tidak boleh ke Azmin diberi peluang untuk sekurang-kurang '100 hari pertama' membuktikan keupayaannya mengketengahkan idea baru kepada Negeri Selangor?

Adakah itu saja tugas besar Azmin kepada Negeri Selangor yakni "meneliti semua senarai-tugas" yang sudah ter"sedia"kan untuknya?

al-brangionline:

Bilakah "badi" buatan sendiri ini akan berakhir di Selangor?

Friday, 26 September 2014

PKR seolah-olah menge'SAH'kan 2 orang Adun PAS itu ber"main-mata" dengan mereka.

Saya tak terkejut PAS mendapat 3 kerusi Exco malah ramai sahabat hanya menjangkakan hanya 2 kerusi kerana itu pregorative MB
Situasi sebelum isu MB:
PAS 15 kerusi = 4 Exco
DAP 15 kerusi = 3 Exco + 1 Speaker
PKR 14 kerusi = 3 Exco + 1 MB
Situasi selepas isu MB
PAS 13 kerusi (+2 mesra PKR) = 3 Exco
DAP 15 kerusi = 3 Exco + 1 Speaker
PKR 13 kerusi + 2 Adun PAS mesra PKR menjadi 15 kerusi = 4 + ! MB
Bebas 1 kerusi (TSKI)
Point saya ialah, alkisah 2 orang Adun PAS yg di"tuduh" ber"main-mata" dengan sudah bukan rahsia lagi malah terjawab di dalam komposisi Exco.....secara tak langsung seolah2 PKR menge'sah'kan lalu meng'iktiraf' 'perbuatan' mereka.....maka dengan itu 'justified'lah PAS mendapat 3 kerusi Exco mengikut conggak matematik mudah dan bacaan politik MB baru. [sumber .]

al-brangionline:

Bacaan politik seorang MB baru yang tidakboleh di'remote-controlled'.

Tuesday, 23 September 2014

EXCO Selangor angkat sumpah Jumaat ini.....saya tak boleh di'remote-controlled'

Menteri Besar baru kata barisan Exco akan ditentukan dalam masa 2 hari apabila perundingan dengan Pakatan Rakyat diadakan.

"......katakuncinya perundingan dengan Pakatan Rakyat......".....jangan jadi sebelum daripada ini, PAS dikesampingkan dalam banyak hal tanpa diajak berbincang....lepas tu, bila ada masalah berbangkit, PAS kena tanggung.....itu bukan perundingan mahupun perbincangan, itu dinamakan 'pak hangguk'.

Kita sama-sama tengok sejauh mana 'wujud'nya PAS dalam Pakatan Rakyat setelah perlantikan Exco dibuat. [sumber .] [sumber .]

al-brangionline;

Tak ber'baloi' jikalau "aku" tidak dilantik jadi Exco.....kikiki

Sunday, 21 September 2014

'Talqin' terakhir

Katakan anda duduk SPM sekali lagi. Keluar tajuk-tajuk berikut untuk Kertas Bahasa Malaysia:
1. Jangan beri 'peluru' pada musuh
2. Patuh dan taat kepada Pakatan
3. Wala'' itu candu
4. Ulamak tidak maksum
5. Wujudkan ramai Jorkowi2 dlm parti
6. Berbilang jemaah dlm parti satu kemeriahan
7. Kronisme, nepotisme satu retorik?
8. Pergiliran parti, satu 'persemendaan politik' yg tidak dayus dlm Pakatan?
9. Perbezaan antara 'Kajang Berlipat' dengan 'Kajang Tenat'
10. "Konsensus National" - 'Politic Coolant' satu idea genius?
Anda perlu pilih 5 topik dalam masa 6 jam. Penulisan berbentuk doa dilarang sama sekali.
Agaknya yg mana satu pilihan anda. Selamat menjawab

al-brangionline;
Kalau bocor pun, poning den......

p/s Mungkin tajuk posting di atas sesuai dengan penyataan DI SINI .

Friday, 19 September 2014

Kenapa mesti ambil jalan per'tentang'an dengan Istana?

PETALING JAYA: Krisis jawatan Menteri Besar Selangor akan berakhir tidak lama lagi apabila Istana Selangor dijangka mengumumkan nama menteri besar yang baharu awal minggu depan.
Berdasarkan kad jemputan yang telah diedarkan, yang disahkan kebenarannya oleh para pegawai Istana, memaklumkan tentang majlis mengangkat sumpah jawatan itu pada pukul 10 pagi Selasa.
Istana enggan mengulas mengenai siapa yang akan menjadi menteri besar tetapi pilihan yang disenarai pendek adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Exco negeri dari PAS, Iskandar Samad.
Azmin merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa manakala Iskandar adalah Adun Chempaka.
Kedua-dua mereka merupakan pengerusi parti masing-masing di peringkat negeri.
Difahamkan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dipilih sebagai Adun Kajang pada Mac lalu mungkin tidak akan mendapat jawatan itu.
Perletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar akan berkuat kuasa sebaik sahaja angkat sumpah menteri besar yang baharu.
Dengan majlis angkat sumpah pada Selasa depan, ini bermakna Sultan tidak akan lagi menunggu nama-nama yang akan diserahkan oleh PKR dan DAP yang mengambil masa panjang oleh para pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor.
Kedua-dua parti hanya mencalonkan Dr Wan Azizah walaupun terdapat arahan yang jelas daripada Istana supaya mencadangkan lebih dua nama.
Istana turut memaklumkan bahawa Sultan mungkin akan memilih menteri besar yang baharu berdasarkan senarai tiga nama yang diserahkan oleh PAS atau satu nama tiada dalam senarai.
Timbul kontroversi menerusi dua kenyataan tegas daripada Istana. Pertama, Sultan menitahkan bahawa DAP dan PKR adalah tidak setia atau derhaka kerana keengganan mereka untuk mengemukakan nama-nama lain, dan baginda menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang biadap.
Kenyataan kedua pula dikeluarkan pada Khamis apabila Istana menegur Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyebabkan kekeliruan dengan maklumat yang salah mengenai amalan yang dilakukan Istana dalam mengesahkan jawatan menteri besar.
Anwar mendakwa bahawa amalan mencalonkan hanya satu nama untuk jawatan menteri besar telah dilakukan sejak kemerdekaan negara.
Difahamkan juga terdapat banyak pengumuman palsu mengenai majlis angkat sumpah apabila pegawai Istana menerima banyak panggilan telefon yang bertanyakan mengenai jemputan yang diterima mereka adalah benar.
Sementara itu, di Muktamar PAS di Batu Pahat, Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali berkata, jawatan menteri besar itu adalah milik PKR. Tetapi beliau menambah sekiranya Sultan menawarkannya kepada PAS, semua parti harus menerima keputusan tersebut.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan menolak jawatan itu kerana ia menjadi satu perlantikan tersebut tidak akan bertahan lama tanpa persetujuan DAP dan PKR." [sumber .]

Kemelut politik di Selangor tidak akan berkesudahan jika PR mengambil jalan 'pertentangan' dengan Istana.

Jika PKR mengambil sikap 'keras-kepala' hanya mahukan Wan Azizah, maka kemelut ini tidak akan berkesudahan, malah ia menjuruskan kepada PRN, satu sikap yang 'kurang cerdik' dari mereka yang dikatakan cerdik.

Jika Sultan memilih Azmin, harap2nya PKR dan DAP tak usahlah mengambil jalan yang mereka sendiri akan sukar melaluinya, kenapa begitu?

Diandaikan Sultan memilih PAS, apakah salah ke PAS mengambilnya? PAS dengan segala besar hati sanggup menerima Azmin atau siapa saja dari PKR sebagai Menteri Besar Selangor, tetapi jika ditakdirkan PAS dipilih oleh Istana, apakah PAS perlu mengambil jalan pertentangan dengan Istana demi menjaga 'hati' dan 'kepala' PKR dan DAP?

Jika PAS menolak, bermakna PAS mengambil jalan sukar untuk dilaluinya kemudian nanti, malah PKR dan DAP juga pun begitu?

Saya rasa kurang bijak jika PAS bertindak bertentangan dengan Istana. Lupakan 'keras-keng' dan 'keras-pedal' PKR dan DAP. Biarkan mereka boikot perlantikan EXCO, biarkan mereka bawa usul undi tidak percaya di penghujung tahun ini bila Dewan bersidang, biarkan dihina dan diherdik oleh bloggers dan penulis 'cari makan', asalkan rakyat tidak bertindak begitu.

Kesetiaan tahaluff syiasi pasti akan teruji pada hari Selasa, 23 September 2014, saksikan wahai rakyat Selangor.

Aku berdoa Azmin atau yang lain dari PKR terpilih oleh Istana sebagai MB Selangor.

Difahamkan seawal lagi Wan Azizah di'tolak' oleh Istana dalam 'perlumbaan' ini.

al-brangionline:

Harapnya tiada fitnah besar timbul.

Monday, 15 September 2014

Ulamak hanya untuk panggilan S.O.S sahaja?


Orang Awam: Mencari Ulamak untuk pengurusan jenazah,doa selamat, solat hajat keluarga sakit,anak bini lari dari rumah,barang hilang,rumah tangga diganggu makhluk halus dan sebagainya.

Orang Korporat: Mencari Ulamak ketika bisness down, ketika menghadapai kes Mahkamah untuk berdoa dan buat solat hajat

Kakitangan Awam: Mencari Ulamak untuk Majlis MaulidurrRasul, Maal Hijrah, untuk berceramah

Peniaga: Mencari Ulamak untuk Majlis Buka Kedai

Stesyen TV: Mencari ulamak untuk baca Ayat-ayat Suci bila ada musibah,mengwujudkan beberapa slot sekadar di'pinggiran'

Orang Politik: Mencari Ulamak ketika hadapi pelbagai tuduhan khalwat,rasuah,liwat,saman menyaman untuk buat solat hajat dan doa,menacari Ulamak untuk menghalalkan 'niat' mereka

Moralnya: Peranan Ulamak bukannya bermusim, tak ruginya sentiasa berdampingan dengan Ulamak

al-brangionline:
Walaupun tak maksum, kata-kata mereka 'harum' tidak cirit

Sunday, 14 September 2014

Rahsia di sebalik 'Kipas Hikmat'


PKR dan DAP sentiasa ber'RAHSIA' serahsia disebalik 'KIPAS HIKMAT'......di masa yang sama PAS dikatakan 'pengkhianat', 'menikam belakang'.

Lebih malang lagi apabila 'anak-buah' sendiri terikut-ikut me'ratib' ayat dan kalimah yang sama walhal di masa yang sama kenapa tidak pertikaikan karenah dan tingkah laku PKR dan DAP yang nampak men'curiga'kan itu.

Apakah yang dikatakan 'RAHSIA' itu? [ 'RAHSIA' .]

al-brangionline:

InsyaAllah di akhir episod ini, akan terserlah yang mana HAQ dan yang mana BATHIL.

Saturday, 13 September 2014

PRK DUN N01 Pengkalan Kubur : Hitam yang 'kelam', merah yang 'kusam'...tunggu apa lagi?


Apabila kegelapan aku terasa hitam kelam......pabila terang ku lihat merah yang kusam......mata ku kembali bersinar melihat hijau menawan. [Harakahdaily .]

al-brangionline:

Kembalilah hijau ke dalam Dewan

Tuesday, 9 September 2014

Kisah Benar: Cek tak mau Pengkalan Kubur, Cek mau MB......versi CEMAS

Tiba-tiba si anak kecil menangis teresak-esak sambil menhentak-hentak kaki ke lantai.

Emak dan bapaknya dah tak larat memujuk.

Akhirnya si-bapak bertanya, "Cek nak apa sebenaqnya?"

Sambil tersedu-sedu, "Ayah janji nak beri hadiah jika menang pertandingan main guli,"

Si bapak dan Mak tercenggang, "Mana ada ayah janji,"

Si anak makin kuat meronta, habis di balingnya semua mainan dia, berselerak dan ada yang pecah-pecah.

Si-mak, "Ok, nanti ayah pegi ke Pengkalan Kubur dan belikan bermacam-macam hadiah,"

Si-anak, "Cek tak nak yang di Pengkalan Kubur, ia murah dan tak ori," "Cek nak MB yang kat Shah Alam,"

Si-bapak, "Apa MB tu? CEk nak jugak MB tuh? Mana cek layak"

Si-anak, "Cek tau cek tak layak, tapi cek nak jugak MB tuh. Mercedes Benz!!!"

Si-bapak dan mak terbeliak biji mata, "Mana ayah ada duit, lainlah kalau ayah ada RM3.0 billion, 5-6 biji ayah boleh belikan,"

Si-anak," Alahhh, alasan je ayah,,bukan Mercedes Benz yang betul-betul, yang 'remote control' jual kat Shah Alam tu."

al-brangionline:

Cerita ini tiada kena mengena dengan berita DI SINI .

Monday, 8 September 2014

'Langkah Kejang' berakhir dengan 'Ulit Mayang'

Ramai orang berkata PAS sekarang sudah berpecah.
Saya tak berhajat nak cerita satu persatu apa yang berlaku kerana anda semua lagi arif dan 'advanced' samada mendapatkan maklumat bersumberkan PAS, PKR dan DAP dan dari beberapa 'rimau jadian' dalam PAS .('Rimau jadian' ini akan wujud dalam mana-mana organisasi yang hendak menegakkan Islam selagi ada bumi dan matahari.)
Semua orang telah jelas dan maklum akan kemelut ini berpunca dari 'Langkah Kajang'. Kita biarkan dulu kemelut projek meng'NYAH'kan MB TSKI ini, biarkan 'Langkah Kajang' menjadi 'LANGKAH KEJANG', kalau pulih pun langkahnya akan seiring dengan mulutnya menjadi hirut.
Berbalik kepada PAS berpecah tadi, percayalah sahabat, PAS InsyaAllah tidak berpecah, ini hanyah proses penyaringan. Ia berlaku di mana-mana organisasi akibat taksub (bahasa kasarnya riak) dengan kebolehan sendiri bercampur tidak sabar hendak naik ke'atas' serta terkesan atau terpengaruh atau sudah lama ter'ke-sudah-atur' projeknya dengan suatu pihak yang lain.
Sudah ditakdirkan 'Langkah Kajang' menjadi 'Langkah Sumbang membawa kepada 'Langkah Kejang' sedikit sebanyak turut mem'bantu' atau memper'cepat'kan proses penringan ini. Itulah di antara hikmahnya.
InsyaAllah PAS akan merapatkan safnya mungkin selepas Muktamar minggu hadapan. Yakinlah setiap keputusan Presiden mahupun Majlis Syura, semuanya menjurus kepada kebaikan parti kerana mereka membuat keputusan dengan tidak membelakangkan Allah SWT. Betul mereka tidak maksum, (yang sebelah sana pun tidak maksum juga), 'ijtihad' mereka untuk kebaikan ahli khususnya dan parti amnya.
Memetik sebahagian dari lirik lagu 'Ulit Mayang' antara lagu daerah yang tersohor di Terengganu......
"Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat"......biarkan biarkan...biarkan mereka pergi agar biar jelas pertembungan PAS hanya dengan musuh yang sudah dikenali zaman berzaman, kerana hendak menghadapi 'rimau jadian' amatlah rumit. Kita kedepan dia mencakar dari belakang, kita berdepan dia tunjukkan senyuman paling manis, kita ke kanan dia cakar balik semula dari kiri, takkan kita nak melayan 'rimau-rimau' jadian ini sepanjang masa, banyak lagi tugasan kita kepada Allah tidak tertegak dan kepada rakyat tidak tertunai.
Sejarah membuktikan apa peranan Abdullah bin Ubai dengan sepupu sepapatnya bersama Rasulullah SAW.
Masa mengejar kita wahai sahabat, sebelum ajal menjemput sekurang-kurangnya ada sedikit jawapan nak dipersembahkan kepada Allah Rabbul Jalil.

al-brangionline:
'KU TAHU ASAL USUL MU.....'

Sunday, 7 September 2014

Akhirnya Perempuan jugak jadi 'pilihan' di atas beberapa 'sebab'. ...jom baca, jangan bersedih

Fikir berkali-kali, ada baik jugak mana-mana perempuan yang nak jadi atau yang ditonjolkan sebagai MB berdasarkan ilham yang tercetus selepas pekena nasi lemak tadi.

1. Sentuhan perempuan
maka beliau boleh masuk dalam itenari sehariannya, setiap pagi akan menjelajah rumah orang-orang tua dalam program menyuap makan minum.
lepas tu pergi rumah anak-anak yatim dan rumah ibu-ibu tunggal

2. Kepakaran perempuan
boleh membuka kelas masak memasak dan kulinari, jahit menjahit, menggubah bunga, melipat kain baju secara segera, pengandaman, tazkirah macamana nak bagi suami nampak hanya yang satu, tak nak cari dah perempuan lain.

3. Kelembutan perempuan
dengan kelembutan yang ada pada perempuan, jenayah boleh dikurangkan terutama kes rogol dan cabul, sumbang mahram, penutupan aurat, boleh muncul dalam TV selepas slot berita, sambil mendayu2 sambil menangis2 boleh merayu kek rakyat sesebuah negeri jangan bergaduh, jangan meragut, jangan merogol, negeri jadi aman

4. Air-mata seorang perempuan
Pembangkang akan terkedu lantas menarik balik segala soalan lisan atau tulisan apabila sang perempuan menangis teresak2 dalam Dewan. dengan itu segala permasalaah akan selesai, sambil mengesat air mata, sambil pembantunya menyelesaikan semua masalah yang dihadapi olehnya, beliau boleh balik kerumah dan berehat, hanya beri arahan melalui WA atau FB, SMS e-mail, atau video conferencing melalui ruang tamu.

5. Majlis Tahlil. Aqiqah, Tilawah dll
Beliau boleh adakan program bersama rakyat-rakyat perempuan sambil bersembang dan berceloteh sambil menunggu yang rakyat-rakyat lelaki habis program mereka
Keburukan yang diperoleh jika perempuan jadi MB atau PM hanya satu saja yang dapat dikongsikan di sini iaitu 'bajet kertas tisu' mungkin meningkat, tapi rakyat boleh mengimfakkan kertas tisu dan majlis perbandaran boleh buat kutipan 'infak kertas tisu' setiap hujung minggu
Sekian,

Wednesday, 3 September 2014

'PENALTY SHOOT-OUT' : OH SELANGOR KU

Semua orang tahu PKR dan DAP hanya hantar nama WAWI sebagai calon MB walaupun Sultan titah hantar dua nama. Ini memberi makna PKR dan DAP tidak berkompromi dengan nama lain.
Manakala PAS pula menghantar sekurang2nya dua nama (mungkin 3 nama), kesemuanya dari Adun PKR.
Kemungkinan 1
Sultan akan memilih salah satu nama, secara logiknya PKR dan DAP akan 'sembah derhaka'.
Kemungkinan 2
Sultan akan menolak kesemua nama dan meminta calon-calon dari Adun PAS, secara logiknya PKR dan DAP juga akan 'sembah derhaka' kerana mereka hanya mahukan WAWI sepertimana kehendak Anwar.
Apa akan terjadi jika kedua-dua kemungkinan itu berlaku dan nampaknya besar kemungkinan kedua-dua kemungkinan itu akan berlaku?
Kemungkinan 3
TSKI diminta untuk meneruskan sehingga habis penggal.
Sememangnya sedari awal lagi PKR dan DAP pun akan 'sembah derhaka'.
Apa akan terjadi?
Besar kemungkinan akan diusul undi tidak percaya kepada TSKI
Oh game ini mungkin ke 'penalty-shootout' setelah menjalani 'extra-time' yang 'panjang'.....walau apapun, penontonlah (rakyat) yang akan dan paling keciwa kerana salah satu daripada kumpulan-kumpulan 'pemain' ini akan terkeluar kerana PRN tidak dapat tidak, berkemungkinan akan diadakan apabila DUN dibubarkan.
al-brangionline;
Aku baru nak memahami apa itu 'trouble-maker' dan apa itu 'trouble-seeker'