Followers

Sunday, 31 August 2014

Ayah Mad jangan bimbang PAS dengan PR, yang kami bimbang Ayah Mad menyesal ke masuk PAS?

Jangan tersalah tafsir, PAS tidak bersetuju mencalonkan WAWI sebagai MB Selangor mengantikan TSKI yang dinyah keluar dari PKR semata-mata nak menarik kerusi MB dari beliau sebagai satu tindakan hendak keluar dari Pakatan Rakyat.

Tidak semua 'arahan' Anwar mesti dipatuhi jika arahan itu boleh merencatkan 'mileage politic' sebagai contoh memilih atau me'maksa' PAS bersetuju pencalonan isterinya, walau apa hujah pun yang diberi seperti layak, merit,berkemampuan dsbgnya. kerana apa pun rakyat nampak itu sebagai satu langkah menyuburkan nepotisme atau kronisme.

Tiada waktu dan ketika PAS kata nak keluar PR, cuma cara Anwar mengarah dan mulut-mulut 'busuk' dari budak hingusan seperti Rafizi, Sepudin, Samsu bercakap semacam meroyan dek kuatnya bodek bos seolah-olah lupa bahawa PAS ini ada maruahnya sendiri, bercakap semacam PAS ini berada di luar PR.

Ayah Mad sendiri pun faham apa makna 'derhaka' kepa Sultan kan? Malah Ayah Mad sendiri pernah menjadi menantu Sultan kan?

Jadi apa suasahnya, apa sukarnya nak mencalonkan lebih dari dua nama sebagai calon Menteri Besar.

Apa salahnya PAS akur kepada Sultan dan 'derhaka' kepada Anwar dalam soal pencalonan lebih dari dua nama kepada Istana?

Apakah itu Ayah menafsirkan sebagai langkah awal untuk keluar dari PR? [sumber .]

al-brangionline:

Ayah Mad nyesalke masuk PAS?

Friday, 29 August 2014

Kempunanlah lagi.....hai hai......

'Firasat' hati kecil ini ialah "puok" sana memang inginkan pembubaran Dewan melalaui riak-riak tindakannya. Mereka (PKR dan DAP) masih berkeras dengan mencalonkan hanya satu nama iaitu WAWI walaupun Istana meminta sekurang2nya dua nama dari setiap parti, yakni PAS dan DAP termasuk PKR.

Semua Adun PKR termasuk dua Adun PAS yang mesra PKR dikehendaki menandatangani SD dan apabila PAS mencalonkan 2 atau 3 nama Adun dari PKR, sudah tentu yang selain dari WAWI akan menarik diri. Ini memberi atau mengwujudkan suasana tidak 'mesra' dengan arahan Istana yang memboleh serta menjuruskan kepada pembubaran Dewan sebagai jalan penyelesaian.

Apa untungnya dengan pembubaran Dewan?

Menang atau pun kalah adalah adat perlawanan, tetapi di dalam keadaan pengundi sudah bercelaru dengan kemelut ciptaan sendiri ini, tiada siapa berani membuat ramalan PKR akan menang dengan 'landslide victory'.

Waimma Umno, PKR, PAS dan DAP, kesemuanya dijangka tiada keupayaan memenangi secara mutlak yang akhirnya membawa kepada Kerajaan Campuran atau pun 'Konsensus Nasional' seperti yang di idam-idamkan oleh "puok" sana selepas PRU13 dulu.

Di ketika itu kita akan nampak DAP akan men'jilat' kembali 'kahak-hijau'nya, akan bersama PKR dan Umno membentuk Kerajaan "Konsensus National", maka tinggallah PAS sebagai pembangkang di Selangor.

al-brangionline: Kempunanlah lagi

Thursday, 28 August 2014

Degil, biar bertempat, keras, biar beralas,

Teringat kira2 30 tahun yang lalu ketika menghadiri satu temuduga di Majlis Daerah Hulu Langat (sekarang Majlis Perbandaran Kajang).
Soalan pertama berupa herdikan, "Macamana orang luar Selangor boleh memohon jawatan ini?" Saya mejawab sambil darah berderau,"Dalam iklan tak dinyatakan khas untuk anak Selangor. Tapi tuan, saya berkahwin dengan orang Selangor,"
Selepas beberapa soalan, tiba2 terpancul soalan 'standard', "Bila agaknya boleh lapor diri?" Saya keluar bilik temuduga sambil tersenyum sumbing,...'ah.. kalau dah ada saudara mara ko, tak payahlah panggil temuduga,"
Sebulan kemudian saya terima surat melapor diri....tapi 'sayang'nya Jabatan asal tak release....mungkin ada hikmahnya....
Saya tertanya2 'hukum' anak negeri masih terpakai ke lagi....adakah 'Nona ku' itu di tolak kerana bukan anak negeri...atau kerana dia seorang perempuan...atau kerana dia itu isteri pada si anu.....atau...atau...
Bagi ku itu hak 'prerogative' Sultan, kenapa kau menyebuk dan nak tunjuk degil, keras kepala, kepala batu, melawan arus...menagih simpati rakyat...memenuhi 'nafsu serakah'...fire stone.....meng'hasut'...oh my vocabulary.
Rasanya tidak salah keputusan ku untuk menukar tempat mengundi pada PRU 14 akan datang.

al-brangionline:
Degil, biar bertempat, keras, biar beralas, 

Wednesday, 27 August 2014

Pengkalan Kubur jangan dijadikan 'Pengkalan' ber'kubur'

KEMPEN PENGKALAN KUBUR

KeTum: Kita mesti hapuskan krrrronisme, nepotisme (alamak bini aku)

Pengundi : Ngohti (?)

KeTum: Kita jangan biarkan isteri mencampuri urusan negara (alamak bini aku)

Pengundi: Ngohti (?)

KeTum: Kita mahu pilihanraya yang bersih (alamak pemilihan parti aku)

Pengundi: Ngohti (?)

KeTum: Kita mahu mendaulatkan dan perkasakan institusi Raja-Raja (alamak Sultan nak 2 calon, aku nak 1 calon je)

Pengundi: Ngohti (?)

KeTum: Kita mahu pemimpin yg berwibawa dan beritegriti (alamak aku sendiri 'nyah'kan dia)

Pengundi: Ngohti (?)

KeTum: Musuh kita ialah umno (alamak Konsensus Nasional apa cerita ye)

Pengundi: Ngohti (?)

KeTum: Kita mahu Mahkamah yg berwibawa (alamak, aku nak 'live-telecast')

Pengundi: Ngohti (?)


al-brangionline:

Bukan semua orang kita boleh tipu

Monday, 25 August 2014

Kerjanya men'desak' dan mem'buli'......tunggu le langit tinggi ke rendah?

Bukan "kerja" atau budaya PAS nak mendesak Sultan agar pilih sesiapa menjadi Menteri Besar.

Dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17 Ogos lalu, sudah diputusakan beri dua nama pada PKR iaitu Azmin Ali dan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.


Selepas itu, PKR me"mandai2" pula membuat keputusan dengan hanya memilih Wan Azizah. Itu adalah hak PKR, terpulang kepada merekalah nak ambik yang mana sesuai pada pandangan mereka walaupun kurang sesuai pada pandangan PAS.


PAS tak akan campurtangan dengan keputusan PKR itu. Itu hak mereka, itu hal dalam 'kelambu' mereka, mereka nak ter'lentang" ke, nak "meniarap" ke, nak "bogel" ke dan sebagainya ikut selera masing-masinglah.

Kenapa sekarang pertikaikan 13 Adun PAS tak tandatangan (SD) sebagai tanda setuju Wan Azizah sebagai Menteri Besar?


Jikalau 13 Adun PAS itu menandatangani (SD) mahukan Wan Azizah sebagai MB, tindakan itu samalah dengan mendesak Istana buat keputusan. Kerja mendesak Sultan, bukan kerja PAS.

Tetapi bila PKR mendesak 13 Adun PAS menanda tangan (SD), itu memang pun tak salah kerana "kerja" PKR memang suka men"desak" dan mem"buli" orang lain ikut telunjuknya.


Jadinya, apa yang tak faham lagi?


Takkan nak guna Resolusi Muktamar sebagai NAS dalam kerja-kerja men"desak" dan mem"buli" ni, kot?


Difahamkan Tan Sri Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan pada hari Selasa 26 Ogos 2014.

Adakah TSKI akan menasihati Sultan untuk bubar Dewan?

Itu terpulang kepada Sultan.

Sudah tentu PKR sudah terasa bahang dan bahana "game" yang sengaja direkacipta ini.

Difahamkan juga PKR juga akan masuk menghadap untuk mempersembahkan cadangannya itu (cadangan PAS, 2 orang).

Persoalannya, jika Istana menolak calon dari PKR iaitu Wan Azizah, apa akan terjadi?

Nampaknya sendiri rasalah panas sejuknya, usah menambah kekeliruan dan kekacauan fikiran PKR jikalau (tidak mustahil) Sultan meminta calon dari PAS......usah peningkan kepala. sila tunggu hari Selasa 26 Ogos 2014

al-brangionline;

Jangan tidur tak lena.....nanti 'temperature' lagi naik.

Sunday, 24 August 2014

Bila keadaan jadi serabut, fikiran separa "biul".....maka tindakan menjadi separa "sewel"


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memaklumkan bilakah tarikh sesuai beliau akan menghadap Sultan pada Isnin 25 Ogos 2014. [sumber .]

Semua pihak ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu bilakah perjumpaan itu agar kemelut isu MB Selangor yang semuanya berpunca dari kehendak Anwar untuk meng'yah'kan TSKI dari kerusinya dan digantikan dengan isterinya (pada asalnya beliau yang mahukan sejajar dengan 'Kajang Move').

Apa bila tarikh itu sudah dekat maka ramai orang tiba-tiba menjadi gelisah, persis cacing digaul dengan pasir panas di dalam kuali yang kering lagi panad.

Kenapa jadi sebegitu?

Apakah sebelum bertindak, tidak memikirkan sebarang kemungkinan?

Kenapa bila terdesak, udah mula dan menyalahkan orang itu, orang ini?

Sekarang bila keadaan menjadi serabut, kelam kelibut, fikiran sudah menjadi sempit separa "biul", tidak hairan kalau tindakan menjadi separa "sewel".

Ketika nafsu memuncak, tindakan seperti harimau luka, sangat hilang DUN, janji tercapai dan tergapai apa yang diidamkan . [sumber .]

Bila sudah terasa langit tinggi tak tinggi, rendah tak rendah, tumit terasa melayang-layang semacam tidak tercecah bumi, dada sudah berombak kencang bagi si penyakit darah tinggi terlupa makan ubat, peluh sejuk sudah meleleh-leleh dari dahi, pandangan menjadi kelam hampir pitam, ketika itu menyesal sudah tidak berguna lagi.

Kenapa takut dengan bayang-bayang sendiri?

Kenapa takut dengan Pilihanraya Negeri?

Apakah rakyat selama ini membuta tuli?

Adakah rakyat sanggup dibuli lagi dan lagi?  [sumber. ]

al-brangionline:

Salahkan diri sendiri, jangan asyik mem"semuanya-betul"kan diri sendiri saja.

Saturday, 23 August 2014

Istana mungkin ter'kedu' dengan hujah Al-Allama ini?

Kerja kipas mengipas ini adalah satu salah gerakkerja tertua di dunia.

Ia berleluasa di zaman kegemilangan Kesultanan Melaka.

Kebiasaannya kipas-mengipas ini berakhir dengan kehancuran kerana lazimnya ia adalah satu perbuatan yang tidak ikhlas bertujuan membodek boss atasan agar dapat pulangan yang lumayan.

al-brangionline;

Bilakah agaknya orang Melayu 'Merdeka' dari 'kipas-mengipas'?......sudah 57 tahun merdeka oh.
________________________________________________________________________

Shamsul: Beri peluang pada wanita jadi pemimpin


dikemaskini Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin menolak pandangan bahawa Islam tidak membenarkan wanita dilantik ke jawatan utama termasuk perdana menteri.

Shamsul merujuk kepada polemik yang timbul berhubung cadangan untuk melantik presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke jawatan menteri besar Selangor.

Shamsul berkata peluang yang adil perlu diberikan kepada golongan muda dan wanita untuk memainkan peranan utama dalam struktur kepimpinan.

"Buangkan prejudis dan prasangka terhadap parti rakan, terhadap gender, terhadap umur dan terhadap etnik.

"Apakah kita mahu menolak ketokohan dan kemampuan seseorang hanya semata-mata kerana dia seorang wanita?,” katanya dalam ucapan di kongres AMK pagi ini di Shah Alam.

Menurutnya, ada juga pihak yang berhujah bahawa Islam tidak membenarkan wanita dilantik ke jawatan pemimpin.

Katanya, hujah berkenaan berasaskan kepada satu hadis Rasulullah, bahawa: “Tidak akan beruntung satu kaum yang melantik wanita mengendalikan urusan mereka.”

Bagaimanapun, wujud salah faham ke atas hadis tersebut, sepertimana dijelaskan oleh Mufti Pahang Dr Wan Salim Wan Noor, katanya.

Wanita diharuskan pegang jawatan

Shamsul Iskandar berkata, Wan Salim telahpun menjelaskan bahawa hadis tersebut hanya merujuk kepada seorang ratu Parsi yang mengoyak surat seruan Islam yang diutus Nabi SAW.

"Hadis tersebut tidak dimaksudkan secara umum," katanya yang turut merujuk kepada pandangan ulama tersohor Mesir, Yusuf Al-Qaradawi.

Katanya, Yusuf menyatakan pandangan yang cenderung mengharuskan wanita memegang jawatan termasuk perdana menteri dengan beberapa syarat.

"Beliau mengkritik tindakan memahami hadis di atas secara umum yang akan bertentangan dengan al-Quran yang mengisahkan mengenai ratu Balqis sebagai pemerintah Sabak yang berjaya," katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Shamsul Iskandar ditanya sama ada ucapannya itu merujuk secara langsung kepada PAS yang didakwa tidak menerima wanita menjadi pemimpin.

Mengulas dakwaan tersebut, Shamsul berkata parti gabungan dalam Pakatan itu tidak menyatakan secara rasmi mengenai pendirian itu.

Bagaimanapun, terdapat kecenderungan perbincangan dalam media sosial yang meletakkan isu gender ini sebagai satu perkara penting dalam soal kepimpinan, kata Shamsul yang juga naib presiden PKR.

"Kalau pemimpin itu wanita sekalipun, tapi dia cekap... sebab itu saya menggariskan beberapa pandangan yang besar dari segi Islam, kerana yang tabu ini dalam kalangan Melayu dan Islam.

"Mereka anggap tak boleh wanita menjadi pemimpin. Yang ini kita perbetulkan, kerana gender itu bukan isu secara keseluruhan. Soalnya (ialah) kemampuan," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya. [sumber .]
 

Friday, 22 August 2014

Mengapa Khalid memilih jalan 'rumit' dengan Istana?

Seingat saya beliau sudah dipanggil menghadap Istana kerana mulutnya yang 'laser' yang mengambil langkah sumbang mengkritik Istana.

Beliau yang memang bersifat 'ringan' mulut teramat gemar mengkritik serta memberi pendapat secara 'vocal' pada Istana dan partinya sendiri PAS......entah apa yang dikejari dengan mengambil langkah begitu. Saya tak nampak apa untungnya, beliau boleh memohon menghadap untuk berbincang dengan Istana, bukan dengan kaedah melalui media.

Kepada parti PAS beliau berlagak kekadangkala seperti seorang Persuruhjaya PAS Negeri, kekadang kala semacam malah melebihi seorang Presiden Parti dan kerapkali semcam jurucakap parti PKR.

Beliau pernah kena gantung selama enam bulan dan ini langsung tidak membawa apa-apa erti bagi seorang yang bersikap 'arrogant' ini.

al-brangionline;

Ego seorang pemimpin
____________________________________________________________________________

Kuasa Sultan: Kenyataan Khalid bukan pendirian PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bahawa pengguna internet (netizen) berpandangan Sultan Selangor tidak sepatutnya diberi kuasa mutlak melantik menteri besar, bukan menggambarkan pendirian PAS.

Sebaliknya kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, kenyataan Khalid itu hanya bersifat peribadi dan tidak mewakili pandangan rasmi parti.

"Ini tidak menggambarkan pendirian PAS. Ia hanya pandangan peribadi beliau.

"Pendirian PAS adalah, apa yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, di mana Tuanku merupakan kata pemutus dalam perlantikan menteri besar," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam sidang medianya semalam berkata, netizen kini sudah mula memberikan pandangan sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan.

Katanya, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau mendakwa bukan sahaja pengguna internet, malah ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut berkata seperti itu.

Dalam pada itu, Mustafa turut mengingatkan semua pimpinan PAS agar tidak membuat kenyataan peribadi secara terbuka khususnya berkait dengan isu-isu sensitif.

"Kenyataan peribadi pemimpin PAS ini kadang-kadang disalah tafsir sebagai pendirian rasmi PAS.

"Jadi jangan buat kenyataan peribadi secara terbuka, terutama dalam perkara sensitif," tegasnya. - HARAKAHDAILY 22/8/2014

Lihat juga DI SINI .

Friday, 15 August 2014

SURAT TERBUKA KHASNYA UNTUK ANWAR, LKS dan LGE

Ada sahabat tegur dengan sinis, status akhir2 ni bunyi "bekeng" sikit.
Saya jawab sudah lama saya berlembut, tapi sebelah sana langsung tak ada hormat kepada Parti dan Presiden.
Saya bukan pimpinan tertinggi, tak pandai nak berhujah dan berpidato, yang tahu hanya tampal poster dan menulis sikit-sikit. Yang paling tinggi pun, pernah jadi Ketua Cawangan PAS BBB3 utuk sepenggal (tak mempertahankan terus mencalonkan Tn.Hj. Amir Hamzah Shafii menjadi Ketua Cawangan untuk penggal berikutnya), pernah jadi Ketua UPU untuk 3 ke 4 musim PRU, menjadi PACA (bukan macai tahu) dan yang paling trajis lagi sadis menjadi PACA untuk Parlimen Serdang yang ditandingi oleh DAP atas semangat Pakatan Rakyat bersama-sama sahabat yang lain kerana DAP tidak pernah ada petugas,sebegitu jugak dengan PKR (lepas tu nak menyalahkan SPR bulat2 bila kalah...steadylah bro.).
Itu pun LKS, LGE dan Nuar menuding jari menghentam, mengherdik dan bagai pada parti dan Presiden kami (unbecoming of you Anwar Ibrahimand Lim Kit Siang (林吉祥) and Lim Guan Eng) tanpa rasa segan silu dan hormat rakan sePakatan kalaulah betul2 berPakatan.
Selagi kemelut ini tidak selesai, saya akan mengambil sikap offensive kerana saya masih ada maruah diri.
Saya pernah mengkagumi Nuar semasa era penghujung 70an, malah pernah masuk lokap (telah dijamin oleh Almarhum TS Ainudin Wahid. Al-Fatihah) dalam demo 1974 Baling yang kamu anjurkan dan ketika itu saya hanya memandang beberapa kerat yang tidak ikhlas, hanya cuba menonjol diri. saya juga mengkagumi LKS dan LGE kerana kegigihan mereka. Tapi kita orang timur, ada adab dan adat. Kalau menuding jari, itu kurang ajar namanya. Nasib baik tak tepuk kepala, mahu naik penumbuk walaupun ia lumrah dikalangan masyarakat barat.
Tetapi sekarang sudah hilang hormat. Saya sudah campak buang rasa kagum dan hormat itu ke Ceruk To' Kun dan 'handing" buang di seberang tanjung sana. Perjuangan sekarang sudah nampak ketara dan membuktikan kerana nafsu, kroni, keluarga sendiri, bukan lagi untuk rakyat.
Pemimpin di atas bercakap pasal pengukuhan, pemantapan PR, itu hanya retorik, realitinya kami bersekang mata, bermandi peluh di larut malam memanjat pokok, menegakkan bendera, menampal poster untuk memenangkan Pakatan Rakyat, di ketika kamu sedang lena tidur di tilam empuk di bilik berhawa dingin.
Inikah balasan kamu kepada kami. Kami bukanlah macai yang bergerak dengan ringgit dan sen, kami tidak mengharap itu semua kerana kami yakin hasilnya dituai DI'SANA', tapi kamu Nuar, khususnya semacam membelakangi DI'SANA' kerana dari tindak tanduk nampak semacam mementing DI'SINI' sahaja, maaf kalau terkasar, inilah curahan hati saya.
Ditakdirkan PR masih utuh dan PAS tidak disingkirkan (ini yang kamu mahu sebenarnya, kilas ikan di air sudah tahu jantan betina) saya tetap tidak menghormati kamu walaupun ketika itu kamu dinobatkan menjadi Perdana Menteri (itu pun yang dikejarkan, bukannya rakyat), cukuplah kita hanya menjadi teman seakidah (Nuar) dan kawan dari sePencipta (LKS dan LGE).
Pemimpin datang dan pergi dan saya amat yakin pengharapan saya bukan kepada makhluk, utuhnya PR atau sebaliknya bukan bergantung kepada satu-satu makhluk, seperti kamu sahaja yang boleh 'merobah' Malaysia. Kita tidak tahu berkemungkinan PR menjadi bertambah utuh dengan ketiadaan kamu kerana kita semua sudah dipenghujung usia. Mungkin Allah SWT akan menonjolkan satu makhluk yang akan bangkit lebih 'hebat' dari kamu Nuar.
Pintu taubat masih terbuka luas selagi mentari tidak muncul dari barat, selagi nafas tidak tercekik di halkum, marilah SAYA sendiri, KAMU NUAR dan yang lain berTAUBAT kepada Allah SWT. disepanjang kamu dan kami berkecimpung di dalam arena ini.
Maaf dari saya,
albrangionline
15 Ogos 2014

Thursday, 14 August 2014

Hikayat Sang KeTum di bumi Darul Ehsan

Mereka ada KeTum, Kita ada Allah.
Mungkin Sang KeTum merasakan dia sudah menang game ini, ya mungkin untuk hari ini (today) besok (tomorrow) masih lagi dalam rahsia Allah.

Maka bergumbiralah Sang KeTum, Ibu KeTum dan juak-juak KeTum yang sedang kebuluq sekurang-kurangnya untuk hari ini (today).
Mungkin Sang Lebai Ketum yang sentiasa berdampingan dengan Sang Ketum pun terus sujud syukur kerana perasan doa dan munajat mereka termaqbul. Apa tidaknya berkuliah, berceramah, berkhutbah, berQiamullail berdegar-degar, mendayu-dayu hingga tersedu sedan makmum...hebatnya memukau makmum.
Sedari dulu Sang KeTum kerjanya, selagi tak dapat apa yang diidamkan selagi itu Sang KeTum akan meracau dan mengacau, INSYAALLAH masa dan ketikanya sudah sampai untuk Allah membukakan akan segala aibnya, kalau tidak hariini (today) mungkin esok (tomorrow) sehingga kepura2annya tidak lagi menjadi igauan makmum.
اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ ، وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba’ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah, bi rahmatika ya arhamar-rahimeen.
Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg bathil itu sebagai bathil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.
Ya Allah, Kami berserah kepada Mu untuk menangani Fitnah dan Mehnah ini serta mereka yang berpura-pura dalam perjuangan ini. Kami tiada daya dan upaya lagi untuk menghadapinya.
al-brangionline:
Janji Allah tetap benar.

Wednesday, 13 August 2014

Khalid dalam 'bahaya'.....awas!!!


Khalid yang mana satu nih?

Khalid Ibrahim ke Khalid Samad?

Sudah tentu TS Abdul Khalid Ibrahim.

Tetapi Khalid Samad juga berada dalam 'bahaya' dengan ucapannya seperti DI SINI . Inilah kali pertama saya boleh bersetuju dengannya tetapi kenyataan itu boleh dikira dalam 'bahaya' kerana ia telah di 'scan' oleh radar PKR. Kenyataannya semacam 'belut' kepada PKR.

Tetapi posting ini hanya tertumpu kepada TS Abdul Khalid Ibrahim kerana beliau merupakan key player dalam keutuhan Pakatan Rakyat di Selangor selama mana beliau tidak melibatkan Umno dalam jentera pentadbiran seperti jawatan EXCO dan sebagainya.

Keutuhan PR di Selangor sejauh mana keikhlasan Anwar untuk mengekalkan PAS sebagai rakan 'kongsi' atau sebaliknya. Kalau betul-betul ikhlas, wahai saudara seIslam ku Anwar, janganlah terlalu gopoh dan gelojoh serta menekan2 PAS buat itu...buat ini, begitu jugaklah dengan DAP....come be gentleman and professionallah sikit, tetapi dari gelagat sekarang perkataan itu sudah ter'delete' dari senarai 'vocabulary' mereka.

Dalam isu yang tersangat panas ini hinggakan Umno pun tak larat nak tangguk di air yang tersangat keruh akibat gelodakan PKR, dah lah keruh , tersangatlah panas pulak.

Ramai yang tidak terduga TS Khalid bertindak sepantas itu kalau dibandingkan dengan Anwar yang sudah masak dengan 'strategi-strategi' 'gerak-maut', almaklum sudah lama ter'sembam' dalam kancah Umno maka segala tindak tanduk atau modus operandi Anwar sudah tentu semacam Umno, malah beliau sendiri pun 'sebahagian' dari usianya turun naik Mahkamah mempertahankan segala tuduhan  (fitnah?) terhadapnya.

Khalid sentiasa keterdepan dalam isu membabit dirinya.

Beliau mengambil langkah berisiko tinggi apabila memecat EXCO dari PKR dan DAP. Tindakan ini selaras dan selari dengan moralnya yang ...'kalau boss(MB) kamu dipecat dari PKR, sewajibnya kamu berundur secara terhormat dari EXCO sebelum dipecat melainkan kamu sanggup bekerjasama dengan boss kamu (MB)..."

Cuma jangan terlalu laju sangat takut-takut ter'babas' ketika sampai diselekoh kerana anda akan sentiasa di'hambat' sehinggalah tercapai segala kehendak dan nafsu serakah mereka yang berkehendak.

Tidak menghairankan kalau sehari dua ni akan muncul seorang 'jantan lembut' membuat confess beliau diliwat. Hati-hati TSKI, jalan yang dilalui bukan setakat licin tapi penuh dengan onak dan duri yang terselindung, tapi percayalah, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang dizalimi, berani kerana benar, takut kerana salah.

al-brangionline;

Tidak dapat tanduk, telinga pun dipulas.
(sumber .)(sumber .)

Monday, 11 August 2014

Anwar lebih 'dahsyat' dan 'kejam' dari Mahathir?......layan...


Mahathir pecat Anwar pada tahun 1999 dengan pelbagai 'fitnah' ( hanya Allah yang Maha Mengetahui benar atau palsu) dan hasilnya BN di Terengganu. Ada orang kata Terengganu tumbang kerana gelombang reformasi. Saya katakan tidak. Ini kerana banyak faktor lain yang menyumbangkan kepada tumbangnya Umno di Terengganu termasuk faktor 'cas keting' kerana majoriti orang Umno tidak bersetuju dengan calon Umno.

Juga, kalaulah betul gelombang reformasi yang dibawa oleh Anwar menjadi penyebab, kenapa Pulau Pinang tempat tumpah darahnya tidak dapat kepada Barisan Alternatif (BA). Kenapa gelombang ini tidak berlaku di Shah Alam khasnya (kerana ketika itu saya ber'gaduh' dengan Khalid Samad penyokong tegar Anwar yang mengatakan Terengganu tumbang kerana Anwar) dan Selangor amnya, kenapa Parlimen dalam Wilayah Persekutuan, negeri yang berjiran dengan Anwar iaitu Kedah tidak tumbang sama?

Sekarang PKR (Anwar?????) pecat TSKI. Ini lebih kejam dari Mahathir kerana selepas didesak TSKI melepas jawatan untuk diberi kepada isterinya (pada mulanya memang beliau sendiri yang mengidamkannya tetapi selepas Mahkamah mendapati beliau bersalah dalam kes liwat siri II, beliau mencalonkan isterinya bertanding di Kajang yang dikosongkan kononnya atas strategi 'Kajang Move' agar dekat dan cepat ke Putrajaya. Satu penghinaan kepada inteklual pemimpin dan ahli-ahli PAS dan DAP untuk dipaksa percaya strategi pak Syeikh yang ber'nafsu tinggi' itu.)

Sebelum TSKI dipecat, PKR dengan rasa tidak bersalah dengan penuh 'statement' yang dalam bentuk satu penghinaan kepada pengundi-pengundi di Selangor sanggup mengatakan meeka sanggup Selangor terlepas kepada UMNO/BN, asalkan TSKI ditukarkan.

Andaikata Selangor ditawan semula kepada UMNO/BN jika DUN Selangor dibubarkan, saya tanpa segan silu dan rasa hormat akan menyalahkan Anwar 'hidup-hidup'.

Anwar tiada pilihan lain selain memecat TSKI sebelum PAS Pusat bermenyuarat pada 10 Ogos dengan beranggapan PAS Pusat akan bersetuju dengan calon MB 'baru' dari PKR kerana TSKI telah pun ter'keluar' dari PKR......mintak tolong sikit pak Syeikh, PAS tiada sebab untuk menukarkan MB yang disandang oleh TSKI kerana beliau tiada buat onar' kecauli apa yang di'fitnah'kan oleh PKR.

Bagi saya inilah satu 'blunder' yang besar yang di buat oleh Anwar yang terkenal sebagai seorang pakar strategi dek satu KELEMAHAN BESAR yang ada padanya iaitu GELOJOH dan GOPOH GAPAH.

Penyakit GELOJOH dan GOPOH GAPAH itu rasanya berkemungkinan ber'punaca' dari kata-katanya sewakutu beliau menjadi TPM dahulu. Ketika itu, 3 orang peserta ratu cantik Melayu yang bertanding dalam satu pertandingan besar iaitu Ratu Cantik Dunia ditangkap oleh JAIS. Beliau dengan 'berang' mengelaurkan kata-kata itu, "Kenapa bergitu gopoh gapah membuat tindakan?." yang akhirnya Mufti Selangor Almarhum Datuk Ishak Baharum terlucut jawatannya. Mungkin itulah 'tulah' beliau terima kerana Mufti bertindak di atas kebenaran dan jalan yang HAQ, jalan yang diarahkan oleh Allah SWT.

Rasanya satu lagi 'kesalahan' beliau ialah ketika beliau di'tendang' keluar oleh Mahathir pada tahun 1999, ialah di mana-mana beliau pergi ketika berceramah di sepanjang 'road show' ialah Ayat Quran yang selalu dibacanya iaitu " Firmana Allah dalam Surah Ali-Imran "Wamakaru WamakaraLLAH Wallahu Khoirulmaakirin", Ayat 54 yang bermaksud, "Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang." Jangan sesedap hati ber'main' dengan AYAT Allah wahai pak syeikh. Kita sama-sama tunggu waktu dan ketikanya "PERANCANGAN DARI ALLAH SWT"

al-brangionline:

Aku yang hanya pandai berKIPAS yakni "MENGIPAS' satay Kajang.