Followers

Thursday, 24 July 2014

"Tongkat Ajaib" menggantikan "Kipas Hikmat"


Nasib baik aku hanya penampal poster zaman berzaman.
Kalaulah aku ini diberi kepetahan berpidato dan berbagai-bagai ilmu strategi serta tinggi pengamatan ekonomi global, nescaya nahas bini aku kerana aku akan angkat dia menjadi MB Terengganu.


Tetapi aku tak dapat bayangkan bila setiap hari beribu-ribu juak2 aku menunggu di luar Pejabatnya di Wisma Darul Iman menunggu surat 'projek dari langit", tentu isteri ku naik kering air mata menangis tersedu sedan dan sudah tentu setiap hari dan setiap masa akan ada pegawai khas membawa 'tisu hikmat'.

Ketika itu aku tak dapat nak menolong bini aku kerana aku tidak ada 'tikar ajaib', 'cermin hikmat' mahupun 'kipas hikmat'......yang aku ada hanyalah 'tongkat hikmat'

al-brangionline:

Tongkat melambang kepincangan yang ada pada pengguna.

Wednesday, 23 July 2014

'Tambahan masa' hampir tamat, 'tendangan penalti bakal diambil, Selangor di ambang 'Gerhana'

Game ini terlalu lama di'main'kan.

Berbagai-bagai taktik dan kelecek digunakan, namun gagal menghasilkan kemenangan.

Pada mulanya penonton rasa cemas, tetapi apabila dibawa ke 'tambahan masa', penonton mula merasai letih dan 'boring'.

Ramai yang mencemuh dan memaki hamun pada pasukan sendiri.

Sekarang semua tak sabar menunggu 'tendangan penalti' diambil.

al-brangionline:

Sudah sampai masanya 'coach' berehat dan merehatkan diri. [sumber .]

Saturday, 19 July 2014

"Kipas Hikmat", 7 keturunannya akan dikenang

'Kipas Hikmat" tidak akan menyelesai masalah perebutan jawatan MB dalam PKR.

Nampaknya jawatan MB seolah-olah bukan diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat lagi, ianya keputusan one-man-show.

Jika Selangor kembali ke Umno dalam PRU14 nanti, 7 keturunannya akan dikenang.

al-brangionline;

Letihlah permainan ini.
______________________________________________________________________

Wan Azizah dijangka ambil alih jawatan MB S'gor


PKR dipercayai sudahpun mencapai kesepakatan untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas sambutan Aidilfitri.

Keputusan itu timbul selepas tekanan bertubi-tubi dari sekutunya dalam Pakatan Rakyat dan ahli parti,

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai sudah bertemu dengan pemimpin parti di Selangor semalam, dan mencadangkan isterinya dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Menurut akhbar China Press, Anwar berkata PKR sudah memutuskan untuk menggantikan Khalid.

Menurut sumber parti, Anwar berjaya mendapat sokongan pemimpin-pemimpin partinya selepas berjaya meyakinkan biro politik PKR berhubung pilihannya itu.

Sumber sama mendakwa Anwar memilih Wan Azizah untuk "menstabilkan" parti, yang dilanda siri kontroversi selepas mengaakan pemilihan secara terus buat kali kedua tahun ini.

"Siapa yang berani lawan Anwar? Mereka mungkin merungut di belakangnya tetapi di di depannya, mereka semua pak turut," kata sumber itu yang enggan dinamakan.

Jika Wan Azizah yang juga merupakan ADUN Kajang mengisi tampuk menteri besar, beliau adalah di antara dua pemimpin wanita PKR yang memegang jawatan exco negeri dalam kerajaan Selangor.

Selain Wan Azizah, penyandang timbalan presiden Azmin Ali juga tidak menghadiri mesyuarat tersebut kerana berada di Mekah. [malaysiakini .]

Wednesday, 16 July 2014

Kempunan telur tembakul......dahsyat akibatnya



Bertangkupnya Batu Belah,

Tembakul dimakan tidak bersisa,
Tak cukup, terlingkupnya Kedah,
Selangor terlepas nanti, rakyat tersiksa

Kerana 'kempunan'kan telur ikan tembakul, terpaksa me'mangsa'kan orang lain dan seterusnya rakyat jelata.

Tetapi bila terbaca status di bawah, hati ini sedikit terubat kerana ia telah menelanjangkan semua, siapa yang sukakan siakap senohong, gelama ikan duri di dalam bulan Ramadhan pulak tu. Teruskan TSKI berkhidmat memacu negeri Selangor ini. Lupakanlah mereka yang telah kempunan telur tembakul itu.


al-brangionline;

Siakap senohong
Gelama ikan duri
Berlagak sombong
siapa lagi kalau bukan _ _ _ _ _   _ _ _


Bertangkupnya Batu Belah,
Tembakul dimakan tidak bersisa,

Masih membuak nafsu serakah
Sedarlah sikit diri tu sudah berusia

Tuesday, 15 July 2014

Politik Sesat-Sesat Politik ber'ratib'.....'al-fulusy'......mengharapkan 'projek langit' turun mencurah...aduhai...


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di'tolak', di'benci' dan bermacam-macam 'di' lagi bukan kerana beliau tidak amanah, pun bukan kerana dia tidak jujur, jauh sekali beliau tak tahu nak mentadbir Negeri Selangor yang terkaya ini, tapi hanyalah satu perkara sahaja di mana Umno pun berjurai-jurai air liur meleleh meng'gilai' apa yang dikatakan 'al-fulusy'

TSKI bukannya kedekut membelanjakan 'al-fulusy' untuk rakyat Selangor tetapi beliau beramanah untuk membelanjankan 'al-fulusy' mengikut keperluan dan tatacara kewangan atau dalam bahasa mudah belanja ikut 'buku'.

Ini yang tidak disukai oleh 'orang-orang' tertentu dalam partinya yang mahu membelanjakan 'al-fulusy' mengikut kehendak parti, seolah-olah mereka lupa dalam Pakatan Rakyat ada lagi 2 parti.

Membelanja 'al-fulusy' mengikut citarasa parti akan menjurus segelintir yang akan 'kembung' perut.

Pernah diceritakan oleh seorang kawan yang bertugas di sebuah daerah sebagai jurutera, didatangi seorang yang berterampila kontraktor membawa surat yang ber'letter-head' sebuah parti meminta projek, yakni apa yang dikatakan 'projek langit'......aduhai salin tak tumpah macam parti oot oot.....almaklum DNA sama, bila diturih lengannya akan terpancar darah 'merah menyala' dan selang 5 minit akan bertukar menjadi 'biru'.

Kalaulah berjaya TSKI di'singkir'kan, kanak-kanak Tadika Kemas pun akan tahu apa akan terjadi kepada 'tabung al-fulusy' negeri Selangor nanti.

al-brangionline;

Dijangka hujan 'mercedes' dan 'bmw' akan membanjiri jalan-jalan di Selangor menjelang raya nanti.
______________________________________________________________________

PAS, DAP setuju Azmin, tunggu 'green light' Anwar


KUALA LUMPUR: Teka-teki status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali untuk 'naik' menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu hampir terjawab selepas PAS dan DAP memberi persetujuan terhadap perlantikannya dalam satu pertemuan tertutup Pakatan Rakyat (PR) yang dibuat pada Isnin.

Bagaimanapun, keputusan akhir dijangka diputuskan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Menurut sumber, nama Presiden PKR dan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga hampir pasti digugurkan dari senarai calon Menteri Besar selepas PAS tidak memberi sokongan terhadap Menteri Besar wanita.

"PAS tidak setuju MB wanita, PAS mahu Azmin...DAP pula setuju Azmin, tetapi hormat dan tunggu keputusan Anwar...bagaimanapun Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan akhir sebelum raya.

"Perlantikan akan dibuat selepas hari raya seperti yang dimaklum sebelum ini," katanya.

Pada Isnin, ada portal menyiarkan situasi semasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menerima asakan pengunduran bertubi-tubi daripada sekutunya yang secara terang-terangan tidak berpuas hati dengan cara pemerintahannya kini.

PR ketika ini juga dikatakan sedang mengumpul suara dari akar umbi setiap cabang parti termasuk ADUN dan Ahli Parlimen untuk dibawa ke peringkat pimpinan pusat seterusnya memuktamadkan status menteri besar itu.

Anwar pula dilaporkan berkataPR tidak akan bertindak tergesa-gesa untuk mengantikan Abdul Khalid
selain menyifatkan perbincangan untuk menyingkirkan Menteri Besar itu dilakukan secara dalaman dan sedang berunding untuk mencari penyelesaian ke atas perkara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum initurut menafikan mempelawa Abdul Khaliduntuk menyertai UMNO dan sebarang spekulasi mengenainya tidak berasas sama sekali.


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/pas-dap-setuju-azmin-tunggu-green-light-anwar-39857?cp


al-brangionline: apa nak buek PJ, ratib 'al-fulusy' menjadi-jadi

Monday, 7 July 2014

Apa dosa dan noda Khalid pada rakyat Selangor hingga.....?.....jom baca


Apa dosa dan noda Khalid pada rakyat Selangor sehingga segelintir YB DAP dan PKR sendiri dan saudara mereka yang ada dalam PAS sehingga mengkritik meng'cadbury' buta?

Mereka mengkritik TSKI ini sama macam mereka mengkritik Ibn Toyo suatu ketika dulu. Hilang hormat, segan silu dan pertimbangan kepada beliau dan juga secara tak langsung kepada rakyat yang memberi mandat kepada beliau dan Pakatan Rakyat sehingga Selangor di'takluki' selama dua penggal.

Mereka lakukan ini kerana mungkin terbawak-bawak 'perangai' lama dalam Umno. Mereka semua berjirai-jirai air liur meleleh mengenangkan perihal Selangor yang kaya malah terkaya di Malaysia. Mereka perlukan 'projek'...mereka mahukan fulusy untuk men'jaga' penyokong-penyokong mereka...itu saja sebab musababnya mereka mahu menukarkan jawatan MB Selangor.

Kerana terlampau tamak haloba, mereka lupa jawatan Menteri Besar Selangor bukanlah milik PKR sorang-sorang. Mereka sudah lupa atau sengaja buat-buat lupa atau memang 'perangai' lama mereka begitu.

Jawatan Menteri Besar ialah jawatan 'Pakatan Rakyat'. Lazimnya parti yang majoriti dalam DUN atau dalam satu-satu 'Pakatan' berhak mencalonkan nama sebagai Menteri Besar. Perkara ini semuanya sudah dihadhamkan oleh semua Adun-Adun selagi mana mereka masih tahu mem'baca' dan 'menulis', ber'aqal' lagi 'baligh'.

Yang mereka lupa nak 'hadham'kan ialah Allah SWT yang memberi kuasa kepada mereka melaui rakyat yang memilih mereka dalam PRU. Rakyat bila-bila masa boleh memilih untuk berlain arah dalam PRU akan datang.

Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim bukan maksum seperti para-para Nabi  'alaihimussalam tu wassalam. Beliau ialah makhluk biasa yang terdedah kepada sebarang khilaf, tapi saya amat pasti beliau menjunjung tinggi amanah yang diberi oleh rakyat dan mengemudi Selangor dengan penuh jujur dan amanah.

Yakinlah, Selangor akan mengalami zaman suramnya jika jawatan Menteri Besar tersangkut kepada mana-mana 'malaun' yang sentiasa ter'jelir' lidah mereka.

al-brangionline:

Insyaallah, Allah bersama pemimpinnya yang jujur.
_______________________________________________________________________

Henti sebar mesej paslu, kata Khalid

SELANGORKINI | .

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa pihak yang yang menyebarkan berita palsu berkenaan jawatan Menteri Besar Selangor supaya menghentikan perbuatan itu.

Abdul Khalid berkata dakwaan itu tidak benar kerana hari ini beliau pada sebelah pagi mempengerusikan Mesyuarat Jabatan Perancang Bandar dan Desa di SUK 2, Shah Alam.

Kenyataan Abdul Ibrahim itu sekali gus menafikan berita tersebar kononnya beliau bakal meletakkan jawatan, hari ini.

Kesan daripada penyebaran berita ini, para wartawan berkumpul di hadapan Istana Mestika, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang hari ini lantaran penyebaran khabar itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor di twitternya menyeru orang ramai tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan itu.

“Tan Sri Khalid Ibrahim masih MB. Jgn percaya kepada khabar-khabar angin,” tulis Iskandar.

Kira-kira jam 11.30 pagi tadi, satu lagi mesej WhatsApp tersebar, kononnya daripada agensi Berita Nasional (Bernama) yang menyatakan bahawa Abdul Khalid sudah pun meletakkan jawatan dan Pesuruhjaya PAS Selangor dijangka mengangkat sumpah jawatan pada jam 2 petang.

Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian, Bernama menyebarkan berita terkini melalui twitter yang menafikan penyebaran berita peletakan jawatan Abdul Khalid. - HARAKAHDAILY 7/7/2014 [sumber .]

Tuesday, 1 July 2014

Si gadis manis ini sekarang sudah "Knee Low Far".....(Jauh di bawah lutut)

Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan pengampunan, bulan hidayat.

Setiap amalan dilipat ganda oleh Allah SWT.

Kita diberitakan selebriti glamour yang terkenal dengan keayuan serta berpakaian singkat tetapi sekarang sudah berpakaian yang menutup aurat, syabas dan tahniah moga anda beristiqomah dengannya.

Selebriti yang dimaksudkan itu ialah Neelofa (bunyi "Knee-Low-Far) yang telah mengenakan pakaiannya jauh ke bawah lutut yakni menutup auratnya seperti dituntut oleh Al-Quran.

al-brangionline;

Sapa kata celebriti tak mani bila menutup aurat? Syabas...Alhamdulillah
_____________________________________________________________

Neelofa Ambil Keputusan Berhijab

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 5:01 PM
PETALING JAYA: Kehadiran Ramadan berjaya membuka hati pelakon Neelofa untuk berubah selepas dia memilih untuk memakai tudung.

Pengurus kepada pelakon itu, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, Neelofa, 25,  membuat keputusan berkenaan pada Selasa (hari ini) dan langkah itu adalah satu perubahan positif buat dirinya.

"Benar, Neelofa sudahpun berhijab dan dia telah mengesahkan perkara tersebut kepada saya pada hari ini (Selasa).

"Dia juga melihat perubahan yang dilakukannya adalah satu perkara yang positif buat dirinya," katanya kepada mStar Online.

Shawn diminta mengulas mengenai kenyataan adik pelakon itu, Ameera, yang memuat naik foto Neelofa bertudung di Instagram miliknya dengan kapsyen rasa bersyukur dengan perubahan yang dilakukan oleh kakaknya itu lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.


Foto Neelofa yang sudah bertudung yang dimuat naik oleh adiknya, Ameera.

Neelofa tidak dapat dihubungi memandangkan dia sedang membuat rakaman suara bagi program Meletop yang akan bersiaran secara langsung pada malam Selasa di Astro Ria pada pukul 9 malam.

Dalam pada itu, Shawn berkata, sebelum membuat keputusan untuk berhijab, dia sudah mula memakai tudung secara perlahan-lahan sejak tiga bulan lalu.

"Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian saya, Neelofa berubah secara perlahan-lahan dan sejak tiga bulan lalu, dia kerap berhijab. Tidak sangka pula dia melakukan perubahan secepat ini.

"Bukan sahaja lebih positif tetapi wajahnya dilihat sentiasa gembira. Apa-apapun kita mendoakan yang terbaik untuknya," ujarnya (mStar)