Followers

Friday, 27 June 2014

TS Khalid terkandas, 'Kajang Move' berjaya.....selepas Idil Fitri sudah boleh masuk Putrajaya?


Kikikikiki.....kenapa 'gelekek'?...lucu ke tajuk tu?

Mana ada lucu, memang sapa2 pun boleh pergi ke Putrajaya, sebelum atau selepas Idil Fitri. Pusat membeli belah Alamanda hanya tutup pada hari raya saja.

Sebelum meneruskan coretan ini, saya ambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut dan mendirikan ibadat puasa seta ibadat-ibadat yang lain kepada semua pengikut blog ini sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Semasa dalam PRU13 dulu SPR dikecam hebat, beberapa tempat dikatakan 'blackout' untuk menjustifikasikan kekalahan PR dalam PRU itu.

Selepas itu diikuti 'happening' yang dipanggil himpunan 'blckout' di Padang Merbuk di mana ramai yang ber'qiam' dalam khemah di situ sebagai tanda protes kepada SPR.

Ada bijak pandai kata 'Langkah Kajang' atau 'Kajang Move' telah berjaya. Tagline ini diwujudkan semasa PRK Kajang baru lalu kononnya ADUN Kajang terpaksa dikorbankan sebagai mempercepatkan 'langkah' PR ke Putrajaya.

Apa yang berjayanya?

Nak ke Putrajaya pun masih jauh satay dari api.

Nak 'tendang' TS Khalid pun masih sukar walaupun beliau di'buruk-buruk'kan oleh rakan sendiri ibarat dilayan seperti anak tiri oleh partinya sendiri.

Dengar ceritanya TS Khalid ter'sekat' di pemilihan tempat sendiri ber'kebetulan pula tiada api (baca 'Blackout').

Kalau dulu 'Blacout 505'.....sekarang 'Blackout 2706'

Tak tahulah pulak dengan kekalahan yang penuh dengan 'misteri' itu dikatakan 'Kajang Move' telah berjaya. Bagi saya itu bukan 'Kajang Move', itu dinamakan 'Kuala Selangor Move'......alahai......kata ke gelegar, pagar yang serpih....kata ke SPR, Kuala Selangor yang lebih.

Ingat pengundi Malaysia semuanya 'bodoh' macam pembuat strategi tu ke?......

al-brangionline:

Udah muallah rasanya.......cuba tengok DI SINI .
_________________________________________________________________

Elektrik putus ketika kira undi cabang Khalid


PKR mengakui bekalan elektrik terputus sewaktu pengiraan kertas undi melibatkan cabang Kuala Selangor, yang menyaksikan tewasnya Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ketuanya, pada awal pagi Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul bagaimanapun menolak spekulasi bahawa JPP "ada peranan" dimainkan dalam insiden yang berlaku sewaktu pengiraan undi bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat sedang berlangsung.

"Kita menolak spekulasi bahawa ada peranan dimainkan JPP. (Dakwaan) itu tidak benar.

"Kejadian tidak hanya berlaku di ibu pejabat PKR sahaja, tapi seluruh blok di Tropicana," katanya dalam sidang media hari ini.

Johari berkata sejurus selepas berlakunya insiden itu, pihaknya telah mengarahkan petugas, pengawas, wakil calon meninggalkan pusat pengiraan selepas langkah-langkah keselamatan diambil termasuk mengambil gambar dan tidak mengusik kertas undi.

Pihaknya juga terus menghubungi TNB bagi melaporkan insiden yang berlaku dan segera menyambung bekalan elektrik yang terputus.

Katanya, bekalan elektrik disambung semula jam 2 pagi dan pihaknya menyambung semula proses pengiraan.

Menurutnya lagi sewaktu insiden itu berlaku, JPP sedang dalam proses mengira kertas undi bagi jawatan MPP di mana beliau difahamkan Khalid "mendahului" pencabarnya bagi jawatan timbalan presiden.

"Undi bagi jawatan di cabang masih belum dikira," katanya yang juga ahli parlimen Sungai Petani.

Pemilihan semula 3 cabang esok

Johari berkata beliau dimaklumkan satu substesyen TNB berdekatan blok bangunan itu rosak menyebabkan keseluruhan blok bangunan itu terputus bekalan elektrik.

Mengulas penangguhan pemilihan semula cabang PKR Kelana Jaya dan Puchong - yang sepatutnya berlangsung esok kepada 10 Ogos - Johari berkata pihaknya perlu menyediakan keperluan logistik
petugas yang bertugas diambil luar Selangor.

Malah, sambutan Ramadan pula dijangka pada 29 Jun dan mereka tidak sempat untuk pulang menyambutnya bersama keluarga.

Apatah lagi dua cabang mempunyai ramai ahli dan terdapat permohonan daripada calon-calon yang bertanding meminta supaya tarikh itu ditangguhkan.

"Sebagai JPP kita fleksibel, demi untuk keadilan untuk calon-calon dan anggota untuk membuat pemilihan. Walaupun kita tak gembira, tapi kita juga buat pertimbangan," katanya.

Tiga cabang Sepang, Subang dan Sungai Besar akan mengadakan pemilihan pada esok, tambahnya.

Pemilihan semula juga akan berlangsung esok di empat cabang di Sabah - Tenom, Pensiangan, Keningau dan Papar. Sementara di Sarawak pula ialah Batang Sadong, Julau, Kapit, Limbang dan Sarikei.

"Cabang di Sabah dan Sarawak tiada penangguhan. Sementara saya jangka pemilihan di Subang dilihat menarik," katanya.

Beliau menjangkakan keputusan rasmi akan diperolehi pada 12 Ogos depan - sebelum Kongres PKR yang berlangsung pada 22 Ogos.


Thursday, 26 June 2014

Kesetiaan seorang nenek tua menyambut kepulangan 'kekasih-kekasih' pujaan hatinya......kesian......

Kesetiaan seorang nenek tua kepada 'kekasih-kekasih' pujaannya [sumber .]

Kesetiaan seorang nenek berusia 70an menunggu kepulangan 'kekasih-kekasih' pujaan hatinya setelah ter'kulai' layu di hutan Amazon.

Berbekalkan semangat yang digembar-gemburkan sebagai jaguh yang pernah mengunggulinya sekali di satu ketika, tidak memadai bertarung selaku seorang jaguh yang gah lagi tersohor kerana kualiti sebenar terserlah ketika berada di gelanggan lawan.

Rupa-rupanya ke'jantan'an yang ada hanyalah palsu dek disolek, dihias oleh tukang-tukang cang yang berkepentingan.

Rupa-rupanya nilai kejaguhan sekarang sudah seperti satu komoditi, senilai dengan harga getah, harga emas, harga minyak yang turun naik, semuanya berkisar dari soal fulus, bukannya dipupuk dari bakat yang berjiwa kental....fulus itu hanya sebagai 'food supplements' untuk membakar dan menjana semangat, bukannya untuk tujuan menjadi gah semata-mata.

al-brangionline:

Satu pengajaran, apabila berada dipuncak dunia, jangan lupa menoleh ke gaung yang curam

Monday, 23 June 2014

"PKR dan DAP" yang "kencing", sekerat dua pimpinan PAS Selangor dijadikan "pampers".....alahai, macam ni ke kita ber"Pakat"?


Pakatan Rakyat bakal ber'pecah'?

Atau Pakatan Rakyat di Selangor akan 'merudum' sekurang-kurangnya di Selangor?

Para penugundi khususnya di Selangor sedikit sebanyak tertanya-tanya, betul ke DAP, PKR dan PAS sedang berada dalam satu 'Pakatan'?

Mereka berhak mendapat pencerahan kerana mereka yang memberi undi kepada calon-calon DAP, PKR dan PAS dalam 2 PRU yang lalu sehingga Pakatan Rakyat memenangi dua penggal berturu-turut dengan bergaya.

Setelah masuk ke penggal kedua, rupa-rupanya ada 'manusia' merasa akan ke'seronok'kan menjadi Menteri Besar di negeri yang terkaya di Malaysia ini.

Terdengar suara-suara samada samar-samar atau terang-terang mahukan jawatan MB itu yang dalam lain perkataan MB sekarang. Tan Seri abdul Khalid Ibrahim harus diturunkan dari 'takhta'nya.

Semua orang tahu bahawa ada 'individu' tertentu dalam PKR sudah lama mengidamkan jawatan itu, namun PAS menjadi 'batu penghalang' kepada cita-cita yang dianggap penuh dengan 'nafsu-berahi' itu.

Ada individu dalam DAP yang jelas dengan gaya bahasa yang agak ''KESAT", yang sama sekali tidak patut dikeluarkan sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat.

PKR dan DAP melepaskan beberapa peluru 'hidup' dan 'buta' dengan harapan Tan Seri Abdul Khalid akan turun, namun setelah tidak berjaya, pengundi nampak seolah-olah mereka meng'guna'kan beberapa pimpinan PAS Selangor pula. Ini jelas ada beberapa orang PAS  yang 'vocal' yang tidak septatutnya mengeluarkan kenyataan terbuka serta terheret dalam kemelut ini dengan mengeluarkan pendapat mereka seolah-olah menjustifikasi kepada rakyat Selangor bahawa Tan Seri Abdul Khalid patut turun menyerahkan kerusi yang dianggap 'panas' itu.

Saya amat bersetuju dengan pendpat Persuruh Jaya PAS Selangor, seperti berikut,......"Jangan sama sekali hasrat rakyat biasa diketepikan. Mereka juga mempunyai hak kerana seorang Menteri Besar itu bukan sahaja milik orang politik tetapi juga milik seluruh rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. "

Kenyataan Anwar seperti DI SINI, walaupun nampak sebagai berdiplomasi, namun saya berpendapat, beliau gagal dalam menangani kemelut ini selaku 'KETUA' Pakatan Rakyat yang bakal menjadi Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat memenangi PRU nanti.

al-brangionline:

"PKR" dan "DAP" 'kencing....."PAS" pula nak dijadikan 'pampers'......tak takut ke rakyat akan mem"basuh" kencing yang hancing itu dalam PRU nanti ke?

Thursday, 19 June 2014

"Badi" Altantuya: Bebas dari dituduh membunuh, buat hal pulak dengan Polis Wanita merangkap isteri Polis.....pulok???

["Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 ditahan awal hari ini selepas ditangkap berkhalwat dengan seorang polis wanita yang sudah berkahwin di Sepang.
Lelaki berkenaan yang sebelum ini bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman ditangkap di sebuah unit kuarters polis di Sepang bersama seorang wanita oleh suami wanita terbabit pada jam 1.20 pagi.
Suami berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda, pulang ke rumah untuk memeriksa sama ada isterinya di rumah dan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu berkunci.
Selepas memeriksa dengan lebih lanjut, beliau mendapati bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil dalam bilik tidur.
Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.
“Polis membuka fail tindakan disiplin terhadap polis wanita itu. Lelaki itu, bagaimanapun, tidak tertakluk kepada tindakan disiplin kerana bukan lagi anggota polis. Kes ini akan dikendalikan oleh Jais,” kata Yusof kepada The Malaysian Insider.
Beliau enggan mengesah atau menafikan lelaki yang ditahan itu adalah orang yang sama disabitkan membunuh Altantuya dan kemudian bebas dalam kes rayuan.
“Saya belum melihatnya. Saya tidak tahu bagaimana rupanya jadi saya tidak boleh beritahu kamu,” katanya.
Difahamkan nama lelaki berkenaan dalam laporan polis ialah Azilah Hadri, nama yang sama seperti Ketua Inspektor Azilah Hadri iaitu salah seorang daripada dua komando yang dibebaskan pada Ogos tahun lalu selepas mahkamah membenarkan rayuan selepas mereka disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya.
Secara kebetulan, lelaki yang ditangkap awal hari ini juga adalah bekas pegawai polis yang pernah bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman, unit yang sama dengan Azilah sebelum beliau ditahan pada 2006.
Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan bekas corporal Sirul Azhar Umar selepas menterbalikkan sabitan terhadap mereka dalam kes bunuh Altantuya.
Azilah dan Sirul dituduh bersama dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada Oktober, 2006.
Kedua-duanya pada masa itu bertugas dengan Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan."] [sumber .]
al-brangionline:
Kemungkaran bertimpa2 @ berlipat-ganda.

"Senjata" tidak mengenali kawan...hatta isteri kawannya pun
Ter'lepas' dari bahana dituduh membunuh....tergamak isteri kawan pun nak dirembatnya.....akibat nafsu berada di "Puncak Alam"
Yang mem'balut'i akhlak insan bukan terletak pada 'Uniform'nya atau jawatannya, sesungguhnya yang mem'balut'i akhlak insan hanyalah iman dan taqwa.

Monday, 16 June 2014

Langkah Kajang, Langkah Sumbang.....kenapa?......

Kerana kesilapan, DUN Selangor tolak semua 10 soalan Wan Azizah




Speaker DUN Selangor tolak semua 10 soalan dikemukakan Adun Kajang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Gambar fail The Malaysian Insider.Speaker DUN Selangor tolak semua 10 soalan dikemukakan Adun Kajang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Gambar fail The Malaysian Insider.Semua 10 soalan yang dikemukakan secara bertulis oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ditolak berikutan ia tidak mengikutiprosedur ditetapkan.Pegawai kepada Wan Azizah, Mohamad Rashidi Hassan ketika dihubungi berkata, soalan berkenaan ditolak berikutan berlaku kesilapan teknikal iaitu soalan tidak boleh melebihi 40 perkataan sedangkan semua soalan yang dikemukakan melebihi had dibenarkan."Sepatutnya pejabat DUN memberitahu Adun baru seperti Wan Azizah tentang perkara ini. Oleh kerana tidak diberitahu, berlakulah perkara ini," kata Rashidi kepada The Malaysian Insider.
Berdasarkan kepada senarai soalan yang diterima dan ditolak oleh speaker DUN yang disebarkan di kalangan Adun Selangor, Wan Azizah yang juga presiden PKR itu menghantar soalan paling banyak untuk dijawab oleh kerajaan negeri pada sidang DUN kali ini.
Bagaimanapun, Speaker, Hannah Yeoh menolak semua soalan berkenaan.
Wan Azizah mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang pada 7 April lalu di depan speaker selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Kajang.
Sebelum menang di Kajang pada 23 Mac lalu, Wan Azizah pernah menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh selama lebih daripada satu penggal sebelum diambil alih oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu pilihan raya kecil.
DUN Selangor mulai bersidang hari ini hingga 27 Jun depan.
Tindakan speaker menolak semua soalan Wan Azizah menimbulkan kekecohan di kalangan Adun dan petugas media memandangkan beliau adalah presiden PKR dan berpengalaman sebagai ahli Dewan Rakyat sebelum ini.
Seorang Adun memberitahu The Malaysian Insider, ia tidak pernah berlaku kepada Adun lain sebelum ini.
Sementara itu, speaker turut menolak lima daripada sembilan soalan yang dikemukakan oleh Adun Rawang, Gan Pei Nei. – 16 Jun, 2014. [sumber .]
al-brangionline;
Langkah Kajang, langkah sumbang.
Kenapa weh jadi gitu?

Tuesday, 10 June 2014

DAP, tolong jaga sensitiviti umat Islam kalau tak nak jaga hati PAS pun.....jangan bercakap meng'kedberi' buta......huhu

Semua orang tahu DAP bersaing dengan MCA dan Gerakan dalam mewakili kaum Cina.

Justeru itu DAP bertindak macam pesakit 'sawan kedberi', 'meranduk' saja bila bertindak tanpa mengambil kira sensitiviti umat Islam yang juga turut memberi undi kepada mereka dalam gerakan me'rudum'kan umno/BN dalam setiap PRU atau PRK.

Kalaulah tak nak menghormati atau mengambilkira sensitiviti PAS selaku kawan dalam Pakatan Rakyat pun.....mungkin DAP merasakan PAS perlu ikut saja kehendaknya atas fahaman PAS memerlukan undi Cina. Kalaulah itu mainan atau bacaan politik DAP, saya merasakan DAP tidaklah secerdik mana dalam berpolitik.

Kalau itulah bacaan politik DAP, sesungguhnya itulah bacaan orang 'buta' kerana DAP lupa mereka juga memerlukan undi dari orang Melayu.

Buktikan bahawa kamu tidak serasis Umno dalam bertindak atau ketika sedang berpolitik, kerana PRK Teluk Intan jelas menunjukkan undi dri kaum Cina merosot, walahal undi dari kaum Melayu meningkat.

Perlu diingatkan, kalau kamu memainkan isu 'HUDUD' untuk menjadi juara kaum Cina yakni ingin meng'nyah'kan MCA dan Gerakan dari persada politik tanahair, kamu telah melakukan kesilapan yang besar.

al-brangionline:

PAS sesekali tidak akan mengadaikan prinsip dalam persaingan dengan Umno.

[sumber .]

p/s Rasanya kenyataan ini lagi berhemah dan berdiplomasi dari mu wahai DAP.

Friday, 6 June 2014

DAP yang "arrogant"? atau memang jenis 'sengal'? Jom layan......


Setiap kali PRU atau PRK, bila demer kalah, PAS akan dijadikan 'kambing hitam', PAS akan dijadikan 'punching bag'....semuanya kerana PAS perjuangkan 'Hudud'......demer kelabu ke mata...demer udah lama ke tak ngorek telinga?...PAS sudah lama memperjuangkan Islam dan Hudud merupakan salah satu unsur dalam perjuangan itu......hingga ada bijak pandai mengeluh kononnya bila lagi PAS nak memancing undi dengan Hudud. Sebelum bertahluf siasi lagi PAS telah perjuang Islam.

Jadi apa masalahnya? Nak suruh PAS gugurkan perjuangan Islam dan berjuang macam demer?

Tapi saya tidak salahkan demer.....semestinyalah demer bila kalah akan cari jawapan 'ilmiah', akan cari sebab musabab untuk menutup kekhilafan diri sendiri, untuk menutup kelemahan diri sendiri kerana diri mereka yang 'arrogant' tidak sesekali akan menerima hakikat kelemahan diri.

Dan memang jelas mereka ini memang jenis 'arrogant' yang tidak berpijak di bumi nyata.

Memang benar "musuh" utama kita adalah Umno. Tetapi menghamburkan sumpah seranah tahap melampai bermakna kita lupa nun di luar sana ramai pengundi pelbagai peringkat umur yang tidak berparti akan jugak terasa waima mereka itu Melayu ke, Cina ke atau pun India. Mana mungkin mereka yang dihamburkan sumpah seranah akan memberi undi kepada kita.

Perlu diingat kita bukan membenci 'kaum' yang diwakili Umno. kita me'musuh'i pemimpin mereka dan yang se'waktu' dengannya yang salahlaku.

Perlu diingat, kita tidak boleh merubah dasar perjuangan parti masing-masing apatah lagi memaksa mereka merubah dasar perjuangan parti mereka waima ia Umno ke, PKR ke atau DAP, begitulah jugak mereka tidak boleh memaksa dan terus memaksa PAS merubah dasar perjuangannya, tetapi nun di sana sudah pasti ada satu titik persamaan. Dan didasarkan atas persamaan itulah kita bertahluf siasyi.

Biarkan pengundi membuat penilaian. Yang totok dengan perjuangan parti masing-masing sudah tentu tidak akan berganjak dengan pendirian mereka.

Ada satu artikel yang 'nakal' ada menlontarkan satu ungkapan, PR (PKR dan DAP) akan memenangi PRU14 tanpa PAS. Secara peribadi, lontaran itu adalah satu lontaran 'jahat', walaupun ia nampak semacam berilmiah' bertujuan untuk menghancurkan PR ataupun bertujuan untuk melemahkan PAS agar PAS akan terus tercicir sehingga tidak layak ber'gabung' di dalam Pakatan Rakyat.

Perlu diingatkan, kami pernah berse'orang'an berjuang, jadi apa yang nak dirisaukan. Perjuangan kami bukan setakat berakhir di tepian kubur, perjuangan kami mengambilkira halal haram yang akan dinilaikan oleh Mahkamah Rabbul Jalil di akhirat nanti.

Kalau kami membelakangi Agama bermakna kami membelakangi halal haram dan perlu diingatkan "Matlamat tidak menghalakan cara"....."Our intent does not justify the means".

Kalau kamu masih berpegang kepada "The ends justify the means"......teruskan, pendapat peribadi saya akan mengatakan selamat jalan semoga engkau ber'bahgia'.

al-brangionline:

Barcelona pun adakalanya menggigit jari.....huhuhu......

p/s yg peliknya, ramai pulak yg jadi jurucakapnya.....ular lidi bahaya woh

Sunday, 1 June 2014

Siapa kata Dyana kalah?.....Dyana menanglah, tak percaya?.....buktinya di dalam


Siapa kata Dyana kalah?

Dyna menanglah.

Cer tengok gambar di atas elok-elok. Orang yang menjaga solatnya adalah orang yang berjaya di sisi Allah SWT. Beliau adalah pemenang.

Dyna adalah pemenang di sisi Allah. Doakan beliau beristiqomah dalam beribadat termasuk tuntan yang lain, tunggu sedikit masa lagi InsyaAllah beliau akan menjadi pejuang Islam yang sejati.

Dyana adalah pemenang, yang kalah adalah segelintir kaum Cina yang masih lagi ada sifat rasis, menolak Dyana walaupun sayang pada DAP

Segelintir Melayu, apa kurangnya, benci kepada DAP walaupun calonnya Melayu, itu lebih-lebih lagilah rasis.

albrangionline:

Saya rasa bukan kerana faktor usia, Dyana kalah.....

Berkemungkinan faktor balance sheet tak close, ini pentingnya Borang 13 selain dari Borang 14




_____________________________________________________________________

'Penurunan undi Cina mungkin kerana Dyana Melayu'

TELUK INTAN Penurunan undi Cina kepada DAP mungkin kerana calonnya Dyana Sofya Mohd Daud adalah seorang Melayu , kata Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Namun, beliau berpendapat akan tiba masanya apabila mereka boleh menerima idea tersebut.

Beliau percaya berlaku penurunan 10 peratus sokongan kepada parti itu dalam pilihan raya kecil hari ini..

Bercakap selepas keputusan diumumkan , Lim berkata DAP juga menyaksikan penurunan sokongan daripada semua kaum dalam pilihan raya kecil Teluk Intan.

Beliau menambah ini mungkin disebabkan Dyana "seorang yang
muda",  "seorang wanita " dan "seorang Melayu".

Kadang-kadang, katanya, pengundi  tiada biasa dengan keadaan sebegitu.

Malah, tambahnya, orang Melayu pun tiada biasa dengan calon-calon wanita yang muda.

Faktor-faktor lain kekalahan parti itu, kata Lim, mungkin kerana jumlah rendah pengundi luar kawasan yang balik mengundi, berbanding pada tahun 2013 serta dakwaan ancaman samseng dan hakikat bahawa Dyana adalah pendatang baru dalam politik.

Dalam pertandingan yang sengit, Dyana , 27, tewas kepada calon BN Datuk Mah Siew Keong , 53, dengan majoriti tipis 238 undi.
  
Mah memperolehi 20,157 undi manakala Dyana Sofya meraih 19,919 undi.

Ditanya sama ada perbalahan dalaman parti menyumbang kepada kekalahan tipis itu, Lim menyalahkan media kerana mewujudkan tanggapan seumpama itu.

Beliau mendakwa semua peringkat dalam parti itu berkempen sebagai satu pasukan.

Ditanya jika DAP akan mencabar keputusan itu, beliau berkata peguam parti itu akan meneliti kemungkinan mencabarnya di mahkamah.

"Kami menarima bahawa keputusan memihak kepada BN.

"Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh mencabarnya, kita memerlukan masa untuk menilai perkara itu," katanya. [Malaysiakini .]