Followers

Tuesday, 29 April 2014

Tak 'serik-serik' lagi, Anwar nih.....lantak hanglah

[" Anwar also reminded Muslims that hudud is just one small component in the wider Islamic moral code which also includes good governance and equality. "]
[" “We cannot talk about hudud when the judiciary and the judges are still not independent. I can give you tens of examples, even including the Shariah courts. Now, who are the ones who will implement this hudud? "]

Pengendalian pemilihan parti sendiri pun tak betul nak cakap pasal good governance......nak pilih calon PRU pun boleh "hijack ahli parti kawan" nak bercakap pasal equality.....ni boleh buat modal lawak mega nih.

Menutup aurat pun salah satu juzuk dalam 'moral code'

Bernikah pun salah satu juzuk dalam 'moral code'

Dilarang berpegangan-tangan atau ber'muqadimah zina' pun salah satu juzuk dalam 'moral code'
Berinstinja', terpulanglah nak guna air, tak ada air nak guna surat khabar lama, kulit kayu, batu etc pun salah satu juzuk dalam 'moral code'.

Dilarang kencing berdiri, dilarang makan-minum berdiri, dilarang dimassage oleh bukan mahram, dilarang beli nombor ekor walaupun tak ke kasino, dilarang makan babi walaupun pun kuah tomyam babi atau pun hanya seketul daging babi masak percik, dilarang makan daging anjing walaupun dimasak 3 rasa, dilarang mengendap bukan mahram mandi bogel, dilarang tengok 'porno', dilarang hisap ganja walaupun untuk tujuan sosial 'sosial' bukan tahap 'gian tegar'.....bukankah itu hanya satu juzuk dalam 'moral code'.....dan banyak lagi etc...etc...etc...

Kalau nak tunggu wujud 'good governance dan equality'...alamat berulatlah punqoq tak beristinja', alamat ramailah anak haram lagi gampang, alamat saban hari remaja belum nikah berpeleseran berpegangan tangan, maka berlambaklah lelaki dayus membiarkan isteri bersalaman bertepuk belakang dan paha janji kerjanya beramanah,adil dan cekap ya lah 'good governance dan equality'lah konon...alamat bungkuslah peniagaan daging ayam kerana ramai sudah beralih arah ke daging babi demi 'good gevrnance dan equality'....gitu.....

Yang hairannya bila kena batu kepala, tahu pulak nak pilih Mahkamah Syariah dalam hal fitnah 'anunya bertemu anunya'......tahu pulak lepas satu rayuan ke satu rayuan, kalau udah tahu ['judiciary and the judges are still not independent']......kenapa merayu, tunggulah wujud ['good governance dan equality'] dahulu, kan itu buang masa, duit dan tenaga?

al-brangionline:
Terpulanglah nak undi ke tidak, tak payahlah nak ber'kluk-klek' lagi Nuar, tak siapa nak paksa hang.
___________________________________________________________________________

Place For Hudud In Malaysia Not Yet Ready, Says Anwar

PIC: The Malay MailPIC: The Malay MailPETALING JAYA: Malaysia does not have the right institutions in place to implement hudud, the controversial Islamic penal code, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim insisted today.
Anwar called on Islamist party PAS, which has been pushing to implement hudud laws in Kelantan, to engage in meaningful discourse on the matter before presenting its plans in parliament
“I cannot envisage a situation where you try to apply any facet of what we consider important pieces of legislation when institutions are not in place,” Anwar told reporters.
“We cannot talk about hudud when the judiciary and the judges are still not independent. I can give you tens of examples, even including the Shariah courts. Now, who are the ones who will implement this hudud?”
He invited Pakatan Rakyat (PR) component party PAS to engage its allies in “reasoned discourse” before it presents two private member bills in Parliament to allow hudud to be imposed in Kelantan.

“When it becomes rancorous like this, or the exchange is controversial, it is never useful to push through,” Anwar said.
“I think PAS can be persuaded to allow for a healthy discourse, notwithstanding their strong views on this issue.”
Anwar also reminded Muslims that hudud is just one small component in the wider Islamic moral code which also includes good governance and equality.

Saturday, 26 April 2014

Lu, hang, komer pun sama jer, berbelit-belit

Kata orang, isu 'HUDUD' berjaya 'menutup' cerita2 kerakusan Umno/BN
Kata orang, isu 'HUDUD' berjaya men'diam'kan isu catuan air (khasnya di Selangor dan di nNegeri-Negeri lain)
Kata orang isu 'HUDUD' berjaya meng'hijab'kan keriuhan dan men'yejuk'kan suhu pemilihan PKR
Kata orang isu 'HUDUD' berjaya men'diam'kan punca dan pencarian trajedi MH370
Kata orang isu 'HUDUD' berjaya mengejut dan menakutkan semua lapisan rakyat.serta menyerlahkan 'warna' sebenar manusia yang membeza mereka daripada bertukar dengan 'haiwan'.
Lekeh sangatlah kalau yang dikatakan pejuang dan pendokong kepada keadilan dan kesejahteraan rakyat boleh lupa segala ke'rosak'kan terhadap peradaban manusia termasuk sistem keadilannya,sosialnya,dan bagai-bagai oleh Umno/BN.
Koman sangatlah sebagai seorang yang mengaku Islam terasa malu dan takut-takut berani kepada rakan politik dan musuh politik.
Sengkek sangatlah, lebih gerun kepada kehilangan sokongan (Undi) yang membolehkan hilangnya jawatan daripada mempertahankan Hukum Allah.
'HUDUD' terhina dengan berbagai ungkapan, ramai orang Islam kudung tangan, nak potong tangan panggil saja seorang pemotong daging di pasar, kalau doktor terlibat akan diambil tindakan.....blah...blah...blah.
Ada orang terlampau 'bijak' sehingga mempersoalkan 'priority', ke'wajaran', ke'utama'an, aulawiyyatnya perlaksanaan 'HUDUD'.
Ada juga yang mengatakan bercakap pasal 'HUDUD' bermakna seseorang itu sudah masuk perangkap Umno.
Seseorang boleh menyusun ayat-ayat yang cantik, diselit pulak dengan Bab Perundangan/Perlembagaan agar nampak lebih ilmiah, ditambah pulak petah berpidato dan skil mematikan hujah dan boleh menyakinkan pengundi untuk menolak 'HUDUD', tapi ingat di dalam hati anda akan sentiasa bergelora di antara kebenaran dan kebatilan.
Allah Maha Mengetahui akan segala kekangan dan tentangan dari orang-orang bukan Islam dan orang-orang Islam dalam melaksana atau perlaksanaan sesuatu hukum seperti Solat, Puasa, Zakat, Haji termasuk 'HUDUD'.

al-brangionline;

Semua nal boikot?.....memang benarlah Sabdaan 
Rasulullah SAW,

"Islam telah bermula dengan dagang (asing) dan ia akan kembali dagang (asing), maka berbahagialah mereka yang bersama Islam pada waktu dagang (asing)."

Hadis Riwayat Muslim

Thursday, 24 April 2014

Bapa borek, anak rintik.....bapak men'gorek', anak 'menitik'

Like father like son,
Bapak borek, anak rintik
Bapak meng'hentam, anak menikam
Bapak 'mengorek', anak 'menitik'.

Gerakan mahu saman PAS kerana Hudud.....lantak komer le

DAP seperti biasa, tak akan sesekali menyokong kerana katanya bertentangan dengan Perlembagaan Negara. Kami PAS tak marah, itu pendapat kamu, itu hak kamu, lantak komer le.

Mintak maaf Encik Lim, Hudud bukannya peluru atau umpan undi mana-mana Pilihanraya yang PAS sertai. Jangan "cuba" nak samakan hudud ni macam BR1M, ang-pow atau sebagainya. Kalau rasa berkawan dengan PAS takut kalah Pilihanraya, susah mahu cakap lagi maa.

Umno sedang bersilat, silat langkah akan tertiarap, itu semua kerja allah SWT, kita pakat tengok.

PKR, 50-50. Itu pun terpulang kepada hangpa. Kalau hangpa merasakan 'Hudud' (baca PAS) menjadi 'liability' untuk melangkah ke Putrajaya, terpulang pada hangpa, kami PAS pasrah kepada Allah SWT.

Apa-apa pun tolong jangan nak mengajar kami kononnya'HUDUD" kononnya bukan umpan terbaik untuk memenangi sesuatu piliharaya.

Kami tak pernah menggunakan 'HUDUD' sebagai umpan pilihanraya, kalau komer merasakan dengan 'HUDUD' boleh bikin DAP dan PKR hilang undi kaum Cina, buatlah sesuatu maa., tolong jangan kecikkan hati kami. 'HUDUD' itu tak sama macam BR1M maa, tak sama macam beri limau mandarin dan ang pau maa, tak sama macam beri bubur lambuk bulan Ramadhan Syeikh, tak sama macam beri sirih dan pinang masak dey.

Lu orang orang buatlah pertimbangan, tapi tolong jangan menyamai 'HUDUD' dengan material lain maa. Kami ada pegangan kami pada Agama, kami ada maruah Agama maa.

Sesetengah2 tok syeikh kata kena beri rakyat faham dulu...beri penerangan cukup2....hang pun bangang sama, semenjak bila surat khabar, TV pembangkang dapat tempat.

Semasa hangpa nak renew insurans, ada hangpa faham semua isi kandungan, udahlah tulisan kecik nak baca...akhirnya 'pejam mata' bayar je sebab nak renew road tax yang dah nak mampus...sain agreement beli rumah pun sama, tulisan kecik nak mampus, tapi hangpa sains jugak kan?

Masa depan PAS bukannya bergantung pada komer.
[sumber .] [sumber .]

al-brangionline:

Benci aku pada musang berbulu khinzir.
__________________________________________________________________

DAP tidak takut ancaman, konsisten tolak hudud, kata Gobind

APRIL 24, 2014
Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo (gambar) menegaskan DAP tidak akan sesekali berganjak dengan pendiriannya menolak pelaksanaan hukum hudud kerana ia bukan konsensus bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).
Anak kepada mendiang Karpal Singh yang senada dengan pendapat bapanya itu menegaskan, PAS perlu menarik balik pembentangan Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) di Parlimen atau berhadapan tentangan daripada parti komponen PR – PKR dan DAP.
"DAP dan PKR berhak membantah rancangan PAS memperkenalkan hudud di Kelantan kerana PAS sebahagian daripada PR," kata Gobind dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
"PAS menumpang sama kekuatan PR dalam pilihan raya umum lalu, dan kami membentuk pakatan bersama selepas mereka menerima agenda yang tidak merangkumi hudud," kata Gobind.
Tugas mereka, kata Gobind, adalah untuk mengingatkan PAS undi yang mereka terima berlandaskan agenda bersama PR itu.
"PAS tidak boleh mengelak agenda yang diterima secara rasmi oleh mereka pada 2011," katanya.
Selain Gobind, beberapa pemimpin politik pembangkang dan kerajaan daripada MCA menentang cadangan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Karpal juga dilihat menentang keras cadangan PAS atas alasan pelaksanaan hukum Islam itu bercanggah dengan Perlembagaan.
"DAP tidak akan sesekali ditakutkan dengan ancaman. Kami akan terus menentang hudud kerana ia melanggar peruntukan Perlembagaan," katanya.
Selepas pengumuman Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob Kelantan membawa dua rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, pemimpin politik dilihat tidak begitu menyokong perkara itu.
Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) beragama Islam bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa, dilihat menerima cadangan itu dengan aspek positif.
Beliau turut bercadang untuk melobi ahli Parlimen BN bagi menyokong pembentangan tersebut. – 24 April, 2014.

Krisis Air di Selangor : Di antara Political Will dan Ego

KRISIS AIR, POLITICAL WILL DAN EGO

TABURAN PENDUDUK
Ini penggal kedua PR memerintah Selangor, dengan data yang senang2 boleh diperolehi dari jabatan statistik, unjuran % pertambahan penduduk boleh di'anticipate' awal2 lagi.

KEPERLUAN AIR per HOUSEHOLD per DAY
Kita boleh menganggarkan keperluan air perhousehold untuk sehari untuk 
i. 'qada' hajat'
ii. mandi-manda
iii.laundri
iv. masak memasak termasuk minuman
v. penjagaan rumah seperti mop lantai, menyiram pokok, basuh kereta etc

TABURAN HUJAN:
Boleh dapat dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan rekod hujan diseluruh negeri selangor

KADARALIR SUNGAI/(RIVER DISCHARGE)
JPS ada data untuk aliran sungai ketika kemarau dan hujan lebat. Daripada situ boleh dikira jumlah keperluan air berklebihan atau berkurangan.

Retention pond 'semulajadi' seperti bekas lombong atau pun yang dipunyai oleh JPS sudah tentu boleh dikenalpasti seawal lagi, kenapa mesti tunggu lama untuk menyedut airnya sehingga bercatu? Usah ceritalah beli pam berkuasa tinggi (dengarnya Kerajaan Selangor sudah beli pam), buat dulu baru cerita.

SUMBER AIR BAWAH TANAH
sudah banyak konferens,seminar dan bagai tentang maklumat 'ground water/air bawah tanah, kenapa tak manfaatkan

SUMBER DARI NEGERI JIRAN
Mahu tak mahu kalau sudah terdesak, terpaksa "mengalah" kepada negeri lain walaupun berbeza fahaman politik, beli dan manfaatkan 'water resourse' yang dikurniakan oleh Allah kepada sesuatu negeri.

KONKLUSI:
Dengan iltizam politik yang tinggi untuk menghadapi krisis air saja, InsyaAllah boleh menyelesaikan segala permasalahan. Berpolitik semata2 untuk menyelasaikan masalah air akan berakhir dengan percatuan berpanjangan mungkin sepanjang tahun.

Krisis air boleh diselesai bersama oleh orang politik dan mereka yg profesional yang makan gaji di jabatan kerajaan, orang politik hanya perlu ada iltizam politik untuk kesejahteraan rakyat bukan berpolitik untuk menegak benang yang basah (benang kering sebab tak de air) . Campakkan ego yang kononnya PR tidak boleh tunduk pada BN..Ini bukan masalah tunduk atau kena 'nasi kangkang' ini masalah cara kita bijak berpolitik untuk rakyat. Orang politik ada keperluan membuat dasar dan keputusan untuk kesejahteraan rakyat samada jangka panjang atau pendek.

Ini bukannya marah, tapi sayangkan Kerajaan PR ini. Maaf semua, bukan nak mengajar mereka yg lebih profesional di luar sana. Ingat sahabat, kita akan dipertanggungjawab akan apa ilmu yang tersorok di dalam dada semata2 kerana perbezaan fahaman politik.

Kami menderita dengan percatuan air kerana lambat anticipate dan bertindak, ya betul kemarau panjang adalah urusan Allah. Tetapi Allah melantik khalifah untuk mengurus dunia (selangor) ini.

p/s Kembalilah kepada Allah dalam apa2 urusan.
p/s tak perlu berpanjang lebar untuk mencurahkan hasrat hati, kerana kalau kita buat kertas-kerja ataupun proposal, yang bekerja hanya kertas tapi tuannya lembab, tidak bermakna.

Tuesday, 22 April 2014

PKR & DAP 'menelan' 'mati emak', UMNO/BN 'meluah' 'mati bapak'.....'semua'nya udah 'gatail' pungkoq

Saya menjagkakan nasib usul persendirian tentang HUDUD akan menjadi ter'awang-awang'an, itu pun kalau Speaker terima usul itu untuk dibahas.

DAP secara berterang-terangan sedari awal lagi nampak semacam menolak.....sekutu Umno dalam BN pun nampak sealiran.

Dijangka Ahli Parlimen yang berAgama Islam selain dari PAS akan bermain 'hide and seek'.....hang pi nyorok, aku pi cari.....hang pi cari cari, aku pulak pi nyorok.....silap-silap terus pi 'hide' tang mana hingga tak berjumpa.....biasalah semua akan panas pungkoq atau pun 'gatail' pungkoq, maklumlah cakap suka berbelit-belit, pungkoq penuh dengan cacing kerawit.....hang garulah sendiri.

Kalau jadi begitu (semua hilang tak berjumpa langsung), apakah masa depan Pakatan Rakyat?
Masa depan PR dalam ilmu Allah......satu jawapan yang cantik lagi bijak, TGHHA

al-brangionline;

Suka main 'nenek2 sibongkok 3'
____________________________________________________________________
KEMAMAN: “Dalam ilmu Allah, bukan ilmu saya,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjwab pertanyaan media berhubung masa depan Pakatan Rakyat berikutan usaha Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah termasuk hukum hudud.

Beliau menjelaskan, ini kerana pelaksanaan hukum hudud merupakan agenda perjuangan PAS dan bukannya Pakatan Rakyat.

Begitupun, Ahli Parlimen Marang itu optimis mereka yang memahami undang-undang jenayah syariah itu boleh menerimanya termasuk daripada kalangan bukan Islam.

Menurutnya, terdapat dalam kalangan masyarakat bukan Islam yang boleh menerima pelaksanaan undang-undang tersebut termasuk hukum hudud.

Sehubungan itu, katanya PAS menunggu keikhlasan semua pihak berhubung usaha Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 1993.

“Kita terima positif perkara yang berkait dengan Kelantan ini dan kita serah ikut cara Kelantan.

“PAS Pusat sokong sepenuhnya apa yang diusahakan oleh Kelantan itu,” tegasnya pada sidang media selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu di Kemasik, tengah hari tadi.

Turut serta pada sidang media itu ialah Setiausaha Agung dan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali dan Ustaz Saiful Bahri Mamat.

Jelasnya lagi, sebelum Dun Kelantan meluluskan undang-undang berkenaan, ia telah melalui proses yang betul dan mengikut amalan demokrasi.

Katanya, undang-undang tersebut telah disusun dengan penglibatan tokoh undang-undang syariah dan semasa seperti almarhum Tan Sri Ahmad Ibrahim dan Tun Mohd Salleh Abas.

Selain itu, katanya NGO Islam dan bukan Islam telah dijemput oleh kerajaan negeri pada satu majlis yang diadakan di Hotel Concorde di ibu negara untuk memberikan pandangan berhubung undang-undang jenayah syariah itu sebelum dibawa ke persidangan Dun.

Bahkan, jelas beliau lagi, pihak badan Hak Asasi Manusia dunia juga diberi penjelasan mengenai undang-undang itu.[sumber .]

Monday, 21 April 2014

Tian Chua macam syampu 2 dalam 1



Penjarakan Anwar: Kita bangkit jatuhkan Najib, kata Tian Chua

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
APRIL 21, 2014
Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang berucap di hadapan penyokong di Jelajah Reformasi 2.0 di Pantai Dalam, malam tadi menyuarakan keyakinannya ramai yang akan bangkit membantah kerajaan jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 April, 2014.Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang berucap di hadapan penyokong di Jelajah Reformasi 2.0 di Pantai Dalam, malam tadi menyuarakan keyakinannya ramai yang akan bangkit membantah kerajaan jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 April, 2014.Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang mengulangi pendiriannya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekali lagi.
Beliau yakin majoriti rakyat Malaysia akan turut sama memberikan tentangan serupa seperti reformasi pada 1998.
“Pada 14 April lalu, saya ditahan polis dan telefon bimbit saya dirampas kerana kononnya saya terlibat dalam aktiviti menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.
“Saya ingin ulangi pendirian saya sekali lagi. Saya yakin majoriti rakyat akan bersama saya. Kalau berani perdana menteri Najib penjarakan Anwar, kita akan bangkit, jatuhkan Najib,” katanya di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, malam tadi.
Chua yang juga lebih dikenali sebagai Tian Chua menulis di Twitter @tianchua pada bulan lalu Najib akan digulingkan dalam tempoh lima bulan.
Susulan daripada tulisan itu, polis merampas tablet dan telefon bimbit milik Chua ketika beliau sedang menyertai satu mesyuarat di Hotel Armada, Petaling Jaya.
Katanya, operasi pada jam 7.30 petang itu dijalankan di hadapan umum oleh sepasukan polis berpakaian preman yang membawa waran geledah.
Chua berkata, pada zaman pemerintahan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat membuktikannya sendiri dan sejarah itu perlu diingati.
“Kita pernah menunjukkan rekod kita. Saya disumbat di dalam (Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di Kamunting selama dua tahun tetapi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), gas pemedih mata, kekerasan dan penindasan tidak akan dapat menahan kebangkitan rakyat.
“Dengan kebangkitan rakyat ini, Dr Mahathir juga tumbang dan inilah hakikat yang kita ingin ingati. Kita akan pertahan dan bangkitkan untuk jatuhkan Najib kalau berani penjarakan Anwar,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberi gesaan sama anak muda akan bangkit menentang kezaliman.
Katanya, himpunan menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini bakal menjadi saksi gelombang kebangkitan anak muda.
“Amaran saya kepada Najib dan Mahathir. Kalau kamu berani penjarakan Anwar sekali lagi, percayalah cakap saya bukan seratus, bukan seribu, berpuluh-puluh ribu anak muda akan lawan sampai Umno tumbang.
“Bersiap sedia tunggu arahan. 1 Mei kita jumpa di jalan raya. Bila-bila masa, mereka berani penjarakan Anwar, kita turun ramai-ramai tumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN). Insya Allah,” katanya.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan awal bulan ini, Pakatan Rakyat (PR)  akan turut serta dalam himpunan membantah GST 1 Mei ini dan memberi sokongan kepada  badan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkannya.
Katanya, ratusan ribu orang akan menyertai himpunan kemuncak ini setelah rakyat saban hari terus dibebani dengan kenaikan harga barang berterusan dengan GST yang akan diperkenalkan pada tahun depan.
"Himpunan ini akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke  Dataran Merdeka," katanya. – 21 April, 2014.[sumber .]

al-brangionline:
Untuk GST "Yes", 

.....dalam sisa-sisa dan serdak demokrasi yang tertinggal, aku tetap percaya kepada pemilihan melalui pilihanraya walaupun terdapat "cending" di sana sini, tetapi bukan melalui kekerasan.

Saturday, 19 April 2014

Woit Dr. Zul, tolong jangan heret PAS Pusat dalam politik "sengal" hang

Woit Syeikh, tak payahlah nak bawak ke PAS Pusat berkait dengan Majlis Fatwa Negra tu tentang "R.I.P"
Jangan bagi keliru masyarat kelak seolah-olah PAS tidak menghormati mahupun menghargai jasa mendiang Karpal Singh yang maut ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Tak payahlah nak berpolitik perkara ini.
Apa, kalau tak kata "R.I.P" bermakna kita tidak menghormati mendiang ke?

Sekarang sudah jelas, majoriti masyarakat dari pelbagai Agama, bangsa hatta dari PAS sendiri pun sudah pergi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Ramai pimpinan PAS pergi. So, apa masalahnya?
Fatwa itu datang dari Majlis Fatwa Kebangsaan, bukannya dari PAS. Tentu mereka ada hujah dan alasan.

Lainlah kalau PAS Pusat melarang ahlinya pergi buat penghormatan

Biro politik sudah tandus idea ke, hingga 'benda' seperti ni pun nak bawak kepada Mesyuarat. Kalau Syeikh merasakan boleh menggunakan "R.I.P", gunakanlah, tak ada siapa nak halang Syeikh, janganlah mengheret PAS Pusat dalam kes ni.

'Sengal" betullah sesetengah cerdik pandak ni.

Kita tak nafikan menghormati jasa dan kegigihan mendiang dalam menegakkan keadilan, so apa masalahnya. Dalam masa yang sama kita jugak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Apakah kalau kita pergi beri penghormatan tapi dalam masa yang sama kita tidak kata "R.I.P.", itu keluarga mendiang akan kecik hati?

Hentikan buang masa Tok Syeikh.

Sekali lagi, Zul, tak payahlah hang nak lebih sudu dari kuah. Tolong jangan nak mengheret PAS Pusat dalam isu R.I.P. Cadangan hang tu memberi perspektif pada masuarakat seolah-olah PAS ni yg menentang Majlis Fatwa Kebangsaan.


al-brangionline:

Kami tak mahu Tok Syeikh sendiri "R.I.P" (Rest in politic di Kuala Selangor)
___________________________________________________________________
7:11PM - 18 Apr 2014

PAS akan bincang fatwa RIP


PAS akan bermesyuarat pada hari Isnin depan untuk membincangkan kontroversi yang timbul daripada penggunaan perkataan "RIP" atau rest in peace (bersemadi dengan aman) yang amat tidak digalakkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kita akan membangkitkan isu ini pada mesyuarat biro politik di Kuala Lumpur dan kita akan tetapkan pendirian kita," kata pengarah pusat kajian PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, yang ditemui pada majlis berjaga mendiang Karpal SIngh di Pulau Pinang hari ini.

Keputusan itu kemudiannya akan dipanjangkan kepada kepimpinan pusat parti, kata bekas MP Kuala Selangor itu lagi.

Menurut Dzulkefly, perkara itu adalah sensitif kerana pemergian seorang negarawan seperti Karpal Singh, layak mendapat penghormatan dan pengiktirafan.

Turut bersama Dzulkefly adalah MP Tumpat, Kamaruddin Jaafar yang berkata kini adalah masanya untuk menghormati Karpal dan jasa-jasanya, dan bukan menghamburkan sebarang pendapat atau komen negatif.

Membincangkan ungkapan RIP, fatwa MFK menyebut, amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya ungkapan RIP kepada seorang bukan Islam.

Fatwa itu berkata, RIP adalah ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama mazhab Katolik sejak abad ke-18 dan diukir pada batu nisan masyarakat mereka.

Ia juga, menurutnya, mengandaikan bukan Islam akan mendapat rahmat Tuhan sebagaimana doa asal dalam bahasa Latin, sedangkan seseorang yang mati dalam kekufuran tidak mendapat keampunan dan rahmat Tuhan. [sumber.]

Thursday, 17 April 2014

Mati, Hudud, Kotak Hitam, Air: Apa kaitannya?.....adesss......politik murahan

MATI, HUDUD, KOTAK HITAM, AIR :

Headlines merata2, FB, tweeter pun sama, majoritinya menyiarkan Karpal Singh mati,terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Saya pun tumpang ucap takziah pada kelurganya.

Sebagai seorang Islam kita kena yakin semua makhluk akan fana', yang kekal hanyalah Zat Yang Maha Mulia, Allah SWT,
tak kira makhluk itu berupa gunung, bukit bukau, langit, bumi, tumbuh2an, haiwan,manusia, manusia pulak pelbagai jenis, yang kuat Agama, Ulama', yang jahil Agama, pakar kelentung, pakar strategi,pakar undang2, pakar perlembagaan, pakar ekonomi, tok bomoh semuanya akan merasai mati.

Ada sorang mamad yg terlampau fanatik buat telahan, jangan2 ada sabotaj kot. Saya malaslah nak berhujah dengan politik murahan ni.

Sekali lagi tak habis2 mereka bercakap pasal Hudud. Saya tegaskan apa nak dihairankan MCA,MIC dan parti2 yg berasaskan kaum bukan Islam menolak Hudud, hatta UMNO yg majoriti ahlinya beragama Islam pun (sebelah Sabah ada yang bukan Islam menjadi ahli Umno) pun 'menolak'. Saya tak hairan mereka itu termasuk Umno menolak kerana mereka menolak bukan atas hujah atau fakta, mereka menolak kerana semata2 berlainan fahaman politik.

HATTA parti-parti dalam Pakatan Rakyat sendiri pun menolak. Ada yang menolak secara terang-terang atas 'prinsip' mereka. Ada yang cuba bersilat dan berhujah secara lojik sehingga ramai meleleh air-liur terpegun dengan lojik itu sehingga keintelektualan sendiri pun jadi cair, dengan menyalahkan Umno, marah2kan Umno kenapa tak setuju, woit...Umno tu 'musuh' politik kita, tak hairanlah....hang tu bagaimana? Apa, kalau Umno setuju baru hang nak setuju?....dengan Hukum Allah SWT hang masih nak berstrategi dan ber'politik' lagi?

Kotak Hitam kepunyaan MH370 juga menjadi isu hangat berterusan, dikatakan ada yang berebut-rebut nak me'miliki'nya....lepas itu alat yang 'turun' mencarinya ada masalah teknikal, terpaksa timbul semula sebelum sambung 'menyelam' mencarinya lagi. Yang hairannya isu kotak hitam ni pun nak dipolitikkan, kononnya Kerajaan nak sorok maklumat...adoiii, kerja hang ni tak dak lain, hari2 nak berpolitik....orang lain semuanya salah, hang sorang aje yang betul...steadylah bro, kami sekarang tak dak air...rumah hangpa bolehlah, ada air sepanjang masa.

Bercakap pasal air ni...naik geramlah pulak. Hang berilah hujah apa pun, pokoknya kami tak dak air. Pada mulanya dulu terasa macam nak percaya dengan hujah yang amat lunak, "kita bukan tak cukup air, tapi kitak cukup air yang dirawat.", lepas itu Allah SWT uji dengan 'kemarau panjang"...lepas itu air dicatu...sekarang tak cukup air yang dirawat ke atau pun memang tak cukup air?"...saya malaslah nak cakap apa justifikasi atau kewajaran mahupun keperluan akan Langat II....apa pun kami tak dak air. Tapi tertandatangan jugak akhirnya MoU itu...pun selepas itu sesama sendiri bercakaran pulak ber'politik' sesama sendiri kata tak wajar tanda tangan MoU....tetapi cerita disebalik dollar and cents untuk nak settle hal2 yang berkaitan dengan pemegang2 saham dalam 'PERAWAT AIR' itu kenapa hang tak cerita?....cerita2 si anu nak lebih, sipolan terkurang...simangkuk nak lebih, sibaldi terkurang....kenapa hang tak cerita?, tapi pandai pulak berlakon konon tak tahu menahu, tiba2 MoU termeterai...adessss ini politik ceroi,... kalau pi analisa kat Perth dah tentu tahu DNAnya.

Kita boleh tipu pada seseorang, tapi kita kita boleh tipu pada semua orang
Sekali menipu, sekali terkena, dua kali menipu, dua kali terkena, tiga kali menipu, InsyaAllah hang terkena.

Allah Maha Mengetahui dan Sesekali Tidak Mungkiri Janji.

al-brangionline:

Takkan habis satu PRU.....terus berpolitik ke satu PRU lagi.....bila masa nak tolong rakyat

Wednesday, 16 April 2014

Apa itu tatakelola?.....Beli lembu atau talinya dulu.....macam tu ka Anwar? Kami faham.....ceroi betoi

Apa itu tatakelola?.....Beli lembu atau talinya dulu.....macam tu ka Anwar?.....Tak apa bro....kami faham.
Kalau hang tak bersama kami masa mengundi di Parlimen nanti pun tak pa...kami faham kerana seorang pemimpin besar seperti hang bukan setakat nak jaga hati PAS sorang aja, hang perlu jaga DAP, hang perlu jaga hati-hati kaum Cina dan India, kalau tidak nanti susah maa.......tak dapat merasa jadi...erm erm erm

Kalau nak tunggu Malaysia aman, keadilan berlaku, tak dak penipuan dan penindasan, sifar rasuah, tak fitnah memfitnah baru boleh jalan Hukum Islam, sampai bila?....nak serah cucu cicit kita meneruskannya, pun depa akan kata sama macam hang kata...last-last tak dak kesudahan.

Pada hal Hudud itu sendiri bertujuan mendidik apa-apa yang hang musykil itu, bahkan kalau Hudud terlaksana, hang sendiri tak payah bersusah turun naik Mahkamah nak sanggah fitnah yang bertimpa2 kat hang.

Bukankah Hudud itu sendiri satu bentuk pencegahan dari Allah?

al-brangionline:

Ceroi betullah hang, Nuar.
________________________________________________________________________


 [sumber .]

Thursday, 10 April 2014

Kita sudah lama tahu siapa kawan sejati, sejati ke berkawan dengan kita?

HUDUD
MCA : Menentang atas alasan kononnya itu Hudud PAS. Ok fine, mana dia Hudud Umno? Hudud MCA memang tak de lah...lagi pun lu orang boleh pilih mahu hukum bawah Hudud atau bawah biasa punya Law...lainlah kalau lu mahu potong lu punya anu...tapi janga salam faham maa, potong anu itu bukan Hudud, itu J A W I
UMNO Kelantan: Menyokong, Pakar Perlembagaan dari DAP kata kerana mereka nak cari political mileage. Itu kerja hati, kita tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam hati mereka. Kita hanya berhukum atas perkara yang zahir, yang luaran...tapi pada adatnya, yang luaran mencerminkan yang dalaman
Umno Pusat : Masih sedang menkaji mahu sokong ke tak sokong. Untung ke tak untung. Industri Pelancungan terjejas ke tidak. Industri hiburan menurun ke meningkat. Sebelah tangan berapa dapat GST. Sebiji kepala berapa pulak GSTnya. Keseluruhanya ekonomi negara ada harapan meningkat dan berkembang ke tidak....Oh rumitnya...Ini kena kumpulkan semua bapak profesor dari kecil hingga sebesar2nya dari semua disiplin ilmu, pakar ekonomi, pakar aeronautic, pakar pelancongan, pakar psikologi, pakar muzik, pakar perfileman dan ibu segala pakar iaitu pakar ibu gamat buat Seminar, Konferens setiap hari
DAP : Pakar Perlembagaan dalam DAP berkata Hudud itu bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia walaupun diatas Kepakarannyalah diri sendiri bakal terhumban ke dalam Penjara.
PKR : Masih lagi berdiam diri, berkemungkinan menunggu statement berstrategi dari big boss.
Rasa2nya PKR akan 'setuju' kot, hanya menunggu big boss jadi PM dulu, jadinya prioritynya tunggu big boss jadi PM dulu...Udah dekat dah tak jauh lagi, dah sampai Kajang dah. 12 km saja lagi akan sampailah ke Putrajaya....apa omputeh kata, "Kajang Move - Road To Putrajaya"

Mungkin bagi mereka Hudud itu hak peribadi PAS, sedangkan menjadi PM ini dari segi maqasid Sya'riyyahnya lebih aula kerana dengan jadi PM, kemungkaran akan runtuh...pulak dah
Bagi saya, bentang saja dulu di Parlimen, lepas itu baru kita dapat saksikan siapa dia jaguh dalam permainan politik. Kita akan dapat tengok siapa yang sokong, siapa yang tidak sokong dengan alasan-alasan yg kukuh konon, siapa yang sokong bersyarat, penuh dengan strategi dan siapa yang bukan saja tak sokong tapi bermati-matian menentang. Ini semua tidak menghairankan kerana itulah permainan politik mereka.demi pencapaian ultimate aim politik mereka
albrangionline: Yang dikhuathirkan orang PAS sendiri mempersendakannya, dah terbukti 2-3 orang......jawablah sendiri besok

Tuesday, 8 April 2014

Cerita hal 'Pakar Motivasi' dengan 'beruk-beruk'

Menteri kata : 25 konsesi lebuh raya belum untung
Aku kata      : 25 kongsi untung belum kaya.

Teringat ada satu cerita seorang pakar motivasi yang baru nak naik, tapi selalu mengeluh ketika buat lawak audience tak gelak langsung...diam tercenggang-cenggang.

Aku kata mereka diam kerana mereka tak tahu atau tak faham apa-apa. Atau mungkin lawak kamu bukan tahap mereka.....bak kata seorang bintang filem terkenal, LOW CLASS punya lawak.

Keesokkannya dia datang dengan mood happy. Dia kata audience dia, belum apa-apa lagi udah ketawa

Aku kata belum tentu lawak kamu sudah cukup bagus. Mereka ketawa sebab mereka tahu lawak kamu LOW CLASS.

Pakar motivasi itu hampa lalu cerita letak duduk perkara sebenar.

Yang sebenarnya aku saja nak test lawak aku......bila aku frust lawak aku tak ada orang nak gelak, aku rasa audience itu mungkin jenis bebal, buta kayu, tak ada perasaan.....jadi satu hari aku pergi ke Zoo. Masuk-masuk aja ada kandang beruk. Banyak beruk dan monyet bergayutan sambil tengok aku. Aku cuba gunakan joke yang sama, akhirnya beruk,lotong,mawas yang ada di situ diam membisu, tercenggang tengok aku. Aku frust.

Keesokkannya keciwa aku terubat bila sebuah IPT menjemput aku. Dalam hati aku nak buat perbandingan dengan keadaan dalam Zoo semalam dengan audience yang penuh dengan para ilmuan-ilmuan dan Profesor-Profesor.

Bila aku diperkenalkan kepada audience.....sambil berjalan menuju ke rostrum, audience menjadi gamat, mereka gelak bergelek, ada yang sampai terbahak2 menggelakkan aku. Aku naik hairan. Macaman dia orang tahu joke aku. Belum pun bersuara lagi. Aku jadi naik gementar pulak.

al-brangionline:

Lain kali pergi depan cermin, buatlah lawak seharian. [sumber .]
________________________________________________________________________

Menteri: 25 konsesi lebuh raya belum untung


Kerajaan menjelaskan daripada 30 syarikat konsesi lebuh raya di negara ini, hanya lima sahaja yang mencapai keuntungan susulan pengguna trafik yang banyak.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof (BN-Petrajaya) berkata bakinya masih belum mencapai keuntungan memandangkan jumlah pengguna "masih belum mencukupi.

Bagaimanapun, beliau tidak menyenaraikan nama dan jumlah keuntungan yang diperoleh oleh lebuh raya itu.

"Daripada keseluruhan 30 syarikat konsesi. Daripada jumlah itu, hanya lima sahaja yang mencapai keuntungan kerana pengguna trafik.

“Yang selebihnya masih tidak dapat keuntungan sebab kadar pengguna lebuh raya masih belum mencukupi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mengenai tanggapan umum bahawa kadar tol perlu dikurangkan jika trafik di lebuh raya terlibat bertambah.

Sementara itu, Fadillah juga berkata, dalam penambahbaikan baru kerajaan, kos penambahan lorong di lebuh raya kini ditanggung syarikat konsesi.

Beliau memberikan contoh apa yang dilakukan Lebuh Raya PLUS di Damansara, Seremban dan Senawang.

“Mereka (syarikat konsesi) kena melabur memastikan keselesaan pengguna.

"Kalau laluan tak dapat menampung keperluan trafik, mereka perlu tambah (lorong)," kata Fadillah.

Ditanya mengenai sampai bila perjanjian konsesi 30 syarikat itu boleh ditamatkan dan pampasan yang diberikan kepada mereka, Fadillah berkata tempoh konsesi berbeza antara satu syarikat dengan yang lain.

Katanya, ia bergantung kepada jumlah pelaburan membina lebuh raya dan rundingan kadar pinjaman yang diperoleh daripada syarikat dan pemegang bon.

Fadillah berkata terdapat perjanjian konsesi lebuh raya "tiga generasi" yang terlibat yang merangkumi tempoh 23 hingga 33 tahun, 30 hingga 35 tahun dan 45 hingga 60 tahun.

"Tapi untuk perjanjian (ketiga) ini, kita dah perkenalkan exit clause,(melibatkan) laluan trafik (lebuh raya) itu.

"(Jika) kutipan sudah memenuhi jumlah pelaburan mereka untuk membuat lebuh raya, maka kita boleh tamatkan perjanjian itu dengan tempoh lebih awal, bukan tunggu sehingga tamat tempoh perjanjian," katanya.

Menurutnya lagi, Lembaga Lebuh Raya Malaysia akan mengkaji laluan trafik bagi lebuh raya yang terlibat.

Thursday, 3 April 2014

Ditakdirkan Azmin kalah.....PKR dilanda mala petaka?




Ditakdirkan Azmin kalah dalam pemilihan PKR nanti.....adakah PKR dilanda mala petaka?

Soalan itu mungkin tak senang kepada penyokong Azmin khususnya dan kepada PKR keseluruhannya secara amnya.

Mungkin ramai yang kata saya ni menyibuk dan jaga tepi kain orang.

Saya bukan menyibuk tidak juga jaga kain orang.....tapi kalau tepi kain orang kena najis taik ayam candu saya 'wajib' tegur nanti solatnya tak sah kerana menanggung najis.

Selaku pendokong kepada Pakatan Rakyat saya perlu highlightkan perkara ini kerana kekuatan PR saling berkait rapat dengan parti-parti gabungannya sebab itu semasa pemilihan PAS dahulu, ramai 'musang-musang' berbulu ayam mengaku dia pendokong PAS, malah memburuk2kan dan mengarah itu ini, PAs sepatutnya pilih orang itu...orang ini dan sebagainya.

Seandainya TS Abdul Khalid Ibrahim berjaya menumpaskan Azmin Ali, adakah mala petaka akan melandan PKR?

Saya tak mahu buat telahan, kita tunggu apa akan terjadi baru boleh buat ulasan.

albrangionline;

Saya tiada kepentingan apa-apa di atas mereka berdua
____________________________________________________________________



Azmin Tiada Restu Anwar?

Diterbitkan: Rabu, 2 April 2014 10:39 AM

Banyak pihak turut meyakini bahawa Mohamed Azmin sebenarnya lebih layak menerajui PKR dan menentukan hala tuju perjuangannya ke arah yang lebih baik berbanding apa yang dilakukan Wan Azizah.
  (Ubah saiz teks)
PADA tahap ini sukar dipastikan sejauh mana perjalanan politik penyandang kerusi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dalam parti yang turut sama dibinanya sejak 15 tahun lalu itu.
Umum mengetahui Mohamed Azmin merupakan pengikut setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak figura politik pembangkang itu masih berada dalam kerajaan.
Malah dari kaca mata Anwar sendiri, Mohamed Azmin dilihat sebagai anak emas apabila Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan 'Langkah Kajang' bagi menamatkan konflik kuasa antara beliau dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun selepas proses penamaan calon pemilihan PKR yang diadakan Sabtu lalu, ramai pihak mula tertanya-tanya mengenai kedudukan sebenar Mohamed Azmin di mata Anwar.
Usah dipertikai dari sudut kesetiaan sama ada kepada individu yang bernama Anwar mahupun perjuangan PKR, Mohamed Azmin sentiasa ada untuk terus mempertahankan ketuanya itu.
Berdasarkan pengalaman dan kelayakan, Ahli Parlimen Gombak itu sebenarnya sudah layak untuk menduduki kerusi empuk Presiden PKR yang berada dalam genggaman Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak awal penubuhannya pada 1999.
Malah banyak pihak turut meyakini bahawa Mohamed Azmin sebenarnya lebih layak menerajui PKR dan menentukan hala tuju perjuangannya ke arah yang lebih baik berbanding apa yang dilakukan Azizah.

Tiada Restu Anwar
Tapi apakan daya keyakinan itu bukannya datang daripada Anwar yang diketahui sebagai pengatur strategi permainan politik PKR.
Mohamed Azmin tidak diberikan restu untuk mencabar kedudukan Azizah yang sebelum ini pernah membayangkan hasrat untuk berehat daripada politik dan menumpukan kepada keluarga.
Penjelasan Anwar mudah. Katanya, pencalonannya untuk turut serta merebut jawatan Presiden PKR bukanlah untuk mewujudkan petembungan antara suami isteri.
Sebaliknya jelas Anwar, ia hanya cubaan untuk meletakkan diri di kedudukan tertinggi parti berdasarkan Pelembagaan PKR.
Pencalonannya tetap diteruskan walaupun beliau sendiri menyedari sedang menanti rayuan hukuman penjara lima tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Malah Wan Azizah sendiri berjaya mengejutkan ramai penyokong parti itu yang berkumpul di Ibu Pejabat PKR semasa hari penyerahan borang pencalonan apabila mengumumkan mahu mempertahankan jawatannya pada saat-saat akhir dalam tempoh kurang dua jam sebelum proses ditutup.
Alasan Wan Azizah ialah sebagai persediaan jika Anwar dinafikan hak bertanding pada pemilihan parti itu yang akan bermula akhir bulan ini.
"Keputusan ini (bertanding jawatan Presiden) dibuat demi menjaga kepentingan dan masa depan parti sekiranya dalam masa terdekat ini, sebelum pencalonan dimuktamadkan...saudara Anwar tidak dapat meneruskan pencalonan beliau," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online sebelum ini.
Dengan kata mudah, jika tidak suami, si isteri sudah bersedia untuk terus pikul tanggugjawab sebagai Presiden PKR setidak-tidaknya untuk sepenggal lagi.
Memang betul kata Anwar, beliau bukan mahu bersaing dengan isteri kesayangannya itu. Tapi mereka saling bersiap-sedia untuk kekal berada di tampuk kuasa.
Semua calon yang layak bertanding mempunyai tempoh bertenang dan boleh menarik diri selewat-lewatnya pada 10 April ini sebelum senarai pencalonan dimuktamadkan.
Maknanya sama ada Anwar ataupun Wan Azizah, mereka mempunyai masa untuk menarik diri berdasarkan keputusan terkini Mahkamah Persekutuan.
Namun setakat ini tiada tarikh ditetapkan untuk sebarang prosiding di Mahkamah Persekutuan.
Satu perkara yang paling jelas ialah, kedudukan hirarki tertinggi dalam PKR tetap di tangan keluarga Anwar.
Ia juga membuktikan bahawa Anwar sendiri nampaknya lebih mempercayai isterinya berbanding Mohamed Azmin untuk mengemudi PKR jika beliau terpaksa berada di penjara.

Tiada Karpet Merah
Perkembangan terkini menyaksikan Mohamed Azmin sendiri terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan kedudukannya sebagai orang nombor dua parti selepas ditentang dalam saingan enam penjuru pada pemilihan kali ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangasa itu ditentang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden, Tian Chua; Datuk K. Ramachandran dan S. Murali.
Nampaknya tiada laluan karpet merah untuk Mohamed Azmin kerana saingan enam penjuru membuktikan wujud suara protes di kalangan ahli akar umbi yang mahukan pembaharuan dalam kepimpinan PKR.
Perjalanan politik beliau dilihat semakin malap jika gagal mempertahankan kedudukannya lebih-lebih lagi apabila ditentang Abdul Khalid dan Saifuddin yang dikatakan sebagai calon 'heavy weight'.
Namun senario hampir sama bakal berlaku walaupun beliau berjaya menumpaskan lima yang lain jika Anwar berjaya menduduki takhta Presiden PKR.
Pastinya Anwar akan kekal sebagai presiden tanpa dicabar untuk beberapa tahun akan datang.
Buat masa ini, penyokong Mohamed Azmin hanya mengharapkan agar Wan Azizah kekal sebagai presiden dalam pemilihan kali ini.
Sekurang-kurangnya Mohamed Azmin hanya perlu menunggu lagi tiga tahun sebelum beliau berani melakukan kejutan dalam karier politiknya.
Pada ketika itu, adalah lebih mudah untuk Mohamed Azmin menentang Wan Azizah untuk membolehkannya mengungguli kedudukan nombor satu PKR.