Followers

Monday, 31 March 2014

Kali ni baru aku betul2 tabik kat Anwar walaupun itu hanya gimik

Pada 16 September 2008, dikatakan 30 orang Ahli Parlimen BN akan 'melompat' masuk Pakatan Rakyat. Walaupun aku tahu itu hanya 'dongeng' Tok Selampit...itu hanya 'jampi serampah ulit mayang' namun selaku pendokong Pakatan Rakyat ter'paksa'lah percaya dan telan walapun tawar hambar tak dak rasa apa2.

Tup.....tup pada 4 Februari 2009 Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang ala-ala 16 September.....rupa-rupanya nak buat kerja-kerja 'lompat-melompat' ni bukan setakat mesti ada 'strategi' yang ampuh kalau itu dikatakan ampuh tapi mesti ada 'kerjasama' dari segenap 'jalur'......anda tentu faham kan?

......dan selepas itu banyak lagilah permainan 'silap-mata', tapi itu semua kena telan kerana semangat Pakatan Rakyat.

Terkini, 'Kajang Move' yang kononnya 'Dari Kajang ke Putrajaya'......dari awal lagi saya nampak inilah 'gimik' 'world-class' yang memaksa rakyat khususnya pengundi di Kajang bangkit menelan kekusutan dan kekalutan dalam PKR, namun sebagai pendokong kepada Pakatan Rakyat terpaksa telan jugak walaupun 'daging' yang di'cucuk' halus hangus, hangit macam satay 'reject'.

Nah kali ni betul-betul gimik, silap-mata yang kot-kot boleh menyilau pandangan orang ramai.....kali ini 'tobat-laum' pun aku udah tak percaya lagi......memanglah hang pandai ber'strategi' tapi tak pernah menjadi. Tetapi kali kerana hang tidak menyusahkan rakyat, lantak hanglah nak ter'lentang' ke nak 'meniarap'.....malas nak buat kajian apa motif hang lawan isteri sendiri untuk tanding Presiden PKR. Rasanya orang asli di kepulauan Lautan Hindi pun boleh faham.

al-brangionline:

Bagai pengembala kambing dengan serigala
______________________________________________________________________

Anwar-Azizah bertembung lagi rebut jawatan presiden PKR


Pemilihan pucuk pimpinan PKR kali ini bakal menyaksikan pertandingan suami isteri - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - bagi merebut jawatan presiden parti.

Situasi ini sama seperti yang berlaku pada pemilihan PKR pada tahun 2007 PKR apabila Anwar dan Wan Azizah bersaing untuk jawatan presiden dalam pertandingan tiga penjuru. Seorang lagi calon ialah Abdul Rahman Othman

Wan Azizah ketika itu bertindak sebagai "insurans" kerana Anwar yang baru sahaja dibebaskan dari penjara mempunyai larangan lima tahun daripada aktif berpolitik.

Dalam kenyataan media petang ini, Wan Azizah mengesahkan yang beliau bertanding sebagai satu bentuk 'insurans', jika suaminya dihalang daripada bertanding.

Anwar kini sedang merayu hukuman penjara lima tahunnya di Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah dalam kes Liwat II oleh Mahkamah Rayuan.

Di bawah Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan 1966, seorang pemegang jawatan tidak boleh memegang jawatan atau mengekalkan jawatan dalam pertubuhan berdaftar jika disabit kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dipenjara untuk tempoh tidak kurang daripada setahun.

"Rakyat Malaysia telah lihat betapa zalimnya penguasa, tatkala saudara Anwar mahu melengkapkan 'Langkah Kajang', beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, lalu dinafikan hak demokratik beliau untuk bertanding.

"Kini tidak mustahil akan ada percubaan dari pihak Umno-BN untuk sekali lagi menafikan hak demokratik saudara Anwar untuk bertanding dan memegang jawatan presiden PKR secara sah," katanya..

Berdasarkan sikap itu, Wan Azizah berkata beliau perlu mengambil sikap berhati-hati dalam menghadapi taktik BN dan Umno.

Justeru, beliau menerima cadangan daripada ahli parti untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya.

"Keputusan ini dibuat demi menjaga kepentingan dan masa depan parti sekiranya dalam masa terdekat ini sebelum pencalonan dimuktamadkan saudara Anwar tidak dapat meneruskan pencalonan beliau" katanya.

Pertandingan enam penjuru

Sementara itu, bagi jawatan timbalan presiden pula menyaksikan pertandingan enam penjuru. Penyandangnya, Azmin Ali turut mempertahankan jawatan tersebut.

Lima lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Tan Sri Abdul Khalid IbrahimTian ChuaDatuk Saifuddin Nasution Ismail,Datuk K Ramachandram, dan Murali Subramaniam.

Bagi jawatan naib presiden pula, 16 calon telah menyerahkan borang pencalonan mereka hari ini.

Tian Chua yang bertanding jawatan timbalan, turut mempertahankan jawatan naib presiden.

Lima belas lagi calon naib presiden ialah Baru Bian (penyandang), Datuk Mansor Othman (penyandang), Fuziah Salleh (penyandang), N Surendran (penyandang), Nurul Izzah Anwar (penyandang), Mustapha Kamil Ayub, Elizabeth Wong, Dr Shanmugam Rangasamy, Dr Streram Sinnasamy, Mohd Rafizi Ramli, Mohd Yahya Sahri, Lee Chin Cheh, Suresh Kumar, Dr Xavier Jayakumar dan Shamsul Iskandar Md Akin

Seorang lagi naib presiden secara lantikan, Datuk Chua Jui Meng tidak mempertahankan jawtaannya.

Seramai 78 calon akan bertanding untuk jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Manakala tiga calon bertanding bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Mereka ialah Nik Nazmi Nik Ahmad, Amir Sharidan Nazree Mohd Yunus.

Empat calon akan berebut jawatan timbalan Ketua AMK - Mohd Serman HassnarChang Lih Kang, Afif Bahardin dan Ramesh Kumar.

Calon bagi naib ketua AMK - Raymon AhuarMohd saifullah Zulkifli,  Ginie LimRajaresh Gabaran ManirajuCarol Urmilla,Sri Sanjeevan RamakrishnanNor Hizwan AhmadMohd Razlan Jalalauddin, dan Sangeetha Jayakumar.

62 calon bertanding untuk jawatan exco AMK.

Dua calon akan bertanding merebut jawatan ketua Wanita PKR, iaitu Rodziah Ismail dan Zuraida Kamaruddin (penyandang).

Calon timbalan ketua Wanita (3) - Haniza Mohd TalhaRusnah AnaiTengku Intan Tengku Abdul Halim.

Calon naib ketua Wanita - (6 orang) Gan Pei NieNor Sham Abu SamahDr Daroyah AlwiSivamalar Ganapathy, Johar Mat Lani dan Tan Poh Lai.

Manakala 30 calon bertanding jawatan exco Wanita.

[sumber .]

Sunday, 30 March 2014

Prinsip Karpal Singh semacam 'menyekolah'kan Anwar

Karpal Singh sanggup melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP sementara menunggu keputusan rayuan ke atas "KESALAHAN" mengikut Akta Hasutan.

Manakala "Mursyidul Am" PKR, Anwar Ibrahim hampir pasti bertanding Presiden PKR setelah wakilnya Low Chee Chong yang juga Timbalan Bendahari Agung PKR walaupun kes RAYUANNYA sedang dalam proses.

al-brangionline:

Terpulanglah.....buatlah apa yang terbaik .

Friday, 28 March 2014

Kesian mak dan ayah, 'kerana' adik-adik, mereka merengkok dalam penjara


Adik-adik tak kesian ayah dan ibu ke?

'Kerana' adik-adik, mereka dipenjara

Mintak ampunlah dengan mereka, mintak halalkan setiap tetes susu mengalir suam ke mulut adik-adik.....mintak maaf kerana adik-adik menumpang duduk di dalam kandungan ibu adik-adik sehingga ibu tak selesa nak buat kerja berat selama 9 bulan.

Ucaplah terima kasih banyak-banyak pada ayah dan ibu kerana berjaya menjaga adik sedari umur satu hari hingga pandai meniarap, merangkak, duduk, berdiri, bertatih, berjalan dan berlari sehingga kenal dunia.

Tiada ibu dan bapa tidak sayangkan anak-anaknya, percayalah adik-adik, ibu dan ayah 'buat' sesuatu kerana sayangkan adik-adik.

albrangionline:

Undang-undang yang memperkecilkan hak seseorang mendidik anak sendiri.
____________________________________________________________________

Mahkamah Sweden jatuh hukuman bersalah kepada pasangan Malaysia, dipenjarakan

MARCH 28, 2014
LATEST UPDATE: MARCH 28, 2014 07:36 PM
Pasangan di Sweden Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalluddin didapati bersalah mencederakan anak-anak mereka dan dijatuhkan hukuman penjara. – Gambar daripada Astro Awani.Pasangan di Sweden Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalluddin didapati bersalah mencederakan anak-anak mereka dan dijatuhkan hukuman penjara. – Gambar daripada Astro Awani.Pasangan Malaysia yang didakwa kerana mencederakan anak-anak mereka di Sweden dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna kerana pencabulan serius terhadap integriti anak-anak mereka.
Ibu kepada kanak-kanak, Shalwati Norshal dijatuhkan hukuman penjara setahun dan dua bulan kerana pencabulan serius terhadap anak perempuan dan dua anak lelakinya, lapor The Star hari ini.
Azizul Raheem Awalluddin yang bekerja di Sweden sebagai pengarah Tourism Malaysia dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan.
Bagaimanapun beliau dilepaskan terhadap kesalahan terhadap anak lelaki bongsunya.‎
Pada 1979, Sweden menjadi negara pertama di dunia yang mengharamkan hukuman korporal.
Laporan awal mengatakan pasangan tersebut menghukum anak mereka yang berusia 12 tahun kerana tidak menunaikan solat.
Mengikut penahanan pasangan itu, empat adik-beradik tersebut pada mulanya diletakkan di bawah penjagaan keluarga bukan Muslim, mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia, selepas anak-anak berkata mereka tidak gembira dan rindukan ibu-bapa mereka.
Laman Facebook yang bernama "Bring Shal and Family Home", melobi pembebasan pasangan tersebut mendapat lebih kurang 20,000 'like'.
Pihak berkuasa Sweden kemudiannya membenarkan anak-anak pulang ke Malaysia.
Setibanya mereka, mereka dijemput oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang berkata Putrajaya akan cuba sedaya-upaya untuk membantu pasangan Malaysia itu mempertahankan kes mereka. – 28 Mac, 2014.[sumber .]

Satelit 'pintar', "MEnyiASAT" Malaysia hanya berjumpa 89 'objek' .....

Pencarian MH370 tidak tahu bilakah berakhirnya.

Keluarga 'mangsa' MH370 juga tidak tahu bilakah pengharapan mereka samada ketemu atau sebaliknya.

Terknini satelit jiran tertangga, Thailand dikatakan mengesan 300 objek terapung di lautan Hindi. Negara-nrgara lain yang dikatakan mengesan beberapa objek ialah Francis, UK, Australia dan China.

Seingat saya Malaysia sudah melancarkan satelitnya sebanyak 3 buah iaitu MEASAT 1 pada Januari 1996, MEASAT 2 pada November 1996 dan MEASAT 3 pada Mc 2003.

Tetapi MEASAT-MEASAT itu hanya dapat menyiarkan siaran terus menerus bolasepak, F-1, rancangan hiburan luar negara dan dalam negara dan berbagai-bagai lagi......

Tapi di Malaysia ini ada satu lagi satelit yang bernama 'MEnyiASAT'.....tugasnya hanyalah 'MEnyiaSAT" dan memfokus "89" 'objek-objek' bernyawa sahaja.

Apa dia objek-objek bernyawa itu?

Objek-objek bernyawa itu ialah jumlah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen seramai 89 orang.

Untuk mencari kesalahan-kesalahan 'zahir dan 'batin' 89 'objek-objek' bernyawa ini amat senang bagi amenu ......setiap 'pergerakan' mereka seolah-olah di 'ikuti' oleh satelit 'MEnyiASAT', dengan menerima pantulan setiap pergerakan PR termasuk hal-hal dalam kelambu, luar kelambu, dalam bilik air dan bagai......dan hairannya semua itu amenu tahu......hahaha itulah jasa 'satelit" Malaysia kot.

Untuk mencari MH370 dan anak-anak kapal serta penumpangnya terpaksalah menagih simpati negara luar.

MEnyiASAT hanya menyiasat...menyiasat...menyiasat

al-brangionline:

Malu kat orang Siam.
______________________________________________________________________
Satelit Pemerhatian Bumi Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi, kira-kira 200 kilometer daripada Barat Daya tempat carian pesawat hilang MH370.

Thailand menjadi negara kelima mendedahkan imej satelit objek terapung di kawasan sama selepas Australia, Perancis, United Kingdom dan China.

Akhbar Thailand The Nation melaporkan, imej itu diserahkan kepada perdana menteri sementaranya sebelum dimajukan kepada pihak Malaysia.

Menurut AFP, objek yang terapung itu dikenalpasti oleh Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo- Informatics Thailand.

Menurutnya, objek tersebut yang berukuran dua hingga 15 meter, bertaburan di kawasan kira-kira 2,700km barat daya Perth.

Imej-imej tersebut diambil pada 24 Mac, laporan The Wall Street Journal.

Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan satelit Perancis mengesan 122 imej dalam kawasan carian, yang berkeluasan lebih besar sedikit daripada Sabah.

Operasi mencari yang membabitkan pelbagai negara yang disambung pagi ini, dibatalkan selepas kira-kira empat jam kerana cuaca buruk di kawasan tersebut. Kapal-kapal, bagaimanapun, kekal berada di lautan itu.

The Nation melaporkan bahawa Thaichote adalah satelit 'remote sensing' untuk pemantauan sumber asli. [sumber .]

Tuesday, 25 March 2014

MH370: Kalau mati mana mayatnya, kalau hidup mana orangnya?.....tapi bagi saya.....sila baca seterusnya



Hidup-mati semua ketentuan Allah. Di sisi Allah SWT semuanya tidak mustahil.
Adat manusia mahukan bukti, kalau hidup mana orangnya?
Kalau mati mana mayatnya? Kalau kapalterbang mana bangkainya?

Kekadang manusia sangat taksub dengan sains dan teknologi kerana mungkin latarbelakangnya ber'kulit'kan sains dan teknologi menyebab ia taksub sehingga lupa AlQuran itu lebih hebat dari Sains dan Teknologi.....mana mungkin kita menidakkan Al-Quran kerana Sains dan Teknologi itu sendiri berasal dari Al-Quran

Belum pun bercantum mani sang suami dengan sang isteri sudah tercatat dalam Ilmu Allah bayi bakal dilahirkan lelaki atau perempuan....tup-tup bila janin sudah ada bentuk dan di guna Ultra-sound dan scanning berbagai dengan angkuh berkata, tengok kemajuan sains dan teknologi sudah dapat tahu jantina bayi dalam kandungan...itu pun kekadang bertentangan dengan hasil kedapatannya...kekadang yang taksub ini adalah orang Islam sendiri.

Tak mungkin seorang pakar bidang aeronautic jugak pakar dalam pertanian begitulah vice versa...tidak mungkin seorang pakar dalam kejuruteraan jugak pakar dalam perubatan begitulah vice versa...tak mungkin seorang pakar dalam kacang tanah dia jugak pakar dalam gajus atau mempelam dan kalau dia berjaya dalam penemuan bidangnya sebagai contoh dia pakar dalam bidang buah sukun tak mungkin penemuannya menjadi kalau tidak ditiupkan roh dalam penemuannya.

Pointnya disini kepakaran sesorang amat terbatas dan tidaklah boleh berlagak sombong konon2nya perasan diri sendiri sudah pakar dalam bidangnya malah cuba menjadi pakar dalam bidang lain pulak. Mungkin kalau tahu pun hanya di'surface' sahaja sikit2 mungkin kerana banyak membaca.

Ada seorang prof Islam yang taksud dgn ilmunya tapi bercakap tentang bidang lain, dia kata ada satu teknologi yang mengisar kaca sehingga tahap paling halus, mungkin halus kuasa 10 kot (halus to the power of ten) dan bahan itu dibuat condom yang guarantee tidak bocor,...amboi sombongnya, bukankah kita di ajar suruh kata In sya Allah?

Begitu jugak dengan kes MH370, kekadang nak gelak bila mereka yang bukan bidangnya buat teori mengalahkan yang bidang aerospace, aeronautis,engineering,electronic,electrical,mechanical.

Memanglah kita sentiasa mengharap yang terbaik, hanya Allah yang tahu kedudukan sebenar MH370, manusia hanya dengan keterbatasan ilmu menggunakan sedikit kepakaran dan pengalaman untuk membuat "keputusan"...mungkin benar atau tepat, mungkin jugak sebaliknya Wallahua'lam.


Teringat saya akan satu kisah di zaman Amirulmukminin Saidina Umar Al-Khattab, apabila datang seorang suri rumah mengadu suaminya tidak pulang ke rumah sekian lama....apabila berlaku soaljawab dan sebagainya, Saidina Umar mebuat keputusan perkahwinannya terfasakh..Setelah berapa lama suri rumah itu berkahwin lain yakni dengan suami baru....TIGA tahun kemudian suami yang dikatakan meng'hilang' itu pulang mendapati isterinya sudah berkahwin lain lalu mengadu kepada Saidina Umar....berlakulah soal jawab berbagai.


Apakah Saidina Umar bersalah?

Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan saya, sudah tentu akan menuduh saya bela pihak berkuasa dalam hal ini.....TOLONG sikitlah, itu tuduhan orang "bodoh" yang terdesak melulu yang menolak KETENTUAN ALLAH SWT ......kalau berhujah dengan "golongan" ini lagi bahaya, entah mereka jugak akan berkata kalau PR memerintah PASTI akan berjumpa MH370.

Memang diakui sebarang penemuan atau maklumat terkini ada keperluan (?) (wajib?) diberitahu dalam Parlimen seperti di Parlimen Australia, pun belum tentu ia berakhir dengan penghujahan yang rasional, akhirnya yang tersiksa adalah keluarga si mangsa akibat mileage politik yang dicari.

Wallahua'lam


al-brangionline:


Sedang muhasabah diri sendiri

Monday, 24 March 2014

Apabila 'Sang Biru' bernazar.....antara kafarah dan keparat

'Sang Biru' ber'nazar' kalau dia menang Champios League, dia akan buat banyak derma untuk amal kebajikan. [ Mourinho: I  Will Make A Big Donation To Charity If We Win Champions League ]

Itu 'nazar' dari seorang bukan Islam, rasanya samada terlaksana atau sebaliknya ia tak menjadi mudarat pada sesiapa.

Yang kita risau apabila 'Sang Biru' yang satu lagi, banyak sangat ber'nazar' , banyak sangat berjanji dan banyak sangat harapan diberi, masih banyak tak tertunai.

Apabila 'Sang Biru' bersumpah macam dunia udah nak kiamat..."akan buat itu, akan buat ini...akan pikul amanah...akan jaga Agama...tidak rasuah, adil dan saksama tanpa kira ras dan Agama.....bagai...bagai..."

Macamana kira tu? Kalau ber'nazar' kena bayar kafarah kan? kalau berjanji?

Tok-Tok Peti tolonglah jawab.....jangan simpan ilmu tu berpeti-peti nati kelak tak takut ke kena 'cemeti'?, kalau kat sini boleh le lagi pekena capati.

al-brangionline:

Kalau tak kafarah pun, keparat udah tentu......cisss keparat ngko

__________________________________________________________________



Sunday, 23 March 2014

Kangkung-kelapa sama saja statusnya dengan manggis-lithium-ion......apa barang ni SPR?


Penyokong Pakatan Rakyat membawa kangkung di luar pusat mengundi di Pilihan Raya Kecil Kajang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 23 Mac, 2014.


SPR tolonglah jangan buat lawak ala-ala Tok bomoh Teropong Buluh @ Tok Moh Bubu Haruan @ Tok Moh Tikar alakazam.

Apa bahayanya kangkung dan kelapa?

Kalau manggis bertan-tan boleh terbang bersama...kalau bateri lithium-ion pun tidak diklasifikasi sebagai barang bahaya ole MAS, inikan kangkung yang akan melayu bila cuaca makin panas. Kelapa mungkin merbahaya sikit, kalau kena balun tang dahi mahu dahi membengkak macam kelapa...hihihihihi

SPR tolonglah buat kerja elok-elok,jangan asyik nak 'menyaman' orang je....mentang-mentang dah menang saman.....kalau berani saman amenu tengok camana?

Kalau fikiran terkurung se'bubu' dengan Tok Moh, kalau tengok se'teropong' dengan Tok Moh, kalau berjalan se'tikar' dengan Tok Moh, kalau minum se'kelapa' dengan Tok Moh.....susahlah macam ni nanti jangan2 ber'fikir'an se'kapal' dengan amenu


al-brangionline:

Bila BN menonggeng malam ni, aku yakin SPR akan di'salai' sebagai 'kambing hitam'.
___________________________________________________________________

SPR nasihat penyokong tidak bawa kangkung, kelapa ke pusat mengundi
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
MARCH 23, 2014
Penyokong parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dinasihatkan untuk tidak membawa sayur kangkung dan buah kelapa ke mana-mana 15 pusat pengundian, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Aziz pada sidang media selepas melawat pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat di Kajang berkata, beliau menerima laporan penyokong parti politik membawa sayuran berkenaan dalam jumlah yang banyak ke pusat mengundi.
"Saya menerima laporan terdapat penyokong parti yang membawa sayur kangkung, saya tidak tahu relevannya.
"Membawa sayur kangkung ini menjadi provokasi kepada pihak lain.
"Sayur ini untuk dimakan, jangan buat pembaziran. Kalau ramai sangat bawa kangkung ini ke sana ke sini itu tidak elok," katanya kepada pemberita.
Aziz berkata, pengundi tidak seharusnya bersifat terlalu emosional ketika PRK berlangsung kerana ia boleh mencetuskan ketegangan antara kedua-dua penyokong BN dan Pakatan Rakyat (PR).
"Saya berharap pengundi jangan terlalu emosional dan buat provokasi kepada orang lain," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang ditemui di luar pusat mengundi berkenaan berkata, SPR tidak seharusnya menuding jari kepada PKR semata-mata, kerana penyokong BN turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong PKR.
"Itu tugas SPR. SPR ada jarak berpatutan. Kalau tidak setuju dan melanggar undang-undang kita patuhi.
"Bagaimana kata-kata kesat dilemparkan Umno. Sebab itu kita ada pihak berkuasa," kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
"Saya juga mahu penegasan terhadap Umno. SPR perlu tunjuk mereka tidak partisan," katanya kepada pemberita. - 23 Mac, 2014.[themalaysianinsider .]

Thursday, 20 March 2014

PRK N25 DUN Kajang: "Bila lu menang nanti, lu bikin ini macam ah kawan"......pulak dah

Hari buang undi untuk PRK N25 DUN Kajang tinggal 3 hari saja lagi, iaitu ia jatuh pada hari minggu 23 Mac 2014.

Saya suka mengimbau N25 DUN Kajang pada PRU 1999 dulu di mana ketika itu PAS bertanding melawan BN (Calon MCA). Ketika itu saya berpeluang masuk ke dewan pencalunan mengiringi Dr. Shafie Abu Bakar, calon PAS sebagai penyokong yakni yang menjadi penyokong pada borang pencalonannya.

Tapi yang saya nak kongsikan di sini bukan pasal hal pencalonan dalam dewan itu.

Saya nak kongsikan semasa saya meng'escort' beliau bertemu dengan semua peniaga di Pasar Besar Kajang.

Ketika itu Dr. Shafie sedang sibuk bersalam, tiada yang terkecuali, semuanya bersalam. Saya terkebelakang sedikit dan sempat berbual dengan seorang peniaga berbangsa Cina. Sambil mengangkat ibu jari sebagai memberi tanda 'bagus', beliau sempat meluahkan perasaan hatinya, "Bila lu menang nanti, lu bikin ini macam ah, kawan," (Dia bermaksud, YB MCA/BN yang terdahulu tidak pernah berjumpa dengan pengundi.)

Saya mengangkat ibu jari sebagai tanda setuju dengannya dan bersalam.

Aura Dr. Shafie yang sentiasa tersenyum, bukan senyum dibuat-buat berjaya menarik dan menyakinkan pengundi Kajang sehingga menang pada PRU 1999.

PRU 2004, Kajang dan Bangi sudah ber'pisah', Bangi dijadikan DUN di bawah Parlimen Serdang manakala Kajang sebagai DUN di bawah Parlimen Hulu Langat.

Pada PRU 2004, BN telah berjaya merampas kembali dan DUN Bangi uga telah terlepas ke BN.

DUN Kajang pernah dipegang oleh DAP pada PRU 1986 dan 1990. BN pegang pada PRU 1995 dan 2004 dan PAS pada PRU1999, manakala PKR pada PRU 2008 dan 2013.

Point saya di sini ialah pengundi Kajang suka ber'tukar' selera' bergantung kepada prestasi ADUN.

Mantan YB ketika PRU 2008, yang lebih gemar dan dikenali sebagai Cik Gu Lee meneruskan kecemerlangan Dr. Shafie dan kecemerlangannya sendiri sehingga Lee Chin Cheh yang menggantikan beliau berjaya meningkatkan majoriti.

Apa harapan DS Wan Azizah dalam PRK N25 DUN Kajang kali ini?

Sebelum itu sila ambil maklum bahawa jumlah pengundi di Kajang ialah 39,278 termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi yang berada di luar negara terbahagi kepada 48.5% pengundi Melayu, 40.28% pengundi Cina, 10.29% pengundi India dan 0.94% dari etnik lain.

Dari sejumlah pengundi itu, 49.93% adalah pengundi LELAKI manakala selebihnya, 50.07% adalah pengundi WANITA.

Pengundi Kajang di'monopoli' oleh pengundi yang inginkan 'PERUBAHAN' dan terdedah kepada berbagai media sosial iaitu lingkungan umur 41-50 tahun (44.2%) diikuti oleh pengundi BELIA dalam lingkungan umur 21-40 tahun (39.9%) dan pengundi 'ORANG LAMA' dan 'USIA EMAS' berumur 50 tahun ke atas (15.9%)

Oleh kerana majoriti pengundi wanita dengan lelaki lebih kurang 50-50 maka kedudukan kedua-dua calon tidak terdedah kepada diskriminasi gender tetapi faktor yang golongan yang inginkan 'PERUBAHAN'(Umur 41-50 tahun) menguasai 44.2% dan golongan BELIA (Umur 21-40 tahun) satu golongan yang sentiasa bergelora dengan perasaan tidak puas hati terhadap sebarang ketidakadilan menguasai 39.9%), saya menjangkakan BN berada terkebelakang dari PR walaupun 'fix deposit'nya dari golongan 'ORANG LAMA' dan 'USIA EMAS' (Umur 50 tahun ke atas) yang hanya 15.9% boleh memberi undi 'bonus' kepada mereka.


Walau apa pun, ia bergantung sejauh mana golongan yang inginkan 'PERUBAHAN' dan golongan 'BELIA' di'tackle' oleh PR dan BN

al-brangionline:

Steady Kak Wan.

Wednesday, 19 March 2014

Apa kaitan penyanyi Courtney Love dengan MH370?


Apa kaitan penyanyi Courtney Love dengan MH370?

Itulah bukti perihatin dunia atas dasar kemanusiaan......seorang penyanyi, Courtney Love terasa terpanggil untuk menyampaikan 'clue', itupun kalau-kalau tidak dipandang dengan mulut 'jebeh' dari pihak berkenaan yang sedang dalam operasi pencarian kehilangan pesawat MAS MH370, yakni memperlekehkan sumbangannya.

Beliau ada upload gambar tompokan minyak dan mengsyaki pesawat MH370 yang dicari-cari dan memang kita tercari-cari setelah masuk hari yang ke-11. Lihat DI SINI .

Dua hari lepas sepasang suami isteri kononnya ber'dialog' dengan 'crew' MH370 dan siap beri coordinate lokasi sebenar pesawat itu berada. Lihat DI SINI . Dan mereka sentiasa menangis mengenangkan nasib yang menimpa penumpang -penumpang dan anak-anak kapal seperti DI SINI .

al-brangionline;

Ya Allah, tiada daya dan upaya kami. Bantulah kami.
________________________________________________________________

Courtney Love posts 'suspected crash' pics of missing Malaysian jet on Facebook

Love suggested that the passenger jet might have crashed in the ocean and in the doctored image she even pointed exactly where 'oil' and 'a plane' were.
According to metro.co.uk, the patch of ocean in the image is off the south-west coast of Vietnam.
She wrote in her post, 'I'm no expert but up close this does look like a plane and an oil slick'.


The report said that the original image was taken from Tomnod, a crowdsourcing tool that uses satellite images and the grab used by Love was listed as having been taken on March 12th. The Flight MH370 went missing on March 8th when it took off from Kuala Lumpur, but vanished from radars just 40 minutes later and is yet to be found. ANI

Monday, 17 March 2014

MH370 : Hanya Doa & Harapan......'riak-riak' orang ke'lemas'an sudah mula terserlah


Semalam hari yang ke-9 pesawat MAS MH370 hilang tanpa kesan...hilang tanpa berita...hilang tanpa petanda tapi petanda-petanda yang menunjukkan pecari itu sendiri dalam kelemasan sudah nampak.

Bila orang dalam kelemasan sebarang apa yang ia nampak timbul akan dipegangnya kuat-kuat agar ia selamat, biarpun yang dipegang itu 'kepala' orang pun...biar pun orang yang nak menyelamatkan dia itu tenggelam dalam kelemasan sebaliknya, asalkan ia sendiri selamat...itulah hakikat orang dalam kelemasan.
'Riak-riak' orang dalam ke'lemas'an sudah mula terserlah. [sumber .]

Semasa menghantar cucu-cucu bersama Umi dan Baba mereka terbang pulang, saya sempat ke Anjung Tinjau melihat masih ramai yang bersimpati dan berdoa sambil mencoretkan luahan hati mereka ke 'Bunting' yang disediakan.

Saya sambil sebak di dada mengenangkan selepas ini akan ada beberapa individu yang akan di'kambing-hitam'kan walau pun bukti muktamad masih dalam samar-samar turut mencoretkan "Hanya Doa dan Harapan" di 'Bunting' MH370.
Hanya Engkau Ya Allah Yang akan Meleraikan segala kekusutan.

al-brangionline:

Harap keluarga yang di'tinggal'kan MH370 bersabarlah dalam saat getir ini. Yakinlah....di sana akan ada jalan keluar.

Friday, 14 March 2014

Buaya tembaga udah 'kiok'.....ngko tak takut ke KJ?


Jaga2 kau KJ.....buaya tembaga dah 'kiok' kini ngko pulak nak kena tampor
Nak tunggu episode ini berakhir macamana?
Apa terjadi pada Abang Misai?
Apa terjadi pada Pak Cik Jakim?
Apa terjadi pada teropong buluh?
Apa terjadi pada nyior muda?
Apa terjadi pada bubu?
Apa terjadi pada tikar?
Apa terjadi pada Pak Cik Obama?
Apa terjadi pada TV LCD ofis Pak Cik Obama?
Pak Cik David.....bikin filemlah satu...kasi gegar Hollywood......huhu
[sumber .]
al-brangionline:

Memang betullah kata Allahyarham S.Shamsuddin, Aliff Mim Nun Wau.....bunyinya sarkis

p/s dikatakan habis buluh-buluh di Kajang menjadi sumber rezeki selepas Tok Moh buat binoculara......ngalahkan Russian Binoculars
_____________________________________________________________________________

'Bomoh bubu' mahu tampar, saman KJ


Seorang pengamal perubatan alternatif Ibrahim Mat Zain mengancam untuk menampar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kerana menggesa agar beliau ditangkap.

Ibrahim, yang mencetus kontroversi susulan upacara perbomohan yang dijalankannya di lapangan terbang KLIA bagi mengesan pesawat MH370, mengancam demikian kerana marah dengan kenyataan menteri tersebut di Twitter.

"Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin hari ini. Saya cabar dia.

"Letak jawatan jadi menteri dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita berlawan.

"Saya tampar dia macam (semudah menampar) buaya nanti, baru dia tahu," katanya.

Katanya, beliau juga akan mengemukakan saman sebanyak RM100 juta sekiranya ketua Pemuda Umno itu mengulangi kenyataan tersebut.

Ancaman tersebut disiarkan melalui dalam satu rakaman video di satu blog dinamakan suara.tv.

"Saya bagitahu Khairy, kalau dia buat lagi saya nak saman dia RM100 juta. Menjatuhkan imej Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zain.

"Anak murid saya seramai beberapa juta orang akan sanggup ke depan ke mahkamah," katanya lagi.

Menteri itu pada 12 Mac lalu menulis, "bomoh permaidani sakti" itu perlu ditangkap kerana "memalukan" negara.

Ibrahim pada hari Isnin lalu mendapat perhatian meluas apabila muncul di balai berlepas KLIA dengan dua batang buluh dan satu bubu.

Bubu itu diletakkannya di atas kepala seorang lelaki yang hadir di situ dan beliau menggunakan batang buluh berkenaan sebagai satu teropong untuk meninjau ke arah bubu berkenaan sambil membaca surah Yasin.

Beliau muncul sekali lagi pada hari Rabu dan bersama tiga orang pembantu yang diarahkannya supaya duduk bersila dalam satu barisan di atas satu pengalas, dengan diperhatikan oleh orang ramai.

Dalam upacara tersebut, salah seorang pembantunya itu menggunakan sebatang tongkat untuk membuat gaya mendayung sampan dan seorang lagi menggunakan satu bakul untuk menunjukkan gaya mencedok air.

Individu terakhir dalam barisan tersebut memegang dan menggerakkan buah kelapa di kedua-dua belah tangan.

Dalam upacara itu mereka melaungkah takbir beberapa kali.

Ahmad Maslan memperendahkan intelektual kaum Cina Kajang?

Ini bukan pasal dollar and centlah wahai Ahmad Maslan.

Apa, di negeri BN perintah semua kaum Cina untung atau di negeri PR perintah semua kaum Cina rugi.

Tak dak akai ka?

Peluang dan ruang dalam perniagaan atau bantuan, soal ras tidak jadi isu wahai Encik Ahmad Maslan, yang penting ialah keadilan.

Kalau Encik Ahmad Maslan bercakap ikut garisan untung rugi kalau kaum Cina undi BN, cer cerita sikit bagaimana kaum Melayu?......kalau ikut hukum rule of thumb setiap yang untung mesti ada yang rugi....jadi kalau kaum Cina mahu untung (kalau undi BN), kaum Melayu?

Dalam PR, kita mahu semua kaum untung.....dok gitu Kak Wan?

al-brangionline:

Haiya!!! itu olang pun adaaa kaaa? [sumber .]
______________________________________________________________

Ahmad: Cina mahu untung kena undi BN


Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mahu pengundi Cina di Kajang mengundi calon MCA yang mampu memberi lebih keuntungan kepada DUN itu.

Menurut Ahmad masyarakat Cina mementingkan 'untung' maka undian kepada calon BN Chew Mei Fun mampu membawa keuntungan tersebut.

"Orang Cina pilih untung. Meniaga mahu untung, politik pun mahu untung," kata beliau selepas mengunjungi masyarakat di Pasar Malam Kampung Baru Sg Chua hari ini.

Menurut Ahmad Maslan, Chew mempunyai kelebihan besar berbanding calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tiada hubungan dengan kerajaan pusat.

"Pengundi Cina di sini perlu ingat Chew Mei Fun dibantu dan didokong perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri.

"Wan Azizah tidak ada hubungan langsung dengan kerajaan pusat. Yang dapat peruntukan besar ialah Chew Mei Fun yang ada peruntukan dari Kementerian Kewangan," kata beliau yang juga timbalan menteri kewangan.

Ahmad hari ini mengiringi Chew ke beberapa kawasan untuk mengedar risalah BN kepada pengundi.

Mereka menghabiskan masa kira-kira 30 minit melawat setiap gerai jualan dan bertemu dengan peniaga dan pengunjung yang lalu di situ.

Mereka turut memberikan risalah kepada beberapa kenderaan yang lalu lalang di kawasan tersebut bagaimanapun beberapa pemandu enggan membuka tingkap untuk beramah mesra bersama Ahmad dan Chew.

Pengundi Kajang bakal memilih Adun baru 23 Mac depan selepas penyandang Lee Chin Cheh meletak jawapan pada 27 Januari lalu.

Wednesday, 12 March 2014

PRK N25 Kajang: Siapa 'boneka' siapa?

Dalam dunia ni macam-macam boleh terjadi.

Ada orang dia jadi 'boneka' pada isteri kalau tak pun jadi 'boneka' pada bapak pada isteri yakni Pak Mertua. Ada orang jadi boneka pada parti dan berbagai lagi.

Apa itu 'boneka'?......Dalam bahasa mudah, 'boneka' itu adik beradik 'puppet' maknanya dia tak boleh bergerak tapi digerakkan oleh orang lain.

Realitinya 'boneka' itu tidak bernyawa tapi dalam politik, ia bernyawa tapi tak dak suara, ada suara tidak didengar oleh bossnya ala-ala 'one way street'. Dan yang menepati itu adalah Amenu. Dalam Amenu ramai 'boneka' ala-ala 'patung' bernyawa. 'Patung-patung' ini boleh bergerak tapi setakat menjadi pen'jilat' tegar.

albrangionline:

Dari dulu. kini dan selamanya jadi 'boneka' ber'gerak'.....setakat mendampingi boss, ber'gayut' dan men'jilat' boss.....tu je tahap pergerakkan hotak mereka. [sumber .]

Monday, 10 March 2014

Oh MAS ayu....Fatimah nan ayu


Oh MAS ayu....Fatimah nan ayu:

KES 1 

albrangi: Boleh mintak coke tak

Fatimah (sambil menatang air kuning menunuju ke Mad Salleh di depan): I'll get back to you


albrangi; hanya body language merenung muka Fatimah


Fatimah (ntah berapa kali menatang air kuning ke Mad Salleh tu : Oh sorry Sir


al-brangi: Senyum sinis


Fatimah (datang dengan segelas plastik kecik) : sorry, (terus blaaah)


(Dalam hati, apa bezanya, aku pun sama2 economy class dengan Mad Salleh tu.)




KES 2


Aku nak try naik Business Class...berbaju T separauh lusuh...tak de gaya tokoh korporat langsung).....duduk sebelah sorang yang nampak semacam Dato2 dan tokoh Korporat.


Fatimah: Encik tak nak makan kan?


albrangi: Aku tersipu2 malu. (yg duduk sebelah macam2 ditanya, nak ini...nak itu...yg dia tak tanya cuma, 'nak aku?'


(Dalam hati, Woit....kau ingat aku ni drebar, 'Dato' sebelah tu ke?)....Aku pun bayar duit aku sendiri tau!!!


al-brangionline:

Aku berdoa kepada Allah yang mengusai Kerajaan Langit dan Bumi, Penguasa seluruh Alam, tunjukkanlah di mana MH370 itu berada.....Ya Allah, kasihanilah keluarga mereka yang masih mengharap kepada Mu Ya Allah