Followers

Friday, 28 February 2014

Rakyat Selangor lagi PENTING atau Anwar?.....kami 'kuli batak' pun nak tahu jugak pasal MOU tu

Mana lebih penting rakyat Selangor yang membayar cukai...yang memberi undi atau Anwar?

Betul Anwar ialah penasihat ekonomi Negeri Selangor, tapi secara logiknya EXCO dan ADUN Negeri Selangor yang patutnya tahu dulu isi kandung MoU  yang Tan Sri Khalid sudah turun tandatangan semalam.

Jatuh bangun ialah rakyat Selangor...sakit sihat ialah rakyat Selangor...'miskin-kayap' ialah rakyat Selangor...yang nak bayar bill air nanti ialah rakyat Selangor.

Apa keperluan mahu tunggu Anwar balik dari Jepun baru nak maklum ke dia?

Apa hak Anwar ke atas rakyat negeri Selangor?

Sekarang sudah nampak Selangor ini semacam 'HAK MILIK KEKAL' parti tentu.

Semasa dalam 'lubang' Umno dulu bolehlah.....seolah-olah harta rakyat menjadi seolah-olah harta Umno harta Umno.

Ingat, jatuh bangun Selangor kelak yang menangung 'perit'nya ialah rakyat Selangor, bukannya Anwar.

al-brangionline:

Hairan jugak 'bakal' MB tak tahu menahu pasal MoU....cit...cit...cit
______________________________________________________________________
Khalid Akan Dipanggil Perjelas MoU Air Selangor Kepada Anwar - Azmin

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diminta untuk memperjelaskan mengenai butiran penuh Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan berhubung projek loji rawatan air Langat 2.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, Menteri Besar akan dipanggil untuk memberi taklimat kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau pulang dari Jepun.
"Kami mahu mendengar cerita di pihak Khalid kerana ramai yang masih tidak mengetahui mengenai butiran berkenaan. Kita bimbang sama ada akan terdapat kenaikan harga tarif air dan sama ada masih terdapat air percuma bagi Selangor," katanya pada Khamis.
Laman rasmi Facebook Anwar menunjukkan bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kini berada di Jepun.
Dilaporkan bahawa beberapa pemimpin PKR tidak dimaklumkan mengenai MoU sebelum negeri itu menandatangani perjanjian berhubung penstrukturan semula air dan tidak dipastikan sekiranya Khalid mendapat sokongan daripada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat mengenai perjanjian itu.
Azmin, yang juga Ketua PKR Selangor berkata, peguam parti akan dirujuk untuk memastikan perjanjian itu mengikut dasar-dasar Kerajaan Pembangkang.
"Kita masih memerlukan penjelasan lanjut," katanya.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil , bagaimanapun berkata, beliau dimaklumkan bahawa Khalid bersiap sedia untuk membuat pembentangan mengenai penstrukturan semula air itu kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat.
"Saya tahu beliau akan memberi taklimat kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat dalam beberapa hari akan datang," katanya sambil menambah bahawa ramai pemimpin Pakatan Rakyat meminta untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai isu air tersebut.
"Saya fikir usaha untuk membentangkan dengan lengkap amat dialu-alukan," kata Fahmi.[sumber .]

Thursday, 27 February 2014

Ah Liang, apa pasat lu cari Anwar mahu 'hantam' dia?

Haiya! Weh Mr. Tan Keng Lian, apa pasal mahu cari Anwar mahu kasi lu punya memorandum?

Banyak pandai lu, kanan lu puji, kiri lu kasi hentam.

Apa pasal lu tak dak hantar memorandum sama itu PM, Ex-PM pasal itu royalti minyak sama Kelantan, Terengganu pun?

Dengan Anwar lu ada 'tulur'.....sama itu Mahathir. Najib pun, lu macam tikus di Pulau Jerejak, tengok orang, lari masuk laut oh, haiya!

Kalau itu Anwar sudah jadi MB ke PM ke, lu masih berani hantar memorandum?

Saya ingat lu itu jam kena 'grind' jadi gandum oh, haiya!

Itu Khalid ah Mr. Tan Keng Lian, banyak pandai oh, win-win situasion......itu Langat II ke Langat III tadak hal punyer bukan macam lu orang handle itu toll, konsesi sepanjang hayat...mana ada whole life punyer, semua orang akan mati oh...saya mati, lu mati, Najib sama Mahathir pun.....banyak teruklah BN...betoi ka?

al-brangionline;

Bila lu mahu masuk PR?.....dalam BN Gerakan serupa itu ulat dalam belas (beras)...ada-tarak sama saja...betoi ka?
___________________________________________________________________________

Ketua Pemuda Gerakan Serah Memorandum Kepada Anwar Berhubung MoU Isu Air Selangor
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang pada Khamis menyerahkan memorandum kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Selangor yang ditandatangani pada Rabu.
Tan berkata, usaha Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam pelaksanaan MOU tersebut seharusnya dijadikan iktibar kepada Pakatan Rakyat dalam projek masa depan yang dapat membantu rakyat.
"Pakatan Rakyat harus menerima secara terbuka usaha tersebut tanpa mengenakan sebarang kelewatan. Datuk Seri Anwar sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat haruslah meneliti semula polisi Pakatan Rakyat dalam menerima projek-projek dan usaha-usaha daripada Kerajaan Pusat untuk membantu rakyat.
"Kami berharap Mou semalam (Rabu) antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional (BN) akan menjadi satu titik mula yang baharu antara hubungan di negeri-negeri Pakatan Rakyat dan Kerajaan Pusat.
"Ia (Mou) merupakan satu iktibar yang baik buat Pakatan Rakyat pada masa depan, " katanya selepas menyerahkan memorandum berkenaan yang diterima oleh Setiausaha Politik Anwar, Mohd Shukri Md Saad sebagai wakil di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.
Kerajaan Persekutuan dan Selangor pada Rabu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menstrukturkan semula industri air di Selangor.
Langkah berkenaan juga dilihat sebagai membuka laluan kepada pelaksanaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) yang tertangguh sejak 2010.
Tan turut berkata, Pakatan Rakyat seharusnya perlu melangkah ke hadapan dengan mengetepikan perbezaan politik.
"Apa yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid apalah betul. Kita menyokong sepenuhnya terhadap penerimaan beliau dalam usaha yang dilakukan oleh Kerajaan BN di negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat.
"Kerajaan Pusat tidak mengetepikan mana-mana pihak termasuk kerajaan Pakatan Rakyat selagi kerajaan negeri dapat menerima usaha-usaha dan inisiatif daripada Kerajaan BN, " katanya.
Menurut Tan, beliau berharap penerimaan dikalangan Pakatan Rakyat seharusnya konsisten dan tidak bergantung pada satu projek sahaja.
"Kerajaan negeri di Kelantan, Pulau Pinang juga Selangor perlu konsisten terima mana-mana yang baik untuk rakyat tanpa menyebabkan sebarang kelewatan," katanya.[sumber .]

Wednesday, 26 February 2014

Husam, tolong jangan lebih sudu dari kuah.....boleh tak?

Husam, tolonglah jangan lebih sudu dari kuah.

Kalau nak jadi orang tengah sangat pun, jadilah orang tengah antara grassroot PAS dengan grass root PKR.

Kerana sudah banyak equation mathematics hilang puncanya hingga penyokong tegar PKR sangsi dengan penyokong tegar PAS begitulah sebaliknya.

Penyokong tegar PAS kemana saja pergi bersolat hajat untuk Pak Syeikh dalam kes peribadinya apabila dia di fitnah 'anu'nya tertusuk di busut jantan walaupun dalam masa yang sama ketika kami bersolat hajat penyokong tegar Pak Syeikh masih berlegar di luar Stadium......tak pa kita masih bersangka baik mereka sedang lapar mencari alas perut kerana mana nak khusyu'kan bersolat kalau perut berkeruk kerak.

al-brangionline;

Sekarang ramai yang ber'ratib' "Phil Qudha" 1000x akan cepat melangkah ke Putrajaya
______________________________________________________________________

Kes calon PKR-vs-Haji Hadi: Husam 

tawar diri jadi orang tengah


 | February 25, 2014
UPDATED
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menawarkan diri
 menjadi orang tengah menyelesaikan isu saman RM2juta antara 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan bekas calon PKR 
Mohd Shamsul Mat Amin luar mahkamah.
“Saya boleh faham kedua-dua situasi di mana seseorang rasa terluka hati 
dan saya berharap rakan kita yang buat saman itu mungkin dia nak 
pengiktirafan terhadap maruah beliau dan saya juga yakin Presiden (Hadi) sedia buat rundingan.
“Kalau tidak ada orang lain nak mainkan peranan tu saya nak
 tawarkan diri.“Saya tak kenal calon (PKR) tersebut tetapi saya
 nak tawarkan diri supaya ada penyelesaian luar mahkamah 
terhadap kes ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat 
PAS di sini hari ini.
Husam berkata, menjadi tanggungjawab ahli mempertahankan 
pemimpinnya dan yakin perkara ini dapat diselesaikan 
dengan cara baik.
“Saya tak tahu apa sebab dari segi teknikal sampai 
berlakunya perkara ini…selaku Naib Presiden saya 
kena jaga (kedudukan) Presiden,” katanya.
Ditanya sama ada Hadi perlu mengemukakan permohonan maaf, 
bekas Exco Kelantan itu berkata ada beberapa jalan lain lagi yang 
boleh diambil untuk menyelesaikan kemelut itu.
“Kedudukan kedua-dua pihak kena fahami. Mungkin yang menyaman 
itu dia bukan nak sangat wang…Hadi pula saya yakin dia buat 
kenyataan itu bukan nak jatuhkan maruah mana-mana pihak,” katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Ahad lalu memerintahkan
 Hadi membayar saman berjumlah RM2 juta selepas gagal memfailkan 
pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd Shamsul kerana menuduhnya menjual pil kuda.
Dalam penghakiman ingkar itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5
 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan 
kos tindakan sebanyak RM1,500.
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu, beberapa
 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu menjadi panas 
ekoran perebutan perletakan calon antara PAS-PKR sehingga menyebabkan berlakunya pertandingan tiga penjuru.
Hadi dalam ucapannya semasa ceramah di Marang dipetik berkata, 
pihaknya mendapat maklumat ada antara calon PKR yang menjadi 
pengedar pil kuda serta mengagungkan pemimpin Komunis.
Mohd Shamsul kemudiannya mendesak Abdul Hadi menarik balik dan 
memohon maaf berikutan kenyataan calon PKR menjual pil kuda kerana masyarakat menganggap beliau yang didakwa.
Katanya, dakwaan Hadi itu juga menyebabkan beliau kalah bertanding 
DUN Bukit Besi pada Mei tahun lalu.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Asmuni Awi ketika dihubungi 
FMT mengesahkan pihaknya akan memfailkan permohonan untuk 
mengenepikan  penghakiman itu selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
Dalam perkembangan sama, PKR Pusat membuat pendirian kes saman ini tidak 
perlu diteruskan.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, PKR memutuskan parti itu 
akan mengambil tindakan untuk membolehkan kes ini dapat diselesaikan 
secara baik.
“Pemimpin PKR telah mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman 
ini tidak perlu diteruskan.
“Namun Mohd Shamsul telah bertegas bahawa beliau perlu membersihkan 
nama dan maruah beliau akibat dakwaan yang dibuat sewaktu PRU13.
“PKR akan mengambil langkah perlu untuk membolehkan kes ini dapat 
diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah, demi kebaikan dan 
kesepakatan bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 [sumber .]

Monday, 24 February 2014

Yang sebenarnya kau nak apa Duan?......cakaplah.....

Yang sebenarnya kau nak apa Duan?

Tak perlu kau jadi pen"jilat" tegar......kau sekali2 tak akan malah tak boleh jadi Melayu.

Kau masuk Islam dah cantik dah....yang kau pergi 'masuk' Melayu tu apa hal?

Kau ni kompiuslah Duan dan kau cuba buat orang lain jadi konpius sama.

Cukuplah Pak Kassim dan yang sewaktu dengannya konpius, jangalah kau kompius sama.

al-brangionline;

Kau nak apa sebenarnya?
________________________________________________________________________
Ridhuan Tee marah Melayu ‘elak khinzir’ tapi masuk gereja
OLEH SYAHIRAH RASHID
FEBRUARY 24, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 24, 2014 12:46 PM
Pensyarah pro-Umno, Ridhuan Tee Abdullah hari ini mengecam tindakan seorang calon Melayu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang berucap di gereja demi kepentingan politik.
Menulis di ruangannya di akhbar Sinar Harian, Ridhuan mengkritik langkah calon tersebut, yang memasuki serta berucap dalam gereja Holy Family Kajang, sebagai perbuatan liberal dan keterlaluan.
"Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka.
"Kini, tidak lagi. Melayu tanpa segan silu masuk ke rumah ibadat orang bukan Islam demi kepentingan politik. Tidak mustahil satu hari nanti, mereka akan bersama-sama menimbang khinzir. Melayu bolehlah katakan!" tulisnya.
Beliau menasihatkan calon PRK Kajang itu agar jangan menggadaikan maruah demi kepentingan politik.
"Saya memohon kepada sesiapa pun yang ingin bertanding di Kajang, jangan kerana terlalu obses untuk menang, kita menggadaikan segala-galanya. Jangan gadaikan maruah agama, bangsa dan negara, untuk mendapat undi dan nafsu serakah politik. Ingatlah, sekali maruah dan hak tergadai, sukar untuk dicari ganti," katanya.
Bagaimanapun, beliau berpendapat tiada salahnya masuk ke gereja demi tujuan dakwah.
"Saya tidak melarang orang Melayu untuk masuk ke dalam rumah ibadat bukan Islam jika ada tujuan dakwah, seperti pernah saya lakukan membantu membawa ibu ke tokong untuk dia sembahyang, ziarah kubur ibu bapa dan lain-lain, ihsan anak kepada orang tua," katanya.
Sebelum ini, calon Pakatan Rakyat (PR) untuk PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di gereja selepas upacara keagamaan mingguan penganut Kristian di gereja tersebut.
Langkahnya mendapat sokongan ramai penganut Kristian yang hadir, namun dikecam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan beberapa mufti negeri.
PRK Kajang diadakan ekoran peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di sana.
Pakatan Rakyat (PR) menamakan Anwar sebagai calon PRK sehari selepas peletakan jawatan Lee.
Calon lain yang bakal bertanding adalah Datin Paduka Chew Mei Fun untuk Barisan Nasional dan dua calon bebas termasuk Datuk Zaid Ibrahim.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh 23 Mac sebagai hari PRK manakala 11 Mac untuk hari penamaan calon. - 24 Februari, 2014.[sumber .]

Sunday, 23 February 2014

SPRM nak siasat?.....'Gedebe' bersedia, marilah,

Saya sedia.....marilah siasat.

Mereka yang report ke SPRM itu hanya 'mainan' politik.

Ni bukan main2 Datuk, ni hok citer sebenar.....ada berani?....jawab pong macam dok semangat je...tunjuk ah sikit hok 'gedebe' lama tu...baru nampak ssungguh sikit...ke guaner

al-brangionline:

Masa zaman Wan Mukhtar dulu, kalau tak silap ada 'Tabung Warisan'...dari pitis royalti minyak ditabung untuk anak cucu zaman berzaman.....nak tanya berapa sen doh ada?

al-brangionline:

Beruntung rakyat Ganung banyaok idea utuh dn jitu sabit tu banyak yang runtuh sampai sekarang dok siap2 hingga jadi ber'hantu'.

[sumber .]

Saturday, 22 February 2014

Apabila Pok Chik Din kata Ah Soo 'boleh tahan cantik'

[sumber .]


al-brangionline:

Haha Umno/BN sudah ditimpa sindrom citarasa atau pun krisis citarasa

Cantik atau handsome itu adalah subjektif.

Bukan nak kata Anwar lagi hensem atau Chew lagi cantik.

Kedua-dua mereka tidak adil malah tidak boleh dibuat perbandingan dek berlainan gender.

Yang penting, hati dalam mahu baik ber.

Pemain politik tidak boleh diukur melalui paras rupa kerana paras rupa boleh di 'make-over'.

Keterampilan hanya menyumbang sedikit saja, yang diambil kira iala beberapa banyak seseorang itu menyumbang kepada kebaikan.

Friday, 21 February 2014

'Sial' untuk kali-4, 'Bhai' Karpal bakal ke dalam


Kerana pulut santan binasa.....sebab mulut badan terseksa. [sumber .]

Seorang peguam yang handal tak semestinya sentiasa handal.
Isu di sini bukan pasal handal tak handal. isunya jangan kita complacent dengan ke'handalan' kita.

Paktan Rakyat memang terasa dengan ke'tiada'annya nanti.
Tapi kalau 'ada' pun kadang-kadang lebih dari 'terasa' akan lidahnya yang mem'belit' kata-kata.

Apa-apa pun PR dengan PRK sekali lagi.

al-brangionline;

Patut makan tosei pagi ni lidah terasa pahit aje. [sumber .]

Thursday, 20 February 2014

Anak2nya yang 'dahsyat' atau Mak-bapaknya lagi 'teruk'.....nilailah sendiri

Tidak terlintas nak menyalahi mana-mana.

Tapi jangan dalam nak mencari 'kebenaran' di negara orang bukan Islam, perhubungan anak-anak dengan mak-bapak menjadi renggang seolah-olah hilang pertalian darah.

Tak boleh ke mereka ini bersatu semula di dalam 'saraf kekeluargaan' di bawah payung Islam.

Apakah perasaan kasih sayang antara anak dan mak-bapak sudah tercabut?

Marilah bersama kita berdoa agar dipermudahkan Allah agar 'tali-kekeluargaan' tersimpul kembali.

al-brangionline:

Islam akan tercemar apabila kes ini mendapat liputan keseluruh dunia....dan memang itu pun 'kerja' orang  Barat
_______________________________________________________________________

Saya Dipukul Lebih Seribu Kali Setahun - Anak Pasangan Malaysia Di Sweden
STOCKHOLM: Anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan atas dakwaan mendera berkata dia dipukul 'lebih seribu kali' dalam masa setahun.
Menerusi rakaman video yang dibuat oleh polis Sweden pada Disember lalu, Ammar berkata ibunya Shalwati Nurshal sering memukulnya apabila dia menghentak-hentak kakinya atau menonton video di YouTube dan tidak bersama keluarga untuk makan malam.
Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin iaitu pengarah Tourism Malaysia di Stockholm, dibicarakan pada hari kedua di Mahkamah Daerah Solna di sini atas tuduhan mendera anak-anak mereka.
Ammar yang kelihatan gementar pada permulaan video itu bertanya jika ibu bapanya akan mengetahui mengenai temuduga tersebut.
"Saya rasa selepas ini ibu bapa saya tidak suka saya, tidak sayang saya. Saya bimbang ibu bapa saya akan pukul jika mereka tahu saya tidak di sekolah," kata Ammar (temuduga telah dijalankan oleh pihak polis semasa waktu sekolah dengan kebenaran penolong guru besar).
Ammar menerangkan tiga insiden yang menyebabkan dia dipukul iaitu memasang muzik dengan kuat ketika dia sepatutnya menyiapak kerja rumah; apabila bergaduh dengan kakaknya Aishah semasa hendak ke sekolah dan ketika dia belajar al-Quran dengan ibunya.
Shalwati dan Azizul Raheem kelihatan suram semasa menonton temuduga yang dipertontonkan ketika perbicaraan itu dengan Shalwati menggigit bibir dan suaminya menundukkan kepalanya.
Apabila ditanya jika adik-beradiknya turut sering dipukul, Ammar mendakwa mereka hanya dipukul kadang-kadang jika dibandingkan dengannya.
Walau bagaimanapun, Ammar beberapa kali menyebut bahawa dia 'layak dipukul' kerana menurutnya hukuman itu dibuat kerana tindakan yang sering melakukan kesalahan.
Apabila ditanya siapa yang menentukan hak untuk dia dipukul, Ammar berkata dia yang menentukannya sendiri.
Perbicaraan disambung pada Khamis. [sumber .]

Monday, 17 February 2014

Sukri sebut 'L * * * * U' Lu.....yg sebenarnya ia terpalit pada FAM jugak

Hahahaha.....FAM...FAM...FAM

Kalau jurulatih mempertikai kewibawaan 'si peniup wisel berbaju hitam'.....nescaya nahas menimpa jurulatih itu.....pasti kena gantung.

Punyalah sayang pada 'si peniup wisel berbaju hitam'.

Sekarang apa cerita pulak 'si peniup wisel berbaju hitam' yang mulut nak kena 'cabai' ni.....'busuk' satu Borneo.

Kita nak tengok apa FAM jatuhkan hukuman kepada 'si peniup wisel berbaju hitam' yang mulut memang nak kena 'cabai' nih.....

Dia sebut 'L * * * * U' Lu macamlah dia tak de benda tu.....cittt bikin malu orang kampong je.

al-brangionline;

Sebelum bolasepak terpalit dengan 'L * * * * U' Lu itu.....lebih baik FAM buat sesuatu
__________________________________________________________________

Pengadil sebut ‘L****U Lu’

Oleh Alias Abd Rani
Petra Jaya: Ibarat menjerut leher sendiri begitulah nasib bakal diterima pengadil, Sukri Abdul Rahman apabila Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) membuat laporan kepada FAM berikutan tindakannya mengeluarkan kata lucah ke atas seorang pemain Sarawak, kelmarin.
Sukri menyebut perkataan Hokkien ‘L****U Lu’ kepada pemain tengah Joseph Kalang Tie sejurus tamat perlawanan yang menyasikan skuad Bujang Senang menang 1-0 ke atas Perak di Stadium Negeri.
Menurut Joseph, insiden itu berlaku ketika dia mahu bersalaman dengan pengadil perlawanan sebaik tamat permainan.

“Sebaik bersalam dengannya (Sukri), saya mahu mendapat penjelasan mengenai keputusan pengadilan yang mengecewakan sepanjang perlawanan namun dia tiba-tiba mengeluarkan perkataan lucah itu. Saya terkejut dan bertanya kenapa bercakap seperti itu namun dia hanya berdiam diri.
Foto
JOSEPH (tiga dari kiri) dilayang kad kuning oleh Sukri.

“Kalau saya yang mengeluarkan perkataan itu kepada dia atau pemain lain atau pegawai perlawanan, sudah tentu saya akan dikenakan tindakan.

“Malah dua pembantu pengadil juga mendengar perkataan lucah itu, tapi berdiam diri apabila saya cuba bertanya kepada mereka.

“Saya tahu dia tertekan, tapi sebagai pemain saya ada hak untuk meluahkan kekecewaan terhadap keputusan yang dibuat. Saya bukan mahu menyalahkan dia, tapi kita ada hak (untuk meluahkan rasa tidak puas hati),” katanya.

Kata Joseph lagi, walaupun tertekan sekali pun pengadil tidak sepatutnya mengeluar perkataan lucah itu bukan saja kepada dirinya malah pihak lain.

Perlawanan yang menyaksikan Bujang Senang melakarkan kemenangan kedua berturut-turut itu dibayangi 10 kad kuning termasuk satu kad merah ke atas Junior Eldstal selepas menerima kad kuning kedua.

Sarawak kini menduduki tangga ketiga liga selepas mengumpul sembilan mata hasil tiga kemenangan berkongsi mata dengan Kelantan - satu mata di belakang pendahulu, Terengganu.

Sementara itu, jurulatih Sarawak Robert Alberts akan membawa perkara itu kepada pengurusan FAS untuk tindakan selanjutnya.

Beliau jelas terkilan mengenai tindakan membabitkan pengadil berkenaan.

“Perkara ini akan saya bawa kepada FAS dan mereka akan mengadakan mesyuarat untuk tindakan susulan. Tugas saya hanya melaporkan perkara ini kepada mereka (FAS) dan saya tidak mempunyai hak terhadap tindakan selanjutnya.

“Bagi saya, dalam perlawanan seperti ini, pengadil perlu bijak mengawal emosi dan bukannya bertindak seumpama itu. Ia amat memalukan apatah lagi perkara itu membabitkan pemain saya.

“Saya hanya mengetahui apabila dia (Kalang) datang kepada saya dan memaklumkan pengadil mengeluarkan perkataan lucah ke atasnya,” katanya. [sumber .]

Thursday, 13 February 2014

Mahathir-Anwar saling 'gosok-menggosok'.....kenapa pulak nak marahkan PAS

Pada zaman batu dahulu kala, cara nak hidupkan api atau nak dapatkan api ialah dengan cara 'gosok-menggosok' dua keping batu...maka kesannya keluar api kerana panas batu yang bergeseran tadi...

Itulah fungsi 'firestone' atau batu api.

Umum semua tahu Mahathir sangat 'marah'kan Anwar kerana dikatakan Anwar akan meng'guling'nya dulu.

Dikatakan Anwar sudah buat bermacam-macam 'perangkap samar'.....dikatakan Anwar sudah pasang 'perangkap' di seluruh Semenanjung tinggal lagi nak petik 'main switch' di Kuala Lumpur...last...last Anwar ter'golek' di 'Sungai Buluh'.

Umum masih tahu semangat Anwar masih lagi kental masih tajam 'selera'nya......bermacam-macamlah strateginya...buat itu...buat ini...walaupun pun belum menjadi tapi umum nampak semacam hebatnya Anwar ini dalam berstrategi...samalah seperti seorang jurulatih bolasepak....buat itu...reshuffle sini...perkemas defence...cari 'killer instinct' punya striker tapi akhinya hampes. Teamnya tak ke mana-mana.

Berbalik kepada Mahathir.....'dendam'nya pada Anwar masih lagi membara walaupun kedua-dua mereka taklah muda lagi umurnya...sepatutnya sudah 'Solu-alaih' lama dah...tapi Mahathir masih lagi nak menyakat Anwar dengan cara berkata, "Sudah masanya PKR mengembalikan kerusi Menteri Besar Selangor kepada Pas" [sumber .]

Maka menyingalah penyokong-penyokong 'Pak Syeikh' termasuk pen'jilat' tegar....bermacam makian di fb dan blog kononnya PAS menjadi batu penghalang kepada 'Pak Syeikh' nak meluaskan pengaruh dan kuasanya ke seluruh Malaysia.

Tidak hairan kalaulah ditakdirkan Anwar di'salai' bagaikan sate Kajang nanti maka PAS akan dijadikan kambing hitam....akan dikatakan PAS sabotaj...PAS boikot...bagai...bagai...

Pokoknya, wahai 'penjilat tegar' kembalilah kepada qadar dan qada'...buatlah sesuatu dengan berkata InsyaAllah.....jangan terlampau menyanjungi makhluk...kerana kita semua ada Pencipta...jangan mendewa-dewakan makhluk kononnya si-anu pakar itu...pakar ini...kerana makhluk sifatnya pun ada kelemahan.

al-brangionline:

Jangan terlampau teruja kerana kita bukan besi waja...lama kelamaan kembali ke tanah menjadi baja

Tuesday, 11 February 2014

Kalaulah "Big Boss" tanding di Penang, DAP rela tak lepas kerusi KMnya?......ini soalan yang tak ngaji politik

'Big boss" kata dia bertanding di Selangor kerana nak menggunakan Selangor sebagai model bagi membuktikan kepimpinannya.

Agak-agaknya kalaulah "Big boss" bertanding di DUN Pulau Pinang dan mintak jadi Ketua Menteri ada kemungkinan Lim Guan Eng rela melepasnya atas dasar setiakawan tak?

Kalaulah nak tunjukkan style pimpinannya, Pulau Pinang lagi berada dalam alam 'reality'nya kerana disitu kaum cina lagi dominan, maka "big boss" yang terkenal sebagai pimpinan sukaan ramai lagi bertaraf "world class" akan berjaya menyakinkan negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Perak, Negeri Sembilan, Melaka.

Kenapa mesti dengan Selangor? Maka pakar strateginya menjawab oh kerana Selangor akan jatuh ke tangan Umno dan Selangor adalah 'gateway' ke Putrajaya.

Kita menghormati keazaman yang tinggi "big boss" tetapi dia kenalahdapat membezakan di antara cita-cita peribadi dengan cita-cita Pakatan Rakyat. 

Adakah "cita-cita" yang tinggi lagi tulus ini pernah dibincangkan dalam Pakatan Rakyat?

Ikuti temuramah dengan beliau DI SINI .

al-brangionline :

Kalau DAP rela lepas kerusi Ketua Menterinya......aku akan tabik spring. [sumber .]
____________________________________________________________________

Anwar Ibrahim's new strategy for Malaysia's top job

Updated Fri 7 Feb 2014, 6:50am AEDT
Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim has revealed his latest strategy to make it to his country's top office.
Mr Anwar has told Australia Network's Newslineprogram he is in talks to take over the post of chief minister of the state of Selangor.
He says his plan is to use Selangor as a model to prove that his leadership and policies would work for all of Malaysia.
"This is our launch pad," he said.
"This is the richest state, the most effective state, the most popular state and we will showcase how we run through good governance and transparent governance."
The current chief minister of Selangor is the People's Justice Party's (PKR) Abdul Khalid Ibrahim.
The PKR is led by Mr Anwar.
Mr Anwar says discussions about a change in leadership have begun.
"There is that possibility being considered now," he said.
"We do not discount the possibility of a change of guard."
Mr Anwar says one option would be for Mr Khalid to shift into a role as an economic adviser.
Mr Anwar led the opposition to Malaysia's general election in May last year and told Newsline in the lead-up that he would step down from politics if his coalition lost.
Despite a strong showing, his coalition was defeated.

Change of plans

But Mr Anwar now says changing circumstances in Malaysia, including economic and racial problems, have forced him to act.
"I think that compels us to take some drastic measures, including to fortify the state of Selangor as a base for us to challenge the regime," he said.
"We need to put a stop to this race card.
"(But) the thrust of our campaign is still economic policies."
Mr Anwar is contesting the state seat of Kajang in Selangor, where a by-election will be held on March 23.
It's the first step ahead of Mr Anwar's expected bid for the Selangor chief minister post.
The next general election in Malaysia is due in the first half 2018 at the latest.

Monday, 10 February 2014

Hanya sorang dari yang berdua dalam kereta ini yang tahu tarikh sebenar


Kereta KR1963Q kelihatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud di dalamnya menuju ke Ibu Pejabat PBB.

Tak payah nak berteka-teki betul ke tidak TS Abdul Taib Mahmud nak lepaskan 'penguasaan'nya ke atas Sarawak.

Kan orang Sarawak sayangkan dia, sebab tu selama 33 tahun dia masih lagi di'situ'.

Bila ditanya oleh pemberita bila nak lepas?......dia memberi 'hint' dia akan menghadap Tuan Terutama Tun abang Salahuddin pada 28 Februari 2014 kerana Tuan Terutama akan tamat tempohnya pada tarikh itu......dan sempat bergurau "...agar saya akan dapat gaji penuh untuk bulan Februari"...[sumber .]

Kalau tak lepas jawatan bukan setakat bulan Februari, sampai habis 'riwayat hidup' pun akan dapat gaji lagi....hahaha

al-brangionline:

Sarawak untuk Sarawak......hatta bukan untuk Umno....KESIAN Umno.....

Saturday, 8 February 2014

Cakap-cakap kaum Cina Kajang : Liow Tiong Lai ada harapan kalahkan Anwar.....'senjata' makan tuan?


Dari cakap-cakap kaum Cina di Kajang terutama peniaga-peniaga di pasar dan pengusaha industri ringan, Presiden baru MCA ada harapan mengalahkan Anwar Ibrahim dalam PRK N25 Dun Kajang nanti.

Kata mereka ini kerana kaum Cina akan beri peluang kepada Presiden baru ini untuk menunjukkan atau memperjelaskan apa-apa gagasan baru untuk kaum Cina di Kajang khususnya dan Selangor dan Malaysia amnya.

Selepas itu beliau boleh dilantik menjadi Ketua Pembangkang di DUN Negeri Selangor.

Dengan itu kaum Cina boleh menilai sejauh mana MCA dapat menyakinkan semula mereka setelah dalam PRU13 kaum Cina menolak mentah-mentah MCA.

Mengikut 'penganalisa politik' tempatan yang tidak berkepentingan mendapati kaum Melayu pula akan mengajar Pakatan Rakyat terutama PKR yang sudah hilang kredibiliti asyik berebut jawatan dan berkepentingan sendiri. Kata mereka bukan mereka tidak sukakan Anwar tetapi strategi yang mencurigakan ini nampak tiada kesatuan atau pakatan dalam Pakatan Rakyat.

Di dapati juga pengundi kaum Cina dan Melayu berasa cuak kalau-kalau kemenangan Anwar masalah mereka di Kajang terbiar kerana PKR sibuk mengejar 'ghanimah' yang banyak dan masih belum di'faraidh'kan lagi.

Sesetengahnya pula masih mahukan lagi khidmat Cik Gu Lee mantan YB PRU12 dulu. Mereka juga hairan kenapa perkhidmatan beliau yang cemerlang kepada warga Kajang dulu tiba-tiba diketepikan kerana PKR mengamalkan kronisme.

Keseleruhannya mereka tidak terkejut Anwar akan 'merana' dan menggigit jari jika Umno/BN dapat meletakkan calon yang sesuai bukan kerana Umno/BN itu kuat dan dalam masa yang sama PKR tidak boleh complacent dan terlalu arrogant malah sudah di lihat lebih arrogant dari Umno lagi. Cuma bagi mereka bezanya PKR dengan Umno ialah Umno sudah lebih arrogant lebih menjurus kepada samseng jalanan atau gedebe sepanjang masa kalau tidak pun samseng kampong.

al-brangionline :

Jangan senjata makan tuan sudah......terlalu banyak strategi sehingga meragukan

Friday, 7 February 2014

Abang 'mata-mata' tak ter'liur'ke?

"Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.
Menurut Presiden Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan.
"Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200," kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur.
"Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita."
Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan. – TMI Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=120952:tawaran-tampar-teresa-kok-dinaikkan-sehingga-rm1200-kata-ngo-islam&Itemid=2#ixzz2sap8UixM'
Jangan salah sangka pulak...bukan terliur dengan tawaran tu...tapi tak TER'LIUR' ke nak bertindak sesuatu? Takkan nak biar je 'samseng jalanan' berselindung di sebalik NGO Islam.

Islam adalah satu cara hidup.
Kalau cara hidup kerjanya siapa 'kuat', siapa 'gedebe', siapa rasa mereka 'above the law'...itu bukan cara hidup namanya...itu cara hidup di rimba.

al-brangionline :

Ni bukan kek 'golok' bro...boleh 'bedil' ikut dan

Tuesday, 4 February 2014

N25 PRK DUN Kajang: SEkadar Keperluan......Sekadar di pinggiran?


Nampak ramainya orang kita siar ulang Kenyataan Akbar Presiden bersabit PRK N25 Kajang yg SENGAJA dikosongkan oleh Adun PKR

Petikan antaranya...."Bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat maka PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi PRK ini. Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat iaitu YB Dr Mohd Hatta Ramli pula dilantik untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK ini. Dalam pada itu juga, ingin dipertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit."

Harap faham elok2..."akan membantu jentera pilihanraya PKR..." ini bermakna jentera pilihanraya PKR sudah ada didepan dan akan LEAD...PAS hanya MEMBANTU dibelakang..bukan nya LEAD...nanti jangan lebih kuah dari sudu pulak...kan kita orang amatur mana ada class dgn orang 'world class'.....dan ayat ..."berdasarkan kepada KEPERLUANNYA dalam menghadapi PRK ini..."...kalau PKR tak ada keperluan pertolongan dari PAS, jangan kuat lajak dari laju pulak...ingat dia orang 'world class'...kita hanya amatur....mana nak 'mandang' pandangan orang amatur yg tak dak class.

Ada orang tanya tak wala' ke....bersembur kuah sate aku......dulu perkataan wala' inilah kau orang paling fobia kan? terutama budak2 nakal dan blogger2 nakal.

aku tetap wala' kpd Presiden aku tapi tidak pada yg lain..soal bantu? aku hanya melukut, ada tak menambah, tiada tidak berkurang....serahlah pada yg handal2 yg memang sudah jauh kedepan sebelum lagi Kenyataan Akhbar Presiden ini.


Apa kata Pemuda PAS?

al-brangionline:

SEKADAR KEPERLUAN
Tiba2 teringat lagu SEKADAR DI PINGGIRAN

p/s


Kalau dia atas pokok...dia mintak paku kita lambung paku...tapi paku beli sendirilah
Kalau dia nak buluh kita hulur buluh...tapi buluh dia cari sendirilah
Kalau banyak sangat merintah dan songel, kita jolok pungkoq macam jolok kelapa sawit tu...jatuh nasib ah...

Sunday, 2 February 2014

N25 Kajang: 'Game'nya tak semudah dijangkakan.....percayalah......


Umum sudah tahu Anwar akan bertanding di PRK N25 DUN Kajang setelah ADUN PKR Lee Chin Cheh letak jawatan.

Lee melepaskan jawatannya kerana ikut arahan berdasarkan strategi yang amat komplek untuk difahami bagi orang awam kerana calon yang akan bertanding dikatakan calon ber'taraf' dunia.

Calon itu selain ber'taraf dunia' ia jugak dikatakan tersangat popular untuk ditandingi oleh calon BN.

Gembar gembur yang diperkatakan bahawa Selangor perlu dijadikan kubu dari serangan mengejut kononnya bos nombor satu Umno akan 'tumbang' di'hentak' lawan sendiri.

Juga dikatakan menjelang PRU14 Selangor perlu dipertahankan kerana ia menjadi 'batu' terakhir untuk melangkah ke Purajaya.

Hebatkan strategi itu.

Saya tidak pernah dengar lagi mana-mana perlawanan samada sukan, peperangan atau apa-apa pertandingan manapun seseorang akan meng'heboh' dan 'melaung' segala perincian strateginya sehingga musuh tahu akan kelecek dan geleceknya.

Pada pendapat yang serba daif dan naif diri ini, BN mempunyai peluang cerah kalau meletakan calon tionghua dan sebaliknya kalau Umno berkeras nak meletakkan calonnya maka calon itu boleh 'balik awal'.

Begitu juga dengan PR (PKR), ia mempunyai harapan cerah jika meletakkan calon tionghua kerana percaturannya adalah dengan kaum tionghua.

Pengundi melayu dijangka sudah buat mind-setnya tapi kaum tionghua dengan kepimpinan baru mungkin ingin mencuba atau memberi peluang kedua kepada calon tionghua dari BN iaitu MCA.

Anwar yang umum nampak begitu kompiden menang di Kajang samada ia betul-betul mahu jawatan MB atau pun 'serah' kepada Azmin itu persoalan lain mungkin men'jilat' jari jika terlampau 'complacent' dengan popularitinya.

Apakah kayu ukur terakhir mengukur popularitinya?

Kalau betul ia popular dan masih lagi 'tegar' kenapa anak buahnya masih boleh ber'keras-kepala' buat hal kalau pun tidak 'onar'?

Anwar masih mempunyai banyak masa untuk berfikir buat U-turn. Tapi Anwar adalah seorang yang 'keras kepala' untuk berbuat demikian kerana komanlah pemain politik ber'tara dunia' berbuat demikian.

Siapa berani buat ramalan atau yakin dengan game yang 'straight forward' ini?

Anwar bertanding dan menang dan Istana restu beliau jadi MB?

Ok katakan Istana tak restu Anwar pun juga tidak restu Azmin.

Apa akan terjadi?

Calon MB dari PAS sebagai alternatif lain?. Apakah DAP akan bersetuju atau PKR boleh mengendurkan 'ego'nya bersetuju?

al-brangionline:

Jangan ingat game ini semudah yang dijangkakan.

Saturday, 1 February 2014

Memang permainan kamu pun.....Kajang, kau tunggu aku datang......


Memang permainan PKR pun. Apa nak ber'kalau-kalau' lagi? Insya Allah kamu ter'tolak'?


Konsensus Nasional @ Permuafakatan Nasional: [ sumber .] [sumber .]

Bermuafakat menyemarakkan maksiat?
Bermuafakat melakukan rasuah?
Bermuafakat mengautkan kekayaan?
Bermuafakat menelan kenaikan harga barang?
Bermuafakat mendiamkan kebenaran?
Bermuafakat memenangi jawatan?
Bemuafakat meletak jawatan?
Bermuafakat jangan 'saya' hentam kamu dan kamu 'hukum' aku?
Bermuafakat 'aku' kencing dia dan 'kamu' pun 'kencing' dia?
Akhirnya Bermuafakat kita naik se'kapal' semula?

* Tolong menolonglah dalam hal kebaikan
apa nak tolong menolong jugak dalam hal kemungkaran?

al-brangionline;

Nak naik Transnasional makan angin dalam masa terdekat.