Followers

Thursday, 30 January 2014

Konsensus dan Rekonsiliasi Nasional 'jargon' manis Politik......akhirnya PAS ter'kulat2'



Masihkah kau ingat ?

Komposisi DUN Selangor selepas PRU13 yang lalu : Umno/BN 12, PR 44 (PAS 15, DAP 15, PKR 14)

Ramai yang berhujah bila Anwar 'masuk' ke Selangor melalui 'tingkap' di Kajang adalah semata tidak lain tidak bukan untuk perkuatkan PR (baca PKR) di Selangor. Para bijak pandai dan pakar strategi mengatakan andaikata atau kalau-kalaulah PKR keluar Pakatan, maka Selangor akan tumbang tersungkur pada Umno/BN.

Hey dey! Kalau diandaikan PKR ber'tukar' tempat duduk sekalipun, BN masih belum boleh perintah.
Sifirnya senang je, sesenang YB Kajang letak jawatan atau sesenang melurut daging sate, kena pulak kalau sate daging 'rusa' lagilah senang >>> BN 12 + PKR 14 = 26

Hey dey ! Kalau itu terjadi, PR masih lagi ada >>> PAS 15 + DAP 15 = 30
Takkanlah semua YB-YB PKR se'murah' itu kot sehingga semuanya melompat.
Lainlah kalau siang2 lagi sudah pasang niat atau sudah siap siaga memasang 'perangkap'.

Tapi kalau ada andaian ke'masuk'an Anwar ke Selangor melalui 'tingkap' di Kajang dengan ke'pakar'an strategi yang ada padanya selama ini seperti projek 16 September dan 'Road to Putrajaya PRU13dengan bertujuan untuk membuat 'ethnic cleansing' yakni mengurangkan jumlahkerusi PAS bertanding yang akhirnya menjadijadi sifar PAS menjelang PRU14 atau selepasnya lantas menguatkan PR (baca PKR) itu, saya lebih dari percaya.

Ingatlah sahabat Hadith Nabi SAW yang Mafhumnya : 


Sabda Rasulullah S.A.W. “Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali,” 

(Riwayat Abu Daud).

Sahabat semua, dalam politik Umno atau yang sekaum dengannya ala-ala Machiavelli ni (Niat menghalalkan cara) kita mesti fikir seberapa banyak lapis....jangan asyik bersifat 'lebai' tapi akhirnya kita kena kencing.


DAP pernah mengatakan secara tersirat Wallahua'alam, mereka tiada masalah dengan Anwar jadi Perdana Menteri dan dalam isu Selangor pun saya beranggapan demikian kerana DAP yang terkenal dengan disiplin prinsip demokrasi boleh bersetuju dengan tidak semena2 (baca sudah terancang) DUN Kajang di'lepas'kan begitu sahaja.

Jika selepas PRK Kajang, masalah kerusi Menteri Besar masih lagi hangat sehangat arang yang marak membakar sate adalah tidak mustahil DAP tidak menyokong PAS untuk mengambil kerusi MB. Maka tinggallah PAS dengan 15 kerusi terkulat-kulat dan berkemungkinan DAP tidak masuk BN tapi menyokong si 'ANU' jadi Menteri Besar.

Maka bila berlaku begitu definasi  atau 'jargon' baru reformasi politik yakni 'Konsensus dan Rekonsilisasi' Nasional terjawab. Maka kedudukan kerusi di DUN Selangor akan menjadi PKR 14 + BN 12 = 26 kerusi yang akan membentuk Kerajaan manakala PAS akan menjadi Pembangkang dan DAP akan men'jadi' semacam nazir politik (BN pun tidak, pembangkang pun tidak).

Mustahil?

Harus?

Apa-apa boleh terjadi.....hanya anda yang arif buat penilaian.

Boss Umno sudah memberi hint semacam tak nak bertanding, ini memberi laluan mudah pada sesiapa yang ber;hajat'kan kerusi 'Sate' itu.

al-brangionline:

Iklim Malaysia sejuk tapi suhu politiknya mendidih

Wednesday, 29 January 2014

'AGENDA' dalam 'agenda' sebenarnya berlaku di Kajang?


Tanpa segan dan silu, tanpa berselindung lagi Anwar bakal dicalon dalam PRK N25 DUN Kajang nanti

Hangpa percaya ka?

Pemimpin yang dikatakan bertaraf dunia ini bila-bila masa boleh buat U-turn. Bila ini terjadi namanya akan 'bersih' kembali, maka isu kenapa DUN Kajang dikosongkan tak semena ghaib bersama asap sate di Kajang.

Diandaikan kalah, pun orang yang bertaraf dunia boleh dabik dada..."chek dah cakap.....calon low class..."...haha sekali lagi aroma sate menutup agenda sebenar.

Diandaikan benarlah pemimpin bertaraf dunia itu bertanding. Apa akan tejadi?

Kalau kalah.....tak payahlah diulas, pergilah tengok kartun Upin n Ipin "Pengembala dan biri-biri."...budak-budak Tadika Kemas pun boleh baca.

Saya hanya syiok nak bincang kalau pemimpin bertaraf dunia tu menang.

Adakah TS Khalid kekal jadi Menteri Besar atau pun 'Big Boss' sendiri atau pun Azmin?

TS Khalid kata dia akan berhenti bila dia rasa nak berhenti tanpa desakan.

'Big Boss' kata dia tak nak...itu hanya spekulasi. Beliau bertanding pun kononnya nak jaga Selangor kala-kalau Najib di'tumbang'kan sesama Umno kata pakar strateginya.

Hangpa boleh percaya ka?

Azmin pulak bagaimana?.....Hanpa buatlah perhitungan sendiri...dia nak ke...dia ta nak ke...itu tak jadi soal.
Ada orang tanya kalau Azmin jadi MB, Khalid dengan 'Big Boss' nak bagi Exco apa?......ahhhh tu tak payah tanyalah.....

Yang jadi soalnya jawatan Menteri Besar nih milik siapa?
Kenapa DUN Kajang dikosongkan tak semena2.
Kemelut di PKNS tu hanya selingan keroncong di tengah malam buat sedap halwa telinga saja.
Kalaulah betul pun takkan hala dalam 'seluaq dalam' PKR...rakyat kena basuh?...tak pasai.

Jadinya, jawatan MB ni milik PKR sorang ke?.....habis tu PAS dan DAP ni jadi pak pacak tak dak 'say' langsung ke? Hinggakan ada dengar dari suara Mak Cik Lebar Daun dari daerah Jin Bertandang kata, PAS dan DAP jangan menyibuk dalam urusan memilih MB.....kikikikiki...Tak pa kita paham sebab Mak Cik Lebar Daun ni mana reti berpolitik setakat AJK Persatuan Kompang je.

Berbalik kepada jawatan MB tadi.....habis tu takkan hantu jadi MB?

Selebihnya hanpa fikirlah sendiri.

PAS fikirlah semasak2nya apa untung nasib PAS menjelang PRU14 nanti khususnya di Selangor.

al-brangionline:

Kekadang tajuk posting menggambarkan sesuatu tersirat.

Tuesday, 28 January 2014

Khalid di'mangsa'kan?, 'Kajang' melipat layu...Anwar masih ber'dengus' kot???


Sebaik saja PRU13 berakhir, Kerajaan Selangor terbentuk dengan kemenangan kepada Pakatan Rakyat setelah BN hanya memenangi 12 kerusi manakala Pakatan Rakyat melalui PAS 15, DAP 15 kerusi dan PKR mendapat 14 kerusi .

Ramai penganalisa politik nampak PAS akan memacu Selangor dan akan perolehi MB PAS yang pertama berdasarkan jumlah kerusi yang diperolehi.

Ada satu 'puak' menyedari hakikat bahawa ia terlepas peluang yang besar nak jadi MB. Maka jari jemari tunding menunding kononnya PAS mengkhiati PKR di Kota Damansara apabila kerusi bertanding bertindih tiga yakni BN, PKR melalui parti 'cap penumbuk' dan PAS dan BN telah menang. 

Ia menjadi hangat setelah tahu keputusan PKR kalah. Kalau PKR menang KD habis cerita. Hilang kisah 'kencing-mengencing'. Pada hal PKR sendiri pun tak tahu sebelum PRU13 berapa kerusi mereka akan dapat, ia menjadi hangat setelah di'andai'kan kalau-kalaulah Kota Damansara menang, kedudukan akan menjadi 15 (walaupun sebelumnya PKR sendiri tak tahu akan dapat 14 kerusi.)

Mereka lupa di Semenyih, parti harapannya di Kota Damansara sendiri telah ikut bertanding menjadikan ia bertindih tiga kerusi BN_PKR dan parti 'cap penumbuk'. PKR juga kecundang di situ. Tapi taklah pulak dikatanya parti 'cap penumbuk' itu 'kencing'kan mereka.

Tindakan PAS dengan sikap berbesar hatinya dan atas semangat setiakawan mencadangkan kepada Istana calon MB iaitu TS Khalid Ibrahim juga turut di sokong oleh DAP memeranjatkan banyak pihak dan bertambahlah parah lagi puak yang meng'idam'kannya.

Setelah beberapa lama pentadbiran berjalan dengan tenang tiba-tiba meletup pulak keputusan kenaikan elaun DUN Selangor, ada yang sokong ada yang tak sokong. Yang tak sokong beri alasan rakyat perlu diutamakan bla...bla...tup...tup bila nama sendiri ter'cicir' dari sebuah konglomerat terbesar di Selangor udah jadi macam perang dunia ketiga.

Pada mulanya big boss masuk campur itu tak betul ini tak ikut prosedur bla...bla dan selepas itu dua orang teraju utama konglomerat itu ter'hantar' balik ke SUK maka bertambah parah lagi keadaan.

Senerio yang nampak seolah2 tiada jalan lain melainkan dengan cara me'mangsarela'kan seseorang. Adun  PKR Kajang sudah meletak jawatan semalam secara mengejut bagi orang awam tapi bagi pemain politik dalaman ia semacam modus operandi seorang peragut. Dulu pernah terjadi di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri, Adun PKR juga telah di'mansarela'kan meletak jawatan untuk memberi laluan pada seseorang. Begitu jugak terjadi di Permatang Pauh.

Saya berpendapat meletakkan siapa saja di Kajang, beri ia bernama Anwar Ibrahim ke, beri ia bernama Rafizi ke itu tidak menyelesaikan masalah. Kita kena korek dan kembali kepada 'ibu' kepada segala masalah.

'Ibu' kepada segala masalah ialah umum sudah tahu iaitu ada orang lain mengidam jawatan Menteri Besar, ye macam ibu muda mengidam nak makan daging rusa beranak tunggal berwarna putih.....adeeeessss susahnya nak cari dan nak dapatkan.

Isunya di sini, adakah penyandang Menteri Besar itu ada cacat cela atau penyelewangan besar berlaku? Apa keperluan dan justifikasi si penyandang di'turun'kan? 

Kekadang pemain politik ini lupa akan undang-undang off-side, sliding tackle bertujuan mencederakan pihak lawan, ungentlemanly conduct dengan menarik baju walaupun ada yang kata itu hanya professional foul.

Secara politiknya, post Menteri Besar Selangor bukanlah post peribadi atau hak individu Ia ditentukan melalui perundingan ketiga-tiga parti dan yang paling penting ia mesti mendapat restu Istana.

Blog ini nampak ketua sesuatu parti di Selangor ada keperluan ditukar. Masalahnya big bos ada berani ka? Lazimnya memanglah mana-mana Ketua parti mana-mana negeri sekalipun yang mana partinya menang majoriti maka ia ada harapan cerah jadi MB dan dalam kes ini PAS dan DAP menang majoriti tapi dengan berbesar hati beri kepada TS Khalid Ibrahim, bukan beri kepada PKR...ini semua mesti ambil maklum.

Sekarang rakyat bertambah matang lebih-lebih lagi dalam keadaan barang keperluan semuanya naik 'kecuali' kangkung. Rakyat sudah mual dengan cakap lain bikin lain...flip flop...kluk klek. Rakyat sudah nak termuntah dengan mainan politik ala-ala kangkung demi melestarikan 'nafsu' besar seseorang.

Secara jujurnya saya redho PR kalah dalam PRK kali ini. Dan jika kalah sungguh pun, PR masih memerintah  Selangor. Biarkan ia jadi satu pengajaran dan kesedaran bahawa keinginan rakyat sentiasa mendahului keinginan peribadi. 

Sesekali terfikir jugak......ntah-ntah big boss sendiri yang kemaruk.....Wallahua'lam.

al-brangionline:

Politik ala-ala kangkung memang memualkan. [sumber .][ sumber .][ sumber .]

Monday, 27 January 2014

Noh jangan tunjuk 'bagak'...Khalid jangan jadi 'pak cik perasan'......dua2?????


Bukan nak pertikaikan siapa akan jadi jaguh dan siapa yang akan kantoi kalau jadi debat Khalid Samad-Noh Omar.

Kedua-duanya merupakan 'singa' di Selangor.

Saya duk fikirkan apa natijahnya selepas pedebatan?

Siapa menang siapa kalah tak jadi soal.

Apakah selepas berdebat itu aqidah umat Islam terus melantun kuat?

Apakah selepas berdebat itu terus Syariat Islam terangkat?

Apakah selepas berdebat ini akan selesai segala 'bising2' di luar sana?

Mesti ada rahmat tersembunyi di sebalik pembatalan itu.

Noh tak perlu tunjuk 'bagak' nak pergi terjah Karangkraf macam buadak kecik hilang botol susu.

Khalid pulak tak payahlah nak perasan diri sudah menang kerana kita tak tahu siapa 'sekolah'kan siapa dalam hal ini.

Kalau jadi pun, tak 'mboh' aku dengor...tak dok ppeddoh......setakat debat biasa...macam kat sekolah dulu...yang menang tak ke mana...yang kalah pun tak ke mana, setakat dapat sijil penyertaan dan dapat tepukan atas belakang oleh cik Gu Besar.


al-brangionline;

Kura-kura atas titi...dua-dua tarak otoriti. [sumber .]



Thursday, 23 January 2014

Rasanya Khalid perlu ke 'SINI' untuk elak 'bayang -seram' Azmin

Ini hanya pandangan peribadi blog ini, tak semestinya ia sama atau sependirian dengan PAS.

Tan Sri Khalid perlu masuk PAS dan kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Jika itu terjadi maka PAS akan jadi 16 kerusi diikuti dengan DAP 15 kerusi manakala PKR akan jadi 14 kerusi.

Kalau benar-benar terjadi maka harapan Azmin nak jadi Menteri Besar Selangor akan jadi nipis senipis 'roti-tisu'.....udahlah roti itu nipis malah rapuh.

Saya pernah dengar TS Khalid pernah berkata kepada seorang YB, "Kalau saya tersalah belanja duit Negeri, apa yang saya nak jawab bila berhadap dengan Allah SWT besok,"

Hampir menitis air-mata dengan berdiri bulu roma bila mendengarnya.

Semoga dilanjutkan usia Tan Sri agar dapat memacu Negeri Selangor menjadi Negeri yang sejahtera, aman makmur seperti selalu Khatib di Negeri Selangor berdoa dan semoga Tan Sri sentiasa berada dalam RahmatNYA. Ameen.

Sedikit sebanyak rakyat naik pening dengan kemelut 'Khalid-Azmin' ni dan sebelum rakyat naik mual setelah diputar-belit oleh Amenu, iainya perlua diselesaikan segera.

Bila TS Khalid berada dalam PAS, Azmin tidak perlu risau atau rasa cuak kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PKR......kalau berhajat jugak terpaksalah 'talkin'kan amenu dulu ketika itu Pakatan Rakyat akan buat keputusan parti mana yang ada lebih kerusi dan itu pun tertakluk kepada 'consent' Istana.

Rasanya penyokong Azmin tak perlu marah atau turun berdemo mendesak albrangi dipecat dari PAS kerana kita kena jelaskan pandangan kita siapa sebenar musuh politik kita. Musuh kita adalah amenu.

al-brangionline;

Hamba hanya pacal yang hina.

Wednesday, 22 January 2014

Apabila Penguin cakap Terengganu, "Sap kok luh.....kepok lekor 5 rial !!!".....



Berguni-guni keropok lekor pelbagai jenis perasa ikan,

Beguni-guni besi buruk dari sisa-sisa runtuhan sebuah stadium,

Beguni-guni batu-bata dari sisa-sisa runtuhan beberapa buah Masjid,

Berguni-guni kaset lagu 'Ulit-Mayang',

Berguni-guni kangkung pelbagai jenis dari setiap daerah dan beberapa 'Pokke-hangguk' @ 'camelion' @ 'pok yek' yang fasih bertutur dalam loghat semua daerah akan dibawa ke Antartika untuk tujuan kajian saintifik.

Beratus-ratus kamera CCTV dipasang disetiap sudut di kawasan sang Penguin bergolek santai untuk merakamkan kebarangkalian Penguin-penguin tersebut ber'mesra' dengan salah satu elemen yang dibawa. 

Jika kajian ini berjaya maka ribuan Penguin-penguin ini akan diimport masuk dan akan dilepaskan di Pantai Batu Buruk untuk tarikan pelancung.

Wah Terengganu tempat tumpahnya darah ku......nanti anda jagan terkejut bila atau 'signage' lalulintas tertera. "Awas Penguin sedang bergolek di sini" [sumber .]

al-brangionline;

'Nunggeng nyiorbelake'......kikikikiki

Nota kaki:

"Sap kok luh...kepok lekor 5 rial" diertikan "{Hisap rokok dulu.....keropok lekor 5 ringgit"

Tuesday, 21 January 2014

Ghani Patail sila buktikan kamu tidak 'bodoh' dan Ling tidak 'cerdik'

Malaslah nak kata sapa bodoh sapa cerdik atau dua-dua bodoh atau dua-dua cerdik.

Yang pastinya PKFZ ter'gadai' begitu saja.
Takkan PKFZ tanah yang tak bernyawa itu yang bodoh.

Kekadang tertanya-tanya dalam kes ini, Rakyat Malaysia yang bodoh ke atau demer yang bodoh?

Sapa dia 'demer' tu?
Entah aku pun tak tahu.

al-brangionline;

Teringat kata-kata Hang Tuah, "Akukah benar atau Jebatkah benar".....ceh.....wah......
_________________________________________________________________
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
JANUARY 21, 2014
Tun Dr Ling Liong Sik bebas tuduhan menipu Kabinet dalam kes PKFZ. Gambar fail.Tun Dr Ling Liong Sik bebas tuduhan menipu Kabinet dalam kes PKFZ. Gambar fail.



















Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dibebaskan atas dakwaan menipu Kabinet berhubung pembelian tanah untuk Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menggelar peguam negara bodoh.
Dr Ling berkata, Kabinet sebenarnya membuat keputusan yang betul untuk membeli tanah bagi projek tersebut.
"Dalam hal ini hanya peguam negara yang beranggapan keputusan itu salah, mereka adalah bodoh," katanya pada satu sidang media di Kajang, hari ini.
Baru-baru ini Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail gagal dalam dakwaan ke atas Dr Ling dan seorang lagi bekas menteri pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dalam kes penipuan terhadap kerajaan dalam pembelian tanah PKFZ. - 21 Januari, 2014.[sumber .]

Monday, 20 January 2014

Lagi-lagi PKNS : Kali ini Pengurus Besar dan SU Kerja pulak ter'mangsa'

Apa yang sebenar berlaku di Selangor ni khususnya di PKNS?

Selepas isu Azmin, Pengurus Besar dan Setiausaha Kerja pulak di tukarkan jawatan masing-masing.

Malas nak korek rahsia sebenar di sebalik permainan 'wayang kulit' ni, hanya Tok Dalangnya saja yang tahu jalan cerita sebenar.

al-brangionline:

Seorang penjaga gol yang bagus, sekali dia 'fumble' dan 'bluder' akan terjejas jugak kredibilitinya.
p/s ......dah boring ke pegang Selangor.....???

________________________________________________________________________
Pegawai Tinggi PKNS Dipecat
Othman Omar
PETALING JAYA: Dua pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang berada di tengah-tengah kontroversi pengguguran Mohamed Azmin Ali daripada badan itu digugurkan daripada jawatan masing-masing berkuat-kuasa serta merta.
Menurut sumber tertinggi, Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek sudah dimaklumkan mengenai pertukaran jawatan masing-masing.
Difahamkan langkah itu dibuat berdasarkan arahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berada di bawah tekanan bagi menjelaskan mengenai pengguguran Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada jawatan ahli lembaga pengarah PKNS.
Abdul Khalid yang sebelum ini menyalahkan PKNS mengenai pengguguran Mohamed Azmin dijadual mengadakan pertemuan dengan kedua-dua individu berkenaan pada Isnin.
Norita Mohd Sidek
Lembaga Pengarah PKNS di jadual akan bermesyuarat hari ini dan Abdul Khalid dijangka hadir.
Isu pengguguran Mohamed Azmin menjadi hangat apabila kerajaan negeri dan PKNS menuding jari antara satu sama lain malah Abdul Khalid pula menyatakan hanya mahu memberikan penjelasan setelah berjumpa dengan pengurusan perbadanan itu pada Isnin.
Pada Sabtu, Abdul Khalid menafikan dakwaan beliau terlibat dalam membuat keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dan menjelaskan perkara itu dicadangkan oleh Othman yang mahu menamatkan khidmat Ahli Parlimen Gombak itu pada penghujung bulan ini.
Bagaimanapun kenyataan Menteri Besar itu disangkal oleh Norita yang memaklumkan kuasa melantik Anggota Lembaga Pengarah adalah di tangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Abdul Khalid dan bukan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS.
Norita berkata, pengguguran Azmin itu juga disahkan oleh MMKN pada Disember lalu.[sumber .]

Sunday, 19 January 2014

Azmin janganlah buat 'cerdik-bagak'; nasib MB Selangor bukan di tangannya


PKR Selangor bergolak. Blog ini merasakan ini bukan masalah Azmin dengan TS Khalid, ni masalah jawatan Menteri Besar itu sendiri.

Umum telah tahu sebaik selesai PRU13 lalu, Azmin telah men'terbeliak'kan matanya pada jawatan itu. Tapi yang men'terencat'kannya ialah PKR hanya dapat 14 kerusi kurang 1 kerusi dari PAS. PAS berjaya dapat 15 kerusi manakala DAP pun dapat 15 kerusi dan BN selaku pembankang dapat 12 kerusi.

Di mana-mana negara sekalipun mana-mana parti politik yang berjaya dapat majoriti walapun hanya dengan 1 kerusi berhak serta layak untuk disyorkan kepada Dewan dan dalam kes ini kepada Sultan untuk mendapa jawatan MB.

Tapi PAS dengan semangat setiakawan berbesar hati mengesyorkan kepada Sultan nama TS Khalid sebagai Menteri Besar. Ini didasarkan diatas kecemerlang TS Khalid memacu Selangor sepenggal yang lalu.

Setelah Azmin di'singkir' dari Lembaga Pengarah PKNS, per'seteruan' Azmin-Khalid tidak boleh diselindungkan lagi dan ada desas desus Khalid akan disingkirkan dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Setahu saya penyingkiran Menteri Besar bukan terletak kepada sorang dua individu dalam PKR hatta di tangan Azmin sendiri selaku Ketua PKR Negeri Selangor. Ia melibatkan restu dari Istana dan Pakatan Rakyat. Kalau ikut 'sifir' matematik mudah PAS lebih layak mengesyorkan calonnya yang baru atau kekalkan TS Khalid sekalipun PKR Selangor mem'benci'nya kepada Istana.

Teringin atau tak teringin sekalipun jawatan Menteri Besar, Azmin dan orangnya tidak boleh buat kerja 'gila'.

Nasib baik PRU14 jauh lagi, kalau tidak UMNO/BN Selangor akan sekali lagi mendendangkan...'Lenggang-lenggang Kangkung'.


al-brangionline;

Kekadang terlupa pulak kita ni dalam Pakatan Rakyat bukannya parti sendiri......[sumber .]

Thursday, 16 January 2014

Azmin kena 'lenggang - kangkung'?

Umum semua sudah tahu Azmin dihantar surat yang dengan sendiri menerangkan maksudnya bahawa dia tidak senang cerita tidak lagi jagi Ahli Lembaga Pengarah PKNS.

Ada orang kata TS Khalid 'buat' begitu kerana nak kurangkan pengaruh Azmin menjelang pemilihan PKR nanti. Ada orang kata Khalid akan bertanding Timbalan Presiden.

Tapi blog ini rasa tak mungkin Khalid buat tindakan se'cerdik' begitu kerana dengan tindakan begitu lagilah Azmin mendapat sokongan atas dasar simpati.

Anwar pulak keluar kenyataan yang semua orang nampak semacam nak jaga hati penyokong Azmin. Cuma apa yang blog ini nak komen kenyataan Anwar yang kata kembalikan kedudukan Azmin dalam PKNS atau dalam bahasa mudah jangan singkir Azmin kerana kata Anwar hanya EXCO gan Menteri Besar sahaja boleh buat lagu tu. [sumber .]

Yang peliknya  PKNS kata [seperti DI SINI ] keputusan me'nyingkir'kan Azmin adalah dibuat oleh EXCO selaras dengan Mesyuarat EXCO pada 13 November 2012 dan disahkan pada 4 Disember 2013.Blog ini pun rasa macam tak munasabah Anwar tak tahu atau hanya semata nak jaga hati Azmin dan penyokong Azmin?

Blog ini jadi makin bertambah celaru bila TS Khalid sendiri kata keputusan penyingkiran Azmin ialah datang dari arahan Pengurus Besar PKNS sendiri seperti DI SINI .

Walau apapun blog ini berpendapat kenyataan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek yang berkata berdasarkan surat bertarikh 8 Januari 2013 yang dibuat selaras dengan Mesyuarat EXCO pada 13 November 2013 dan disahkan pada 4 Disember 2013 bolehlah kita faham Azmin ter'singkir' secara sah.

Apa-apa pun hak prerogative terletak di tangan Menteri Besar untuk menyingkir atau mengekalkan sesiapa.

Selepas ini 'Lenggang kangkung' mungkin dinyanyikan oleh puak amenu pulak.

al-brangionline;

Kangkung goreng kicap pun sedap jugak.....kena pulak dengan nasi panas.....pheeewwwww.


Tuesday, 14 January 2014

Patutlah si-Kamal tak melawan walaupun......




Macai  : Hey machaaku tumbuk kan
Maca   :  Lu tumbuklah berani kalu
Macai  :  Hey machaaku tumbuk kan
Maca   :  Lu tumbuklah berani kalu
Macai  :  Hey machaaku tumbuk kan
Maca   :  Lu tumbuklah berani kalu
Macai  :  Gedeboook
Maca   :   Lu betul-betul ada berani

Dialog di atas tiada kena mengena dengan cerita di bawah.

"MIC Gesa Lelaki Serang Kamalanathan Dikenakan Tindakan
KUALA LUMPUR: Pemimpin MIC mahu tindakan diambil terhadap lelaki yang didakwa menyerang Timbalan Menteri Pelajaran P. Kamalanathan pada Ahad.
Setiausaha Agung MIC A.Prakash Rao berkata beliau kesal apabila seorang lelaki menunjukkan kemarahannya di khalayak ramai.
"Ini bukan cara untuk mendekati seorang timbalan menteri yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor," kata beliau ketika dihubungi.
Pada Ahad, Kamalanathan telah menghadiri program di bahagian ini dan beliau telah diserang oleh seorang lelaki, dipercayai anggota Pemuda Umno Hulu Selangor berhubung permintaannya mengenai pemindahan guru sekolah.
Ketua Penerangan MIC L.Sivasubramaniam berkata penyerang 'patut dihukum'.
Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel meneliti kes itu.
Ketua Pemuda MIC C.Sivarraajh berkata sayap itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
"Ia sama sekali tidak boleh diterima apabila seorang lelaki menyerang seorang timbalan menteri yang merupakan Ahli Parlimen kawasan itu. Perbuatan seperti itu memang salah dan tidak sepatutnya berlaku," katanya sambil menyeru jawatankuasa disiplin Umno untuk bertindak.
Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj A. berkata tindakan lelaki itu adalah memalukan seluruh pergerakan belia BN. " [sumber .] [sumber .]

al-brangionline;

Tangan yang ku cium pantang aku derhaka......kikikikiki

Monday, 13 January 2014

Antara 'furadan', 'kencing' dan kangkung......mamai 'menyerap' ke hotak

Kata orang kalau nak bunuh ulat daun kita boleh campur sedikit 'furadan' dan digembur dengan tanah di sekeliling pokok.

Dan hasilnya kita akan tengok pokok membesar dengan daun menghijau jauh dari 'anasir' tak diundang.

Tetapi 'furadan boleh membunuh ala-ala kejamlah jugak. Baru-baru ni satu kolam ikan dalam kolam sahabat habis 'licin' disapu bersih oleh sang biawak. Saya diberitahu oleh sahabat yang lain senang je kaedah nak meng'hapus' sang biawak dengan hanya letak sesudu 'furadan' ke dalam perut ayam.....bila sang biawak datang maka itulah merupakan 'hidangan'nnya yang terakhir.

Begitulah perana 'furadan' ia boleh jadi ubat dan dalam masa yang sama ia boleh jadi racun......kepala hotak anda mungkin sudah lama terserap 'furadan' sebab tu anda tak terasa apa-apa lagi bila amenu mem'furadan'kan kepala hotak anda.

Manakala kencing.....adesss mesti ada yang kembang liur menyumpah2 apalah teruknya blog ini guna istilah najis.....kasar dan tak beradab. Itulah hakikatnya.....ramai orang boleh menerima kalau kencing dikatakan najis. Kalau pakaian dan tempat sujud kena najis mesti cepat-cepat menakar pakaian lain. Tapi adakah anda sedar kepala hotak anda saban hari di'kencing' dengan kenyataan 'Cap ayam'? Anda tak dapat nak berfikir dan bertindak apabila amenu saban hari 'kencing'kan anda.

Semalam stesyen penyiar paling 'muktabar' dan siangnya kitab paling 'muktabar' kebanyakan orang Melayu mengeluarkan perihal fadhilat 'kangkung'. Sekali lagi sesetengah anda akan di'bebal'kan dengan kangkung hingga kepala hotak ber'toksin'kan kangkung lalu bertindak pun ala-ala si bapak Propesior 'Kangkung'. [sumber .]

al-brangionline:

Lenggang si-lenggang kangkung
Ramai sudah jadi 'mengong'


Friday, 10 January 2014

Nasib Muhdalena si'-baju hitam'


MUHDALENA Ahmad keluar dari Mahkamah Sesyen Putrajaya, hari ini, selepas mahkamah memerintahkan beliau membela diri kerana terbabit dalam kejadian amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, dua tahun lalu. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor.
Jan 10, 2014 5:20 pm


PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan seorang wanita, Muhdalena Ahmad yang terbabit dengan kejadian amuk di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Julai 2012 membela diri atas empat pertuduhan yang dihadapinya.

Hakim Mohamed Kamil Nizam membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes.

Peguam M Visvanathan yang mewakili Muhdalena, 28, memaklumkan bahawa anak guamnya akan memberi keterangan membela diri secara bersumpah serta mengemukakan empat saksi termasuk dua pakar psikiatri.
Muhdalena berdepan empat pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Mahkamah menetapkan 23 Februari ini untuk Muhdalena membela diri
. [sumber .]
al-brangionline;
Tengok susuk tubuh dan raut muka macam susah nak percaya......meng'amuk' nak kahwin kot atau terpedaya......teringat akan kisah 'Trajedi SAUK' seperti DI SINI.

Wednesday, 8 January 2014

100 ekor unta tanda sayang?.....biar betul 'Lahab'......



Ada sorang sahabat perli, "Tak hafal2 lagi ke?"

Perli ini sentiasa didengar setiap kali ada Majlis Marhaban ketika sahabat-sahabat buat Majlis Aqiqah.

Sesekali terasa nak bagi 'left-hook-undercut' je.....tapi tak sampai hati.....nanti hilang pulak mood makan kambing.

Memang Salawat ke atas Nabi SAW dianjurkan oleh Nabi SAW sendiri malah diarah oleh Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab, Ayat 56: " Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi s.a.w. Wahai orang-orang beriman hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi dan mengucapkan salam kepadanya sebenar-benarnya salam."

Diri ini hanya mampu berselawat ke atas Nabi SAW tapi tidaklah selunak macam si Qari...berlagu-lagu mendayu-dayu.....sekurang-kurangnya diri ini tidak melawan Syariat yang dibawa oleh Nabi SAW.

Mereka yang kononnya 'hafal' setiap patah dalam 'Marhaban' dengan suara lunak bergema malah berarak megah berSelawat......sebahagiannyalah jualah yang 'menentang' syariat yang dibawa oleh Nabi SAW.

Semasa Nabi SAW dilahirkan ke dunia, punyalah gembira pamannya Abu Lahab sehingga pamannya ber'korban' 100 ekor unta tapi akhirnya Abu Lahab itulah jugak orangnya yang menentang Syariat Nabi SAW.

Jadilah Selawat sebagai ibadat bukannya adat.

al-brangionline:

Ya Rasulullah SAW, Syafaat mu kami tagih.



Tuesday, 7 January 2014

Ku Nan udah jadi YDP PAS ke?


Sebelum diri ini 'hilang' suara kerana batuk baik diri ini nak gelak besar.....kakakakakakakaka......kikikikikikikikiki......kohkohkohkohkohkohkohkohkohkohkoh.

Semenjak bila Umno bercakap pasal Syariat Islam ni?

Nak tanya apakah hiburan yang ada dalam majlis Umno atau dalam pemancar macainya yang ikut Syariat Islam.....K-Pop...konsert hiburan...red carpet...membazir membakar bunga api...menyambut tahun Baru 1 Januari....ah tak ayah sebutlah...bagi Umno memang ada krisis Syariat...blurr dan fening-fening lalat....hatta zapin inang joget lambak sekalipun...terdedah paha sana sini...lagho...mungkin pengiat seni mesti marah pada diri ini kerana kata inang zapin joget lambak memang jelas tak ikut Syariat Islam (mungkin ia tidak bercanggah pada bangsa Melayu kerana pakainnya memang budaya Melayu...perempuannya memakai kebaya bersanggul kelihatan anggun dan ayu lembut langkahnya.....tapi boleh tak mana-mana  Tok Ppeti beri fatwa mendedah aurat demi bangsa dan negara itu ikut Syariat Islam?)....macam mana Tok Ppeti yang beri fatwa 'Bhugah' tu.....takkan hanya beri fatwa bermusim aje tuan Syeikh......

al-brangionline:

Kalau orang tak muka Ku Nan, tentu orang ingat dia ni YDP PAS.....kikikikikiki. [sumber .]