Followers

Sunday, 7 December 2014

Rakusnya MPKj......di'rongkas'nya bersekali dengan akar......alahai

GAZA yang hanya berukuran lebih kuran 11+ kilometer x 50+ klometer di khianati Zionis, dibedil, di bom, Masjid, Hospital, Sekolah dll hancur musnah dan ramai rakyatnya mati.
Rezab 'monsoon drain' di sebelah rumah saya yang hanya berukuran 80 kaki x 5 kaki dimana saya ada tanam 3-4 perdu pokok pisang, satu pokok belimbing buluh yang sedang rancak berbuah, 2 pokok rambutan yang sedang membesar (baru 3 kaki tinggi) dan 3 pokok durian belanda.
Tujuan saya tanam itu adalah semata-mata memanfaatkan tanah kosong tidak terlintas dihati menjadi jutawan segera sebagai petani mithali. Usaha itu adalah semata-mata untuk mengukuhkan tebing kerana di Bangi hujan nya boleh tahan lebat.
Pada Khamis lepas datang beberapa orang pegwai MPKj memaklumkan pokok-pokok itu akan di'nyah' keluar. Maka berlakulah omputeh kata 'some heated arguments' antara saya dengan mereka.
Mereka mengatakan proses 'maintain' 'monsoon drain' dibuat setahun sekali dan kontraktornya susah mengambil gambar sesudah siap bekerja.
Saya jawab kalaulah diguna machine yang besar seperti RB, Hydraulic Excavator atau paling koman 'backhoe' silakan, tapi ini hanya mengunakan cangkul, parang kontot dan mesin memotong rumput. Pokok itu tidak menggangu flow atau aliran air malah ia menambah kestabilan tebing.
Tetapi pegawai MPKj itu dengan bangga dan megahnya akan memanggil polis kalau saya menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Saya mengaku memang ada me'maki' mereka dengan bahasa yang sinis kerana kerja-kerja pengurusan kontrak dan perkara yang melibatkan rezab parit dan sungai, aliran dan kestabilan cerun adalah bidang saya.
Nasib baik ketika itu kaki saya sakit membengkak, itulah hikmah bila sakit, kalau tidak mungkin saya menginap satu malam dalam lokap kot.
Tak sampai beberapa minit selepas itu datanglah pekerjanya me'rongkas' poko-pokok itu bersekali dengan akar-akar tunjangnya, agaknya mereka tak mahu sebarang 'zuriat' akan muncul kemudian nanti. Ironinya, mereka lambak 'debris' itu dihadapan rumah jiran. Cantik dan kemas kerja kamu.
Kenapa tak dirobohkan segala warung-warung dan kilang haram disepanjang sungai-sungai yang berada di daerah Hulu Langat ini? Kenapa tak selesaikan masalah banjir di Kajang?Jawab mereka, oh itu di bawah unit lain, agak-agak cerdik tak jawapan itu kalau kita menjadi Ahli Majlis MPKj, hatta sebagai seorang 'Lawmaker' sekalipun.?
albrangionline: 
Wahai mereka yang mempunyai kuasa samada MPKj ataupun 'Lawmaker' yang berkaitan, jangan terlalu 'complacent' ketika berada di atas, kerana 'roda-roda' itu sentiasa berpusing.
p/s segi 'dollar and cents' bukan menjadi ukurannya, tetapi 'kerakusan' itu yang sangat-sangat dikesali