Followers

Monday, 1 December 2014

Azmin yang bijak, DAP yang cerdik.....alahai 'Machiavelli'

Jelas DAP mempunyai sikap tamak dan tidak boleh bertolak ansur, sentiasa hendak menghimpit PAS atau bahasa brutalnya hendak membuli PAS.

Komposisi kerusi mengikut parti dalam Pakatan Rakyat ialah PKR (13), DAP (15) dan PAS (13+2) +1 Bebas (mesra PR).

PKR dipersetujui mendapat jawatan Menteri Besar untuk memimpin Selangor setelah 'Langkah Kajang' berjaya 'menendang' Tan Sri Khali Ibrahimndari kerusi Menteri Besar walaupun GAGAL me'nobat'kan Datin Seri Wan Azizah isteri kepada Ketua Umum PKR yakni Anwar Ibrahim.

Setelah Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Besar, beliau telah melantik 4 orang EXCO dari PKR yang menjadikan jumlah 5 orang dari PKR.

DAP mendapat peruntukan 3 jawatan EXCO, manakala PAS mendapat 3 EXCO dan Timbalan Speaker.

DAP tidak berpuashati kerana jumlah kerusi mereka sejumlah 15 kerusi hanya diberi 3 EXCO (walaupun kerusi Speaker adalah dari DAP). Mereka mahukan jawatan Timbalan Speaker tetapi kalah dalam undi sulit kepada ADUN PAS, mereka tidak berpuashati lalu 'demand' kerusi Timbalan Speaker diwujudkan 2 orang dan inginkan kerusi Timbalan Speaker ke2 diberi kepada mereka.

Sebelum 'pertukaran' jawatan Menteri Besar, PAS mempunyai 4 orang EXCO.' tetapi selepas pertukaran, Azmin hanya memberi PAS 3 kerusi EXCO walaupun PAS mempunyai 15 kerusi kerana berkemungkinan Azmin memikirkan 2 ADUN PAS sudah tidak kententuan serta kecelaruan 'gender' mereka, samada mesra PKR atau pun masih dalam PAS.

Manakala PKR, Azmin meng'hadiah'kan 4 orang EXCO, walaupun Azmin sedar mereka hanya mempunyai hanya 12 kerusi setelah Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dari PKR. Azmin yakin PAS dan DAP tidak membantah kerana 2 ADUN PAS yang berada di dalam dilema' tahap akut.

Tetapi Azmin dengan bijak meng'hadiah'kan jawatan Timbalan Speaker kepada PAS sebagai 'gantirugi' ke'hilangan satu kerusi EXCO.

Di sini terserlahnya hati budi dan isi perut DAP, mereka tidak berpuashati lalu mencalonkan seorang ADUNnya, tetapi kalah dalam undi sulit yang diadakan.

Kalau mengikut asasnya, semacam DAP layak demand kerusi Timbalan Speaker ke2 kerana mereka yang mempunyai 15 kerusi ADUN, tetapi hanya mendapat 3 kerusi EXCO + 1 kerusi Speaker menjadikan 5, manakala PKR yang hanya mempunyai 12 kerusi ADUN mendapat 1 MB+ 4 EXCO menjadikan 5.

Saya nampak pertembungan ini adalah di antara DAP dan PKR kerana jelas kedua-duanya bersikap 'TAMAK' dan sekarang sudah terserlah segala 'titik-tik-hitam' dalam hati mereka.

Berpegang kepada slogan "Rakyat Hakim Negara", biarlah kemelut ini di'selesai'kan oleh Rakyat Selangor.

PKR dan DAP tentu menyedari, kemelut ini men'celik'kan mata pengundi, namun ia akan hilang ditelan masa kerana PRU masih jauh lagi......itulah agaknya tanggapan mereka.

albrangionline: Itulah politik ala2 'Machiavelli'......"the employment of cunning and duplicity in statecraft or in general conduct"
___________________________________________________________________________

DAP berkeras mahu timbalan speaker II S'gor


ADUN DAP Ng Suee Lim berkata, DAP akan tetap meminta jawatan timbalan speaker kedua daripada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Ini kerana, beliau berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini pernah menjanjikan jawatan itu kepada DAP.

Bagaimanapun, katanya, beliau menyerahkan perkara itu kepada Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut bersama Azmin.

"Ya (Majlis Pimpinan Pakatan janji jawatan timbalan speaker). Bagi dia (Tony) bincang dululah.

“Kita tengok macam mana. Kita akan bincang dalam keadaan yang baik," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Annex, Shah Alam.

"Semasa tamatnya kemelut menteri besar, Majlis Pimpinan Pakatan telah bersetuju untuk melantik satu lagi timbalan speaker.


Ng berkata, untuk melantik timbalan speaker baru hanya memerlukan pindaan dalam enakmen sahaja selepas persetujuan dicapai di kalangan komponen Pakatan.

'PKR dapat MB, tambah exco'
Beliau menegaskan, sejak kemelut menteri besar Selangor yang lalu, DAP tetap dengan pendirian untuk bersama dengan Pakatan.
“Kita tidak berganjak pendirian kita. Tetap istiqamah walaupun kita diserang pelbagai pihak.
"Persoalan sekarang ialah kenapa PKR boleh dapat menteri besar, tambah exco. Itu persoalan yang timbul," katanya lagi.
Ditanya bilakah pertemuan bersama Azmin akan dibuat bagi membincangkan perkara itu, Ng berkata ia akan dibuat dalam masa terdekat.
"Selepas ini, mungkin selepas sidang DUN," katanya lagi.
Semalam, Tony berkata, DAP tetap akan melobi agar satu lagi jawatan timbalan speaker diwujudkan selepas ia dimenangi PAS melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN sebelum ini.
Tony menyatakan hasrat parti itu dalam konvensyen DAP Selangor semalam. 
[sumber .]