Followers

Thursday, 13 November 2014

DAP hanya sebagai 'rubber-stamp', manakala PAS dijadikan 'kambing-hitam'

PAKATAN RAKYAT adalah satu pakatan politik yang masih lagi 'HARAM' sifatnya. Ia belum disah-terima oleh ROS, tidak seperti BN.
Ia didominasi oleh PKR. 
DAP hanya sebagai 'rubber-stamp' untuk menyokong apa-apa keputusan oleh KeTum, manakala PAS hanya digunakan sebagai 'kambing hitam' jika berlaku apa-apa 'trajedi' kepada PR.
Pokoknya, 'Pakatan' ini hanyalah sebagai satu platform untuk mengesahkan apa-apa keputusan yang sudah lama diputuskan dalam kepala Ketum.

Jadi, apanya yang PKR dan DAP berlagak macam pengawas sekolah kalau pun tak berlagak macam 'gangster'? 
Kenapa sudah hilang rasa hormat menghormati antara satu sama lain?
Politik cara 'samseng' begitu adalah politik zaman batu.
Kalau beginilah caranya. jangan harap pengundi boleh terima sikap besar kepala yang ditunjukkan.

al-brangionline: 
Kalau aku pegang apa2 jawatan dalam PR, dah lama kena 'penyepak' mereka yang nampak macam baik tapi mulut longkang
________________________________________________________________________

DAP gesa Hadi jangan 'ponteng' mesyuarat lagi

Jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Hadi perlu hadir bagi memastikan gabungan PKR-DAP-PAS berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.

“Atas pandangan bahawa kehadiran Hadi dalam mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan penting, kerana beliau mempunyai autoriti tunggal dalam PAS untuk membuat keputusan, DAP akan akan menunggu sehingga beliau boleh hadir ke mesyuarat sebegitu,” kata Lim.

Minggu lalu, Lim secara terbuka menggesa Hadi hadir.

Ini kerana, katanya, tanpa kehadirannya dan dalam keadaan wakil PAS tidak boleh membuat keputusan bagi pihak parti Islam itu, Pakatan tidak boleh mencari kata sepakat untuk meluluskan sesebuah resolusi.

Hadi dilapor sudah beberapa bulan tidak hadir ke mesyuarat Pakatan.

Ia dikatakan berpunca daripada tindakan Ketua Umum PKR yang berkali-kali membuat keputusan berbeza dengan apa yang diputuskan oleh jawatankuasa Pusat PAS.

Harakahdaily kelmarin melaporkan Hadi sebagai menjelaskan, beliau tiada dalam pentas politik negara sejak September lalu kerana masalah kesihatan.

Beliau berkata “tidak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini” sehingga “suara pun tak berapa nak keluar”. [malaysiakini.]