Followers

Sunday, 12 October 2014

"SYARIAH FREE" dengan 'Ghanimah Needs' semcam sekata

Saya tidak melihat PasMa sebagai satu ancaman pada PAS kerana mereka yang nendokonginya adalah di kalangan kaum yang desperado politik yang berkepentingan hanya bermatlamat 'ghanimah needs'.

Mereka juga memerlukan sokongan akar umbi untuk melonjakkan pucuk masing-masing, sedangkan akar umbi majoritinya tidak berkepentingan.


Yang saya khuatir ialah golongan liberalis al Anwariyyun di dalam PAS. Mereka sebangsa dan seAgama serta seAkidah dengan majoriti akar umbi. Mereka juga berhujah menggunakan AlQuran dan Hadith SAW tetapi mengikut selera kepala otak mereka.


Mereka juga berkepentingan setelah nampak semacam sudah dekat dengan Putrjaya kerana terasa semacam terpanggil 'ghanimah' terhambur di depan mata.

Ramai penyokong tegar bertanya, kenapa golongan ini boleh wujud dalam PAS?


Jawapannya ialah kerana PAS tidak maksum.....di zaman Nabi SAW wujud Abdullah Ubai....inikan dizaman umat "Syariah-Free' lebih2 lagilah parahnya.


al-brangionline:

Yakinlah golongan ini akan tergelincir, InsyaAllah.