Followers

Wednesday, 3 September 2014

'PENALTY SHOOT-OUT' : OH SELANGOR KU

Semua orang tahu PKR dan DAP hanya hantar nama WAWI sebagai calon MB walaupun Sultan titah hantar dua nama. Ini memberi makna PKR dan DAP tidak berkompromi dengan nama lain.
Manakala PAS pula menghantar sekurang2nya dua nama (mungkin 3 nama), kesemuanya dari Adun PKR.
Kemungkinan 1
Sultan akan memilih salah satu nama, secara logiknya PKR dan DAP akan 'sembah derhaka'.
Kemungkinan 2
Sultan akan menolak kesemua nama dan meminta calon-calon dari Adun PAS, secara logiknya PKR dan DAP juga akan 'sembah derhaka' kerana mereka hanya mahukan WAWI sepertimana kehendak Anwar.
Apa akan terjadi jika kedua-dua kemungkinan itu berlaku dan nampaknya besar kemungkinan kedua-dua kemungkinan itu akan berlaku?
Kemungkinan 3
TSKI diminta untuk meneruskan sehingga habis penggal.
Sememangnya sedari awal lagi PKR dan DAP pun akan 'sembah derhaka'.
Apa akan terjadi?
Besar kemungkinan akan diusul undi tidak percaya kepada TSKI
Oh game ini mungkin ke 'penalty-shootout' setelah menjalani 'extra-time' yang 'panjang'.....walau apapun, penontonlah (rakyat) yang akan dan paling keciwa kerana salah satu daripada kumpulan-kumpulan 'pemain' ini akan terkeluar kerana PRN tidak dapat tidak, berkemungkinan akan diadakan apabila DUN dibubarkan.
al-brangionline;
Aku baru nak memahami apa itu 'trouble-maker' dan apa itu 'trouble-seeker'