Followers

Monday, 8 September 2014

'Langkah Kejang' berakhir dengan 'Ulit Mayang'

Ramai orang berkata PAS sekarang sudah berpecah.
Saya tak berhajat nak cerita satu persatu apa yang berlaku kerana anda semua lagi arif dan 'advanced' samada mendapatkan maklumat bersumberkan PAS, PKR dan DAP dan dari beberapa 'rimau jadian' dalam PAS .('Rimau jadian' ini akan wujud dalam mana-mana organisasi yang hendak menegakkan Islam selagi ada bumi dan matahari.)
Semua orang telah jelas dan maklum akan kemelut ini berpunca dari 'Langkah Kajang'. Kita biarkan dulu kemelut projek meng'NYAH'kan MB TSKI ini, biarkan 'Langkah Kajang' menjadi 'LANGKAH KEJANG', kalau pulih pun langkahnya akan seiring dengan mulutnya menjadi hirut.
Berbalik kepada PAS berpecah tadi, percayalah sahabat, PAS InsyaAllah tidak berpecah, ini hanyah proses penyaringan. Ia berlaku di mana-mana organisasi akibat taksub (bahasa kasarnya riak) dengan kebolehan sendiri bercampur tidak sabar hendak naik ke'atas' serta terkesan atau terpengaruh atau sudah lama ter'ke-sudah-atur' projeknya dengan suatu pihak yang lain.
Sudah ditakdirkan 'Langkah Kajang' menjadi 'Langkah Sumbang membawa kepada 'Langkah Kejang' sedikit sebanyak turut mem'bantu' atau memper'cepat'kan proses penringan ini. Itulah di antara hikmahnya.
InsyaAllah PAS akan merapatkan safnya mungkin selepas Muktamar minggu hadapan. Yakinlah setiap keputusan Presiden mahupun Majlis Syura, semuanya menjurus kepada kebaikan parti kerana mereka membuat keputusan dengan tidak membelakangkan Allah SWT. Betul mereka tidak maksum, (yang sebelah sana pun tidak maksum juga), 'ijtihad' mereka untuk kebaikan ahli khususnya dan parti amnya.
Memetik sebahagian dari lirik lagu 'Ulit Mayang' antara lagu daerah yang tersohor di Terengganu......
"Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat"......biarkan biarkan...biarkan mereka pergi agar biar jelas pertembungan PAS hanya dengan musuh yang sudah dikenali zaman berzaman, kerana hendak menghadapi 'rimau jadian' amatlah rumit. Kita kedepan dia mencakar dari belakang, kita berdepan dia tunjukkan senyuman paling manis, kita ke kanan dia cakar balik semula dari kiri, takkan kita nak melayan 'rimau-rimau' jadian ini sepanjang masa, banyak lagi tugasan kita kepada Allah tidak tertegak dan kepada rakyat tidak tertunai.
Sejarah membuktikan apa peranan Abdullah bin Ubai dengan sepupu sepapatnya bersama Rasulullah SAW.
Masa mengejar kita wahai sahabat, sebelum ajal menjemput sekurang-kurangnya ada sedikit jawapan nak dipersembahkan kepada Allah Rabbul Jalil.

al-brangionline:
'KU TAHU ASAL USUL MU.....'