Followers

Tuesday, 9 September 2014

Kisah Benar: Cek tak mau Pengkalan Kubur, Cek mau MB......versi CEMAS

Tiba-tiba si anak kecil menangis teresak-esak sambil menhentak-hentak kaki ke lantai.

Emak dan bapaknya dah tak larat memujuk.

Akhirnya si-bapak bertanya, "Cek nak apa sebenaqnya?"

Sambil tersedu-sedu, "Ayah janji nak beri hadiah jika menang pertandingan main guli,"

Si bapak dan Mak tercenggang, "Mana ada ayah janji,"

Si anak makin kuat meronta, habis di balingnya semua mainan dia, berselerak dan ada yang pecah-pecah.

Si-mak, "Ok, nanti ayah pegi ke Pengkalan Kubur dan belikan bermacam-macam hadiah,"

Si-anak, "Cek tak nak yang di Pengkalan Kubur, ia murah dan tak ori," "Cek nak MB yang kat Shah Alam,"

Si-bapak, "Apa MB tu? CEk nak jugak MB tuh? Mana cek layak"

Si-anak, "Cek tau cek tak layak, tapi cek nak jugak MB tuh. Mercedes Benz!!!"

Si-bapak dan mak terbeliak biji mata, "Mana ayah ada duit, lainlah kalau ayah ada RM3.0 billion, 5-6 biji ayah boleh belikan,"

Si-anak," Alahhh, alasan je ayah,,bukan Mercedes Benz yang betul-betul, yang 'remote control' jual kat Shah Alam tu."

al-brangionline:

Cerita ini tiada kena mengena dengan berita DI SINI .