Followers

Friday, 15 August 2014

SURAT TERBUKA KHASNYA UNTUK ANWAR, LKS dan LGE

Ada sahabat tegur dengan sinis, status akhir2 ni bunyi "bekeng" sikit.
Saya jawab sudah lama saya berlembut, tapi sebelah sana langsung tak ada hormat kepada Parti dan Presiden.
Saya bukan pimpinan tertinggi, tak pandai nak berhujah dan berpidato, yang tahu hanya tampal poster dan menulis sikit-sikit. Yang paling tinggi pun, pernah jadi Ketua Cawangan PAS BBB3 utuk sepenggal (tak mempertahankan terus mencalonkan Tn.Hj. Amir Hamzah Shafii menjadi Ketua Cawangan untuk penggal berikutnya), pernah jadi Ketua UPU untuk 3 ke 4 musim PRU, menjadi PACA (bukan macai tahu) dan yang paling trajis lagi sadis menjadi PACA untuk Parlimen Serdang yang ditandingi oleh DAP atas semangat Pakatan Rakyat bersama-sama sahabat yang lain kerana DAP tidak pernah ada petugas,sebegitu jugak dengan PKR (lepas tu nak menyalahkan SPR bulat2 bila kalah...steadylah bro.).
Itu pun LKS, LGE dan Nuar menuding jari menghentam, mengherdik dan bagai pada parti dan Presiden kami (unbecoming of you Anwar Ibrahimand Lim Kit Siang (林吉祥) and Lim Guan Eng) tanpa rasa segan silu dan hormat rakan sePakatan kalaulah betul2 berPakatan.
Selagi kemelut ini tidak selesai, saya akan mengambil sikap offensive kerana saya masih ada maruah diri.
Saya pernah mengkagumi Nuar semasa era penghujung 70an, malah pernah masuk lokap (telah dijamin oleh Almarhum TS Ainudin Wahid. Al-Fatihah) dalam demo 1974 Baling yang kamu anjurkan dan ketika itu saya hanya memandang beberapa kerat yang tidak ikhlas, hanya cuba menonjol diri. saya juga mengkagumi LKS dan LGE kerana kegigihan mereka. Tapi kita orang timur, ada adab dan adat. Kalau menuding jari, itu kurang ajar namanya. Nasib baik tak tepuk kepala, mahu naik penumbuk walaupun ia lumrah dikalangan masyarakat barat.
Tetapi sekarang sudah hilang hormat. Saya sudah campak buang rasa kagum dan hormat itu ke Ceruk To' Kun dan 'handing" buang di seberang tanjung sana. Perjuangan sekarang sudah nampak ketara dan membuktikan kerana nafsu, kroni, keluarga sendiri, bukan lagi untuk rakyat.
Pemimpin di atas bercakap pasal pengukuhan, pemantapan PR, itu hanya retorik, realitinya kami bersekang mata, bermandi peluh di larut malam memanjat pokok, menegakkan bendera, menampal poster untuk memenangkan Pakatan Rakyat, di ketika kamu sedang lena tidur di tilam empuk di bilik berhawa dingin.
Inikah balasan kamu kepada kami. Kami bukanlah macai yang bergerak dengan ringgit dan sen, kami tidak mengharap itu semua kerana kami yakin hasilnya dituai DI'SANA', tapi kamu Nuar, khususnya semacam membelakangi DI'SANA' kerana dari tindak tanduk nampak semacam mementing DI'SINI' sahaja, maaf kalau terkasar, inilah curahan hati saya.
Ditakdirkan PR masih utuh dan PAS tidak disingkirkan (ini yang kamu mahu sebenarnya, kilas ikan di air sudah tahu jantan betina) saya tetap tidak menghormati kamu walaupun ketika itu kamu dinobatkan menjadi Perdana Menteri (itu pun yang dikejarkan, bukannya rakyat), cukuplah kita hanya menjadi teman seakidah (Nuar) dan kawan dari sePencipta (LKS dan LGE).
Pemimpin datang dan pergi dan saya amat yakin pengharapan saya bukan kepada makhluk, utuhnya PR atau sebaliknya bukan bergantung kepada satu-satu makhluk, seperti kamu sahaja yang boleh 'merobah' Malaysia. Kita tidak tahu berkemungkinan PR menjadi bertambah utuh dengan ketiadaan kamu kerana kita semua sudah dipenghujung usia. Mungkin Allah SWT akan menonjolkan satu makhluk yang akan bangkit lebih 'hebat' dari kamu Nuar.
Pintu taubat masih terbuka luas selagi mentari tidak muncul dari barat, selagi nafas tidak tercekik di halkum, marilah SAYA sendiri, KAMU NUAR dan yang lain berTAUBAT kepada Allah SWT. disepanjang kamu dan kami berkecimpung di dalam arena ini.
Maaf dari saya,
albrangionline
15 Ogos 2014