Followers

Monday, 25 August 2014

Kerjanya men'desak' dan mem'buli'......tunggu le langit tinggi ke rendah?

Bukan "kerja" atau budaya PAS nak mendesak Sultan agar pilih sesiapa menjadi Menteri Besar.

Dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17 Ogos lalu, sudah diputusakan beri dua nama pada PKR iaitu Azmin Ali dan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.


Selepas itu, PKR me"mandai2" pula membuat keputusan dengan hanya memilih Wan Azizah. Itu adalah hak PKR, terpulang kepada merekalah nak ambik yang mana sesuai pada pandangan mereka walaupun kurang sesuai pada pandangan PAS.


PAS tak akan campurtangan dengan keputusan PKR itu. Itu hak mereka, itu hal dalam 'kelambu' mereka, mereka nak ter'lentang" ke, nak "meniarap" ke, nak "bogel" ke dan sebagainya ikut selera masing-masinglah.

Kenapa sekarang pertikaikan 13 Adun PAS tak tandatangan (SD) sebagai tanda setuju Wan Azizah sebagai Menteri Besar?


Jikalau 13 Adun PAS itu menandatangani (SD) mahukan Wan Azizah sebagai MB, tindakan itu samalah dengan mendesak Istana buat keputusan. Kerja mendesak Sultan, bukan kerja PAS.

Tetapi bila PKR mendesak 13 Adun PAS menanda tangan (SD), itu memang pun tak salah kerana "kerja" PKR memang suka men"desak" dan mem"buli" orang lain ikut telunjuknya.


Jadinya, apa yang tak faham lagi?


Takkan nak guna Resolusi Muktamar sebagai NAS dalam kerja-kerja men"desak" dan mem"buli" ni, kot?


Difahamkan Tan Sri Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan pada hari Selasa 26 Ogos 2014.

Adakah TSKI akan menasihati Sultan untuk bubar Dewan?

Itu terpulang kepada Sultan.

Sudah tentu PKR sudah terasa bahang dan bahana "game" yang sengaja direkacipta ini.

Difahamkan juga PKR juga akan masuk menghadap untuk mempersembahkan cadangannya itu (cadangan PAS, 2 orang).

Persoalannya, jika Istana menolak calon dari PKR iaitu Wan Azizah, apa akan terjadi?

Nampaknya sendiri rasalah panas sejuknya, usah menambah kekeliruan dan kekacauan fikiran PKR jikalau (tidak mustahil) Sultan meminta calon dari PAS......usah peningkan kepala. sila tunggu hari Selasa 26 Ogos 2014

al-brangionline;

Jangan tidur tak lena.....nanti 'temperature' lagi naik.