Followers

Friday, 29 August 2014

Kempunanlah lagi.....hai hai......

'Firasat' hati kecil ini ialah "puok" sana memang inginkan pembubaran Dewan melalaui riak-riak tindakannya. Mereka (PKR dan DAP) masih berkeras dengan mencalonkan hanya satu nama iaitu WAWI walaupun Istana meminta sekurang2nya dua nama dari setiap parti, yakni PAS dan DAP termasuk PKR.

Semua Adun PKR termasuk dua Adun PAS yang mesra PKR dikehendaki menandatangani SD dan apabila PAS mencalonkan 2 atau 3 nama Adun dari PKR, sudah tentu yang selain dari WAWI akan menarik diri. Ini memberi atau mengwujudkan suasana tidak 'mesra' dengan arahan Istana yang memboleh serta menjuruskan kepada pembubaran Dewan sebagai jalan penyelesaian.

Apa untungnya dengan pembubaran Dewan?

Menang atau pun kalah adalah adat perlawanan, tetapi di dalam keadaan pengundi sudah bercelaru dengan kemelut ciptaan sendiri ini, tiada siapa berani membuat ramalan PKR akan menang dengan 'landslide victory'.

Waimma Umno, PKR, PAS dan DAP, kesemuanya dijangka tiada keupayaan memenangi secara mutlak yang akhirnya membawa kepada Kerajaan Campuran atau pun 'Konsensus Nasional' seperti yang di idam-idamkan oleh "puok" sana selepas PRU13 dulu.

Di ketika itu kita akan nampak DAP akan men'jilat' kembali 'kahak-hijau'nya, akan bersama PKR dan Umno membentuk Kerajaan "Konsensus National", maka tinggallah PAS sebagai pembangkang di Selangor.

al-brangionline: Kempunanlah lagi