Followers

Saturday, 23 August 2014

Istana mungkin ter'kedu' dengan hujah Al-Allama ini?

Kerja kipas mengipas ini adalah satu salah gerakkerja tertua di dunia.

Ia berleluasa di zaman kegemilangan Kesultanan Melaka.

Kebiasaannya kipas-mengipas ini berakhir dengan kehancuran kerana lazimnya ia adalah satu perbuatan yang tidak ikhlas bertujuan membodek boss atasan agar dapat pulangan yang lumayan.

al-brangionline;

Bilakah agaknya orang Melayu 'Merdeka' dari 'kipas-mengipas'?......sudah 57 tahun merdeka oh.
________________________________________________________________________

Shamsul: Beri peluang pada wanita jadi pemimpin


dikemaskini Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin menolak pandangan bahawa Islam tidak membenarkan wanita dilantik ke jawatan utama termasuk perdana menteri.

Shamsul merujuk kepada polemik yang timbul berhubung cadangan untuk melantik presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke jawatan menteri besar Selangor.

Shamsul berkata peluang yang adil perlu diberikan kepada golongan muda dan wanita untuk memainkan peranan utama dalam struktur kepimpinan.

"Buangkan prejudis dan prasangka terhadap parti rakan, terhadap gender, terhadap umur dan terhadap etnik.

"Apakah kita mahu menolak ketokohan dan kemampuan seseorang hanya semata-mata kerana dia seorang wanita?,” katanya dalam ucapan di kongres AMK pagi ini di Shah Alam.

Menurutnya, ada juga pihak yang berhujah bahawa Islam tidak membenarkan wanita dilantik ke jawatan pemimpin.

Katanya, hujah berkenaan berasaskan kepada satu hadis Rasulullah, bahawa: “Tidak akan beruntung satu kaum yang melantik wanita mengendalikan urusan mereka.”

Bagaimanapun, wujud salah faham ke atas hadis tersebut, sepertimana dijelaskan oleh Mufti Pahang Dr Wan Salim Wan Noor, katanya.

Wanita diharuskan pegang jawatan

Shamsul Iskandar berkata, Wan Salim telahpun menjelaskan bahawa hadis tersebut hanya merujuk kepada seorang ratu Parsi yang mengoyak surat seruan Islam yang diutus Nabi SAW.

"Hadis tersebut tidak dimaksudkan secara umum," katanya yang turut merujuk kepada pandangan ulama tersohor Mesir, Yusuf Al-Qaradawi.

Katanya, Yusuf menyatakan pandangan yang cenderung mengharuskan wanita memegang jawatan termasuk perdana menteri dengan beberapa syarat.

"Beliau mengkritik tindakan memahami hadis di atas secara umum yang akan bertentangan dengan al-Quran yang mengisahkan mengenai ratu Balqis sebagai pemerintah Sabak yang berjaya," katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Shamsul Iskandar ditanya sama ada ucapannya itu merujuk secara langsung kepada PAS yang didakwa tidak menerima wanita menjadi pemimpin.

Mengulas dakwaan tersebut, Shamsul berkata parti gabungan dalam Pakatan itu tidak menyatakan secara rasmi mengenai pendirian itu.

Bagaimanapun, terdapat kecenderungan perbincangan dalam media sosial yang meletakkan isu gender ini sebagai satu perkara penting dalam soal kepimpinan, kata Shamsul yang juga naib presiden PKR.

"Kalau pemimpin itu wanita sekalipun, tapi dia cekap... sebab itu saya menggariskan beberapa pandangan yang besar dari segi Islam, kerana yang tabu ini dalam kalangan Melayu dan Islam.

"Mereka anggap tak boleh wanita menjadi pemimpin. Yang ini kita perbetulkan, kerana gender itu bukan isu secara keseluruhan. Soalnya (ialah) kemampuan," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya. [sumber .]