Followers

Thursday, 28 August 2014

Degil, biar bertempat, keras, biar beralas,

Teringat kira2 30 tahun yang lalu ketika menghadiri satu temuduga di Majlis Daerah Hulu Langat (sekarang Majlis Perbandaran Kajang).
Soalan pertama berupa herdikan, "Macamana orang luar Selangor boleh memohon jawatan ini?" Saya mejawab sambil darah berderau,"Dalam iklan tak dinyatakan khas untuk anak Selangor. Tapi tuan, saya berkahwin dengan orang Selangor,"
Selepas beberapa soalan, tiba2 terpancul soalan 'standard', "Bila agaknya boleh lapor diri?" Saya keluar bilik temuduga sambil tersenyum sumbing,...'ah.. kalau dah ada saudara mara ko, tak payahlah panggil temuduga,"
Sebulan kemudian saya terima surat melapor diri....tapi 'sayang'nya Jabatan asal tak release....mungkin ada hikmahnya....
Saya tertanya2 'hukum' anak negeri masih terpakai ke lagi....adakah 'Nona ku' itu di tolak kerana bukan anak negeri...atau kerana dia seorang perempuan...atau kerana dia itu isteri pada si anu.....atau...atau...
Bagi ku itu hak 'prerogative' Sultan, kenapa kau menyebuk dan nak tunjuk degil, keras kepala, kepala batu, melawan arus...menagih simpati rakyat...memenuhi 'nafsu serakah'...fire stone.....meng'hasut'...oh my vocabulary.
Rasanya tidak salah keputusan ku untuk menukar tempat mengundi pada PRU 14 akan datang.

al-brangionline:
Degil, biar bertempat, keras, biar beralas,