Followers

Sunday, 24 August 2014

Bila keadaan jadi serabut, fikiran separa "biul".....maka tindakan menjadi separa "sewel"


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memaklumkan bilakah tarikh sesuai beliau akan menghadap Sultan pada Isnin 25 Ogos 2014. [sumber .]

Semua pihak ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu bilakah perjumpaan itu agar kemelut isu MB Selangor yang semuanya berpunca dari kehendak Anwar untuk meng'yah'kan TSKI dari kerusinya dan digantikan dengan isterinya (pada asalnya beliau yang mahukan sejajar dengan 'Kajang Move').

Apa bila tarikh itu sudah dekat maka ramai orang tiba-tiba menjadi gelisah, persis cacing digaul dengan pasir panas di dalam kuali yang kering lagi panad.

Kenapa jadi sebegitu?

Apakah sebelum bertindak, tidak memikirkan sebarang kemungkinan?

Kenapa bila terdesak, udah mula dan menyalahkan orang itu, orang ini?

Sekarang bila keadaan menjadi serabut, kelam kelibut, fikiran sudah menjadi sempit separa "biul", tidak hairan kalau tindakan menjadi separa "sewel".

Ketika nafsu memuncak, tindakan seperti harimau luka, sangat hilang DUN, janji tercapai dan tergapai apa yang diidamkan . [sumber .]

Bila sudah terasa langit tinggi tak tinggi, rendah tak rendah, tumit terasa melayang-layang semacam tidak tercecah bumi, dada sudah berombak kencang bagi si penyakit darah tinggi terlupa makan ubat, peluh sejuk sudah meleleh-leleh dari dahi, pandangan menjadi kelam hampir pitam, ketika itu menyesal sudah tidak berguna lagi.

Kenapa takut dengan bayang-bayang sendiri?

Kenapa takut dengan Pilihanraya Negeri?

Apakah rakyat selama ini membuta tuli?

Adakah rakyat sanggup dibuli lagi dan lagi?  [sumber. ]

al-brangionline:

Salahkan diri sendiri, jangan asyik mem"semuanya-betul"kan diri sendiri saja.