Followers

Sunday, 31 August 2014

Ayah Mad jangan bimbang PAS dengan PR, yang kami bimbang Ayah Mad menyesal ke masuk PAS?

Jangan tersalah tafsir, PAS tidak bersetuju mencalonkan WAWI sebagai MB Selangor mengantikan TSKI yang dinyah keluar dari PKR semata-mata nak menarik kerusi MB dari beliau sebagai satu tindakan hendak keluar dari Pakatan Rakyat.

Tidak semua 'arahan' Anwar mesti dipatuhi jika arahan itu boleh merencatkan 'mileage politic' sebagai contoh memilih atau me'maksa' PAS bersetuju pencalonan isterinya, walau apa hujah pun yang diberi seperti layak, merit,berkemampuan dsbgnya. kerana apa pun rakyat nampak itu sebagai satu langkah menyuburkan nepotisme atau kronisme.

Tiada waktu dan ketika PAS kata nak keluar PR, cuma cara Anwar mengarah dan mulut-mulut 'busuk' dari budak hingusan seperti Rafizi, Sepudin, Samsu bercakap semacam meroyan dek kuatnya bodek bos seolah-olah lupa bahawa PAS ini ada maruahnya sendiri, bercakap semacam PAS ini berada di luar PR.

Ayah Mad sendiri pun faham apa makna 'derhaka' kepa Sultan kan? Malah Ayah Mad sendiri pernah menjadi menantu Sultan kan?

Jadi apa suasahnya, apa sukarnya nak mencalonkan lebih dari dua nama sebagai calon Menteri Besar.

Apa salahnya PAS akur kepada Sultan dan 'derhaka' kepada Anwar dalam soal pencalonan lebih dari dua nama kepada Istana?

Apakah itu Ayah menafsirkan sebagai langkah awal untuk keluar dari PR? [sumber .]

al-brangionline:

Ayah Mad nyesalke masuk PAS?