Followers

Monday, 11 August 2014

Anwar lebih 'dahsyat' dan 'kejam' dari Mahathir?......layan...


Mahathir pecat Anwar pada tahun 1999 dengan pelbagai 'fitnah' ( hanya Allah yang Maha Mengetahui benar atau palsu) dan hasilnya BN di Terengganu. Ada orang kata Terengganu tumbang kerana gelombang reformasi. Saya katakan tidak. Ini kerana banyak faktor lain yang menyumbangkan kepada tumbangnya Umno di Terengganu termasuk faktor 'cas keting' kerana majoriti orang Umno tidak bersetuju dengan calon Umno.

Juga, kalaulah betul gelombang reformasi yang dibawa oleh Anwar menjadi penyebab, kenapa Pulau Pinang tempat tumpah darahnya tidak dapat kepada Barisan Alternatif (BA). Kenapa gelombang ini tidak berlaku di Shah Alam khasnya (kerana ketika itu saya ber'gaduh' dengan Khalid Samad penyokong tegar Anwar yang mengatakan Terengganu tumbang kerana Anwar) dan Selangor amnya, kenapa Parlimen dalam Wilayah Persekutuan, negeri yang berjiran dengan Anwar iaitu Kedah tidak tumbang sama?

Sekarang PKR (Anwar?????) pecat TSKI. Ini lebih kejam dari Mahathir kerana selepas didesak TSKI melepas jawatan untuk diberi kepada isterinya (pada mulanya memang beliau sendiri yang mengidamkannya tetapi selepas Mahkamah mendapati beliau bersalah dalam kes liwat siri II, beliau mencalonkan isterinya bertanding di Kajang yang dikosongkan kononnya atas strategi 'Kajang Move' agar dekat dan cepat ke Putrajaya. Satu penghinaan kepada inteklual pemimpin dan ahli-ahli PAS dan DAP untuk dipaksa percaya strategi pak Syeikh yang ber'nafsu tinggi' itu.)

Sebelum TSKI dipecat, PKR dengan rasa tidak bersalah dengan penuh 'statement' yang dalam bentuk satu penghinaan kepada pengundi-pengundi di Selangor sanggup mengatakan meeka sanggup Selangor terlepas kepada UMNO/BN, asalkan TSKI ditukarkan.

Andaikata Selangor ditawan semula kepada UMNO/BN jika DUN Selangor dibubarkan, saya tanpa segan silu dan rasa hormat akan menyalahkan Anwar 'hidup-hidup'.

Anwar tiada pilihan lain selain memecat TSKI sebelum PAS Pusat bermenyuarat pada 10 Ogos dengan beranggapan PAS Pusat akan bersetuju dengan calon MB 'baru' dari PKR kerana TSKI telah pun ter'keluar' dari PKR......mintak tolong sikit pak Syeikh, PAS tiada sebab untuk menukarkan MB yang disandang oleh TSKI kerana beliau tiada buat onar' kecauli apa yang di'fitnah'kan oleh PKR.

Bagi saya inilah satu 'blunder' yang besar yang di buat oleh Anwar yang terkenal sebagai seorang pakar strategi dek satu KELEMAHAN BESAR yang ada padanya iaitu GELOJOH dan GOPOH GAPAH.

Penyakit GELOJOH dan GOPOH GAPAH itu rasanya berkemungkinan ber'punaca' dari kata-katanya sewakutu beliau menjadi TPM dahulu. Ketika itu, 3 orang peserta ratu cantik Melayu yang bertanding dalam satu pertandingan besar iaitu Ratu Cantik Dunia ditangkap oleh JAIS. Beliau dengan 'berang' mengelaurkan kata-kata itu, "Kenapa bergitu gopoh gapah membuat tindakan?." yang akhirnya Mufti Selangor Almarhum Datuk Ishak Baharum terlucut jawatannya. Mungkin itulah 'tulah' beliau terima kerana Mufti bertindak di atas kebenaran dan jalan yang HAQ, jalan yang diarahkan oleh Allah SWT.

Rasanya satu lagi 'kesalahan' beliau ialah ketika beliau di'tendang' keluar oleh Mahathir pada tahun 1999, ialah di mana-mana beliau pergi ketika berceramah di sepanjang 'road show' ialah Ayat Quran yang selalu dibacanya iaitu " Firmana Allah dalam Surah Ali-Imran "Wamakaru WamakaraLLAH Wallahu Khoirulmaakirin", Ayat 54 yang bermaksud, "Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang." Jangan sesedap hati ber'main' dengan AYAT Allah wahai pak syeikh. Kita sama-sama tunggu waktu dan ketikanya "PERANCANGAN DARI ALLAH SWT"

al-brangionline:

Aku yang hanya pandai berKIPAS yakni "MENGIPAS' satay Kajang.