Followers

Monday, 7 July 2014

Apa dosa dan noda Khalid pada rakyat Selangor hingga.....?.....jom baca


Apa dosa dan noda Khalid pada rakyat Selangor sehingga segelintir YB DAP dan PKR sendiri dan saudara mereka yang ada dalam PAS sehingga mengkritik meng'cadbury' buta?

Mereka mengkritik TSKI ini sama macam mereka mengkritik Ibn Toyo suatu ketika dulu. Hilang hormat, segan silu dan pertimbangan kepada beliau dan juga secara tak langsung kepada rakyat yang memberi mandat kepada beliau dan Pakatan Rakyat sehingga Selangor di'takluki' selama dua penggal.

Mereka lakukan ini kerana mungkin terbawak-bawak 'perangai' lama dalam Umno. Mereka semua berjirai-jirai air liur meleleh mengenangkan perihal Selangor yang kaya malah terkaya di Malaysia. Mereka perlukan 'projek'...mereka mahukan fulusy untuk men'jaga' penyokong-penyokong mereka...itu saja sebab musababnya mereka mahu menukarkan jawatan MB Selangor.

Kerana terlampau tamak haloba, mereka lupa jawatan Menteri Besar Selangor bukanlah milik PKR sorang-sorang. Mereka sudah lupa atau sengaja buat-buat lupa atau memang 'perangai' lama mereka begitu.

Jawatan Menteri Besar ialah jawatan 'Pakatan Rakyat'. Lazimnya parti yang majoriti dalam DUN atau dalam satu-satu 'Pakatan' berhak mencalonkan nama sebagai Menteri Besar. Perkara ini semuanya sudah dihadhamkan oleh semua Adun-Adun selagi mana mereka masih tahu mem'baca' dan 'menulis', ber'aqal' lagi 'baligh'.

Yang mereka lupa nak 'hadham'kan ialah Allah SWT yang memberi kuasa kepada mereka melaui rakyat yang memilih mereka dalam PRU. Rakyat bila-bila masa boleh memilih untuk berlain arah dalam PRU akan datang.

Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim bukan maksum seperti para-para Nabi  'alaihimussalam tu wassalam. Beliau ialah makhluk biasa yang terdedah kepada sebarang khilaf, tapi saya amat pasti beliau menjunjung tinggi amanah yang diberi oleh rakyat dan mengemudi Selangor dengan penuh jujur dan amanah.

Yakinlah, Selangor akan mengalami zaman suramnya jika jawatan Menteri Besar tersangkut kepada mana-mana 'malaun' yang sentiasa ter'jelir' lidah mereka.

al-brangionline:

Insyaallah, Allah bersama pemimpinnya yang jujur.
_______________________________________________________________________

Henti sebar mesej paslu, kata Khalid

SELANGORKINI | .

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa pihak yang yang menyebarkan berita palsu berkenaan jawatan Menteri Besar Selangor supaya menghentikan perbuatan itu.

Abdul Khalid berkata dakwaan itu tidak benar kerana hari ini beliau pada sebelah pagi mempengerusikan Mesyuarat Jabatan Perancang Bandar dan Desa di SUK 2, Shah Alam.

Kenyataan Abdul Ibrahim itu sekali gus menafikan berita tersebar kononnya beliau bakal meletakkan jawatan, hari ini.

Kesan daripada penyebaran berita ini, para wartawan berkumpul di hadapan Istana Mestika, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang hari ini lantaran penyebaran khabar itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor di twitternya menyeru orang ramai tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan itu.

“Tan Sri Khalid Ibrahim masih MB. Jgn percaya kepada khabar-khabar angin,” tulis Iskandar.

Kira-kira jam 11.30 pagi tadi, satu lagi mesej WhatsApp tersebar, kononnya daripada agensi Berita Nasional (Bernama) yang menyatakan bahawa Abdul Khalid sudah pun meletakkan jawatan dan Pesuruhjaya PAS Selangor dijangka mengangkat sumpah jawatan pada jam 2 petang.

Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian, Bernama menyebarkan berita terkini melalui twitter yang menafikan penyebaran berita peletakan jawatan Abdul Khalid. - HARAKAHDAILY 7/7/2014 [sumber .]